Ahad, 30 Jun 2013

Addin

Addin


Gambar Terbaik Yang Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno

Posted: 30 Jun 2013 09:55 AM PDT


Alhamdulillah.. hasil tarbiah berterusan dari Tok Guru. Sejuk hati Tok Guru tengok anok-anok Kelate gini...

Kemenangan Pasukan Bolasepak Negeri KELANTAN Menjuarai Piala FA Adalah Hadiah Buat;

1. Sultan Muhammad Ke-V
2, Perkahwinan Tengku Amalin
3. Menteri Besar Baru Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob
4. Persaraan TG Nik Aziz Nik Mat
5. Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa
6. Penyokong Bolasepak Kelantan/Terengganu & Pahang


Gambar ~fb



Iklan C (ii)
 


Menteri Cakap.. Atas Faktor Keselamatan, Syarikat Pembekal Dakwat Kekal Perlu Di Rahsiakan

Posted: 30 Jun 2013 12:36 AM PDT

Kesediaan pembangkang untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah di parlimen batu-baru ini adalah merupakan tindakan yang tepat. Barangkali satu kesilapan besar andainya pembangkang memboikotnya kerana di situlah ruang dan peluang untuk mendedah atau bertanyakan sesuatu isu-isu panas. 

Disedari atau tidak,, mahu atau tidak, kini hampir keseluruhan batang tubuh SPR tertelanjang dengan sendirinya. 

Tembelang mereka semakin jelas. Penipuan, keburukan dan kepincangan mereka dalam PRU 13 yang lalu semakin terserlah, walaupun belum seratus peratus! 

Sehubungan itu Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib benar dikenakan tindakan dan meletak jawatan kerana kebodohan mereka dalam membuat beberapa keputusan penting. 

Mari kita lihat satu dari babak-babak penting yang berlaku di parlimen kelmarin. Apabila didesak oleh Pembangkang syarikat mana yang membekalkan dakwat yang kononnya berperisa makanan itu, ada menteri menjawab bahawa nama syarikat pembekal bahan tersebut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. 

Wow ! dasyat !...tak lojik langsung,, semakin lucu pula jadinya.. Selama ini pembelian senjata perang termasuk kapal selam pun tidak menjadi rahsia,, apa jadahnya pembekal dakwat (berperisa makanan) mahu dirahsiakan? 

Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa yang mereka nak jaga? Ish, ish, ish !! Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ni. 




Iklan C (ii)
 


Warga Pendidik Di Ugut Lagi.. Ini Buktinya

Posted: 30 Jun 2013 12:06 AM PDT


Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.

Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd NorGhani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
 


Kereta ADUN Ayer Keroh Di Simbah Cat Merah, Di Baling Batu

Posted: 29 Jun 2013 10:28 PM PDT


Keganasan politik nampaknya tidak reda-reda walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah berlalu. Dalam insiden terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong pula mendapati keretanya disimbah dengan cat merah dan dilontar batu.

Khoo berkata, pada jam 7.30 pagi tadi, beliau dapati bahagian belakang Honda CRV yang mempunyai logo ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat dilitupi cat merah. "Cermin belakang juga retak kerana dibaling dengan batu," katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, beliau dan keluarganya berada di rumah dan tidur kira-kira jam 1 pagi tanpa mengesyaki sesuatu."Memang kami ada dengan sesuatu pada masa itu tetapi kami tidak jangkakan perkara macam ini," katanya. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
 


Ini Sebab Kes Bekas Pegawai Khas MB Selangor Berlanjutan

Posted: 29 Jun 2013 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Bekas pegawai khas Menteri Besar (MB) Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata, kes terhadapnya bermotif politik dan bertujuan memburukkan imej KEADILAN.

"Kes ini sengaja dipanjangkan bukan kerana saya, tetapi bermotifkan politik untuk memburukan imej KEADILAN."Saya juga mendapat maklumat kes ini dipantau rapi dari pejabat Peguam Negara," katanya kepada Keadilandaily.

Katanya, kes itu sepatutnya sudah selesai kerana Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 2 Disember 2010 membebas dan melepaskan beliau selepas mendengar keterangan 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Malah Datuk Karim yang merupakan saksi pertama pernah menafikan dirinya ditipu sebagaimana perbicaraan kes sebelum ini," katanya.

Pada Jun 2010, Karim dalam keterangannya di mahkamah memberitahu beliau sama sekali tidak berasa tertipu dan terpedaya mengenai pemberian RM50,000 itu kepada Yahya.

"Datuk Karim turut menekankan mengenai prinsip beliau yang sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan."Apatah lagi perkara membabitkan kewangan dan urus tadbir syarikat kerana sumbangan ikhlas yang diberikan itu merupakan 100 peratus tanggungjawab sosial syarikat dan bukan kerana terpedaya ataupun tertipu," tegas Yahya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
 



Tiada ulasan: