Khamis, 20 Jun 2013

.

.


Ternyata Perpaduan Nasional Tajaan Umno Gagal

Posted: 19 Jun 2013 05:19 PM PDT

REAKSI                                                                                         

Mekanisme perpaduan nasional ciptaan Umno runtuh satu demi satu tanpa mencapai matlamatnya. Tampaknya idea atau pendekatan Umno yang lebih bersifat 'akulah yang betul dan kamu kena ikut aku' tidak mencapai sasaran dan menjadi kenyataan, Kebobrakan perpaduan atau solidariti di dalam BN yang diungguli Umno yang kalut hari ini membuktikan hakikat itu.

NONE
Mohd Noor Abdullah
Apa lagi yang Umno hendak jadikan alasan bahawa perpaduan yang diciptanya terbaik? Pengakuan dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan Mohd Noor Abdullah yang meminta orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu (baca Umno) yang mengorbankan tulisannya membuktikan akan kegagalan mekanisme perpaduan nasional Umno itu.

Katanya orang Melayu mengorbankan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu dengan menukarnya kepada tulisan rumi di mana penukaran itu menyebabkan tulisan yang menghampiri orang Melayu dengan tulisan Quran dan Hadith terhapus.

Menurutnya itu adalah pengorbanan besar orang Melayu (Umno) untuk mencapai perpaduan nasional. Alasannya kalau tulisan jawi itu tidak ditukar menyebabkan orang Cina dan lain-lain tidak dapat belajar bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu katanya orang Cina perlu bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu setiap hari sebagai membalas pengorbanan itu. Padangan demikian menunjukkan bukan saja kesilapan tetapi kecetekan akal orang Melayu dalam menilai hati budi dan budaya kaum lain.

Suara Mohd Noor itu bernada kesal dan kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh orang bukan Melayu (baca Cina). Ini tentunya implikasi daripada keputusan pilihan raya lalu di mana undi Cina tidak berpihak kepada Umno. Mohd Noor telah menjustifikasikan pandangan itu berpandukan pengundin lalu.

Semasa berucap dalam satu forum Mohd Noor menjelaskan Umno - orang Melayu telah melakukan pengorbanan melupuskan tulisan jawi dan ditukar dengan rumi kerana mengharap perpaduan dari kalangan orang Cina.

Malang pengorbanan itu tidak dihargai bila mana orang Cina tetap menulis dalam bahasa ibundannya. Kewujudan sekolah Cina dan sepanjang masa orang Cina mahu mahu mempertahankan sekolah mereka menjelaskan orang Cina tidak tunduk kepada kemahuan itu dan pengorbanan yang disebut Mohd Noor itu tidak pernah dihormati. Maka itu jadilah pengorbanan Umno itu sia-sia saja. Tidak memelikkan kerana orang Melayu sebenarnya terlalu berbudi bahasa dan suka menyanjungi tetamu dari orang sekampung.

Inilah kelemahan orang Melayu terutamanya pemimpin Umno. Mereka lemah mengenai psikologi dan antropologi dan buta pula mengenai sejarah serta bersikap diplomasi dan tolerasi dengan orang Cina yang akhirnya menyebabkan orang Cina jadi naik junjung. Seharusnya Umno kekalkan tulisan jawi dan mewajibkan sehingga orang Cina perlu mempelajarinya, bukan dengan melupuskan.

Tulisan jawi yang menjadi kebanggaan dan identiti orang Melayu dihapuskan dizaman Khir Johari menjadi menteri pelajaran awal tahun 70-an. Penghapusan itu diredai oleh Umno. Perhimpunan agung Umno selepas itu tidak serius membangkitkan perkara itu menyebabkan penghapusan itu diteruskan. Di sini sekali lagi pemimpin Umno dan juga ahli-ahlinyua tidak bersifat futuristik.

Kesilapan orang Umno dalam hal ini mereka tidak pernah membuat semakan kepada mekanisme-mekanisme perpaduan tajaan mereka seperti soal tulisan jawi itu. Mereka tidak pernah membuat penlaian apakah ia berkesan atau tidak. Dalam kata lain Umno tepengaruh dengan idealisme Barat yang melihat budaya dan ciri-ciri Islam itu sebagai sesuatu yang kolot dan pramitif.

Bercakap soal mekanisme perpaduan tajaan Umno ini bukan saja dalam soal penghapusan tulisan jawi tetapi banyak lagi pendekatan atau pengorbanan-pengorbanan kurba lain yang dilakukan Umno tetapi ianya sesia. Kalau boleh disebut Melayu juga membuat pengorbanan dalam bidang bahasa, kebudayaan, hatta agama Islam juga. Umno yang menjadi kerajaan lebih 55 tahun melakukan toleransi tinggi terhadap budaya dan agama sendiri serta meliberalisasikan kependidikan sehingga kabur tujuan dan matlamat hakikat.

Tolenrasi dalam apsek ini adalah pengorbanan Umno untuk mencapai perpaduan nasional. Kerana itu juga Umno sanggup berperang dengan parti pembangkang Pas yang obses kepada Islam. Umno dan Pas terpaksa ada kalanya berpatah arang dan berkerat rotan dalam soal ini semata-mata kerana hendak mewujudkan perpaduan nasional mengikut jalur Umno yang berdasarkan sekularisme. Penolakan Umno kepada undang-undang syariat adalah salah satu sebabnya kerana mengharapkan wujudnya perpaduan nasional dan sekaligus menunjukkan Umno tidak yakin dengan kesyumulan Islam.

Mengenai desakan atau keluhan dibuat oleh Mohd Noor itu ia mungkin sudah terlewat. Apakah Umno sedia untuk berpatah dan surut ke belakang memperbetulkan apa yang silap itu dan mengembalikan semula idenitti Melayu menerusi tulisan jawi itu? Apakah ianya tidak kontradik dengan gelombang transformasi Najib Razak?

Berpatah ke belakang itulah sebaik-baiknya, tetapi tindakan untuk mengembalikan semula tulisan jawi itu satu tindakan yang akan diketawakan oleh orang ramai. Nawaitu itu samalah dengan cuba mengajarkan kura-kura berjalan dengan cara memterbalikan belakang ke tanah. Dalam situasi orang bukan Melayu kian ampuh dengan berbagai kuasa, tidak mungkin untuk Umno surut ke belakang semula walaupun cara itu adalah terbaik.

Pun begitu sekiranya Umno dan orang Melayu seperti disuarakan oleh Mohd Noor itu berani, mereka boleh lakukan kerana tidak ada guna Umno terus melakukan pengorbanan sedangkan ianya tidak dinilai sebaik mungkin. Kalau Umno hendak berpatah balik bukan saja mengenai tulisan jawi, tetapi aspek-aspek lain juga yang masih boleh dilakukan seperti budaya, sistem pendidikan (dasar pendidikan) dan toleransi terhadap agama Islam juga perlu difikirkan semula. [wm.kl.8:01 am 20/06/13]



Orang cerdik juga begitu...

Bekas hakim kontroversi Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu yang merelakan bahasa mereka ditulis dalam skrip Rumi demi perpaduan kebangsaan.

Menurutnya, bahasa Melayu pada asalnya ditulis dengan huruf Jawi tetapi bagi memastikan ia mudah dipelajari semua kaum sebagai bahasa kebangsaan, orang Melayu merelakan ia ditulis dengan huruf Rumi.

"Pengorbanan ini perlu dibalas orang bukan Melayu dengan belajar bahasa Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu setiap hari," kata Mohd Noor (kanan) dalam syarahannya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, orang Melayu merelakan penukaran skrip itu walaupun ia berkemungkinan menjauhkan orang Melayu daripada al-Quran dan hadis.

"Kalau tulisan bahasa Melayu (dalam) Jawi, bagaimanakah orang Cina, India hendak belajar bahasa kebangsaan dalam Jawi? Oleh itu, bahasa Melayu menggunakan skrip atau tulisan Rumi.

"Ini adalah satu pengorbanan orang Melayu kerana apabila orang Melayu membenarkan bahasa kebangsaan itu menggunakan Rumi, maka jauhlah orang Melayu daripada tulisan Jawi, Al-Quran dan hadis yang semuanya menggunakan tulisan Jawi.

"Demi perpaduan, orang Melayu sanggup mengubah Rumi ke dalam bahasa Melayu," katanya.

Tiada ulasan: