Khamis, 13 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR TERBAIK..MENUNJUKKAN PR BODOH

Posted: 13 Jun 2013 06:46 AM PDT

bangunan.. jambatan..semua dah runtuh..stadiumpun riiiuuuntu.kenapa parti belum runtuh..ih ih ih... musuh umno bodoh belako....

PENGELUAR KERETA MEMALUKAN PENTADBIRAN DS NAJIB:SIAPA SAJA MEREKA..

Posted: 13 Jun 2013 05:00 AM PDT

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.

"Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Bagaimanapun, sebuah portal berita hari ini melaporkan, Volkswagen dan Peugeot menafikan perkara itu.

Volkswagen dilaporkan berkata, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan daripada awal dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula dilaporkan berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

MAHKAMAH:MEDAN PERANG BARU PRU 13

Posted: 13 Jun 2013 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Setelah tempoh yang ditetapkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya berakhir hari ini, maka akan bermulalah pula masanya bagi parti politik untuk bertarung di mahkamah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Beberapa ahli politik mendakwa adalah hampir mustahil bagi mana-mana pihak untuk menang dalam petisyen pilihan raya memandangkan standard pembuktian yang ditetapkan 'adalah di luar capaian manusia', di samping hakikat bahawa mereka tidak boleh lagi mencabar Rang Daftar Pemilih.

Misalnya, pihak yang memfailkan petisyen perlu membuktikan di luar keraguan munasabah bahawa pihak yang ditentangnya telah memberi habuan dorongan atau menakut-nakutkan pengundi bagi mempengaruhi undi mereka kerana pihak yang ditentangnya boleh memberi hujah bahawa pengundi berkenaan sebenarnya ingin memberi undi kepada mereka.

Malah, beberapa peguam berkata memang sukar untuk memenangi petisyen pilihan raya berikutan adanya Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958, yang melindungi Rang Daftar Pemilih daripada dicabar di mahkamah, susulan kepada pindaan yang dibuat terhadap akta itu pada 2002.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh difailkan atas alasan khusus, seperti wujudnya amalan rasuah, ancaman dan penyelewengan prosedur.

Bagaimanapun, seorang peguam kanan, yang berpengalaman luas dalam memfailkan petisyen pilihan raya, menolak andaian itu.

Beliau berkata isunya bukan kerana wujudnya undang-undang atau peraturan pilihan raya yang ada sekarang, tetapi lebih kepada kefahaman tentang premis asas undang-undang pilihan raya seperti kenapa ia digubal sebegitu rupa.

"Anda perlu faham bahawa apabila anda memfailkan petisyen pilihan raya...sebenarnya anda mencabar kehendak pengundi. Pilihan raya itu sendiri merupakan satu proses demokrasi. Sekiranya anda ingin mencabar kehendak rakyat, maka anda perlu menunjukkan bahawa keputusan berkenaan tidak mencerminkan kehendak rakyat.

"Misalnya, anda tidak boleh hanya berkata tiga orang telah diberi rasuah dan kemudian memfailkan satu petisyen pilihan raya untuk mendakwa tiga orang berkenaan boleh mengatasi majoriti pengundi sekiranya calon terbabit menang dengan 1,000 undi.

"Sekiranya anda mencabar atas premis prosedur berkenaan tidak dipatuhi, maka anda perlu membuktikan bahawa ia telah menjejaskan keseluruhan keputusan. Katakanlah anda mendakwa dakwat kekal hilang apabila dicuci, anda perlu menunjukkan berapa ramaikah pengundi yang kembali mengundi sekali lagi hingga membolehkannya menjejaskan keseluruhan keputusan," katanya.

Ivanpal S. Grewal, pengarah eksekutif Institut Pembangunan dan Penyelidikan Sosioekonomi (SEDAR), badan pemikir yang mempunyai kaitan dengan Gerakan, berkata bukti yang tinggi standardnya perlu disediakan bagi sesuatu petisyen pilihan raya kerana 'seseorang hakim tidak akan dengan semudah itu ingin mengubah pilihan rakyat', melainkan pihak yang memfailkan petisyen mempunyai bukti kukuh bahawa penyelewengan telah dilakukan hingga boleh menjejaskan keseluruhan keputusan.

"Perlu terdapat alasan kritikal yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya itu. Katakanlah ada pengundi yang diberi rasuah, dakwaan ini perlu mempunyai kekuatan kritikal dalam erti kata ia telah menjejaskan keputsuan pilihan raya dan menyebabkan seseorang itu memenanginya dengan cara yang tidak adil," kata beliau.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga menyangkal bahawa Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958 menjadi penghalang kepada sesuatu petisyen pilihan raya kerana katanya terdapat banyak asas lain, termasuk kesalahan pilihan raya.

"Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958 memperuntukkan kemuktamadan Rang Daftar Pemilih. Sekiranya Rang Daftar Pemilih boleh dicabar setiap kali ia diwartakan setelah mematuhi proses yang ditetapkan, maka tidak akan ada kesudahannya dan tiada siapa yang akan terpilih," katanya yang dipetik sebagai berkata.

Menurut Wan Ahmad, SPR mengemaskinikan Rang Daftar Pemilih setiap hari dan mewartakannya empat bulan sekali setelah mematuhi suatu proses ketat dan senarai ini akan dipamerkan selama 14 hari, dengan nama yang terkandung di dalamnya disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, sebanyak 29 petisyen pilihan raya difailkan, tetapi daripada jumlah itu, hanya satu yang berjaya. Kes ini melibatkan kerusi negeri Sanglang di Perlis, apabila Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan calon PAS Hashim Jasin sebagai pemenang mutlak bagi kerusi itu.

Sebelum itu, Mahkamah Pilihan Raya Kangar mengisytiharkan kerusi berkenaan, yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan, perlu dikosongkan atas alasan keputsuan pilihan raya berkenaan bercanggah dengan angka yang terkandung di dalam Borang 14 SPR, yang menunjukkan bahawa beliau menang dengan majoriti 47 undi.

Borang 14 adalah borang yang merekodkan keputusan bagi setiap saluran mengundi, yang disertai tandatangan para ketua pusat mengundi dan ejen pengiraan undi.

Ketika dihubungi Bernama, peguam Zulmi Sabri, yang mewakili Hashim, berkata cabaran utama bagi pihak yang memfailkan petisyen ialah kemampuannya untuk memfailkan petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

"Cabarannya ialah adakah anda mampu mengumpul bukti kukuh dan mengemukakan kes yang kuat dalam tempoh itu. Dalam kes kami, kami menyelaras semua petisyen pilihan raya untuk pelbagai negeri. Ini membantu kami dalam memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mengemukakan petisyen, daripada peringkat PO (bantahan awal) hinggalah kepada pendengaran sepenuhnya.

"Namun demikian, apa yang dapat saya katakan laluannya tetap sukar bagi pihak yang memfailkan petisyen, walaupun tidak mustahil baginya untuk menang," katanya sambil menambah bahawa kes Sanglang merupakan satu-satunya kejayaan dalam petisyen pilihan raya yang dicatat PAS setakat ini.

Walaupun tugas ini disifatkan sebagai "kerja sukar" bagi pihak yang memfailkan petisyen, namun peguam kanan Roger Tan percaya Mahkamah Pilihan Raya tetap merupakan platform terbaik untuk menyelesaikan pertikaian berhubung keputusan pilihan raya serta dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.

"Buktikannya di mahkamah, jika tidak, terimalah saja keputusannya. Inilah yang dikatakan demokrasi, bukan 'democrazy'," katanya.

Setelah tempoh akhir untuk memfailkan petisyen pilihan raya berakhir hari ini, BN mengambil keputusan untuk memfailkan 21 petisyen, manakala pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS, 34.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dilaporkan memberi jaminan bahawa semua petisyen yang difailkan boleh diselesaikan dalam tempoh setahun sekiranya segalanya berjalan lancar.



-- BERNAMA

.PENGAJARAN BUAT PAS DI TEMPAT LAIN..

Posted: 13 Jun 2013 01:00 AM PDT

RAUB: PAS Kawasan Raub mengesyaki pejabatnya yang dipecah masuk kelmarin mempunyai kaitan dengan hasrat PAS untuk memfailkan petisyen pilihan raya umum (PRU) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Dong.

Setiausahanya, Dr Nilam Abdul Manaf (gambar) berkata, ini disebabkan tidak ada barangan berharga dan wang yang hilang dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab itu didapati seperti mencari sesuatu dokumen berdasarkan semua laci dan almari didapati digeledah dan dibiarkan berselerakan.

"Kejadian mulai disedari oleh Bendahari Kawasan Tengku Shah Amir yang juga bekas calon Dun Dong kelmarin, apabila ke pejabat di tingkat atas bangunan dua tingkat itu dan mendapati kunci dan pintu utama telah diumpil.

"Keadaan dalam pejabat pula bersepah dan berselerakan dengan kertas. Selepas bermesyuarat, kami mengesyaki ada individu tidak bertanggungjawab yang mahukan dokumen penting," katanya.

Tambahnya, andaian tersebut berdasarkan tidak ada barangan seperti televisyen dan komputer yang dicuri malah wang beratus-ratus ringgit yang terletak di atas meja juga didapati tidak diusik.

"Berdasarkan itu, tidak mungkin pencuri atau penagih dadah yang menceroboh tetapi individu atau kelompok tertentu yang masuk itu cuba untuk mendapatkan dokumen penting.

Dr Nilam berkata, PAS Kawasan Raub memang bertujuan untuk memfailkan petisyen PRU bagi Dun Dong, iaitu satu-satunya kerusi ditandingi PAS di Raub atas kesalahan dilakukan BN pada PRU lalu.

Sehubungan dengan itu, PAS Raub juga telah membuat laporan polis.NASIB KAN RM RATUS RIBU:CUAI PAS.

SUAMI MATI DILOKAP POLIS:ISTRI TUNTUT JSJ

Posted: 12 Jun 2013 11:35 PM PDT

Balu kepada N Dhamendran mahu tindakan diambil terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kerana kenyataannya tentang kematian mendiang dalam tahanan polis.

Marry Mariay Susay merujuk kepada kenyataan Ku pada 22 Mei yang berbeza dengan laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, Ku dilaporkan mengaitkan kematian mendiang berpunca daripada sakit dada dan sesak nafas sedangkan pakar patologi mengatakan suaminya mati akibat dipukul dalam tahanan.

"Saya dan keluarga percaya kenyataan beliau dibuat dengan niat jahat untuk menutup kes pembunuhan suami saya," kata Marry dalam aduannya kepada Bukit Aman.

PAS LAMBAT BERTINDAK..SELALU BEGITULAH

Posted: 12 Jun 2013 11:00 PM PDT

Sehubungan itu, beliau menganggap isu pertembungan tiga penjuru di Kota Damansara antara isu penting yang akan dibincangkan dalam dialog itu, yang akan dihadiri tiga hingga lima pemimpin tertinggi PSM.

"Kita melihat dalam isu tiga penjuru ini, yang kita sedih, kepimpinan PAS menyelesaikan (pertindihan) enam kerusi (lain) dahulu.

"Kota Damansara, mereka selesai lewat dan mereka menyatakan kami memerlukan masa, seolah-oleh seperti tidak jelas siapa calon," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, penyandang dan Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR gagal mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara.

Dr Nasir mendapat 14,860 undi, tewas dalam pertembungan enam penjuru dengan calon PAS, BN dan dua calon Bebas. Calon PAS Ridzuan Ismail mendapat 7,312 undi dan calon BN Halimaton Saadiah Bohan memperolehi 16,387 undi.

Jika dicampurkan undi PKR dan PAS, maka Pakatan Rakyat dilihat berjaya mengekalkan kerusi DUN Kota Damansara

MENGAPA UMNO BUAT PETISYEN JUGA?..

Posted: 12 Jun 2013 08:36 PM PDT

Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun.

Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN).

Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN).

Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP).

Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun.

Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN).

Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN).

Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN).

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta.

Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam.

Arutchelvan:PAS BERWAJAH DUA?

Posted: 12 Jun 2013 07:53 PM PDT


"Kita juga mempunyai ramai kawan-kawan di PAS yang juga berpendirian sosialis... Kita sebenarnya nak selesai, (dan) nak bertanya sebenarnya, apakah masalah PAS dengan (ideologi) sosialis.

"Dalam PAS mempunyai pandangan yang berbeza kerana PSM selama ini percaya kepada kebebasan agama," katanya.

Arutchelvan berkata pihaknya hairan mengapa isu ideologi sosialis itu diungkitkan "secara tiba-tiba" dalam pilihan raya umum lalu, sedangkan pihaknya sekian lama telah bekerjasama dengan PAS.

"Adakah ini sebenarnya persoalan ideologi atau persoalan kerusi? Kalau persoalan ideologi, dari dahulu (lagi) PAS tidak bekerja dengan PSM.

"Berapa tahun kita berkempen bersama dengan kawan dalam PAS dalam banyak isu, (kita) duduk semeja, tapi masa pilihan raya... Adakah ini isu ideologi? Atau hanya ada satu pihak dalam PAS, yang nak bertanding isu di Kota Damansara?" soal Arutchelvan.

LESENKAN MAIN FB?CEPAT DAPAT DUITLAH UNTUK BR1M 1000 KAN

Posted: 12 Jun 2013 11:30 AM PDT

Kerajaan tiada perancangan untuk memperkenalkan sistem pelesenan untuk portal berita atas talian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Bercakap dalam majlis Anugerah Akhbar MPI-Petronas di Kuala Lumpur malam ini, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan penggunaan undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada batasan perundangan dilangkaui oleh entiti media.

"Kita akan kuatkuasakan undang-undang untuk memastikan tiada sesiapa pun menggunakan isu kaum atau bahasa untuk menyebarkan ketidakharmonian dalam negara atau bertindak menentang amalan demokrasi berparlimen," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilapor berkata, kerajaan tidak mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal media Internet.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu, susulan kenyataan menteri berkenaan pada Isnin lalu bahawa kerajaan BN sedang mengkaji kemungkinan mengawal portal berita seperti yang dijalankan di Singapura.

Singapura mengumumkan bahawa semua portal berita di negara itu, yang mencapai sekurang-kurangnya 50,000 pembaca sebulan, perlu mendapatkan lesesn dari pihak berkuasa.

Dasar yang berkuatkuasa pada 1 Jun itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha Parti Tindakan Rakyat Singapura untuk mengawal penentangan dari kalangan warga maya.

Tiada ulasan: