Selasa, 25 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TENGOK GAMBAR HEBATNI:DUA MUSUH DUA SENYUMAN...

Posted: 25 Jun 2013 08:30 AM PDT

KOMENLA KORANG DENGAN KENDAK POLITIK GAMBARNI..YG BAIK TAU

KETAHU MENGAPA DS NAJIB DALAM TAKUT DAN BIMBANG

Posted: 25 Jun 2013 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Rakyat tidak membuat undi sulit ketika memilih Speaker terus mendapat pelbagai andaian dari rakyat dan mereka mendakwa kerajaan BN takut untuk membuat undi sulit.

Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Datuk Seri Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional.

Najib juga, katanya, gagal memulihkan kepercayaan bahwa beliau adalah seorang negarawan bahkan sebaliknya memperkukuhkan title 'Autokrat Baru' dan 'Demokrat Palsu' (False Democrat) yang  pernah diberikan oleh seorang penulis Mark Mackinnon (Globe and Mail, 2012).

Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen.

Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.

Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Amalan memilih Speaker dari pencalonan pihak pembangkang memberikan lonjakan imej parlimen di negara ini menghampiri negara maju seperti menyaksikan seorang Speaker dari Parti Buruh semasa Perdana Menteri John Major dari Parti Konservatif di United Kingdom.

Malangnya, kata bekas anggota Parlimen Kuala Selangor itu, setelah diberitahu akan hasrat ini secara terbuka, ianya tidak langsung tampaknya diberikan layanan menasabah oleh PM Najib.

Benar, Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah yang mempengerusikan acara pemilihan.

Namun bagi Dr Dzul, Najib masih boleh bertindak untuk memperbetulkan dan menentukan peraturan lebih menepati peraturan Standing Order 4 (4) yang ringkasnya bermaksud supaya pengundian dilakukan secara rahsia 'secret ballot' dengan tidak memerlukan Ahli Parlimen meletakkan namanya di atas kertas undi (ballot paper).

Keputusan pemilihan, ketika dilakukan dengan secara 'tidak rahsia' tentunya adalah seperti diramal.
Pandikar mendapat 133 undi sementara Abdul Kadir, mendapat seluruhnya undi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yakni 89.

Amalan mengundi secara 'secret ballot' atau rahsia bertujuan untuk mengizinkan Ahli Parlimen (khasnya 'backbenchers' kerajaan) mengundi mengikut 'conscience' atau 'dhamir' berdasarkan kekuatan fakta dan hujjah, hujjah beliau.

Dengan kata lain, Ahli Parlimen boleh membuat 'pendirian sendiri' atau 'break rank' dalam isu atau rang undang-undang tertentu yang melibatkan kemaslahatan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti atau koalisinya.

Ini juga adalah antara ciri politik matang yang disaksikan di negara lebih 'advanced' demokrasinya dan terkeluar dari amalan biasa yakni 'bloc voting' atau 'mengundi secara blok' yakni kerajaan atau pembangkang.

"Itulah yang diharapkan berlaku dalam pemilihan YDDR semalam," katanya.

Bagi beliau, kegagalan Najib untuk melakukan satu 'kelainan' sesuai dengan dakwaan beliau serius untuk berubah, dibaca oleh umum dengan pelbagai tafsiran.
Yang paling jelasnya Najib bukanlah pemimpin yang mampu membuat 'kejutan' yang sifatnya terlalu 'konvensional' dan 'mudah diramal' (predictable).
Justeru, kata beliau, beliau tidak pernah ditanggapi mampu memecah tradisi atau berkeupayaan melakukan 'breakhthrough' dalam kepemimpinannya.

Beliau lebih dikenali sebagai  seorang pemimpin yang 'play-safe' dan jauh lagi untuk menjadi 'risk-taker' atau 'pengambil risiko' tinggi dalam percaturan politiknya. Beliau telah terbiasa begitu sejak azali lagi, kehidupan yang mudah, selesa dan banyak dibantu oleh penasihat khasnya mutakhir ini dengan perunding antarabangsa, dakwanya.

"Tafsiran mudahnya beliau takut kepada ahli parlimennya. Sebabnya?  Jelas. Beliau seperti dibayangi ketakutan akan kemungkinan ada Ahli Parlimen BN yang merancang untuk belot dan menikamnya dari belakang," dakwanya.

Bukankah telah tersebarnya berita bahawa sekitar 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mengadakan perjumpaan dengan Tengku Razaleigh, katanya.

Mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan Najib. Ini telah menimbulkan kegusaran bukan kepalang buat Najib. Hampir sahaja beliau mahu mangadu kepada lawannya, Ketua Pembangkang.

Dengan Sabah dan Sarawak menyumbang 1/3 daripada kemenangan BN tetapi hanya diberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri telah menimbulkan ketakutan bahawa mungkin mereka akan melakukan protes dan sabotaj.

Katanya, Najib gusar, meskipun ada seorang kroni Najib dikatakan telah membayar setiap seorang RM5 juta mengikut satu penulisan seorang kolumnis tempatan.

Perbuatan menyingkirkan Pak Lah kini kembali menghantuinya setelah dia sendiri gagal mengembalikan penguasaan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.

Dia juga adalah Panglima Perang Umno-BN di Selangor yang kecundang, getus beliau.

"Bayangkan, kekalahan calon YDDR BN tentunya menandakan bahawa beliau tidak lagi mengecapi kepercayaan ahli parlimen BN sendiri," ujarnya.

Lalu beliau wajar bubarkan parlimen segera andainya itu berlaku. Risiko terlalu besar untuk diperjudikan seluruh karier politiknya dengan isu pemilihan YDDR. Najib ambil jalan selamat dan persetankan segala kehendak rakyat dan perubahan, katanya dalam kenyataan itu.

Baginya, untuk sementara ini Najib boleh berhenti berangan-angan untuk mendapat sokongan Pakatan Rakyat ke arah Rekonsiliasi Negara.

Lebih menekankan lagi adalah ujian seterusnya tentang penubuhan sebuah Panel Khas Parlimen yang akan memantau penubuhan dan perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pakatan Rakyat mungkin sahaja menuntut supaya perlantikan calon Pengerusi SPR ialah calon yang dicadangkan Pakatan Rakyat sekali lagi.

Sebagai prasyarat penubuhan SPR baru ini yang diletakkan di bawah pemantauan sebuah Panel Khas Parlimen, semua Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha serta anggota SPR yang ada ini, mesti meletakkan jawatan segera.

Najib telah terlepas peluang melakukan yang terbaik dalam hal pemilihan YDDR. Apakah Najib juga akan mengulangi kesilapannya dalam kes SPR nanti?

"Sila pantau politik negara dalam sesi parlimen ke-13 ini yang semakin sengit tetapi menarik. Inilah antara hadiah Politik Baru!" saran beliau.

JANGAN TENGOK KENYATAANNYA:TENGOK KAT TENGAH TU....MENARIK

Posted: 25 Jun 2013 06:20 AM PDT

Mekanisme kawalan harga yang cacat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebabkan orang ramai terpaksa membayar harga penutup muka yang tidak munasabah ketika mereka amat memerlukannya, kata anggota Parlimen DAP.

NONEWakil rakyat Kulai Teo Nie Ching (kanan) berkata, harga maksimum yang ditetapkan oleh kementerian terlalu tinggi, yang menjadikan kawalan harga tidak berguna.

"Penutup muka dikawal bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 26 Ogos 2009.

"Bagaimanapun, harga jualan maksimum oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membenarkan pencatutan (pengambilan untuk berlebihan)," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Teo memberikan contoh penutup hidup pembedahan tiga lapisan ditetapkan oleh kerajaan sebanyak 80 sen, sementara harga maksimum sebanyak RM25 untuk 50 keping.

Bagaimanapun, kata Teo, harga pasaran sebelum jerebu hanya 40 sen sekeping dan RM10 untuk kotak 50 keping.

BERSIH:NAJIB TIADA KAITAN DENGAN PEMBUNUHAN LATANTUYA

Posted: 25 Jun 2013 02:30 AM PDT

Pendakwaan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan timbalan perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan wanita warga Mongolia itu.

 Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata ia ekoran pengakuan Cif Insp Azilah Hadri dalam pembelaannya bahawa tindakannya dijalankan sendiri.

Tun Abdul Majid mengakui bahawa penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan tersebut, mengenali Najib.

Beliau juga berkata DSP Musa Safri merupakan pembantu peribadi Najib pada waktu itu.

"Hanya kerana Abdul Razak mengenali TPM pada masa itu, dan Musa (sebagai pembantu peribadi) bekerja dengan TPM, anda tidak boleh mengaitkan segalanya dengan TPM.

"Tiada apa-apa yang boleh mengaitkan TPM pada masa itu dengan apa yang didakwa dilakukan Abdul Razak," kata Tun Abdul Majid dalam hujahnya.

Beliau membalas hujah yang dikemukakan Azilah dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas, Kpl Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini mengemukakan hujah untuk dibebaskan daripada tuduhan membunuh warga Mongolia berusia 28 tahun di Puncak Alam, Shah Alam di antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi 10 Oktober 2006.

BUKAN ZAHID TAPI KJ YG MAHADHIR NAK BUANG:PERCAYALAH

Posted: 24 Jun 2013 11:00 PM PDT

Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.

Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.

"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi.

Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu.

GAMBAR YG PALING MENAKJUBKAN..RAMAI POMPUAN AKAN SUKA..TENGOKLAH..DARI SANG MENTERI PULAK TU

Posted: 24 Jun 2013 07:00 PM PDT


GAMBAR YG MEMBUAT HATI RASA SAKIT...TENGOKLAH

Posted: 24 Jun 2013 04:30 PM PDT


Tiada ulasan: