BRIGED MP SEGAMBUT |
- AMBIK GAMBAR:KALAU TAKDA JUGA BESOK NANTI PEMILIHAN KITA HUMBAN
- tanpa TUAN FADHIL NOR DAN TUAN GURU NIK AZIZ SIAPA PAS HARI INI..
- Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran
- 200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat esok
- MATI SYAHID MATI KETIKA DEMO
- Jika terpilih, saya jaga kepentingan rakyat'
- BAWA KEMAH:BLACKOUT AKAN DI ADAKAN SELAMA DUA HARI ATAU LEBIH...SIAPKAH ANDA
AMBIK GAMBAR:KALAU TAKDA JUGA BESOK NANTI PEMILIHAN KITA HUMBAN Posted: 21 Jun 2013 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan bersama-sama menyertai Himpunan Black505 di Padang Merbok, bermula jam dua petang esok. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, beliau bersama timbalannya Nik Abduh Nik Abdul Aziz, naib ketua Dr Raja Ahmad Iskandar dan barisan exco yang lain memberikan komitmen untuk bersama pihak penganjur menjayakan himpunan aman untuk membantah penipuan dan penyelewengan PRU serta mendesak Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusofmeletakkan jawatannya. "Kami seluruh warga DPPM turun menyatakan semangat kebersamaan dan solidariti kami bersama semua pihak yang terdiri dari parti-parti politik, NGO dan orang perseorangan yang menentang penyelewengan berpaksikan kaedah "Muwaajahah Silmiyah" iaitu "Penentangan secara Aman". "Justeru itu Himpunan 505 ini berdiri atas konsep himpunan aman menepati hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara, katanya kepada harakahdaily. Tegas beliau juga, DPPM menolak dan mengecam sebarang usaha provokasi atau sabotaj dari mana-mana pihak yang cuba memanipulasi keadaan lalu memesong serta menggagalkan matlamat, objektif dan hala tuju murni Himpunan Aman 505. "Pihak kerajaan selayak dan sewajarnya mendengar suara rakyat jika mahu masa depan mereka terus relevan di mata rakyat. Jangan pukul dan tangkap rakyat sendiri. "Jangan cetuskan provokasi sebagaimana saya juga nasihatkan semua peserta himpunan agar jangan sekali-kali layan dan menimbulkan provokasi. Sabar, tenang dan fokus pada matlamat serta objektif himpunan," ujarnya. |
tanpa TUAN FADHIL NOR DAN TUAN GURU NIK AZIZ SIAPA PAS HARI INI.. Posted: 21 Jun 2013 06:52 AM PDT Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan Umno timbul di permukaan air. Dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan Umno untuk memperjuangkan Islam. Hal ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya Umno sahaja yang memperjuangkan Islam. Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus-menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua. Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya Umno yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah Umno membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kaca mata 'orang cerdik pandai' ini? Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi Umno mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini. Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan Umno, apa lebihnya Umno berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam? Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat Umno di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin Umno menyembunyikan diri? Jika lebihnya Umno ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN Umno di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi Umno! Jika Umno memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa Umno memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat? Pada saya, Islam yang dibawa oleh Umno ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan Umno ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku Umno sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Pada zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar. Oleh sebab itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama Umno selagi Umno tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising! Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M |
Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran Posted: 21 Jun 2013 05:46 AM PDT Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa. Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur". "Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa. "Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka. Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan. Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012. "Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik. Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok. Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam. Sementara itu, dalam kenyataannya malam ini, Rafizi terkejut dengan kenyataan Mohamad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan. "Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya. Sehubungan itu, kata Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Mohamad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar |
200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat esok Posted: 21 Jun 2013 02:00 AM PDT Rakyat diseru menjadikan himpunan Black 505 esok sebagai hari bersejarah, kemuncak gerakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Pengerusi Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat yang besar pada himpunan itu akan menjamin pilihan raya yang lebih baik pada masa hadapan. Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat menyeru, kehadiran melebihi 250,000 bagi menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat benar-benar serius menuntut satu perubahan sistem. "Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. "Wakil-wakil rakyat dari Pakatan akan turut bersama-sama rakyat. Dijangkakan lebih 200 pemimpin Pakatan akan ke Padang Merbok," katanya dipetik KeadilanDaily. Johari juga menegaskan keselamatan rakyat akan dijaga oleh anggota keselamatan Pakatan dan bantuan kecemasan serta perubatan kepada peserta perhimpunan turut disediakan oleh beberapa NGO. "Pihak sekretariat akan menyediakan kawalan keselamatan sepanjang hari. Anggota Unit Amal PAS sebanyak 1,000 orang akan digerakkan bersama 400 AMK dan 200 DAPSY. "Rawatan perubatan juga disediakan bagi peserta yang menghadapi kecemasan," katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani. Selain itu, pihak sekretariat menyediakan 50 doktor, dua ambulans dan pondok perubatan. Majlis Peguam akan menghantar peguam untuk membantu mana-mana peserta sekiranya ditahan polis. Himpunan 622 akan bermula pada pukul 3 petang di Padang Merbok. Peserta akan mula berarak dari tempat berkumpul (check point) mereka pada jam 2.00 petang. Terdapat 7 tempat berkumpul utama, iaitu Brickfields, Masjid Negara, Sogo, Jalan Pudu, Jalan Sultan, Universiti Malaya dan Sogo. Check point di Pekeliling sebelum ini disatukan dengan Sogo dan peserta di ibu negara diminta berkumpul di sana seawal pukul 12 tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok. |
Posted: 21 Jun 2013 12:53 AM PDT Seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Datuk Husam Musa atas kenyataan naib presiden PAS bahawa peserta 'Black 505' esok akan syahid jika terkorban ketika menyertai perhimpunan berkenaan. Mohd Nor dalam satu Utusan Malaysia mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai "fatwa sesat" itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan. "Siapa dia (Husam) untuk mengeluarkan fatwa yang begitu besar? Apa kuasa dia? Ini hanya satu kenyataan terdesak beliau. "Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," kata bekas pensyarah itu seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu. Akhbar sama turut melaporkan kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut yang turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai pandangan yang "berbahaya kepada keamanan negara". "Fatwa ganjaran mati syahid di negara ini hanya boleh diputuskan oleh golongan ulul amri atau ulama yang mempunyai kesepakatan dalam perkara itu seperti Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya. Ahli Jawatankuasa Minda Pondok Kelantan, Mohd Syamsul Mohd Yusoff pula dalam laporan sama meragui kredibiliti Husam dalam mengeluarkan kenyataan itu, yang diistilahkan akhbar berkenaan sebagai "fatwa Husam". "Kita ada saluran atau pakar bidang masing-masing maka, hormatilah prosedur itu. "Kalau tidak, natijah akhirnya akan kucar-kacir, huru-hara. Takkan kalau sakit mata kita hendak rujuk kepada pakar kencing manis," katanya. Menurutnya lagi, syahid yang ditetapkan Islam hanya dalam konteks mempertahankan kedaulatan agama dari dikhianati musuh. "Dalam konteks ini ia berbeza dengan kehendak perhimpunan tersebut yang bertujuan memprotes keputusan pilihan raya yang kononnya didakwa tidak telus dan adil," katanya. Akhbar sama turut melaporkan tentang seruan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini untuk memohon perlindungan Allah bagi memberi kestabilan, perlindungan dan keamanan kepada negara. Kritikan tersebut timbul ekoran laporan lidah parti PAS, Harakahdaily pada Isnin lalu berhubung kenyataan Husam yang menganjurkan ahli parti agar menyertai perhimpun di Padang Merbok itu. "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam seperti dipetik Harakahdaily. |
Jika terpilih, saya jaga kepentingan rakyat' Posted: 20 Jun 2013 01:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar beranggapan pencalonan beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan Pakatan Rakyat sebagai satu amanah yang begitu besar untuk dilaksanakan. Beliau, yang jelas terkejut dengan pencalonan itu, bagaimanapun berikrar akan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan institusi parlimen itu sendiri sekiranya terpilih kelak. "Jika saya terpilih, saya akan membawanya dengan amanah demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan parlimen itu sendiri dalam memainkan peranannya bagi memenuhi hasrat rakyat sebagaimana yang dipilih rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, petang ini. Pencalonan Kamarudin, yang menjadi Ahli Parlimen Tumpat selama tiga penggal berturut-turut itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi. Anwar percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini. "Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini. "Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya. Sidang parlimen akan bermula dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat pada 24 Jun ini. |
BAWA KEMAH:BLACKOUT AKAN DI ADAKAN SELAMA DUA HARI ATAU LEBIH...SIAPKAH ANDA Posted: 20 Jun 2013 09:30 AM PDT Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari. Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri. "Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin)," katanya. Persidangan sulung Parlimen untuk penggal ini akan bermula pada Isnin depan. Dalam kenyataannya hari ini, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menegaskan, semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara. "Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka," katanya. Beliau juga mengundang orang ramai hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur untuk taklimat berhubung himpunan itu. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan