BRIGED MP SEGAMBUT |
- BENARKAH ZAHID HAMIDI BAKAL HILANG JAWATANNYA?
- SATU LAGI PENGAMPU PRESIDEN:TENGOK MUKANYE!!!
- ADA MENTERI JAKUN NAK BUAT LESEN:NAK MAIN FB PERLU LESEN BACALAH
- PAS;SIASAT JUGA SURAT TAULIAH BERTANDING KOTA DAMANSARA
BENARKAH ZAHID HAMIDI BAKAL HILANG JAWATANNYA? Posted: 10 Jun 2013 07:54 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR. Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000. Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini. Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini. PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen. Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. |
SATU LAGI PENGAMPU PRESIDEN:TENGOK MUKANYE!!! Posted: 09 Jun 2013 09:30 PM PDT Ahmad Shabery Gesa Anggota Umno Terus Sokong NajibKEMAMAN, 9 Jun (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa semua anggota Umno supaya terus menyokong kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak jika jawatan tertinggi Umno itu dipertandingkan dalam pemilihan tahun ini. Menurutnya, ini kerana di bawah kepimpinan Najib, Umno terbukti terus menjadi pilihan rakyat apabila parti itu memenangi 88 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menjadi parti yang mendapat sokongan tertinggi berbanding parti lain. Ahmad Shabery, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata prestasi Umno dalam PRU13 amat membanggakan yang mana kemenangan 88 kerusi itu begitu hampir dengan gabungan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang dengan 89 kerusi. "Datuk Seri Najib juga mendapat sokongan ramai pengundi Melayu di bandar walaupun ramai yang mendakwa Melayu bandar tidak lagi menyokong Umno seperti digembar-gemburkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat di Felda Neram Satu di sini Ahad. Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata, Najib sendiri telah melakukan pelbagai transformasi dalam sistem pemilihan Umno yang menjadikan demokrasi terus subur dalam parti itu. -- BERNAMA apa kata anda tentang pengampuni... |
ADA MENTERI JAKUN NAK BUAT LESEN:NAK MAIN FB PERLU LESEN BACALAH Posted: 09 Jun 2013 05:07 PM PDT Kira-kira 2,500 rakyat Singapura yang diketuai penulis blog tempatan mengadakan bantahan di Speakers' Corner di Hong Lim Park hari ini untuk mendesak kerajaan menarik balik syarat baharu pelesenan yang dikenakan terhadap laman web berita berkuatkuasa 1 Jun. Perhimpunan aman ini dianjurkan sekumpulan penulis blog dikenali sebagai #FreeMyInternet, yang menentang pelaksanaan syarat itu. Kumpulan ini berpendapat penguatkuasaan syarat berkenaan merupakan cubaan untuk membuat penapisan dan melanggar hak rakyat Singapura untuk mendapatkan maklumat secara dalam talian. Dalam kenyataan dikeluarkan selepas bantahan itu, #FreeMyInternet berkata ia mendapat semangat daripada kejayaan kempen pertamanya menentang Rejim Pelesenan MDA baharu, yang disifatkan ramai pengulas media sebagai titik perubahan dalam landskap peraturan media di republik ini. Kata kumpulan ini, lebih 4,000 orang menandatangani petisyen yang dikemukakannya secara dalam talian (jumlahnya terus meningkat), manakala lebih 150 blog menyertai mogok secara dalam talian anjurannya dan kira-kira 2,500 orang menyertai bantahan paling besar yang diterajui penulis blog dalam sejarah Singapura, tengah hari ini. Sebagai langkah berikutnya, kenyataan itu berkata #FreeMyInternet akan terus membuat gesaan agar Rejim Pelesenan itu ditarik balik. Kata kumpulan itu, pada minggu-minggu akan datang ia akan mengedar bahan dan mengadakan program untuk mendidik orang ramai serta Anggota Parlimen tentang kenapa Rejim Pelesenan itu perlu ditarik balik. "Kami tidak menolak mengadakan dialog dengan kerajaan, tapi dialog ini mestilah berupa perbincangan tentang cara Rejim Pelesenan ini akan ditarik balik dan ia mestilah merupakan dialog tentang bagaimana langkah membebaskan persekitaran media daripada belenggu peraturan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada rakyat Singapura," kata kenyataan itu. Mulai 1 Jun 2013, laman berita dalam talian yang sering memuatkan laporan tentang isu berkaitan Singapura dan mempunyai ramai pengikut di Singapura, dikehendaki mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA). Di bawah rangka kerja pelesenan ini, laman berita dalam talian akan diberi lesen secara individu sekiranya ia (i) menyiarkan laporan purata sekurang-kurangnya satu artikel seminggu tentang berita dan hal ehwal semasa berkaitan republik ini bagi tempoh dua bulan, dan (ii) dikunjungi sekurang-kurangnya 50,000 alamat IP unik dari Singapura sebulan bagi tempoh dua bulan. - Bernama |
PAS;SIASAT JUGA SURAT TAULIAH BERTANDING KOTA DAMANSARA Posted: 09 Jun 2013 09:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menyifatkan Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) umpama Siasatan Di Raja (RCI). Beliau yang ditemui sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung PAS pagi ini menjelaskan jawatankuasa tersebut akan menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU13 dalam isu penipuan dan juga pertindihan kerusi. "Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi. "Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS. Menurut beliau lagi, PAS mempunyai masa selama tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan postmortem sebelum perbentangan. "Bagi memastikan siasatan berjalan lancar mungkin kita akan menubuhkan jawatankuasa kecil agar tumpuan akan boleh dilakukan secara khusus," tambah beliau lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sempat ditemui memberitahu keputusan postmortem akan diketahui pada bulan Oktober nanti Beliau yang juga menyatakan Jawatankuasa Postmortem PRU13 sudah pun memulakan siasatan dua minggu lepas yang di pengerusikan oleh Salahuddin Ayub bersama 13 ahli jawatankuasa yang telah dipilih. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan