Anak Sungai Derhaka |
- Macai UMNO tuduh AMK punca Pegawai DBKL dipukul.. betul ke?
- Husam direman 2 hari..
- Peserta berkhemah diberi notis dua jam untuk kosongkan Padang Merbok
- Jerebu: Kerajaan isytihar darurat di daerah Muar dan Ledang berkuatkuasa serta merta.
Macai UMNO tuduh AMK punca Pegawai DBKL dipukul.. betul ke? Posted: 23 Jun 2013 07:33 AM PDT Menulislah seorang pencacai UMNO dalam Forum Kumpulan Menyokong UMNO atau MyKMU.Net ataupun lebih dikenali dengan MyKemut oleh forumer dari Tranungkite tentang insiden Pegawai DBKL dipukul dalam himpunan Black 505 baru-baru ini.. Kononnya menurut beliau.. Mungkin kerana terpengaruh dengan janji syahid yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini, sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka sebagai ABU telah bertindak liar dengan menghalau dan memukul pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi. Pada mulanya perbincangan berlaku secara baik, namun tindakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip yang bertindak membuat provokasi telah menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Rozan yang lebih dikenali sebagai Mat Rango telah menggunakan pembesar suara ((loud hailer) sambil melaungkan perkataan Hidup Rakyat dan Bangkit Rakyat. Sejurus selepas itu, kumpulan tersebut mula meninggikan suara ada di kalangan mereka mula melemparkan botol minuman kepada pegawai tersebut. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, seorang pegawai polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menarik dua orang pegawai tersebut untuk keluar dari kumpulan tersebut. Namun ia jelas tidak memuaskan hati para penyokong pakatan pembangkang itu, apabila di sepanjang jalan keluar bajunya ditarik sambil dilemparkan dengan kata-kata kesat dan caci maki. Ketika sampai di tepi padang, seorang penyokong pakatan pembangkang telah bertindak menyerang pegawai tersebut dengan mengetuk kepala dan menendang belakangnya. Itu apa yang macai UMNO tu dah tulis.. cuba perhatikan sendiri dalam video yang disertakan dalam laporannya itu,, ada tak berlaku apa yang dia tulis tu.. Pukul kepala tu ada.. tendang belakang? Rentetan dari tulisan itu seseorang individu yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip telah telah meninggalkan komen yang disfatkan oleh admin MyKemut sebagai mengajak pengulas bernama Omega untuk bergaduh.. Rozan Azen tu tulis 'Jom kita jumpa' atau 'Jom kita gaduh'?.. Rozan sahkan itu komen beliau melalui Twitter nya semalam.. dan baca apa katanya.. Hmmm... fitnah tak habis-habis macai UMNO nih!! |
Posted: 23 Jun 2013 04:43 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa direman selama dua hari selepas ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Kuala Lumpur petang semalam. Majistret Nik Ambri Mohamad membuat keputusan itu pada permohonan reman dikemukakan polis di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini. Peguam Hisham Fauzi yang mewakili Husam berkata, pada awalnya pihak polis memohon tahanan reman sehingga empat hari. "Namun kami pasukan peguam membantah dengan alasan Husam ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, di mana akta itu mensyarat sama ada perkataan yang diucap termasuk dalam kategori menghasut atau tidak. "Lagi pun polis sudah mendapat rakaman ucapan dan boleh buat keputusan sama ada menghasut atau tidak. Kalau menghasut polis boleh buat pertuduhan di mahkamah dan jika tidak hendaklah bebaskan segera," katanya kepada pemberita di luar IPD. Hisham bersama empat lagi peguam mengendalikan kes tersebut bagi pihak Husam yang juga Adun Salor. Menurutnya tidak timbul keperluan polis menahan lebih lama Husam dan tidak memerlukan kehadirannya lebih lama di lokap IPD. Malah keterangan saksi-saksi lain yang diperlukan boleh dilakukan tanpa perlu Husam berada di lokap. "Tidak perlu menahan lebih lama. Mahkamah arah bebas esok sebelum jam 12 malam," ujarnya. Menurutnya juga permohonan reman dibuat polis kepada mahkamah negeri Kelantan bagi mengadakan mahkamah tertutup di IPD. Sedangkan kata Hisham, Naib Presiden PAS itu bersedia untuk hadir ke mahkamah bagi permohonan reman tersebut. "Sepatutnya didengarkan di mahkamah majistret. Kalau polis hendak sambung reman mereka kena buat permohonan lagi kepada mahkamah. "Jadi siasatan perlu diselesaikan hari ini dan esok. Malam ini Husam akan bermalam di lokap," katanya. Hisham yang juga Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan turut melahirkan rasa kesal terhadap polis Kelantan kerana tidak membenarkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob datang melawat Husam yang tiba sekitar jam 12.10 tengah hari. Menurutnya, polis perlu sedar Husam merupakan Naib Presiden PAS dan seorang Yang Berhormat mewakili rakyat Kelantan dan bukannya rakyat biasa. "Sepatutnya polis benarkan MB datang menziarahi Husam di lokap IPD. Kami peguam meluah rasa kesal kerna polis enggan membenarkan MB atau mana-mana Exco menziarahi Husam di lokap, tanpa sebarang alasan. "Kami amat kesali. Sepatutnya tidak dilakukan polis. Ini menggambarkan mereka tidak menghormati kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. "Saya berharap polis segera mengubah keputusan itu dan membenarkan MB hadir menziarahi Husam. Negeri ini ada ketua dan sepatutnya MB dibenarkan menziarahi mana-mana Adun yang ditahan," ujarnya. Kata beliau polis bersikap tidak profesional dan memberi imej yang buruk dalam sebuah negara demokrasi ~ Harakahdaily |
Peserta berkhemah diberi notis dua jam untuk kosongkan Padang Merbok Posted: 22 Jun 2013 10:18 PM PDT Kadang-kadang bila difikirkan pelik juga pihak berkuasa di Malaysia ni.. pengganas-pengganas dari Sulu yang lengkap bersenjata menceroboh dan berkampung di Sabah, tidak dihalau serta merta malah tindakan diplomasi digunakan terhadap mereka.. Selama tiga minggu pengganas-pengganas itu cuba dipujuk melalui rundingan..Tapi bila berhadapan dengan rakyat sendiri pula tidak ada pula ruang untuk berdiplomasi kerana mengikut peraturan kononnya.. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu. Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur. "Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan diambil," katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 semalam. "Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan DBKL," katanya. -Bernama |
Jerebu: Kerajaan isytihar darurat di daerah Muar dan Ledang berkuatkuasa serta merta. Posted: 22 Jun 2013 09:13 PM PDT Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta. Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta," katanya. Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat. Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu. Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529 ~ Astroawani Sebelum itu mStar melaporkan.. JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad. Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu. "Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya. "Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan. Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya. Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453. Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat. Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117). Siapa punya ladang yang terbakar tu?.. sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan