BRIGED MP SEGAMBUT |
- ANAK MUDA WAJIB TUKAR KERAJAAN LAMA
- CHINA INDIA WAJIB MENGHARGAI PENGORBANAN MELAYU
- LARIAN OLIMPIC 23 HANG DEMO BLACKOUT 22 PASAI PA HANG SIBUKNI..
- INI SUDAH LEBIHNI..KETAHUI APA DIA..BACALA..
- MAHADHIR:SAYA MENYESAL TAK SEKAT INTERNET:HMMM MALAON ZAMAN BATU KE...
- PEMIKIRAN MAHADHIR PEMIKIRAN PEMERINTAHAN KUKU BESI?
- NEEDLE PUNCH CARPET....
- Jurutera Didakwa Bunuh Isteri Warga Filipina
ANAK MUDA WAJIB TUKAR KERAJAAN LAMA Posted: 19 Jun 2013 08:16 AM PDT Berpandukan corak pengundian dan sambutan hangat ketika kempen pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat optimis perubahan sebenar akan berlaku pada PRU14 nanti. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Abdul Kadir berkata, hendak tukar sebuah rejim yang sudah lama bertapak bukan sesuatu perkara yang mudah. "Sekarang kita perlu persiapkan jentera dan dana lebih awal. Ini kerana berdasar kepada momentum perkembangan semasa, anak-anak muda kelihatan begitu bersemangat sekali. "Mereka seperti tidak takut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengendalian pilihan raya di negara ini," katanya ketika ditemui di sini. Pada pilihan raya umum lalu Ab Aziz gagal mempertahankan kerusi parlimen Ketereh. Malah situasi yang serupa juga berlaku di kerusi parlimen Machang dan Tanah Merah. PKR hanya mempunyai seorang wakil rakyat di Kelantan pada penggal ini apabila Ruslan Puteh berjaya mempertahankan Dun Guchil. Pada penggal lalu Dun itu diwakili Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria. Ab Aziz berkata, berdasar kepada beberapa siri himpunan Black 505 yang diadakan sebelum ini, kehadiran anak-anak muda begitu ramai sekali. "Ketika saya turut hadir pada himpunan di Amcourt Mall baru-baru ini, pada jam 6 petang anak-anak muda sudah memenuhi sekitar kawasan itu. "Perhimpunan seperti ini kita kena hidupkan. Kita tidak mahu semangat rakyat menjadi luntur. Kita kena masuk dalam minda anak muda, pilihan raya umum lalu penuh dengan tipu muslihat," katanya. | ||
CHINA INDIA WAJIB MENGHARGAI PENGORBANAN MELAYU Posted: 19 Jun 2013 07:30 AM PDT Bekas hakim kontroversi Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu yang merelakan bahasa mereka ditulis dalam skrip Rumi demi perpaduan kebangsaan. Menurutnya, bahasa Melayu pada asalnya ditulis dengan huruf Jawi tetapi bagi memastikan ia mudah dipelajari semua kaum sebagai bahasa kebangsaan, orang Melayu merelakan ia ditulis dengan huruf Rumi. "Pengorbanan ini perlu dibalas orang bukan Melayu dengan belajar bahasa Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu setiap hari," kata Mohd Noor (kanan) dalam syarahannya di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, orang Melayu merelakan penukaran skrip itu walaupun ia berkemungkinan menjauhkan orang Melayu daripada al-Quran dan hadis. "Kalau tulisan bahasa Melayu (dalam) Jawi, bagaimanakah orang Cina, India hendak belajar bahasa kebangsaan dalam Jawi? Oleh itu, bahasa Melayu menggunakan skrip atau tulisan Rumi. "Ini adalah satu pengorbanan orang Melayu kerana apabila orang Melayu membenarkan bahasa kebangsaan itu menggunakan Rumi, maka jauhlah orang Melayu daripada tulisan Jawi, Al-Quran dan hadis yang semuanya menggunakan tulisan Jawi. "Demi perpaduan, orang Melayu sanggup mengubah Rumi ke dalam bahasa Melayu," katanya. | ||
LARIAN OLIMPIC 23 HANG DEMO BLACKOUT 22 PASAI PA HANG SIBUKNI.. Posted: 19 Jun 2013 07:11 AM PDT Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak. Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat. Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar. "Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga. "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM. Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka. | ||
INI SUDAH LEBIHNI..KETAHUI APA DIA..BACALA.. Posted: 19 Jun 2013 02:50 AM PDT Berlaku pertengkaran dalam pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang di Sabah hari ini apabila pemimpin masyarakat Suluk berulang kali menegaskan bahawa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dilahirkan di Indonesia. Mohd Zaki Harry Susanto berkata, walaupun lahir di republik itu, Christina Liew (kiri) daripada PKR berjaya menjadi wakil rakyat Api-api. Mohd Zaki berkata, mereka mendapat maklumat daripada warganegara Indonesia di Tawau yang mengesahkan Liew seorang Cina Indonesia. Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya. "Jangan hanya sasarkan satu atau dua kumpulan etnik sahaja," katanya lagi. Bagaimanapun, seorang pesuruhjaya RCI Henry Chin berkata, beliau pasti Liew lahir di Tawau dan beliau mengetahuinya kerana menjadi ketua polis di daerah di Sabah itu pada masa itu. | ||
MAHADHIR:SAYA MENYESAL TAK SEKAT INTERNET:HMMM MALAON ZAMAN BATU KE... Posted: 18 Jun 2013 06:00 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan. Dr Mahathir berkata beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996. "Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre disini. Beliau juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain. "Bila berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya. "Sekarang kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain, kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama lain," katanya lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial. Najib menegaskan kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan blog sebagaimana dilakukan negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Media sosial, terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan. Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com. Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun. Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan. - 18 Jun, 2013. | ||
PEMIKIRAN MAHADHIR PEMIKIRAN PEMERINTAHAN KUKU BESI? Posted: 18 Jun 2013 04:30 PM PDT Rakyat Malaysia mesti belajar hidup dalam keadaan kurang kebebasan jika mahu membina Malaysia yang lebih baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. "Kita mesti kurangkan sedikit kebebasan kita, kawal diri dan kawalan kendiri," katanya dalam sebuah acara di Kuala Lumpur. Katanya, terlalu banyak kebebasan menyebabkan lebih peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalah guna dan mengeksploitasi kebebasan, yang menyebabkan ketidakstabilan. Bercakap dalam sesi berkaitan politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyebut isu perkauman sensitif yang kerap dibangkitkan kebelakangan ini apabila undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri tiada lagi. | ||
Posted: 18 Jun 2013 03:30 PM PDT | ||
Jurutera Didakwa Bunuh Isteri Warga Filipina Posted: 18 Jun 2013 11:30 AM PDT JOHOR BAHARU, 18 Jun (Bernama) -- Seorang jurutera didakwa di Mahkamah Majistret di sini Selasa terhadap tuduhan membunuh isterinya, warga Filipina awal bulan ini. Yiew Chin Hua, 33, yang berasal dari Kukup Laut, Pontian, didakwa membunuh Vivian Biding Camarota, 32, di nombor 77, Jalan Indah 24/10, Taman Bukit Indah, di sini antara 12 tengah malam dan 2.30 pagi, 1 Jun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tertuduh mengangguk selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. Bagi pertuduhan kedua, Yew mengaku tidak bersalah menyebabkan isterinya keguguran dengan menendang perut wanita itu, di tempat, waktu dan tarikh yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 313 kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala Yew diwakili peguam Mohd Farhan Mhd Yahkup. -- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan