BRIGED MP SEGAMBUT |
- sape nak tahan mahadhir..gileka..
- JAMBATAN RUNTUH:SATU ORANG MATI
- PULAUKAN PEMBUKAAN PARLIMENT:WAJAR...
sape nak tahan mahadhir..gileka.. Posted: 07 Jun 2013 07:09 AM PDT Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan sekumpulan penyokongnya ini berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah kawasan itu bagi membantah "serangan tidak adil" Dr Mahathir Mohamad terhadap pengundi Cina. Gooi (dua dari kanan) berkata, beliau juga turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri berhubung laporan tulisannya di blog yang disifatkan sebagai tidak adil sama sekali. "Mahahir mencadangkan bahawa orang Cina mengetepikan orang Melayu secara politik dan ekonomi, ia bukan hanya tidak masuk awal, tetapi ... sungguh tidak bertanggungjawab dan merosakkan, mengancam keharmonian kaum yang dikongsi semua bangsa," katanya. Dr Mahathir semalam antaranya berkata sebahagian besar peserta perhimpunan negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina -- perkembangan yang didakwanya akan menyebabkan polarisasi kaum lebih serius. Dalam masa yang sama, katanya, orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik. |
JAMBATAN RUNTUH:SATU ORANG MATI Posted: 07 Jun 2013 06:18 AM PDT Polis telah mengesahkan bahawa seorang mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan jambatan malam tadi, telah meninggal dunia. Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa itu berada di tempat duduk pemandu kereta Kelisa yang masih belum dapat dikeluarkan kerana operasi masih dijalankan. Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh pada kira-kira pukul 7.15 malam tadi. Pihak polis juga tidak dapat menyatakan sama ada terdapat mangsa lain di bawah runtuhan tersebut. Sementara itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua berikutan kejadian kejatuhan bahagian yang sedang dibina malam tadi. Pengarah kejuruteraan MPPP, Adnan Mohd Razali menyerahkan arahan itu kepada pengurus projek kontraktor utama Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan yang melawat tempat kejadian itu hari ini berkata arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa sehingga kontraktor memastikan projek tersebut selamat. Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Adnan sebagai berkata kerja pembinaan di tapak berlakunya runtuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang dihentikan serta-merta kerana membahayakan keselamatan orang awam. Katanya, kontraktor terlibat juga diarah mengambil langkah untuk membaik pulih keadaan di tapak berlaku runtuhan berkenaan. "Struktur landasan tersebut telah runtuh ke atas jalan awam malam tadi dan ia membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di tempat kejadian hari ini. Sementara itu, Guan Eng pula berkata, tragedi itu berlaku atas masalah kejuruteraan dan "kita harus mempunyai seorang jurutera yang boleh mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat. "Tetapi sehingga hari ini, usaha menyelamat mangsa telah gagal dan setakat ini hanya kerja pembersihan kerana usaha untuk menyelamatkan mangsa amat tipis," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pasukan penyelamat sedang memasang empat jek hidraulik untuk membuka ruang runtuhan bagi membolehkan mayat mangsa dikeluarkan. "Jek hidraulik dipasang bagi memudahkan usaha mengeluarkan mayat mangsa kerana keretanya masih terhalang dengan sisa-sisa runtuhan konkrit dan besi. Sebanyak empat jek hidraulik dipasang dan setiap satu mampu menampung sehingga 200 tan," katanya kepada pemberita. Mohd Shoki berkata operasi mengeluarkan mayat agak lambat kerana memerlukan alatan dan mesin yang sesuai sambil menegaskan kerja mencari dan menyelamat dibuat mengikut prosedur. "Setakat ini memang kita jumpa mayat seorang lelaki sahaja tetapi kita pasang jek hidraulik berkenaan bagi memudahkan kita menjalankan usaha mencari jika ada mangsa lain dalam runtuhan itu. "Kepada soalan mengapa ia lambat (keluarkan mangsa), jawapannya ialah kerana kita menggunakan mesin dan jentera khas untuk keluarkan mangsa," katanya. |
PULAUKAN PEMBUKAAN PARLIMENT:WAJAR... Posted: 07 Jun 2013 12:17 AM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan. Tindakan anggota Parlimen Permatang Pauh itu pastinya mengundang kritikan terhadapnya dari segenap sudut. "Politik juga tentang tanggapan dan tanggapan meluas bahawa pilihan raya umum ke-13 dicemari penipuan yang cukup meluas, yang cukup untuk kita mempertimbangkan pilihan sama ada untuk memulaukan sesi pembukaan," katanya. Anwar hampir pasti akan dicadangkan semula sebagai ketua pembangkang walaupun PKR bukan lagi menguasai jumlah kerusi dalam Parlimen. Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan