Ahad, 23 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


SYARIKAT KITA RUPANYA YG BUAT ASAP:SAKSIKAN

Posted: 23 Jun 2013 07:00 AM PDT

Kementerian alam sekitar Indonesia sudah mengenalpasti lapan syarikat berkaitan rakyat Malaysia di Riau dan Jambi yang mungkin menyumbang ke arah jerebu di Malaysia dan Singapura.

Menterinya Balthasar Kambuaya berkata, kebakaran didapati berlaku di konsesi perladangan yang dimiliki syarikat-syarikat tersebut, lapor akhbar Singapura The Straits Times.

"Jika terdapat bukti cukup, kami akan bawa mereka ke mahkamah. Pasukan penyiasat kami masih membuat siasatan lanjut," katanya semalam.

14 syarikat lagi turut sedang disiasat, katanya.

Jerebu: Palanivel lebih pentingkan panda, kata Guan Eng

Posted: 23 Jun 2013 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel lebih mementingkan keselamatan panda berbanding rakyat negara ini yang sedang berdepan ancaman kesihatan ekoran jerebu.

Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertnggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius.

"Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu.

"(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.

Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini.

Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat.

"Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama.

"Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya.

Tindakan kecemasan

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk.

"Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini.

"Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar.

Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Dalam perkebangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini.

35 ADUN Kedah angkat sumpah kecuali Azizan

Posted: 23 Jun 2013 03:33 AM PDT

Seramai 35 daripada 36 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Alor Setar hari ini.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga Adun Sungai Limau, tidak hadir pada majlis angkat sumpah hari ini berikutan masih menerima rawatan susulan pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis baru-baru ini.

Kesemua 21 Adun Barisan Nasional (BN) dan 14 daripada pembangkang iaitu PAS (lapan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (empat) dan DAP (dua) mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Kedah.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar DUN yang baharu dilantik Datuk Md Rozai Safian dengan didahului Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, diikuti oleh 34 lagi Adun.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan daripada Menteri Besar yang mengemukakan nama Md Rozai sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail.

Md Rozai, 58, pernah menjadi Speaker DUN pada 2004 hingga 2008. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Adun Sungai Tiang sejak 1999 hingga 2004.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 tetapi kalah. Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.

Selepas majlis mengangkat sumpah kesemua Adun, Mukhriz mencadangkan nama Adun Bayu Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker, dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Datuk Suraya Yaacob.

Pada PRU13, BN berjaya merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri ini daripada pakatan pembangkang dengan majoriti mudah, menang 21 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Daripada 15 DUN yang dimenangi pembangkang, sembilan daripadanya PAS, empat PKR manakala dua daripada DAP.

Md Rozai ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Azizan boleh mengangkat sumpah sebagai Adun di mana-mana sahaja asalkan di hadapan Speaker.

"Tidak ada masalah dengan ketidakhadiran Tan Sri Azizan hari ini. Mengikut surat yang diterima, dikatakan beliau masih 'critically ill'. Kalau diikutkan tidak ada masalah untuk beliau angkat sumpah di mana-mana sahaja asalkan di hadapan Speaker.

"Saya sendiri akan melawat Tan Sri Azizan di hospital (Pulau Pinang) dan melihat sendiri keadaan beliau nanti. Beliau ada masa enam bulan untuk angkat sumpah dan saya akan cuba pastikan masalah ini akan selesai dalam tempoh itu," katanya.

Sementara itu, wakil-wakil rakyat pembangkang telah bersetuju untuk melantik Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah sebagai ketua pembangkang.

Amiruddin berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua wakil rakyat PAS (kecuali Azizan), PKR dan DAP baru-baru ini.

"Wakil rakyat lain mahu saya menjadi ketua pembangkang berikutan keadaan Tan Sri Azizan yang masih belum pulih. Speaker dah dilantik...jadi kami (wakil rakyat pembangkang) akan menulis surat kepada speaker memaklumkan keputusan kami," katanya.

-Bernama

BLACKOUT PADANG MERBOK:40 khemah turun, 50 masih kekal

Posted: 23 Jun 2013 01:10 AM PDT

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini berkata kira-kira 40 buah khemah yang didirikan di Padang Merbok selepas himpunan Black 505 semalam telah diturunkan.

kl black505 event camping 220613Ia ekoran tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan notis supaya mengosongkan Padang Merbok dalam tempoh dua jam pagi ini.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakiniawal petang ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, baki 50 buah khemah lagi masih lagi kekal strukturnya di padang itu.

"Kami sedang berbincang peringkat demi peringkat (sama ada untuk menurunkannya). Isunya bukan dengan DBKL. Isunya adalah mendesak (kepimpinan) SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan," katanya.

NONESementara itu, Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan berkata, setakat jam 1.30 petang ini tiada apa-apa tindakan daripada DBKL sekalipun kira-kira 30 pegawai DBKL berada berdekatan kawasan perkhemahan mereka.

Sebelum itu,Bernama melaporkan DBKL hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu.

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Penganjur mendakwa 100 khemah didirikan di Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam dan 246 orang bermalam di situ malam tadi.

CALON ISTAERI DAN GAMBAR PALING MENARIK MINGGU INI:LIHAT RUGI TAK TENGOK

Posted: 22 Jun 2013 05:30 PM PDT



BEKAS POLIS:HADIR BLACKOUT KARENA PENYALAHGUNAAN KUASA

Posted: 22 Jun 2013 04:30 PM PDT

Perhimpunan Black 505 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini, belum bermula secara rasmi akan tetapi orang ramai sudah mula berkumpul di tujuh lokasi ditetapkan penganjur.
The Malaysian Insider sempat menemui beberapa orang yang hadir dalam perhimpunan itu. 
Seorang bekas polis, Hashim Said, 64, mengatakan beliau menyertai perhimpunan Black 505 walaupun cuaca berjerebu kerana mahu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil."Selagi saya masih lagi hidup, saya akan terus menyertai perhimpunan untuk kebaikan negara dan masa depan generasi akan datang," kata Hashim kepada The Malaysian Insider.
"Sebagai seorang bekas polis, saya telah melihat penyalahgunaan kuasa. Agensi kerajaan di kawal mengikut kepentingan politik. Perubahan sistem mesti dilakukan," tambahnya.
Sementara Sugi, 29 yang mengajar tuisyen secara peribadi mengatakan demokrasi sebenar tidak dilaksanakan di negara ini.
"Kita memilih kerajaan yang seharusnya menjaga kita orang biasa yang mahukan terbaik untuk negara.
"Ini sebabnya kita sering menyertai perhimpunan," katanya. - 22 Jun, 2013.
MENYUSUL LAGI

RAKYAT BERANI HADIR BLACKOUT

Posted: 22 Jun 2013 10:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang berani hadir ke himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, di sini walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan mereka.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas pemedih mata, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan pada hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru.

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadanan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

"Kalau tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya.

Tiada ulasan: