Anak Sungai Derhaka |
- Isu Menara UMNO Pulau Pinang: Ini jawapan Anwar..
- MOM tukar lokasi Larian Hari Olimpik dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok.. Konspirasi apa ni??
- Faizal Tahir digam Media Prima kerana menyokong Pakatan Rakyat?.. Fitnah macai UMNO rupanya..
- Tempat berkumpul untuk demo ‘Black 505' Sabtu ini..
- Rosmah Mansor 'Wanita Paling Berkuasa di Malaysia' menurut Akhbar milik MCA..
Isu Menara UMNO Pulau Pinang: Ini jawapan Anwar.. Posted: 19 Jun 2013 08:23 AM PDT Kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Shaik Hussein Mydin mengenai Menara UMNO yang dibina sebelum mendapat kelulusan ini.. "Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya. "Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya," Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman pula berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. "Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar" "Dia tahu segala-galanya," kata Zainal. Ini jawapan Anwar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang. Ini pula rakaman CCTV kejadian runtuhan itu.. | ||
MOM tukar lokasi Larian Hari Olimpik dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok.. Konspirasi apa ni?? Posted: 19 Jun 2013 03:25 AM PDT Konspirasi nak memburukkan Pakatan Rakyat lah ni.. sebelum ini Larian Hari Olimpik anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka tetapi tiba-tiba ditukar ke Padang Merbok tempat perhimpunan Black 505 akan diadakan.. Dari apa yang tersiar dilaman FaceBook MOM.. "Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga. "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM. Ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga kepala hotak depa... 'Konspirasi' tukar tempat larian olimpik? Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak. Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat. Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar. "Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga. "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM. Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka ~ Malaysiakini | ||
Faizal Tahir digam Media Prima kerana menyokong Pakatan Rakyat?.. Fitnah macai UMNO rupanya.. Posted: 18 Jun 2013 11:00 PM PDT Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad. Khabarnya penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga itu digam dek kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini. Menerusi kenyataan di portal Gua.com.my hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh stesen televisyen dibawah Media Prima.
"Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali" "Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di'gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini," jelas Ahmad Izham Omar. Semalam kecoh apabila penyanyi itu dikatakan dimaklumkan secara lisan mengenai dirinya digam. Malahan sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba. Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan dan beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak. Laporan dipetik dari DCM.. dari SINI Siapa yang mainkan isu ini?.. siapa lagi kalau bukan macai UMNO... | ||
Tempat berkumpul untuk demo ‘Black 505' Sabtu ini.. Posted: 18 Jun 2013 08:24 PM PDT Pakatan Rakyat dan pemimpin NGO akan berkumpul di tujuh tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan 'Black 505'. Tempat-tempat itu: Brickfields - dipimpin oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah Masjid Negara - dipimpin oleh anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Jalan Pudu - dipimpin oleh Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, setiausaha organisasi parti Anthony Loke dan pemimpin kumpulan anti-Lynas leader Wong Tack Jalan Raja Laut (pejabat PAS) - dipimpin oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalab presiden Mohamad Sabu Jalan Raja Laut (Sogo) - dipimpin oleh Naib Presiden PKR Tian Chua dan NGO bekas-bekas pesara tentera Universiti Malaya - dipimpin oleh aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Pekeliling - dipimpin oleh Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK Menurut Tian Chua Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara yang bermula selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu akan diteruskan dan tidak akan tamat selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berundur. Naib Presiden PKR Tian Chua berkata demikian dalam wawancara semalam. "Saya tidak rasa SPR boleh bertindak menentang hasrat rakyat. "Lima tahun lalu, orang ramai beritahu saya bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi akhirnya mereka buat," katanya ketika ditanya tentang penolakan berulang kali pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gesaan meletakkan jawatan. "Kita sampai tengah malam di Parlimen untuk meluluskan undang-undang pilihan raya, yang dipersetujui kedua-dua pihak, yang jelas menyebut dakwat kekal mesti tahan tujuh hari. "SPR kemudian dengan senang-senang melanggar undang-undang itu," katanya, empat hari sebelum perhimpunan besar mempertikaikan keputusan pilihan raya di Padang Merbok Kuala Lumpur ~ Malaysiakini | ||
Rosmah Mansor 'Wanita Paling Berkuasa di Malaysia' menurut Akhbar milik MCA.. Posted: 18 Jun 2013 05:00 PM PDT Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah dilaporkan turut serta dalam mesyuarat Kementerian Kewangan yang menyediakan belanjawan negara. Dan menjelang Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, beliau juga telah dikatakan memainkan peranan yang besar dengan menentukan sipakah yang layak untuk menjadi calon bagi Barisan Nasional dalam PRU itu.. Bagaimanapun beliau telah menafikannya katanya "Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan. "Antara yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," Meskipun beliau menafikan peranan besar itu, akhbar milik MCA iaitu The Star telah menobatkannya sebagai wanita paling berkuasa di Malaysia.. Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini. Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua. Tiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh). Muncul di halaman 5 akhbar milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada kandungan redaksi. Menurut keterangannya, senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi. "Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya ~ Malaysiakini Hmmm.. apa agaknya yang dimaksudkan dengan Wanita Paling Berkuasa di Malaysia itu?.. mungkin kerana beliau menguasai lelaki paling berkuasa di negara ini kot... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan