Khamis, 27 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah Sultan Johor marah, macam ni rupanya 'RIV' untuk Kor Gerak Khas yang berharga RM690,000 tu..

Posted: 27 Jun 2013 07:30 AM PDT

Tentu ramai yang masih ingat lagi diawal September 2012 yang lalu, baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim telah melahirkan rasa dukacitanya kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Dalam masa yang sama, Baginda Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas mempersoalkan perbezaan harga yang ketara antara Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dimiliki baginda dengan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas.

Harga bagi sebuah RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor kepada GGK adalah RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Kementerian Pertahanan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu berkata.. 

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya lagi dalam satu majlis.

Tak tahulah hasil siasatnya dah sampai kemana.. mungkin Menteri Pertahanan yang baru pula akan menyambung siasatan itu..

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bentuk Rapid Intervention Vehicle yang akan digunakan oleh Group Gerak Khas itu..

Melihatkan pada harganya yang jauh berbeza itu tentu ramai yang menganggap spesikasinya sememangnya hebat dan akan membanggakan setiap rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kenderaan tersebut telah dipamirkan kepada wakil-wakil media baru-baru ini sempena program Hari Kementerian Pertahanan Bersama Media, di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang.

Program itu dihadiri 87 wakil media, termasuk 17 wanita, bertujuan memperkukuh kerjasama kementerian itu dengan media bagi meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat terhadap fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain diberikan penjelasan mengenai PULPAK yang melahirkan anggota Grup Gerak Khas (GGK) atau komando yang berfungsi sebagai anggota elit Tentera Darat Malaysia (TDM), wakil media turut diberi peluang menjalani latihan menembak.

Aku yakin ramai yang tidak akan mempertikaikannya jika kenderaan yang akan diguna oleh Grup Gerak Khas seperti gambar di bawah..


Tapi.. ianya bukanlah HumVee macam gambar di atas tu..

Malah wartawan yang melihatnya sendiri mempersoalkan harganya "If the RIV was purchased for 500K something must be very wrong as a cursory inspection showed it had not been modified in any way apart from the mounting for the removable assault ramp and ladder. Its not armoured, not fitted with a radio and the suspension had not been beefed up."

Oleh kerana aku malu nak copy n paste disini gambar RIV itu.. korang saksikan gambar RIV berharga RM690,000 milik Grup Gerak Khas itu di ( SINI )

Dakwat kekal yang tak kekal.. Dulu RM2.4 juta sekarang RM7.1 juta.. apa cerita ni?

Posted: 27 Jun 2013 04:30 AM PDT


Jika dahulu kerajaan Barian Nasional (BN) membazirkan wang rakyat sebanyak RM2.4 juta pembelian dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu yang akhirnya dilupuskan..

DAP hari ini mempersoalkan pula mengapa kos pembelian bahan itu untuk PRU13 tiga kali jauh lebih tinggi dengan jumlah RM7.1 juta walhal nisbah peningkatan bilangan pengundi sekitar 20 peratus tidak wajar untuk harga semahal itu.

Bercakap kepada media hari ini di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tambah membingungkan lagi ialah bagaimana Kerajaan Kemboja yang mempunyai lebih dari sembilan juta pengundi hanya perlu mengeluarkan RM2.8 juta untuk pembelian dakwat kekal dari Kerajaan India pada 19 Jun baru-baru ini.

"Kenapa perbezaan kos ini begitu ketara dan kita juga hairan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia selalunya akan lebih mahal.

"Memang saya amat terkejut dan terkilan dengan jawapan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan amaun pembelian 'dakwat kekal yang tidak kekal' bagi PRU13 ini amat tinggi," katanya.

Loke yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dalam perkara berkait menyatakan kekecewaan beliau kerana dakwat kekal itu bukan sahaja mahal malah tidak memenuhi fungsinya sebagai 'dakwat yang kekal'.

"Kita mahu kerajaan dan SPR mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pembekal tetapi apa yang berlaku, SPR bukan sahaja tidak bertindak malah terus melindungi syarikat pembekal dengan merahsiakan siapa mereka konon atas sebab keselamatan.

"Kita nak tahu apakah isu keselamatan yang mereka maksudkan? Bagaimana pula maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?," soalnya.

Katanya, jika sebelum PRU13 pihak SPR merahsiakan maklumat syarikat pembekal kerana takut disabotaj, mengapa pula alasan sebegini digunakan walaupun pilihan raya sudah berlalu.

Beliau mengingatkan SPR bahawa tindak-tanduk mereka dalam perkara ini hanya akan memperkuatkan persepsi negative rakyat terhadap mereka. – Roketkini.com

Ooo.. SPR prihatin kesihatan rakyat rupanya sebab itu guna pewarna makanan..

Posted: 27 Jun 2013 12:40 AM PDT


Antara risiko terhadap kesihatan rakyat jika kandungan silver nitrat didalam dakwat kekal yang tak kekal itu melebihi satu peratus, ianya akan mengakibatkan penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

Manakala dalam huraian yang lebih panjang lebar pula seorang pemimpin UMNO menghuraikannya dan mendakwanya ianya juga akan mengakibatkan kanser.

"Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi."

Jadi bagi mengelakkan kemudaratan terhadap kesihatan rakyat maka pewarna makanan.. itu kata seorang lagi pemimpin UMNO...

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwat yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat.

"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, Malaysia juga tidak memerlukan dakwat kekal seperti "negara dunia ketiga" lain.

"Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya.

Beliau mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan ~ Malaysiakini

Kah.. kah.. kah.. dah kantoi makin ramai pulak pemimpin UMNO tampil untuk membela Pengerusi SPR tu..

Niatnya baik kerana nak membantu tapi malangnya ianya menyerlahkan kebodohan diri sendiri pula kerana beliau menyangka rakyat negara ini semakin bodoh..

Patutlah pemimpin-pemimpin muda UMNO sedang cuba untuk mengerakkan usaha untuk menyingkir pemimpin-pemimpin dari golongan veteran ni.. Ada pun memalukan UMNO saja..

Pengerusi SPR Kantoi tu sila baca di SINI

"Lu memang cibai !!".. Che'GuBard sila bantah secara profesional

Posted: 26 Jun 2013 10:11 PM PDT



Selasa lalu Che'GuBard telah update status di FaceBook milik peribadinya dengan satu komen yang boleh dikira amat pedas buat yang terasa..

Beliau telah menulis "Ada bangkai yg naik atas nama rakyat boleh keluar TV3 terima keputusan PRU... Lu memang cibai !!


Berikutan itu ada beberapa pemimpin dalam PKR terasa dan mereka bertanya kepada aku melalui SMS dan BBM, apahal Che'GuBard marah sangat tu?

Walaupun pada dasarnya tindakan Che'GuBard itu tidak sesuai dilakukannya sebagai seorang pemimpin malahan pula beliau disanjung oleh ramai anak muda bagi aku apa yang dinyatakannya dalam FaceBook milik peribadinya itu adalah hak dia.. ikut suka dia..

Masaalah aku untuk menjawab ialah.. disana kawan.. disini pun kawan, aku ada ditengah-tengah..

Jawab aku.. "Itu hak dia untuk bersuara, lagipun apa yang dinyatakannya itu adalah dalam FaceBook milik peribadinya.. yang hang gatai pi baca tu buat apa?"

"Lagipun dia tak nyatakanpun secara jelas siapa yang dimaksudkannya itu, jadi janganlah melatah pulak.. orang muda biasalah.. cepat panas..."

Aku sangka hanya ahli-ahli dan juga pimpinan PKR yang jenguk FaceBook Che'GuBard tapi ramai juga dari PAS..

Rentetan itu beliau telah ditegur oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani bukan secara berdepan tetapi melalui media..

Dan teguran itu telah disiarkan pula oleh Sinar Harian..

SEREMBAN - Komen pedas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard di laman sosial Facebook baru-baru ini dianggap kurang wajar.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, tidak salah untuk meluahkan perasaan atau ketidakpuasan hati, namun biarlah dengan cara yang betul dan tertib.  
"Memang banyak saluran boleh digunakan bagi menzahirkan sebarang pandangan atau bantahan pada masa kini, tetapi tidak semestinya perlu menggunakan kata-kata kesat.  
"Tidak kisahlah kepada siapa komen tersebut ditujukan sekalipun, yang penting ia perlu dibuat secara profesional dan bukannya mengutuk dari belakang," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohamad Taufek berkata, tindakan mencaci maki sedemikian tidak membawa sebarang manfaat kecuali memberi imej buruk kepada diri sendiri, sekali gus mendedahkan kepincangan dalam sesebuah perikatan atau organisasi.  
"Bagi kita, salah satu langkah yang boleh diambil adalah berbincang secara face to face atau bersua muka kerana kaedah sebegini dilihat lebih membuahkan hasil berikutan kedua-dua pihak dapat bersuara dan saling membela diri," katanya. 
Terdahulu, Che'GuBard dalam komennya menyelar seorang pemimpin PR yang menyatakan beliau sanggup menerima keputusan PRU13 lalu di sebuah saluran berita di televisyen baru-baru ini, walaupun beliau 'naik' atau menang atas nama rakya 

Pesuruhjaya Pas ni pun sama.. dia kata face to face lebih afdal.. tapi yang dia sendiri tegur melalui media ni apahal pulak?

Walaupun jumlah ADUN Terengganu seri, Mat Said akan kekal sebagai MB.. ini sebabnya..

Posted: 26 Jun 2013 08:09 PM PDT


Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail. Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi.

Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR. Apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi Dun Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang, adalah masih 17 dan PR 15. Tetapi jika PR merampas Kuala Besut, kedudukannya ialah 16-16.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.

Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PR akan dilantik sebagai menteri besar.

"Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat. Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.

"Memandangkan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung, dan melihat kepada majoriti lebih 2,400 yang dimenangi BN, saya rasa BN akan kekal.

"Tapi jika berlaku perubahan undi, sesuatu akan berlaku di Terengganu. Kejadian seperti ini tidak pernah terjadi (di negara ini)," katanya ~ SinarHarian

Bila Sultan akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri... sudah tentulah Mat Said akan kekal jadi MB.. takkanlah Najib nak lantik Haji Hadi kot??

Tiada ulasan: