Ahad, 30 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KETUA DAP JUGA BERSATU MENENTANG ISLAM?

Posted: 30 Jun 2013 07:30 AM PDT

ULASAN Kabinet perlu menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) untuk memberi masa kepada rakyat Malaysia mencapai muafakat tentang pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan tujuan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca berserta dengan Perkara 160 dan Jadual Kesebelas, serta untuk mengukuhkan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.

Bekas menteri kabinet dan pemimpin United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) Tan Sri Bernard Dompok kelmarin menyebut bahawa peruntukan dalam Rang Undang-undang berkenaan bertentangan dengan konsep keterbukaan, kemenyeluruhan, dan kesederhanaan yang dibawa oleh 1Malaysia dan beliau mencadangkan agar BN membincangkan secara teliti isu ini dan isu-isu keagamaan yang berkaitan sebelum peruntukan berkenaan dibawa ke Parlimen.

Menurut Bernard, beberapa bulan lalu, ketika masih menjadi anggota kabinet, beliau telah meminta agar kabinet menarik balik kertas cadangan berkenaan rang undang-undang itu kerana beliau merasakan keputusan kabinet yang dibuat lebih awal, berkenaan Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam. Hal ini bukan saja berlawanan dengan Perlembagaan tetapi juga bertentangan dengan keputusan kabinet yang diumumkan pada 23 April 2009, iaitu bahawa agama seseorang kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak.

MIC membuat kenyataan umum bahawa parti itu tidak dilibatkan dalam perbincangan tentang Seksyen 107(b) rang undang-undang berkenaan manakala Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu pula telah menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan tersebut sebagai "mengejutkan" dan "licik" dan beliau menganggap langkah tersebut berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang banyak diperkatakan.

Menurut beliau lagi, cadangan peruntukan itu berlawanan dengan keputusan bersama dalam kabinet pada 22 April 2009 yang menetapkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur.

Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam telah menyatakan kebimbangan tentang peruntukan berkenaan kerana sebarang pertukaran agama kanak-kanak secara sepihak oleh hanya salah seorang ibu atau bapa tidak adil bagi kanak-kanak di bawah umur terbabit, atau ibu, atau bapanya, selain ia bertentangan dengan perlembagaan serta salah dari segi moral dan etika.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan membincangkan peruntukan yang dicadangkan itu untuk mencari kesepakatan.

Sesuatu yang amat malang jika Parlimen ke-13 dimulakan dengan meluluskan satu peruntukan yang boleh memecahbelahkan negara serta membangkitkan persoalan asasi tentang integriti Perlembagaan dan juga kematangan para pemimpin negara dalam menyatukan dan bukannya memecahbelahkan kaum, agama, dan kebudayaan yang pelbagai yang membentuk Malaysia.

Atas sebab inilah kabinet perlu menarik balik Seksyen 107(b) yang mengandungi ayat sepanjang dua baris dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu untuk memberi masa kepada rakyat Malaysia mencapai muafakat tentang pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan Perlembagaan serta untuk mengukuhkan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.


LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP dan ahli Parlimen Gelang Patah

GOLONGAN UG DALAM PAS SUDAH TERSENYUM LEBAR:KETAHUI SEBABNYA DISINI...

Posted: 30 Jun 2013 01:00 AM PDT

GEORGE TOWN: PAS menegaskan persaingan amat getir bagi parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang harus diadakan pada 27 Ogos ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan tersebut yang terdiri daripada 97% pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
"Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit.
"Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar.
"Tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana," kata Mat Sabu sambil menambah kebanyakan pengundi di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.
Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.
Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.
Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.
"Mereka mempunyai kelebihan di sana," katanya.
Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit

AWAS!!!FACEBOOK ANDA DI PANTAU:INIKAH NEGARA DEMOKRASI?...

Posted: 30 Jun 2013 12:01 AM PDT

Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.

Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.

Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.

BR1M BELUM LAGI DIBAYAR? SUDAH BUKA TAJUK PRU14..KANTOI DAH

Posted: 29 Jun 2013 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) segera memulakan gerak kerja untuk memastikan pencapaian lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

"Tempoh lima tahun bukan satu tempoh yang panjang untuk menentukan pencapaian yang lebih besar (dan) kita telah mulakan kerja kita untuk PRU14 sekarang ini, bukan esok.

"Ada orang kata kita baru habis pilihan raya, (jadi) kita penat, saya pun penat...tapi selepas satu tempoh di mana berehat sudah habis, maka tugas dan tanggungkawab kita sudah ada tersedia di hadapan kita," katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, berkata demikian pada majlis kesyukuran dan penghargaan jentera BN Wilayah Persekutuan di Padang Kejiranan Ayer Panas, Setapak, di sini Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa segala yang dijanjikan dalam Aku Janji BN pada PRU13, 5 Mei lepas, akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita akan terus bekerja (bermula) sekarang untuk menentukan mereka (rakyat) percaya dan yakin kepada kita dan sampai waktu nak mengundi, mereka akan pilih BN," katanya.

Beliau juga mahu anggota Parlimen BN yang telah terpilih pada PRU13, terutama dari Wilayah Persekutuan, menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dan beliau yakin mereka mampu melakukannya.

"Di kawasan yang kita belum menang lagi, kita tidak harus berputus asa kerana tanggungjawab kita di hadapan adalah amat besar sekali," katanya.

Pada PRU13, BN kekal di kerusi Parlimen Putrajaya, Labuan dan Setiawangsa, serta merampas kerusi Parlimen Titiwangsa daripada PAS.

Muhyiddin menarik perhatian parti-parti komponen BN dan juga bahagian tertentu perlu menyelesaikan segala masalah dalaman dengan segera selain perlu memperkukuhkan kerjasama dengan misi untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dirampas pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan 89 anggota Parlimen pembangkang, yang pada asalnya mewar-warkan akan memboikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini, hanyalah "permainan wayang" pakatan pembangkang.

"...mereka secara hakikinya menerima keputusan pilihan raya (kerana) ahli-ahli Parlimen mereka datang ke Parlimen dan semuanya mengangkat sumpah di hadapan Speaker (Dewan Rakyat).

"Keputusan pilihan raya ini sesuatu yang mereka tak boleh nafikan dan mereka harus terima (bahawa) mereka dibuang rakyat dalam proses pilihan raya yang telus dan betul," tegasnya.

-- BERNAMA

SAKSIKAN GAMBAR INI:UGUTAN TERHADAP YB PAKATAN RAKYAT

Posted: 29 Jun 2013 07:58 PM PDT

Keganasan politik nampaknya tidak reda-reda walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah berlalu.

Dalam insiden terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong pula mendapati keretanya disimbah dengan cat merah dan dilontar batu.

Khoo berkata, pada jam 7.30 pagi tadi, beliau dapati bahagian belakang Honda CRV yang mempunyai logo ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat dilitupi cat merah.

"Cermin belakang juga retak kerana dibaling dengan batu," katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, beliau dan keluarganya berada di rumah dan tidur kira-kira jam 1 pagi tanpa mengesyaki sesuatu.

"Memang kami ada dengan sesuatu pada masa itu tetapi kami tidak jangkakan perkara macam ini," katanya.

FAIZAL TEHRANI ADU DOMBA DUA SASTERAWAN NEGARA?

Posted: 29 Jun 2013 04:30 PM PDT

Sasterawan negara yang terbaru Datuk Baharuddin Zainal menyelar kenyataan pendahulunya Datuk Shahnon Ahmad yang mengkritiknya selepas diumumkan sebagai penerima Hadiah Sastera Negara melalui seorang penulis muda.

NONE"Kemudian, mengapa Shahnon menggunakan penulis muda? Perbuatannya itu, sama ada sengaja atau tidak, merosakkan nama orang. Apapun, bagi saya kalau betul, ia an unfortunate - atau dalam bahasa yang lebih ekstrem, kenapa dia begitu bacul?" beliau dipetik sebagai berkata.

Mac lalu, Dr Faisal Tehrani, penulis yang rapat dengan Shahnon memberitahu, sasterawan negara kedua itu menghubunginya dan memaklumkan "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada Baharuddin atau nama penanya Baha Zain.

Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.

Malah, menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain tidak berupaya dalam kritikan sastera dan mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa.

Dalam wawancara dengan Dewan Sastera baru-baru ini, Baharuddin berkata, beliau tidak begitu mengambil berat dengan kritikan itu kerana Shahnon menurutnya seorang yang "capable of the carelessness, tidak akademik dan tidak rasional".

"Yang saya persoalkan ialah kebijaksanaannya. Lack of wisdom ini yang saya rasa bermasalah. Shahnon ialah seorang sasterawan negara dan seorang profesor emeritus, saya kira hal itu lebih bermasalah," katanya lagi.

Dakwa M'kini sensasikan laporan
Beliau juga mendakwa Malaysia mensensasikan laporan tersebut sebagai dengan menggunakan perkataan "Shahnon tolak" pada judulnya.

"Shahnon tak kata tolak. Jadi, mereka (Malaysiakini) perbesarkan, wajah tidak sama dengan bentuk. Sebab Malaysiakini buat, saya tidak hairanlah," katanya seperti dilaporkan majalah sastera nasional itu.

Beliau juga menegaskan, kewartawanan yang profesional harus menentukan kebenaran sesuatu penyataan tersebut daripada tuan punya badan sendiri.

"Sebab apabila saya diwawancara oleh Malaysiakini, saya jawab begini: Saya melihat daripada sumber jurnalisme - kesahihahan maklumatnya saya ragui.

NONE"Kalau saya seorang pengamal media, saya akan siasat daripada sumber yang pertama. Kewartawanan yang profesional, harus menentukan kebenaran penyataan tersebut daripada Shahnon sendiri," katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini, Baharuddin mempersoalkan "kredibiliti dan keasliannya" kritikan Shahnon memandangkan ia datang daripada mulut Dr Faisal (kiri).

Baharuddin berkata, sekiranya Shahnon tidak berpuas hati pemberian anugerah itu, beliau mencadangkan supaya secara hormat menulis sendiri alasannya kepada panel terlibat daripada menggunakan nama orang lain.

Walaupun pelbagai pihak menasihatkannya supaya tidak menjawab dan beliau juga merasakan sedemikian, beliau bersyukur sekurang-kurangnya "sedar diri dan insaf supaya tidak melonjak terlalu tinggi dengan kegembiraan".

Tiada ulasan: