Selasa, 25 Jun 2013

Addin

Addin


'Ghani Othman Malukan Umno Johor'- Syed Hamid Albar

Posted: 25 Jun 2013 09:00 AM PDT

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar, biar orang lain sahaja yang bertanding menentang tokoh DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang," kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan.Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor.Menurut Ketua Umno bahagian Kota Tinggi itu, BN Johor kalah kerana kerusi diberi kepada parti yang sudah ditolak pengundi.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menamakan parti berkenaan namun sebuah parti komponen BN kalah teruk di Johor."Di Johor, Umno mendapat sokongan dari orang Melayu, Umno kukuh dan kuat, manakala orang Cina Johor tidak ada sikap perkauman.

"Ini isyarat untuk kita tengok balik apa yang berlaku dalam kempen pilihan raya ke 13," tambah beliau.Berikutan itu, Syed Hamid berkata, jawatan pengerusi Umno negeri yang disandang Ghani sepatutnya diserahkan segera kepada Menteri Besar Johor yang baru iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun, Ghani tidak boleh menyerahkan jawatannya sekarang kerana perlembagaan Umno hanya membenar pertukaran jawatan hanya boleh dibuat dalam perhimpunan agung parti.

Umno akan mengadakan perhimpunan hujung tahun ini – dijangka November atau pun Disember.Syed Hamid menambah, Umno negeri Johor membawa banyak kemenangan tetapi MCA dan Gerakan tidak disokong oleh pengundi kaum Cina.

Katanya, Umno juga perlu merapatkan kerjasama dengan parti-parti itu dan dengan semangat untuk menyakin orang Cina kepada Umno. ~free malaysia today



Iklan C (ii)
 

  



Nah.. Ini Bukti Umno Pencetus Polemik Perkauman Terbaru

Posted: 25 Jun 2013 05:36 AM PDT

Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi. 

Demikian ulas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua yang menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan. 

"Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. "Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang," katanya dalam satu siaran media. Sambil melahirkan rasa kecewa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu.

"Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu," ulas Pua.Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN ini adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan "1Malaysia" seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan."Tetapi kita telah diperlihatkan wajah 1UMNO yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja," ujar beliau.

Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata "kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka.

Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira." Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana "mengikut kehendak orang ramai.""Persoalannya kini, adakah pasar di Petaling Street juga akan menjadi mangsa politik jahiliah UMNO akibat kecewa dalam PRU13 yang lalu?" Soal Pua.

"Dalam pada kerajaaan PR membantu dan berkhimat kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahu pun fahaman politik, kita telah menyaksikan kegelojohan BN memangsakan hidup dan periuk nasi rakyatnya. "UMNO telah tunjukkan taring perkaumannya dan kita seluruh rakyat perlu menghentikan penularan wabak ini," kata Pua. 

Sehingga kini, Perdana Menteri , Najib Razak masih belum memberikan komen beliau berhubung penutupan pasar malam Jonker Street. Ia sekaligus menunjukkan bahawa janjinya untuk berpegang pada prinsip 1Malaysia adalah sia-sia dan palsu belaka. – Roketkini



Iklan C (ii)
 

  

Peristiwa Di Sebalik Jerebu Yang Kita Tidak Ambil Tahu..

Posted: 25 Jun 2013 02:17 AM PDT


Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Al-Rum 30:41]
Apa yang sedang Allah bicarakan dalam musibah?

Kerosakan itu hasil kerja tangan manusia sendiri. Dan bencana kerosakan yang dialami pula, baru sedikit. Tangan manusia mampu menghasilkan bencana yang berganda-ganda lagi. Bencana datang bukan untuk menghukum. Tetapi mahu menyedarkan. Agar kita kembali.

Bagaimana pula dengan asap jerebu?

Langsung teringat kita kepada apa yang berlaku di zaman Nabi sallallahu alayhi wa sallam seperti yang disebut di dalam surah al-Dukhan:


Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan". 
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"

Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).

BENCANA KAUM MUDHAR

Berkenaan ayat 10 hingga 14, Al-Bukhari (hadith 4821) dan Muslim (hadith 2798) mendatangkan riwayat Ibn Mas'ud radhiyallahu anhu bahawa sesungguhnya kaum musyrikin Mudhar apabila mereka berkeras mengingkari seruan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam dan menentang baginda dengan segala bentuk keangkuhan dan kekejian, Baginda telah mendoakan mereka kemarau yang pedih seperti yang pernah menimpa umat manusia di hari-hari pemerintahan Yusuf alayhi al-Salam.

Lalu mereka ditimpa dengan kemarau yang teruk hingga ke tahap menampung makan dengan menjamah tulang.

Ketika itu, langit mereka diselubungi asap tebal yang menyeksa. Kaum Mudhir mendatangi Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam merayu agar Baginda memohon kepada Allah agar diturunkan hujan untuk kaum Mudhar kerana sesungguhnya belenggu asap itu memusnahkan mereka.

Baginda telah memohon kepada Allah dan Allah memperkenankan permohonan baginda.
Hujan turun.

Al-Bukhari mendatangkan riwayat yang menyambung kisah tentang ayat ke 15 dan 16. Setelah asap itu hilang, kehidupan kembali normal, mereka kembali kufur kepada Allah.

"Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya)."


Datang musibah, ingat Tuhan.

Dilepaskan sedikit daripada kesusahan, kembali kufur dan lupakan Tuhan.

Duhai bangsaku, jangan sampai Tuhan 'berdendam' dengan kita!

Kembalilah!

~harakahdaily



Iklan C (ii)
 

  

Bekas MB Johor Di Lantik Pengerusi Sime Darby, Apa Dah Jadi Dengan KM Melaka?

Posted: 24 Jun 2013 11:10 PM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin Omar. 

Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan. 

"Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013," katanya. Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 8 November, 2012. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu. 

"Sime Darby berbesar hati terima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar," katanya. ~mStar

Dan inilah nasib Ali Rustam...

'Ali Rustam Sukar Fahami Boleh Kalah'
Kekalahan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya Ahad lepas menghasilkan satu kesimpulan yang mengejutkan bahawa jasa dan bakti serta kerja keras yang dicurah selama ini tidak semestinya menjamin kemenangan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 46,167 undi di Parlimen Bukit Katil.

Seperti banyak penganalisis politik, Mohd Ali sendiri sukar memahami keputusan pengundian yang tidak berpihak kepadanya walaupun beliau telah 13 tahun berbakti di Melaka.
"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat," katanya selepas menerima keputusan itu.

Dalam PRU13, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu iaitu Ayer Keroh dan Bachang dimenangi DAP manakala Bukit Baru jatuh ke tangan PAS. Hanya DUN Ayer Molek dimenangi BN.

Mohd Ali yang merupakan anak jati Bukit Katil itu sememangnya terkenal sebagai seorang kuat bekerja malah ada menggelarnya 'workaholic' kerana tugasnya yang bermula seawal pagi hingga awal pagi keesokannya.

Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada 2 Dis 1999, Mohd Ali telah merangka serta merancang pembangunan negeri khususnya dalam sektor pelancongan melalui Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka yang berjaya mempelbagaikan produk
pelancongan di negeri itu.

Projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka merupakan contoh kejayaan pelan itu apabila lebih satu juta orang mengunjungi sungai berkenaan pada 2012.

Malah, Melaka yang diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010 turut dinobat sebagai antara destinasi pelancongan terbaik dunia yang mesti dilawati oleh akhbar berpengaruh The New Times.

Dari segi kebajikan rakyat, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan kepada rakyat tanpa mengira kaum termasuk pembinaan 6,111 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga 2011 dengan kos lebih RM60 juta selain RM84
juta diagih kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun lepas.

Penganalisis Politik Prof Datuk Dr Ramlah Adam turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan PRU13 itu kerana Mohd Ali disifatkan seorang pemimpin yang kuat bekerja, komited dan tiada protokol dalam bertemu rakyat.

"Rakyat memilih bukan calon yang bekerja kuat tetapi mereka memilih sebaliknya... biasanya kita akan kalahkan calon sekiranya dia tidak bagus, tetapi bagi kes (Mohd Ali), ia berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Mohd Ali telah berjaya membangunkan Melaka khususnya kawasan Bukit Katil daripada sebuah kampung biasa ke arah yang lebih moden dan maju dengan segala kemudahan yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau merpendapat pengundi baru terutama golongan muda yang kurang mengenali atau mengetahui pengorbanan ketua menteri itu merupakan antara faktor kekalahan itu.

"Perbezaan 5,447 undi adalah terlalu besar kerana Shamsul Iskandar adalah orang baru yang tiada sumbangan dan tidak ramai mengenalinya jika dibandingkan dengan Mohd Ali," katanya. ~bernama


Iklan C (ii)
 

  

Negara Di Timpa Bala, Pemimpin Sibuk Pasal Duit.. Saksikanlah!!

Posted: 24 Jun 2013 11:02 PM PDT


Sepatutnya pemimpin ajak rakyat untuk melakukan doa,solat istiqa dan solat hajat banyak - banyak. Bukannya bercerita pasal pelancongan ketika ini. Jangan kita lihat lahiriah sahaja tetapi ini adalah bala dari Allah SWT kerana kealpaan pada perintahNya. Inilah akibatnya apabila memilih pemimpin yang tiada roh Islam..

Melaka Bimbang Industri Pelancongan Terjejas
BANDARAYA MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bimbang sekiranya keadaan jerebu berpanjangan akan menjejaskan industri pelancongan di sini.
Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau, Datuk Ghazale Mohamad berkata, meskipun perkara itu tidak berlaku namun, gambarannya seakan-akan mula kelihatan."Secara gambaran kasar, kalau berpanjangan ia boleh menjejaskan kehadiran pelancong dan akan mengurangkan aktiviti berkaitan seperti industri perhotelan, makanan serta pengangkutan.
"Jerebu yang berlaku dilihat mempunyai kelainan sedikit daripada biasa kerana ia mengandungi habuk-habuk atau debu yang berbahaya serta akan memberi kesan terhadap kesihatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun jelasnya, setakat ini kesan terhadap sektor berkenaan belum begitu ketara cuma dalam tempoh tiga atau empat hari kebelakangan ini terpaksa membatalkan beberapa acara."Sejak negeri Melaka mengadakan pesta sungai, banyak acara-acara terpaksa kita tangguhkan seperti Larian Sungai Melaka yang dijadualkan kelmarin.
"Pertandingan memancing di Pantai Puteri semalam pun kita jangkakan boleh capai 1,500 peserta seperti tahun lalu agak merosot apabila cuma 1,200 peserta sahaja yang mengambil bahagian.
Mereka terpaksa membatalkannya kerana suasana yang tidak mengizinkan," katanya.Ghazale berkata, meskipun begitu, kehadiran pengunjung ke Pesta Sungai Melaka masing memberangsangkan apabila pada 21 Jun lalu mencatatkan jumlah kehadiran 500,000 pengunjung.
"Cuma yang terjejaskan dalam masa tiga empat hari kebelakangan ini dan kalau jerebu tidak berlaku pasti ramai lagi akan datang."Kebanyakan pelancongan yang datang ke Melaka kini sudah membeli pakej awal," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)
 

  

Rahsia Menarik Rezeki Paling Ajaib

Posted: 24 Jun 2013 10:27 PM PDT


Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.

InsyaAllah, selepas ilmu-ilmu diaktifkan anda mampu mendapatkan apa yang anda inginkan, anda boleh mempengaruhi orang lain dari jarak jauh atau dekat. Anda juga akan memiliki panca indera ke-6 untuk menyelesaikan pelbagai masalah spritual dan saintifik!

Inilah keilmuan yang akan kami kongsikan...

KEREZEKIAN
- Rahsia wang/Menarik kemewahan
Multi Bio Magnetic Money
Amalan ini sangat bagus bagi mereka yang bekerja sebagai sales marketing,ahli perniagaan dll. Hanya melalui berjabat tangan anda, insyaAllah ilmu ini akan aktif dan berfungsi secara ghaib menembus medan fikiran orang yang berjabat tangan dengan anda, maka si calon pembeli/sesiapa saja akan tergugah semangat dan simpatinya kepada anda, sehingga dia dengan senang hati mahu membeli produk-produk yang anda tawarkan atau menerima cadangan/proposal anda. Cara ini juga dapat digunakan ketika kita sedang terdesak dan perlukan  bantuan dana dari siapapun.Insya Allah. Bagaimanapun ilmu ini tidak boleh digunakan untuk penipuan
LATIHAN TAFAKUR ISMU ZAT
AMALAN JALBUR REZEKI 1 (ilmu secara lisan)
AMALAN JALBUR REZEKI 2 (ilmu secara lisan)
GETARAN FREKUENSI ILAHI
- Latihan tafakur frekuensi ilahi
Setelah anda melakukan Pengkatifan Daya Ghaib, dengan Tafakur Frekuensi Ilahi anda boleh melakukan pengesanan bagi mengetahui Ilmu seseorang, energi seseorang , energi rumah, mengambil frekuensi tempat-tempat yang mempunyai energi yang kuat, frekuensi kosmik, frekuensi seseorang dan lain-lain untuk keperluan sehari-hari dengan menggunakan kaedah GETARAN FREKUENSI ILAHI.

Hasil dari latihan yang anda lakukan secara istiqamah maka frekuensi yang ada dalam diri anda dapat melakukan pengesanan sehingga mencapai kebenaran 99% dan penarikan frekuensi hampir 100%. InsyaAllah

ILMU KEPEKAAN BATIN
Kemudahan mendapat isyarat batin dari Allah, Meninggikan kualiti antena, batin seseorang, Meninggikan kualiti tembus pengesanan, Memekakan batin terhadap isyarat Allah, Boleh menangkap getaran batin secara tepat. Ilmu ini ada banyak lagi kegunaan rahsia yang hanya akan dirasai oleh pengamalnya

PENGASIHAN/KEWIBAWAAN
Daya Pengasihan adalah amat penting sekali bagi yang membuat bisnes atau sering berhubung dengan orang ramai atau juga untuk meraih simpati, kasih sayang dan kewibawaan dan lain-lain. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh(berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. Anda akan diajar cara untuk membuat minyak dan air pengasih dari ayat Quran yang tujuannya hanya untuk kebaikan

KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI

Perlantikan Speaker Dewan Rakyat Tidak Sah.. Ini Buktinya

Posted: 24 Jun 2013 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR - Amat malang pelantikan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders). 

"Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya," ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin. 

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat. 

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan. 

"Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani ahli-ahli Parlimen itu sebenarnya. ~harakahdaily



Iklan C (ii)
 

  

Jerebu: Fatwa Larangan Solat Jumaat Tak Wajar

Posted: 24 Jun 2013 05:58 PM PDT

Jabatan Mufti Selangor mengulas berhubung fatwa yang dikeluarkan ulama Indonesia yang tidak mewajibkan solat Jumaat sekiranya keadaan jerebu teruk sangat.

Muftinya, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, dalam keadaan jerebu seperti sekarang ini tidak sewajarnya fatwa melarang umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat kerana udara masih belum tahap memudaratkan.

"Buat tempoh ini keadaan jerebu yang melanda atmosfera sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hanya berada di tahap tidak sihat belum darurat sehingga status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 1,000.

"Kalau IPU dah cecah 1,000 itu barulah darurat dan memudaratkan kesihatan orang ramai dan dalam keadaan seumpama ini seharusnya akan wujud larangan keluar rumah kerana membahayakan kesihatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Tamyes turut memaklumkan bahawa setiap bencana atau bala yang diturunkan Allah tidak akan menjejaskan ibadah umat Islam.

"Hari ini walaupun IPU mencatatkan udara tidak sihat tetapi orang awam masih boleh keluar bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

"Manakala istilah darurat ialah apabila seseorang itu keluar dari rumah ditimpa mala petaka atau rebah tiba-tiba akibat udara kotor barulah layak'. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 

  

Pakatan Akan Pastikan Umno BN Panas Punggung

Posted: 24 Jun 2013 05:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 JUN: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertekad memastikan persidangan Dewan Rakyat berlangsung lebih profesional agar suara rakyat didengar oleh kerajaan.

"Saya juga mahu memastikan tradisi semak dan imbang (check and balance) yang dipikul Pakatan Rakyat bertambah mutu dan kualiti perbahasannya sesuai dengan sokongan majoriti rakyat sebanyak 51 peratus.

"Pakatan akan 'menyerang' Umno BN dengan lebih hebat lagi berdasarkan maklumat dan data yang kami peroleh dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen yang lebih berwibawa dari semua parti Pakatan.

"Situasi ini pastinya menyebabkan Ahli Parlimen Umno BN tidak senang duduk dalam Parlimen," ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika sidang menangguhkan sesinya, hari ini.

Shamsul, yang sebelum ini digelar sebagai 'Giant Killer' mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dalam PRU lalu. 

Beliau mendapat majoriti 5,447 undi selepas memperoleh 46,167 undi, berbanding Mohd Ali sebanyak 40,720 undi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 

  

Tiada ulasan: