Isnin, 10 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Adik Najib sokong CEO AirAsia X ,, Apa Macai nak kata?

Posted: 10 Jun 2013 09:08 AM PDT


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) AirAsia X Azran Osman hari ini menerima pujian daripada CEO Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak yang melabelnya sebagai "tanda sebagai pemimpin" walaupun dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu ekoran kenyataannya di laman Twitter.

Peneraju syarikat tambang murah itu menjadi sasaran akhbar Umno itu sejak bulan lalu selepas beliau mengkritik akhbar berkenaan secara terbuka yang dikatakannya bersifat perkauman selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

Nazir, yang merupakan pembiaya utama Air Asia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar.

"Itulah tanda seornang pemimpin," kata Nazir ketika pelancaran prospektus Air Asia X di sini pagi tadi.

Adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan yang menunjukkan 70 peratus perkembangan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007.

Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.

Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.

Sebagai balasan, akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya "sombong" dan Melayu yang lupa daratan.

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.

Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia antara kumpulan yang menyerang Rafidah dan Kalimullah dan menuntut mereka meminta maaf terhadap kenyataannya terhadap Utusan.

Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa "perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia."

Kolumnis Utusan, Awang Selamat turut menggesa Utusan supaya tidak lagi menerima iklan daripada syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.

Awang turut membandingkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mengatakan syarikat penerbangan nasional itu mempunyai servis yang lebih baik dan lebih bersifat nasionalisme ~ The Malaysian Insider

Gara-gara tidak pakai uniform, Pegawai SPAD di tampar semasa operasi..

Posted: 10 Jun 2013 02:03 AM PDT


Seorang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini.

Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas.

"Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar. Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami. Ada sahabat saya yang sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang ini. Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan kepada kami", kata seorang pemandu lori.

Menurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak memperkenalkan diri.

"Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau lagi.

Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika bertugas supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.

Sumber laporan ini dari SINI

Kawasan-kawasan Parlimen yang akan difailkan petisyen oleh Pakatan Rakyat..

Posted: 10 Jun 2013 12:55 AM PDT


Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

"Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen," kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang diperuntukkan Akta Pilihan Raya.

"Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu sahaja lebih RM2 juta," katanya.

Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara berasingan mengikut negeri masing-masing. ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan Parlimen berikut:

Difailkan oleh PKR
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu.

Najib turunkan harga 10 model kereta?

Posted: 09 Jun 2013 09:02 PM PDT


Sempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan ketika warga kota berpusu-pusu meninggalkan kotaraya untuk balik kampong, PKR pada 15 Ogs 2012 menggunakan kesempatan itu dengan melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta'.

Pelancaran dilakukan di Ibu Pejabat PKR oleh Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi, pelancaran itu bertujuan agar cadangan PKR menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat sampai ke seluruh pelosok negara.

Bagaimanapun oleh kerana ianya dilancarkan oleh PKR bukannya UMNO maka ianya menjadi sasaran kritikan beberapa pemimpin UMNO dan juga macai-macai UMNO tanpa usul periksa..

Berkatalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan,.

Kemudiannya disokong pula oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus.

Bagaimanapun menjelang PRU13, Najib yang juga merupakan Presiden UMNO telah menciplak agenda tersebut dan meletakkannya dalam Manifesto Pilihanraya BN..

Bagi mengelakkan dari dituduh meniru agenda Pakatan Rakyat itu Barisan Nasional mengubah cara cukai diturunkan..

Dimana Barisan Nasional akan menurunkan 30 hingga 40 peratus duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan menjelang PRU14..

Pakatan rakyat sebelum itu telah menawarkan untuk mengurangkan terus cukai eksais 20% setiap tahun dan 100% pada tahun terakhir mandat kerajaan menjelang Pilihanraya Umum ke 14.

Setelah janji Barisan Nasional itu mula dipertikaikan oleh kebanyakkan rakyat.. Kerajaan akhirnya terpaksa mengumumkan pengurangan harga kereta di Malaysia untuk permulaan bagi pasca PRU13.

Senarai Harga Kereta Turun
1. Harga kereta Peugeot 308 turun (11 peratus)
2. Harga kereta Volkswagen Golf turun (7.1%)
3. Harga kereta Viva turun (5.4%)
4. Harga kereta Myvi turun (4%)
5. Harga kereta Persona turun (3.8%)
6. Harga kereta Alza turun(3.4%
7. Harga kereta Proton Preve turun (3%)
8. Harga kereta Honda Jazz Hibrid turun (2.5%)
9. Harga kereta Saga turun (1.1%)
10. Harga kereta Exora turun (0.7%).


Tapi buat sementara waktu ni.. aku kurang pasti adakah penurunan ini disebabkan oleh penurunan cukai eksais oleh kerajaan atau pengeluar sendiri yang menurunkan harga kereta itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing tanpa melibatkan Kerajaan..

Tapi cuba korang fahamkan betul-betul ayat yang aku gariskan ini..

Utusan
 
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Kereta-kereta itu telah turun harganya sebelum PRU13 atau selepas PRU13 sebagaimana manifesto BN?

APA?? Anwar hidapi Aids yang dah makin teruk?

Posted: 09 Jun 2013 05:30 PM PDT


Ketandusan idea dan juga isu untuk diketengahkan oleh Blogger Pro UMNO yang disahkan hanya menghabiskan boreh kerana gagal membantu UMNO/BN menjelang PRU13 oleh kebanyakkan pemimpin UMNO menyebabkan mereka terpaksa menyebar fitnah lagi..

Fitnah terbaru mereka tetap menjadikan KEtu Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa mereka.

Kononya menurut mereka...

Beberapa hari ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan 'hitam'.

Sebelum ini kisah Anwar mengambil 'cocktail drugs' yang dikatakan mampu melambatkan kesan HIV pernah didedahkan oleh beberapa blog.

Ubat tersebut dikatakan berharga sehingga ribuan ringgit sebiji dan perlu dimakan setiap hari bagi memastikan tubuh tidak terkesan dengan kuman HIV.

Namun,kisah tersebut tidak begitu diperbesarkan memandangkan tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti.Ini kerana,tidak seperti Anwar yang gemar menuduh tanpa bukti,pihak BN lebih mengambil berat soal 'bukti' dalam memperkatakan keburukan pembangkang.

Justeru,kisah Anwar dijangkiti HIV ini menjadi hambar dan tawar.Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya,jika tidak sakit,kenapa wajah Anwar nampak begitu 'terganggu' ???

Kenapa tiada cahaya diwajahnya seperti wajah Datuk Seri Najib mahupun Tun Mahathir yang jauh lebih tua lagi ??? Jelas,di wajah Anwar terpacar jiwa yang kacau,minda yang bercelaru serta tubuh yang lesu.

Seolah-olah sesuatu sedang memakan tubuhnya dari dalam,sehingga tiada lagi rasa bersalah,rendah diri atau kejujuran.

Yang tinggal di wajah Anwar hanyalah kerakusan dek cita-cita yang tidak pernah padam.Renungan matanya dalam dan kelam,tanpa sedikit pun ketenangan.

Anwar seolah-olah sedang menjadi mayat hidup,mereput dan membusuk dari dalam secara perlahan-lahan.

Kita tahu bahawa Anwar takutkan tiga perkara di dalam dunia ini iaitu :

i.rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan
ii.isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu,Sabah
iii.pendedahan Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau yang bakal 'menelanjangkan' Shamsidar

Ketakutan ini pasti mengganggu tidur Anwar.Jika ini benar,maka isu pencerobohan Lahad Datu pastilah yang paling ditakutinya kerana ia bukan lagi isu peribadi,tetapi isu yang melibatkan dua negara.

Pengkhianatan kepada negara sudah cukup besar untuk mengganggu jiwa Anwar.

Tetapi apa yang lebih dahsyat dari itu ialah ia melibatkan nyawa manusia.Bukan sahaja nyawa manusia yang tidak bersalah,tetapi juga manusia yang bermain dengan ilmu hitam.

Tiada cahaya diwajah Anwar?.. apa yang dimaksudkan dengan cahaya tu entahlah.. mungkin bercahaya macam wajah Muhyiddin Yassin kot??

Apa yang aku lihat wajah Anwar ni sama saja.. baik dari sebelum pilihanraya mahupun selepas pilihanraya, cuma yang kelihatan dari dekat ialah dia dah tua dan penat.. he..he..he..

Penatlah sebab faktor usia.. tapi kalau nak tahu betapa penatnya dia cubalah korang ikut program dia dari awal pagi hingga kemalam.. aku tak sanggup dah.. letih macam nak mampus!

Tak percaya tengok gambar kat bawah ni, dirakamkan minggu lepas semasa dia berkunjung ke Kampung Pertama (Sungai Derhaka)..


Berbalik kepada fitnah terbaru Blogger Pro UMNO di atas.. tak perlulah diulas panjang-panjang.. sebabnya yang menyebarkan kisah kononnya wajah Anwar dah tak bercahaya itu pun akhlaknya macam haram jadah.. tengok gambar di bawah ni dan fikirkan adakah fitnah sebarannya itu boleh dipercayai??


Tiada ulasan: