Rabu, 26 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pengerusi SPR Kantoi lagi!!

Posted: 26 Jun 2013 04:09 AM PDT


Dalam isu penggunaan dakwat kekal yang tak kekal semasa PRU13 yang lalu, hari ini Pengerusi SPR telah disahkan menipu sambil cuba memperbodohkan rakyat mengenai kandungan kimia dalam dakwat berkenaan.

Kononnya menurut beliau syarat dikenakan Jabatan Kesihatan dakwat kekal itu hendaklah mengandungi tidak lebih satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.

"Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk menentukan ketahanan dakwat kekal itu.

"Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

Tengok nih..


Kenyataan beliau itu turut disokong oleh Ahmad Maslan..

"Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi." dipetik dari SINI

Pembohongan mengenai kandungan dakwat itu telah didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Shahidan Kassim dalam masa yang sama ianya juga menyerlahkan kebodohan Ahmad Maslan..

Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.


Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".

Tulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.

Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.

"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.

"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya ~ Malaysiakini


Letak jawatan sajalah.. buat malu anak cucu saja..

MP British nak ke Malaysia bincang isu penipuan pilihanraya?.. mesti kena halau punyalah..

Posted: 26 Jun 2013 01:05 AM PDT


Februari lalu Senator dari Australia, Nick Xenophon telah dihalang dan ditahan dari memasuki Malaysia kerana dikatakan menyibuk dalam hal rumah tangga Negara kita kata macai-macai UMNO.

Menurut Anwar Ibrahim "Beliau datang ke sini untuk memantau dan mengamati proses demokrasi dalam pilihanraya.

Penahanan Xenophon ketika tiba di Malaysia pada pagi hari kejadian itu jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi dan ia membuktikan Pilihanraya Umum (PRU) 13 tidak akan berjalan dengan telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi..

Kalau yang nak datang memerhatikan pilihanraya pun kena halau balik.. korang agak Ahli Parlimen British ni boleh masuk Malaysia tak?

Dia bukan nak perhati Pilihanraya tapi nak bincangkan isu mengenai penipuan yang telah berlaku dalam PRU13 yang lalu..

British MP to discuss GE13 fraud claims when he visits KL, says Suaram

Suaram's reports on the allegations of widespread electoral fraud during GE13 has drawn response from Britain that it stands "ready to support the process of reform where it can".

The British Minister of State, Foreign and Commonwealth Office, Hugo Swire, also said Britain "has "consistently underlined its support for further political and economic reform in Malaysia", according to a press release by Suaram yesterday.

Suaram said Swire, as the minister responsible for relations with Malaysia, made these statements in a letter to William Cash, chairman of the All Party Parliamentary Group on Malaysia.

The MP is due in Malaysia this week on a trade visit. Cash gave a digital copy of Swire's statement, dated June 13, 2013, to Suaram.

In it, Swire further advised Cash that the British government "made clear our belief (to the Government of Malaysia) that allegations of irregularities made by opposition parties and civil society groups should be investigated fully".

Cash had been initially approached by the Labour MP for Rutherglen & Hamilton West, Tom Greatrex,, who was given reports of the electoral fraud allegations from Suaram.

According to Suaram, Greatrex referred the Foreign Office to "widespread concerns and worrying allegations about the conduct of aspects of the general election that took place in Malaysia in May", during a parliamentary sitting.

Suaram said, referring to Hansard records, Greatrex pointed parliamentarians to "intimidation at polling places, phantom voters and incomplete electoral rolls".

The Labour MP asked Ministers to inform the House "as to whether they will be taking those issues up with the Malaysian Government".

Hansard records Swire's reply as: "I am going to Malaysia next week and I can confirm that I shall be looking into this at first hand."

~ The Malaysian Insider

Pilihan Raya Kecil pertama 2013.. Adun UMNO Terengganu meninggal dunia..

Posted: 25 Jun 2013 08:53 PM PDT


Mula-mula tadi berita ni aku baca di Kerabu Bersuara, tapi oleh kerana beliau tidak menyatakan sumbernya aku tak berapa yakin..

Ini laporan dari Kerabu Bersuara..

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.

Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.

Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tetapi setelah The Star dan juga The Malaysian Insider juga turut melaporkan perkara yang sama maka aku yakin laporan ini adalah benar..

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Terengganu Dr. Abdul Rahman Moktar yang berusia 55 tahun meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi tadi kerana penyakit barah paru-paru.
Adun Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan Exco Kesihatan kerajaan negeri Terengganu itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
Ini bermakna, pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan tidak lama lagi buat pertama kalinya selepas pilihan raya umum 5 Mei. Abdul Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Azizah Omar dan empat orang anak. Abdul Rahman mendapatkan ijazah kedoktorannya di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran lagi di Kolej Perubatan Filipina di Manila.
Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Pulau Perhentian, Kuala Terengganu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRK dalam masa 60 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
BN pada ketika ini menguasai 17 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat (PR) mempunyai 15 kerusi. Kematian Abdul Rahman menyebabkan BN hanya tinggal 16 kerusi dan jika kemenangan berpihak PR pada PRK akan datang akan menyebabkan DUN Terengganu tergantung. .

Ini pula laporan dari The Star..

KUALA TERENGGANU: Kuala Besut assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar passed away at the Sultanah Nur Zahirah hospital due to lung cancer.

Dr A. Rahman, 55, was appointed to a second term as the health, women's development, family and community exco chairman after the general election.

He was admitted to the hospital last week and warded in the intensive care unit (ICU) after complaining of chest pains. Dr A Rahman was a senior member of the state Barisan Nasional and one of only four who were retained in the state exco lineup.

He defended the Kuala Besut state seat by beating PAS' Napisah Ismail by 2,434 votes in the May general election.

Al Fatihah buat Allahyarham dan takziah buat keluarganya..

Kejamnya.. Manusia atau Syaitan bertopeng manusia bapa tiri budak ni?

Posted: 25 Jun 2013 07:57 PM PDT


Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.


keadaan kedua-dua belah kaki mangsa yang cedera parah dan dijangkiti kuman.

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

"Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.

"Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparan selepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

"Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek," katanya.

Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

"Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

"Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine," katanya ~ Sinar

Runtuh lagi.. kali ini di Putrajaya lah pulak..

Posted: 25 Jun 2013 05:00 PM PDT


Apa yang ditulis di Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor tentang bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 runtuh diterbangkan angin ini..

"Alhamdulillah, bencana ribut yang melanda Putrajaya tadi tidak melibatkan nyawa penduduk di sini. Walaupun berlaku kerosakan kerana bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 diterbangkan angin namun syukur kerana tidak ada individu yang terlibat. Ada juga pokok tumbang di sekitar Presint 9 dan 10 dan pihak bomba dan penyelamat melaksanakan kerja-kerja agar tidak menyulitkan masyarakat tempatan. Semoga kediaman kita dan negara yang tercinta ini terus dipelihara Allah SWT dan kita semua terus diperkuatkan iman" ~ Tengku Adnan Tengku Mansor

Tiada ulasan: