Addin |
- Imaginasi Pasukan Polis Tinggi.. Ini Buktinya
- Indonesia Atasi Punca Jerebu
- Panas!! IPTA Pertama Tubuh Cawangan Umno
- Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Batalkan Tersebar
- Naib Canselor UiTM Kena Bidas
- KJ Yakin Mampu Berlaku Adil
- Pelik!! Polis Masih Gagal Temui Inspektor Yang Terlibat Kes Kematian Dhamendran
- Siapakah Pejuang Sebenar? - Dr. Maza
- Tragedi Menara Umno, Teori Bagaimana Mayat Lim Chin Aik Hilang
Imaginasi Pasukan Polis Tinggi.. Ini Buktinya Posted: 21 Jun 2013 09:47 AM PDT Polis mendakwa mendapat maklumat penganjur perhimpunan Black 505 sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dan orang ramai dan menggesa rakyat agar tidak menghadiri perhimpunan itu. Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok. "Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dengan orang ramai," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh dalam satu kenyataan lewat petang ini. "Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa," tambah beliau lagi. Menurut Mohamad, himpunan Black505 juga menyalahi undang-undang kerana ianya bercanggah dengan kehendak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. "Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja yang melanggar akta tersebut dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," katanya. Dalam kenyataan balas tidak berapa lama selepas itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melahirkan rasa terkejut dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau merupakan salah seorang daripada penganur. "Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato' Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar," katanya. ~free malaysia today |
Posted: 21 Jun 2013 07:47 AM PDT JAKARTA - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah memerintahkan Badan Nasional Pengurusan Bencara (BNPB) Indonesia segera mengetuai operasi menangani bencana asap akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan seluas 850 hektar di Riau, Sumatera yang telah berlaku hampir seminggu. Bencana asap itu telah menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan di negara jiran Singapura dan bahagian selatan Malaysia setelah kawasan yang terjejas itu mengalami cuaca berjerebu. Ketua BNPB, Syamsul Maarif telah memberi taklimat kepada Susilo tentang tiga strategi yang diambil bagi menangani bencana itu termasuk pemadaman kebakaran tanah gambut dan hutan di daratan dan pemadaman dari udara dengan cara bom air menggunakan helikopter serta hujan buatan dengan menggunakan pesawat. Satu lagi strategi ialah ialah penerangan kepada masyarakat dan tindakan undang-undang, kata BNPB dalam satu kenyataan pada Jumaat. Ketua BNPB itu telah menyelaraskan operasi itu dengan Menteri Penyelaras Bidang Kesejahteraan Rakyat Agung Laksono, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono dan Ketua Polis Indonesia Jen Timur Pradopo. "Hari ini Jumaat, dua pesawat Casa 212 akan diterbangkan ke Pekanbaru, iaitu pesawat TNI Angkatan Udara (TNI AU) dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma dan pesawat Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) yang pada masa ini berada di Banjarmasin (Kalimantan Selatan). "Pesawat Hercules C-130 TNI AU juga dipersiapkan untuk membantu operasi hujan buatan itu," katanya. Pesawat tentera udara Indonesia itu dijadual diterbangkan petang ini dari Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung ke Pekanbaru, Riau, jika pemasangan peralatan selesai dilakukan. BNPB berkata bahan semaian hujan buatan telahpun dihantar ke Pekanbaru malam tadi bersama petugas dan peralatan untuk menyokong operasi hujan buatan itu manakala untuk operasi bom air, dua buah helikopter digunakan. Agung Laksono pada Khamis berkata operasi hujan buatan dilaksanakan dengan kerjasama BNPB, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) serta BPPT. Sehingga kini operasi yang dijalankan hanya dapat memadamkan kebakaran di kawasan hutan dan tanah gambut seluas 650 hektar daripada 850 hektar kawasan hutan yang mengalami kebakaran. ~bernama |
Panas!! IPTA Pertama Tubuh Cawangan Umno Posted: 21 Jun 2013 06:41 AM PDT KUALA LUMPUR 21 Jun: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Sahol Hamidi digesa tidak menyalahguna intitusi pengajian itu bagi memenuhi kepentingan politik Umno-BN. Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengulas kenyataan Sahol yang mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar akhbar Utusan Malaysia, semalam. Menurut Afif, Sahol sepatutnya menumpukan usaha membangunkan intelektual pelajar serta menambah baik mutu dan pencapaian universiti itu agar dapat bersaing di peringkat global. "Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang berpengaruh di negara ini," kata Naib Ketua Angakatan Muda KEADILAN Pulau Pinang itu. Afif yang juga bekas pelajar Fakulti Perubatan UiTM berkata, terdapat pelajar mengadu sebelum ini bahawa kelas pengajian ditangguhkan dan mereka serta pensyarah diminta hadir ke 'kuliah Umno BN'."Pelajar dan pensyarah diminta mendengar kononnya kajian, sikap dan perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini kerja intelektual?," soalnya.Justeru, beliau menegaskan supaya Sahol berhenti mengaitkan nama institusi itu dalam menzahirkan sokongannya terhadap Umno-BN. "UiTM ditubuhkan atas kesedaran pimpinan di masa lalu untuk membantu golongan melayu yang berpendapatan rendah. Orang Melayu bukan Umno. Jangan jadikan UiTM satu lagi cawangan Umno-BN," tegasnya. ~keadilandaily |
Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Batalkan Tersebar Posted: 21 Jun 2013 05:04 AM PDT Atas sebab2 tertentu. Program yang pada asalnya telah dipersetujui akan berlangsung pada 22 hb June tiba2 dibatalkan dengan alasan seperti berikut ; Menurut maklumat yang aku terima ; 1. Program ceramah tersebut telah diwar2kan secara meluas dengan kain rentang dan banner yang terpampang di merata2 tempat. 2. Program ceramah yang bakal dilangsungkan itu sebenarnya bukanlah ceramah berbaur politik. Tetapi ceramah berbentuk keagamaan dan kerohanian. 3. Namun 2 hari sebelum program berlangsung, pihak penganjur terpaksa membatalkan program tersebut selepas menerima arahan daripada pejabat kadi daerah dengan mengariskan sebab2 program tersebut harus dibatalkan ataupun jika tidak, bersedia menerima hukuman tegas akibat kedegilan pihak penganjur. Aku pun tak berapa faham kenapa mereka bertegas mahu membatalkan program tersebut. Kalau kebenaran la jadi punca utama, aku percaya pejabat agama dan negeri boleh diajak berbincang apatah lagi masih ada masa untuk kita bawa2 berbincang kan. Sekarang kita tunggu la penjelasan dari mereka2 yang berkenaan. Seperti biasa aku menyokong pendapat bahawa keadilan terpakai untuk semua pihak. Jadi aku berikan ruang kepada kedua2 pihak untuk mengeluarkan hujah masing2. Kepada pihak yang mengarahkan agar program Ustaz Azhar Idrus dibatalkan tue, mungkin boleh beri penjelasan serba sedikit bagi menerangkan keadaan kenapa agaknya korang beria2 mahu program tersebut di batalkan. ~amenoworld |
Posted: 21 Jun 2013 03:31 AM PDT Seorang anggota Exo kerajaan Pulau Pinang menyelar Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab apabila mengakui secara terbuka bahawa universiti tersebut menyokong BN dan Umno. Exco Kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (kiri) yang juga exco AMK Pusat berkata kenyataan Sahol itu juga "memalukan, dangkal serta menjatuhkan reputasi UiTM" sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. "Sebagai seorang ahli akademik yang bertanggungjawab mengetuai pentadbiran dan pengurusan UiTM, Dr Sahol Hamid tidak sewajarnya mengaitkan nama UiTM dalam mencahirkan dukungan politik beliau terhadap Umno-BN. "UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi seharusnya dilihat berwibawa dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," kata lulusan UiTM dalam jurusan perubatan itu. Naib ketua AMK Pulau Pinang itu mengulas kenyataan Sahol dalam dalam wawancara yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam, yang secara terbuka mengakui bahawa institusi pendidikan yang dipimpinnya menyokong BN dan Umno. Beliau berkata hanya parti pemerintah itu dapat menjamin masa depan bumiputera dalam negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, Dr Afif yang juga ADUN Seberang Jaya menggesa Sahol supaya bersikap profesional dan berhenti menggunakan UiTM demi memenuhi kepentingan politik Umno-BN. "Beliau sewajarnya menumpukan usaha dan komitmen dalam membangunkan kapasiti intelektual pelajar-pelajar UiTM serta menambahbaik mutu dan pencapaian UiTM supaya mampu bersaing secara lebih kompetitif di peringkat global," katanya. ~malaysiakini |
Posted: 21 Jun 2013 03:09 AM PDT SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berikrar akan memastikan perjalanan persidangan Dewan Rakyat ke-13, jika pencalonannya diterima, akan berlaku adil dan telus. Menurutnya, kepercayaan yang diberikan PR dalam usaha mendokong amalan demokrasi sebenar tidak akan dipersia-siakan di samping memastikan Perlembagaan Persekutuan terus dimartabatkan. "Saya rasa amat terharu atas pemilihan saya menjadi calon timbalan Speaker."Sudah tentu, saya akan berkhidmat dengan adil dan telus walaupun saya dipilih daripada parti," katanya pada Sinar Harian Online. Semalam, PR memutuskan untuk mengemukakan calonnya bagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen 2013-2018.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR sebulat suara memilih Kamaruddin untuk dicalonkan bagi mengisi jawatan terbabit. Menurutnya, tujuan PR berbuat demikian adalah bagi memantapkan lagi proses demokrasi dan memastikan perjalanan perbahasan berlangsung secara telus dan adil. "PR tegaskan Speaker mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat."Kita juga nak pastikan Parlimen tidak jadi berat sebelah dan hanya dengar suara sebelah pihak sahaja," katanya. ~sinar harian |
Pelik!! Polis Masih Gagal Temui Inspektor Yang Terlibat Kes Kematian Dhamendran Posted: 21 Jun 2013 01:30 AM PDT Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya. Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. "Kita masih cuba mengesan di mana dia berada," katanya apabila ditemui semalam. Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis. Pada mulanya polis mengatakan beliau mati kerana kesukaran bernafas akan tetapi bedah siasat mendedahkan Dhamendran telah dipukul sehingga mati. Polis yang hilang itu merupakan salah seorang daripada pegawai penyiasat. Statistik polis mengatakan terdapat 122 kematian dalam tahanan sehingga 2010. Akan tetapi Naib Presiden PKR N. Surendran mendedahkan angka sebenar adalah lebih tinggi. Menurut ahli Parlimen Padang Serai itu, terdapat 211 kes kematian seperti itu sepanjang dua setengah tahun lalu. Kes kematian Dhamendran memperbaharui tuntutan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh polis. Tiga lagi pegawai bawah inspektor yang hilang itu telah didakwa pada 5 Jun. Mereka adalah Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32. Sumber dalaman polis memberitahu The Malaysian Insider, inspektor itu dan tiga lagi pegawai bawahnya diberikan cuti untuk mengeluarkan mereka daripada perhatian umum. "Pada ketika itu penyiasatan berhubung kematian Dhamendran baru bermula dan cuti diluluskan dengan niat baik," kata sumber. "Selepas siasatan lengkap dan telah pasti ianya merupakan kes pembunuhan, keempat-empat dihubungi dan diminta pulang dari bercuti. Tiga pegawai pulang tetapi inspektor itu tidak." Cuti inspektor itu berakhir pada 13 Jun akan tetapi beliau tidak melaporkan diri. Beliau tidak menjawab telefon bimbitnya apabila dihubungi. Kekasihnya memberitahu polis dia tidak tahu di mana inspektor itu berada. Pada mulanya, inspektor itu dan tiga pegawai bawahnya dipindahkan untuk melakukan tugasan pejabat, akan tetapi desakan umum menyebabkan Kementerian Dalam Negeri menggantung keempat-empat daripada bertugas. Sebaik sahaja kes Dhamendran, tiga lagi kes kematian dalam tahanan dilaporkan melibatkan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Jepun. Mereka adalah N. Karuna Nithi, R. Ramesh Jamesh dan Nobuhiro Matsushita. ~the malaysian insider |
Siapakah Pejuang Sebenar? - Dr. Maza Posted: 21 Jun 2013 12:09 AM PDT Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah. Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang. Ciri Pejuang Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang. Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang. Apabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan berjudul 'Penyeberang Sempadan', maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca. Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama 'Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan. Beliau menjadi 'orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang?! Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang? Kehebatan Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut. Filem mengenainya 'The Amazing Graze' benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. 'Long Walk to Freedom' menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat! Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain. Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi 'sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya'. Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan 'socialism' Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positive yang patut dipuji pada dirinya. Iktiraf Golongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang 'agama', perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui. Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas. Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (dalam as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda:
Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami. Firman Allah: (maksudnya) "Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul" (Surah al-Israk: 15) Dikenang Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh. Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya. Betapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?! Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalanraya atau sekolah atau bandar sempena namanya. Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya. Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati. Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda:
Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya. Nabi s.a.w pernah ditanya:
Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya. ~dr.maza |
Tragedi Menara Umno, Teori Bagaimana Mayat Lim Chin Aik Hilang Posted: 20 Jun 2013 09:17 PM PDT Kalau sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut [di sini] bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak. Kali ini bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m. Panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong. "Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah," kata Kok Khong. "Dia akan terbunuh serta-merta." "Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah. "Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter."Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti," katanya."Selebihnya masih tertanam bersama mangsa." Kerja-kerja penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok Khong. ~mStar |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan