BRIGED MP SEGAMBUT |
- SAKSIKAN GAMBAR INI:CEDERA TERUK:HABARNYA MENTERI YG PUKUL..KETAHI MENTERI GANAS INI SIAPA...
- MUSHUH ZAHID MULA TERSENYUM:KATAHI SEBABNYA..
- TUNGGU TUNGU...!!!! KENA BACA CHIP MORE NI...
- MAKAN DAN BERAK AKAN DIKENAKAN CUKAI? KETAHUI SEBABNYA
- SAH INI BARULAYAK MENGGANTIKAN ZAHID HAMIDI JADI NAIB PRESIDEN UMNO:LIHAT GAYANYA
- SATU LAGI PENGAMPU SUDAH MARI:NAK JADI MENTERI JALAN EXPRESS:TENGOK MUKANYA
- BUKTI UMNO AKAN RUNTUH
- Bawa ulama Syria ke bumi Serambi Mekah - Husam
- PAS bersedia di Kuala Besut - Mustafa
SAKSIKAN GAMBAR INI:CEDERA TERUK:HABARNYA MENTERI YG PUKUL..KETAHI MENTERI GANAS INI SIAPA... Posted: 27 Jun 2013 07:30 AM PDT MP Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa peguam negara mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhan menyerang dan cubaan membunuh anak guamnya, ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006. Karpal berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk peguam negara menjalankan pendakwaan itu. "Jika anda melihat keadaan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat ke atas Zahid, orang akan tertanya-tanya mengapa tiada pendakwaan dijalankan. "Ini menunjukkan sifat semulajadi di negara ini (tidak mengambil tindakan)," katanya. Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo pula menuntut penggantungan jawatan Zahid sebagai menteri sebelum saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dijadualkan diadakan pada Ogos. "Saya juga akan membangkitkan perkara ini di Parlimen," katanya. | ||
MUSHUH ZAHID MULA TERSENYUM:KATAHI SEBABNYA.. Posted: 27 Jun 2013 06:00 AM PDT Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim, mengenepikan permohonan Zahid sebelum mendengar hujah dari peguam Zahid, Shamsul Bahrin. Hakim berkenaan mendapati alasan perundangan yang perlu dikemukakan ke mahkamah tidak dijalankan dengan sebaiknya kerana dibuat melalui hujahan dan bukannya dengan notis usul. Katanya, pemohon tersebut tidak kehilangan peluang untuk melalui proses rayuan memandangkan kes tersebut masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Biarlah perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi," kata Hakim Md Raus. Tambahnya, kes lain yang sepatutnya berjalan akan terhalang sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut. Dengan keputusan tersebut, perbicaraan kes saman sivil oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah ke atas menteri tersebut akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos. | ||
TUNGGU TUNGU...!!!! KENA BACA CHIP MORE NI... Posted: 27 Jun 2013 05:00 AM PDT Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwat yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat. Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat. "Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini. Tambahnya lagi, Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain. "Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya. Beliau mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan. Shahidan berkata bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan. "Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan. "Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," kata Shahidan dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng. | ||
MAKAN DAN BERAK AKAN DIKENAKAN CUKAI? KETAHUI SEBABNYA Posted: 27 Jun 2013 03:16 AM PDT Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata kadar bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih belum diputuskan memandangkan ia masih perlu dikaji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pula sebelum ini berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak RM27 bilion jika cadangan cukai GST dilaksanakan seperti di Singapura.Menurutnya, sekiranya Malaysia melaksanakan GST tersebut, mekanisma bagi melindungi golongan berpendapatan rendah akan dilakukan dengan mengecualikan cukai ke atas barangan asas. "Tentunya kerajaan negara mahukan sistem kutipan cukai yang terbaik dalam menguruskan kewangan kerana peningkatan hasil akan membolehkan peningkatan perbelanjaan untuk kepentingan peningkatan ekonomi. "Sekiranya dilaksanakan, kita dah buat kajian bahawa sekiranya diadakan, pengkadaran sifar GST pada barangan asas diperlukan oleh rakyat terutama golongan pendapatan rendah dalam konteks beras, gula, minyak masak, sayuran, ternakan, daging, ikan, udang ketam, ayam, elektrik untuk 200 kilowatt. "Isu yang dibangkitkan iaitu kadar GST, (seperti) saya nyatakan, belum buat keputusan dan belum tetapkan kadar GST tersebut," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) di Parlimen hari ini. Husni berkata lagi, kerajaan kini sedang menjalankan penerangan di seluruh negara mengenai model GST yang akan dilaksanakan di negara ini. Bagaimanapun, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menjelaskan bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung pelaksanaan GST itu. | ||
SAH INI BARULAYAK MENGGANTIKAN ZAHID HAMIDI JADI NAIB PRESIDEN UMNO:LIHAT GAYANYA Posted: 26 Jun 2013 07:30 PM PDT Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi. Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu. "Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi. - Mkini. Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/mukhris-bertanding-naib-khairy-kompom-menang-ketua-pemuda.html#ixzz2XKYiNw00 sila klik link cenangu | ||
SATU LAGI PENGAMPU SUDAH MARI:NAK JADI MENTERI JALAN EXPRESS:TENGOK MUKANYA Posted: 26 Jun 2013 05:00 PM PDT
KUALA LUMPUR: Keghairahan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencelah ketika perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya terkena diri sendiri. Beliau pada mulanya bangkit mempersoal ketidaksepakatan Pakatan Rakyat ekoran gagal mengemukakan satu logo mewakili ketiga-tiga parti dalam PRU13 lalu. Bagaimanapun dakwaan beliau itu terus dibantah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuklah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin. Mereka mengutuk Annuar Musa kerana tidak mendapatkan maklumat yang betul sebelum membuat tuduhan. Sehubungan itu, Anwar menyindir Annuar yang hanya mendapat maklumat daripada Utusan Malaysia. "Yang Berhormat Ketereh ambil maklumat daripada Utusan! "Dua tahun setengah Pakatan Rakyat mengemukakan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti, sampai sekarang tidak diluluskan," tegas Anwar sambil menepuk meja dan diikuti tepukan barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Annuar kelihatan tersengih-tersengih setelah diejek oleh barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat. Sebelum itu, Annuar beberapa kali bangun mencelah dan beliau kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim. | ||
Posted: 26 Jun 2013 03:00 PM PDT | ||
Bawa ulama Syria ke bumi Serambi Mekah - Husam Posted: 26 Jun 2013 02:00 PM PDT
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bercadang membawa ulama-ulama dari Syria, yang kini berdepan konflik berdarah bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sementara di Malaysia. "Sesuai Kelantan sebagai Serambi Mekah, maka elok ulama-ulama besar dari Syria dibawa ke sini bagi membolehkan kita berkongsi ilmu agama dengan mereka. "Kita tahu Syria mempunyai ulama-ulama besar. Malah di bumi Syrialah terletak kubur Nabi Ayub, didiami juga ulama tersohor termasuk Imam Nawawi," katanya di sini. Syria kini menyaksikan pertumpahan darah sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi korban. Presiden Bashar al-Assad dibantu Hizbullah dan Iran dilapor menggempurkan kebangkitan rakyat. Revolusi kebangkitan rakyat bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lepas ekoran penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan. Media melaporkan pengawal Bashar menahan pelajar-pelajar terbabit sehingga menimbulkan bantahan keluarga mereka. Ekoran itu mencetus tunjuk perasaan sehingga merebak ke beberapa bahagian di Syria, selepas pasukan keselamatan rejim Assad bertindak ganas. Husam berkata, umat Islam di negara ini perlu turut membantu ulama-ulama besar dari Syria bagi mengelakkan lebih ramai alim ulama terkorban dalam konflik yang berlaku sekarang. "Lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi, kehadiran ulama besar dari Syria membolehkan kita menimba ilmu agama daripada mereka," katanya. Husam yang baru kembali dari sempadan Syria di sebelah Jordan minggu lepas turut memberitahu keadaan kem-kem pelarian di sempadan Jordan begitu dhaif sekali. Katanya, puluhan ribu pelarian sedang berdepan dengan ribut pasir yang sedang melanda. "Ketika saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di kem tersebut berlaku ribut pasir yang begitu kuat. Namun pelarian terus bertahan di situ dalam keadaan serba kekurangan. "Oleh itu wajar rakyat di Malaysia turut menghulur bantuan kepada mereka, lebih-lebih lagi mereka juga akan menghadapi Ramadan dalam serba kekurangan," katanya. | ||
PAS bersedia di Kuala Besut - Mustafa Posted: 26 Jun 2013 11:00 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut ekoran kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar, pagi tadi akibat sakit kanser paru-paru. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar)bagaimanapun berkata PAS menantikan keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan butiran lanjut perjalanan PRK itu. "Seperti yang sedia maklum, akan ada PRK apabila berlaku kematian. PAS bersedia menghadapinya, dan menunggu pengumuman rasmi SPR tentang tarikh-tarikh penting, sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Katanya, selepas SPR memgumumkan tarikh rasmi bagi PRK itu, PAS akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci berkaitannya. Allahyarham yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan