Ahad, 9 Jun 2013

Addin

Addin


Blogger Umno Hentam Saifuddin Abdullah..

Posted: 09 Jun 2013 09:00 AM PDT


Semalam berlangsung mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno yang pertama selepas PRU 13. Dalam mesyuarat semalam Datuk Seri Najib telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli MT untuk bercakap apa sahaja yang terbuku di hati .

Jangan disimpan-simpan, luah sahaja perasaan anda, Presiden dan Timbalan Presiden nak dengar. Tak puas hati dengan pilihan raya ? tak puas hati dengan Presiden ? tak puas dengan apa-apa sahaja, cakap....cakap....cakap.....

Tapi malangnya apabila sampai giliran si pengamal politik baru yang tertonggeng di Temerloh baru-baru ini, sepatah haram pun dia tak bercakap apa.




Cis....ptui...ptui....ptui....diluar depan penyokong pembangkang bukan main lagi dia menyalak sampai minta Umno bertaubat nasuha.

Dalam mesyuarat MT apabila Presiden suruh bercakap, sepatah haram dia tak bercakap. Tak ke celaka namanya itu ?
Itu tulis Blogger Pro UMNO RBF Online mengenai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah..

Saifuddin menjadi mangsa serangan ramai lagi Blogger Pro UMNO yang tidak bersetuju dengan cara beliau dalam menegur UMNO dan pimpinannya..

Kalau korang nak tahu macam itu jugalah Zulkifli Nordin dulu bila berada dalam mesyuarat PKR terutamanya yang dihadiri oleh Anwar..

Apa saja Anwar kata semuanya OK.. OK.. dan OK.. tapi bila dah kena sepak keluar baru sibuk nak melalak..

Sebenarnya bukan dalam UMNO sahaja yang ada budaya macam tu.. tak boleh kritik parti sendiri walaupun untuk kebaikkan parti malah dalam Pakatan Rakyat juga wujud..

Kalau kritik pimpinan parti saja siaplah.. kalau tak dituduh ejen UMNO dituduh pula dah dibayar oleh UMNO.. ~anak sungai derhaka






PSM Tidak Lagi Bersama Pakatan Rakyat - Saifuddin Nasution

Posted: 09 Jun 2013 06:34 AM PDT

SHAH ALAM - PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini.Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.

"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak."Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, PSM menggesa PR memberikan jawapan bertulis berhubung permohonan penyertaannya dalam pakatan tersebut bagi meleraikan percanggahan keputusan yang berlaku.

Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, permohonan untuk menyertai PR telah dihantar secara "hitam putih" pada September tahun lalu. Tambahnya, permohonan itu dilakukan atas sebab permintaan rakyat untuk PSM disatukan dengan PR. 

"Sudah terlalu lama, kita harap PR dapat menghantar surat secara bertulis mengenai status permohonan kami. "Kami keliru keputusan bercanggah...Kami juga tidak mahu rakyat keliru," katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercanggah dengan keputusan PR berhubung isu permohonan PSM, Saifuddin berkata Karpal tidak hadir mesyuarat itu.

"Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka," katanya.Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali turut mengesahkan PR telah menolak PSM untuk menjadi sebahagian daripada parti perikatan itu. 

"Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM. "...Karpal tidak hadir mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya. ~keadilandaily





Iklan C (ii)
  



MB Pahang Mula Menongkah Arus

Posted: 09 Jun 2013 02:38 AM PDT

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.

Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini.

Beliau bagaimanapun tetap memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan perdana menteri sendiri menyatakan bahawa mana boleh jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan.

"Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik," katanya.

Adnan berkata sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga tidak pernah berkata bahawa jawatan yang dipegang mereka itu tidak boleh ditandingi.

"Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tiada alasan ia tidak dipertandingkan, saya berpendapat sesiapa sahaja yang mahu menjadi calon dipersilakan, menang atau tidak itu cerita lain," katanya.

Sebelum ini, badan perhubungan Umno Negeri Sembilan mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh. ~bernama



Iklan C (ii)
  



PAS Umum Akan Sertai Himpunan 15 Jun..

Posted: 09 Jun 2013 12:43 AM PDT


Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang. Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
  


Lagi Laporan Rasis Dari Utusan..

Posted: 09 Jun 2013 12:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Masyarakat Cina yang membuat keputusan mengikut emosi dan rakus hanya akan merugikan diri sendiri kata akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, di samping menggesa masyarakat Cina di Malaysia supaya bersyukur.

Kolumnis akhbar milik Umno Awang Selamat berkata, keputusan pilihan raya ke-13 baru-baru ini adalah salah satu contoh di mana masyarakat Cina tidak bersyukur dengan jasa dan bantuan kerajaan walaupun mereka sudahpun menguasai ekonomi negara, tetapi sebaliknya masih menyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam konteks politik Malaysia, Awang ingin mencelah bahawa Cina yang emosi dan rakus akan merugikan kaumnya sendiri yang sudahpun menguasai ekonomi," kata Awang Selamat dipetik berkata dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini dalam tulisannya bertajuk, "Sedarlah Cina".

Awang Selamat kemudiaan memetik dan menyokong kenyataan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang mengatakan tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai "Cina" kecuali di Malaysia serta memuji penyelidik tersebut kerana masih ada segelintir Cina yang rasional dan bersikap terbuka.

"Peringatan beliau sangat tepat pada masanya. Mungkin pedih bagi kebanyakkan orang Cina tetapi itulah realiti yang harus diakui," kata Awang Selamat.

"Di sebalik sentimen perkauman tebal majoriti kaum Cina, ada segelintir suara daripada kalangan Cina yang rasional dan bersikap terbuka," tambahnya.

Awang Selamat kemudiaan menghalakan kritikannya kepada Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dianggap sebagai melampau terutama selepas mengkritik perlantikkan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin.

"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini," Awang Selamat memetik kata Teo seperti yang dilaporkan pada Khamis lalu.

Petikan analisis berkenaan dilihat masih lagi menyalahkan masyarakat Cina yang memilih DAP dalam Pilihan Raya 2013, semata-mata mahu menumbangkan kuasa politik Melayu.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah "tsunami Cina" selepas keputusan pilihan raya menunjukkan Barisan Nasional kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai "tsunami Cina" tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

"Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar," Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Dalam kajian awal mengenai trend pengundian, penganalisis mengatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan Cina kepada PR, tsunami politik juga menyaksikan sokongan Melayu dari golongan menangah dan atas.

Ibrahim juga dilaporkan berkata beberapa kawasan juga menyaksikan BN menang tipis, bukti persaingan sengit diantara BN dan PR.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)
  


Gambar Sempoi Dari Ustaz Azhar Idrus..

Posted: 08 Jun 2013 10:12 PM PDT



Gambar sempoi dari Ustaz Azhar Idrus..Mencandat sotong bila masa terluang..kalau Tiada Kuliah.. UAI sedang bercuti di pulau bersama keluarga...Salah satu hobi UAI..candat sotong..



Iklan C (ii)
  


MIC Mengamuk Sakan..

Posted: 08 Jun 2013 08:00 PM PDT

Apabila pembangkang PR mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India - Suatu perhormatan buat kaum India.Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker, - "Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," - Palanivel.

MIC mengancam memboikot kerajaan Perak atas kerusi SpeakerMIC hari ini mengancam untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak jika kerajaan negeri di bawah Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan menganugerahkan jawatan Speaker kepada salah satu daripada pemimpin-pemimpin parti itu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar itu, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata parti itu akan kekal bersama Barisan Nasional (BN) di Perak tetapi tidak akan menerima apa-apa jawatan Exco dalam kepimpinan Umno negeri yang dikuasai.Parti itu juga akan menolak pelantikan ke jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar.

Cameron Highlands MP berkata."Apabila pembangkang mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India," kata Palanivel, menurut kenyataan yang dihantar melalui mesej teks kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pembangkang memenangi Perak dalam Pilihan Raya 2008 dan memberi jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk kemudian ADUN Tronoh V. Sivakumar - India pertama di negeri ini yang akan diberikan kedudukan seperti.

"Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker," katanya, merujuk kepada ketua MIC Perak Datuk R. Ganesan."Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," kata Palanivel "Menteri Besar Perak perlu membuat keputusan untuk memberikan kita kembali jawatan itu.

"Ketua parti berkata jawatankuasa kerja pusat MIC akan bertemu pada 18 Jun untuk membincangkan perkara itu, bersama-sama dengan isu-isu lain yang berkaitan dengan pemilihan parti akan datang. Isu ini, kata kenyataan itu, juga telah dibangkitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, naib presiden dan Umno seorang Ahli Parlimen di Perak.

BN mengekalkan kuasa ke atas Perak bulan lalu selepas satu pertandingan pemilihan panas yang menyaksikan ia dalam perlumbaan leher-dan-leher dengan lawan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang tempoh kempen 15 hari.

Dalam keputusan awal pagi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 6 Mei, parti pemerintah menang tipis peraduan rapat dengan majoriti tipis hanya tiga kerusi, menyapu 31 kerusi kepada 28 PR dalam perhimpunan 59 kerusi negeri.Di Perak, MIC kini mempunyai satu kerusi parlimen - Tapah - yang dimenangi oleh Naib Presiden, Datuk M. Saravanan. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)
  



Akta Derhaka, Malaysia Di Cop Sebagai Ekstrem - Rafizi

Posted: 08 Jun 2013 05:11 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja akan memberi impak negatif kepada negara termasuk 'dicop' sebagai ekstrem.

Katanya, akta baru itu tidak perlu dibentuk sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim kerana Akta Hasutan 1948 mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.

"Tak perlu akta baru. Akta Hasutan sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka dan akta tersebut sebenarnya perlu dihapuskan.

"Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem," katanya dipetik.

Kelmarin, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan perlu diambil kepada penderhaka jika ada bukti-bukti yang mencukupi dan pihak berkuasa juga perlu adil dalam melaksanakan tugas.

"Ada dua pertimbangan untuk pesalah diambil tindakan. Pertama dari segi undang-undang di mana apa yang ditulis ada perkiraan undang-undang, perlu ada siasatan dan sebagainya.

"Kedua, keadilan jangan berat sebelah. Ada banyak 'posting' di laman facebook yang bersifat menghina, perkauman dan sebagainya, semua ini perlu dikenakan tindakan yang sama," kata Rafizi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Helpful information. Fortunate me I found your website accidentally, and I am surprised why this
accident did not took place in advance! I bookmarked it.



Also visit my homepage :: Generateur De Code PSN