Rabu, 26 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DAKwat TAK KEKAL RUPANYA JARI KORANG YG MAKAN:SAKSIKAN

Posted: 26 Jun 2013 07:00 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

NONE"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.
Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".

NONETulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.
Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.
"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.
"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya.

Anwar: Bahas titah Agong bukan penderhakaan

Posted: 26 Jun 2013 05:56 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa tindakan membahas titah Yang Dipertuan Agong, yang menyeru agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, merupakan satu penderhakaan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, perbahasan itu dilakukan bukan untuk menderhaka tetapi sekadar memberi teguran. 

Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas titah berkenaan namun teguran serta bukti berhubung dakwaan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diberikan bagi memberi penjelasan kepada pihak istana. 

"Apa saya kata, saya kata titah Tuanku saya junjung kasih... tetapi Tuanku juga berhak diberi bukti dan fakta bahawa Tuanku harus menimbangkan pandangan sebahagian daripada rakyat. Kalau tak jelas, kami dalam Pakatan akan bawa bukti dan persembahkan pada istana negara," katanya lagi. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru) di Parlimen hari ini. 

Abdul Aziz membangkitkan sama ada pembangkang memberi gambaran bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku  Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam membaca titah berkenaan dalam keadaan tidak faham, secara dipaksa atau terpaksa.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata teguran dalam perbahasan seperti itu bukanlah satu bentuk tindakan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Sistem Diraja yang berkuasa mutlak menjadikan rakyat tak boleh persoal. Kita faham, dalam sistem beraja dalam kuasa mutlak pun, perdana menteri dan penasihat bukan mengampu tetapi memberi saranan dan teguran. 

"Perlembagaan kita itu jelas, Bila beri teguran, sejak tahun 1957 lagi, (kalau) semua orang beri teguran ia bukan umpama menderhaka atau menghina.

Ucapan itu adalah titah Diraja atas nama kerajaan yang memerintah. Kalau itu tak faham, susah. Kalau itu maksudnya (menderhaka), tak payah debatlah," 

Perkara itu timbul ekoran kenyataan Anwar semalam, bahawa titah Yang di-Pertuan Agong upacara perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.

Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya.

DUN Kuala Besut: Speaker maklum kekosongan esok

Posted: 26 Jun 2013 05:00 AM PDT

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

"Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Dr A Rahman yang merupakan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri dimasukkan ke HSNZ sejak Khamis lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

-Bernama

DEDAHKAN MENTERI DAPATKAN IJAZAH PALSU

Posted: 26 Jun 2013 04:30 AM PDT

DAP hari ini mendakwa dua menteri kabinet memiliki sijil ijazah yang palsu. 
MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari "kilang ijazah" di Preston dan Wyoming, Amerika Syarikat. 

"Adakah ini transformasi apabila ada dua menteri yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap  pembangunan modal insan dalam negara kita?

"Ia sangat mengecewakan kerana pada hari pertama Parlimen bersidang, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik dua menteri yang memiliki ijazah palsu daripada institusi yang menjadi pengilang ijazah," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini. 

Ong mendakwa, seorang dari menteri tersebut memiliki ijazah bacelor dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Preston University.
Katanya, beliau tidak menemui apa-apa laman web yang dimiliki Chartered Institute of Business Administration Ireland.
Preston Universiti pula sememangnya dikenali sebagai universiti yang palsu, dakwanya.
Seorang lagi menteri berkenaan, dakwanya memiliki ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Golden State University di Wyoming.
Menteri tersebut juga memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Terbuka Komanwel yang berpusat di kepulauan Virgin, dalam jajahan Britain, dakwanya.
"Kedua-dua institusi ini disenaraikan sebagai universiti yang tidak tidak bertauliah dan ijazah yang tidah sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine," katanya.
Sehubungan itu, Ong berkata, kedua-dua menteri tersebut perlu meletakkan jawatan bagi melindungi integriti dan kredibiliti kabinet yang diketuai oleh Najib.

INI NASIB PAKATAN JIKA BLOG,FB BEREHAT:SAKSIKAN

Posted: 26 Jun 2013 02:00 AM PDT


PAS SUDAH LARI DARI JALAN ISLAM?KETAHUI SEBABNYA

Posted: 25 Jun 2013 11:00 PM PDT

Berikut saya angkat dari komen pembaca artikel dari blog Khalid Samad di sini. Tulisan Khalid, seperti biasa adalah menarik untuk di perhatikan. Saya dapati komen dari pembacanya juga menarik.Saya kopipes dan perbetulkan mana-mana ejaan yg perlu dibetulkan sahaja tanpa mengubah yang lainnya. 
Mat keluang said...
Salam Khalid.

Awak memang seorang pemimpin PAS yang progressive. Teruskan pejuangan ini di selangor dan diharap pemimpin PAS di negeri lain akan mengikut apa yang berlaku di Selangor.

Kekalahan ramai calon calon PAS di Kedah saperti Mat Sabu kerana orang PAS sendiri tidak mengundinya.
Mereka berpecah dan menuduhnya ahli Syiah.

Kekalahan Saifuddin di Kulim kerana orang PAS tidak menggundinya juga kerana PAS berpecah.

Kekalahan 3 Kerusi Parliment PKR di Kelantan juga menjadi tanda tanya. Ini kerana semua calon PAS di kerusi dewan undangan Negeri menang.

Kekalahan calon PKR di Bagan Serai,Perak juga kerana orang PAS tidak menggundinya.

Kekurangan jumlah undi Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang melawan Dr Mazlan,bekas orang kuat PAS adalah kerana orang PAS tidak mengundinya.Bila ditanya kenapa.Mereka berkata ada arahan dari ibu pejabat PAS untuk menggundi Dr Mazlan. Anwar perlu di kalahkan supaya Ustad Haji (Hadi?~ alHusseyn) boleh menjadi Perdana Menteri.

Orang PAS perlu mengubah sikap yang tidak ikhlas kapada yang lebih ikhlas jika mahu menewaskan BN/ UMNO.

Saya tertarik dengan ulasan Harun Din kenapa PAS tidak boleh berkerja sama dengan UMNO.Pada tahun 1970 apabila UMNO lemah mereka menjemput PAS menyertai BN.Asri setuju. Apabila UMNO kuat mereka mengusir PAS dari BN. PAS terpaksa menunggu sahingga tahun 1990 untuk menawan samula Kelantan.

Tun Mahathir memberi komen dalam blognya bila di tanya kenapa BN mengusir PAS dari BN.Katanya Dato AsriI sabagai Menteri Tanah dan Galian telah mengunakan pengaruhnya untuk menubuhkan banyak ranting PAS di kawasan Felda. Kenapa marah Dato Asri. Bukankah ianya rakan kongsi dalam BN.

PAS memerlukan satu revolusi mental yang segera untuk mengasingkan orang orang saperti Hassan Ali dari menguasai fikiran orang orang PAS.

Wassalam.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/06/benarkah-ini-semua-kerja-kerja-khianat.html

INI BUKAN PENGGANAS SULU:TABIK

Posted: 25 Jun 2013 08:00 PM PDT

ADA YG SALAH DALAM GAMBAR INI BAHKAN IA DILAKNAT OLEH NABI SAW:ULAMA' WAJIB MENEGURNYA...

Posted: 25 Jun 2013 06:00 PM PDT


SELAMAT HAYAT MENTERI NI:HA HA HA

Posted: 25 Jun 2013 04:30 PM PDT

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat Malaysia di Indonesia yang didapati menyebabkan jerebu.
Menurutnya, tugas itu adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia.

"Ada laporan mendakwa syarikat-syarikat Malaysia terlibat dalam aktiviti pembakaran haram.

"Kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka," katanya dalam sidang media petang tadi.

Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Palanivel menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat berkenaan di Malaysia.

"Tidak, tidak (boleh ambil tindakan). Undang-undang di Malaysia tidak boleh diguna pakai di Indonesia.

"Kita tak boleh saman mereka di sini. Ia tugas kerajaan Indonesia untuk ambil tindakan jika syarikat berkenaan melakukan sebarang kesalahan," katanya.

Tiada ulasan: