Anak Sungai Derhaka |
- Kakitangan UniMAP dilarang sertai ‘Perhimpunan Raksaksa Blackout 505’.. Ini Memo nya...
- Blogger Pro UMNO belasah Saifuddin Abdullah..
- Ooo.. Patutlah Anwar Ibrahim tidak hantar soalan untuk sesi pembukaan Parlimen ni..
- PAS akan sertai himpunan 15 Jun ini..
- Dinegeri UMNO paling kuat didunia, tanah Melayu tergadai kepada 130,000 rakyat asing..
Kakitangan UniMAP dilarang sertai ‘Perhimpunan Raksaksa Blackout 505’.. Ini Memo nya... Posted: 09 Jun 2013 08:17 AM PDT Meskipun UMNO/BN berjaya mengekalkan kuasa mereka dengan sokongan hanya 47% rakyat Malaysia yang turut dibantu oleh Bangla, Myanmar, Indonesia dan juga Siam dari Patani.. ketakutan masih membayangi Kerajaan minoriti itu. Selain dari bantuan dari warga asing yang diberikan MyKad itu, sumbangan untuk membolehkan mereka kekal berkuasa juga diterima oleh UMNO/BN dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sendiri.. Tidak dapat dipastikan apakah yang menyebabkan masih ada pihak IPTA dan juga IPTS melarang kakitangannya dari turut menyertai sebarang majlis anjuran Pakatan Rakyat. Jika dikatakan kakitangan IPTS dan IPTA dilarang terlibat dengan aktiviti politik, mengapa pula dalam setiap program anjuran UMNO/BN mereka menjadi mangsa kerahan untuk hadir ke program tersebut? Seorang sahabat telah mengirimkan memorandum yang diterimanya berkaitan dengan 'Perhimpunan Raksaksa Blackout 505' yang akan berlangsung di Perlis ini.. Menurut memorandum yang dikeluarkan kepada seluruh kakitangan UniMAP yang bertarikh 7 June 2013 ini seluruh kakitangan UniMAP adalah dilarang sama sekali dan ditegah dari menyertai dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti ini. Ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan dan Akta-akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Bagi memastikan seluruh kakitangan mematuhi larangan tersebut Ketua-ketua Jabatan/Dekan/Pengarah akan mengawasi dan memantau pergerakan Staff masing-masing…
Itulah yang terjadi.. bila menang dengan penipuan.. bayang-bayang sendiri pun mereka takut... | ||
Blogger Pro UMNO belasah Saifuddin Abdullah.. Posted: 09 Jun 2013 03:00 AM PDT Semalam berlangsung mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno yang pertama selepas PRU 13. Dalam mesyuarat semalam Datuk Seri Najib telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli MT untuk bercakap apa sahaja yang terbuku di hati . Jangan disimpan-simpan, luah sahaja perasaan anda, Presiden dan Timbalan Presiden nak dengar. Tak puas hati dengan pilihan raya ? tak puas hati dengan Presiden ? tak puas dengan apa-apa sahaja, cakap....cakap....cakap..... Tapi malangnya apabila sampai giliran si pengamal politik baru yang tertonggeng di Temerloh baru-baru ini, sepatah haram pun dia tak bercakap apa. Cis....ptui...ptui....ptui....diluar depan penyokong pembangkang bukan main lagi dia menyalak sampai minta Umno bertaubat nasuha. Dalam mesyuarat MT apabila Presiden suruh bercakap, sepatah haram dia tak bercakap. Tak ke celaka namanya itu ? Itu tulis Blogger Pro UMNO RBF Online mengenai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.. Saifuddin menjadi mangsa serangan ramai lagi Blogger Pro UMNO yang tidak bersetuju dengan cara beliau dalam menegur UMNO dan pimpinannya.. Kalau korang nak tahu macam itu jugalah Zulkifli Nordin dulu bila berada dalam mesyuarat PKR terutamanya yang dihadiri oleh Anwar.. Apa saja Anwar kata semuanya OK.. OK.. dan OK.. tapi bila dah kena sepak keluar baru sibuk nak melalak.. Sebenarnya bukan dalam UMNO sahaja yang ada budaya macam tu.. tak boleh kritik parti sendiri walaupun untuk kebaikkan parti malah dalam Pakatan Rakyat juga wujud.. Kalau kritik pimpinan parti saja siaplah.. kalau tak dituduh ejen UMNO dituduh pula dah dibayar oleh UMNO.. | ||
Ooo.. Patutlah Anwar Ibrahim tidak hantar soalan untuk sesi pembukaan Parlimen ni.. Posted: 09 Jun 2013 01:30 AM PDT Pemuda MCA menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menghantar soalan pada sesi pembukaan Parlimen pada 24 Jun ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13. Ketuanya, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong berkata, tindakan Anwar itu seolah-olah gagal mewakili mandat rakyat di kawasan yang ditandinginya. Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai sandiwara bagi mendapatkan simpati orang ramai. Ini jawapan buat Wee Ka Siong.. PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua. | ||
PAS akan sertai himpunan 15 Jun ini.. Posted: 09 Jun 2013 12:01 AM PDT Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini. Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei. "Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan. Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13. Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang. Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. ~ Malaysiakini | ||
Dinegeri UMNO paling kuat didunia, tanah Melayu tergadai kepada 130,000 rakyat asing.. Posted: 08 Jun 2013 09:29 AM PDT Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah 'FreeHold'. Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku? Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia? Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu? JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini? Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat. Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura. Sambung baca lagi laporan Bernama di sini…
Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor : - Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan dan berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata. Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil….. Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal dan menjual serta menggadai kepada warga asing. Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura. Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang "only bumi unit left" dengan harga RM1 juta lebihSiapa pembelinya? Kalau tidak….. Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana : Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan"lecturers expatriate" yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu. Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000. Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya? Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor? Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri. Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu….. asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal. Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa? 1.Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold Sekarang ini terdapat projek komersial dan perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya. Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia. Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia? Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing? Sumber: Berita Semasa |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan