Anak Sungai Derhaka |
- Wartawan Utusan buat lawak depan DUN Pulau Pinang?
- Ceh!! Tak ada muka lain dah ke dalam Wanita UMNO ni?
- PANAS!! 3 Penjuru di Kuala Besut.. PKR sedia ketengah calonnya..
Wartawan Utusan buat lawak depan DUN Pulau Pinang? Posted: 28 Jun 2013 01:14 AM PDT Biasanya protes atau demo akan dilakukan beramai-ramai, tapi wartawan dari Utusan ni demo sorang diri saja.. kesian aku tengok.. Kemana menghilang agaknya macai-macai UMNO yang sering mengadakan demo dihadapan bangunan DUN Pulau Pinang ni?.. Yalah.. biasanya depa tu paling seronok buat demo kat Pulau Pinang ni.. hari jumaat saja demo.. hari jumaat saja demo.. Kenapa tak tolong meramaikan demo tu?.. Tak ada peruntukan untuk demo lagi ke kali ni? Mamat di atas protes sebab dia tak dibenarkan buat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan. Wartawan Utusan protes, dakwa dihalang masuk DUN Bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pulak kata "Ketelusan telah mati di sini"... selama ini laporan dari Utusan tu telus ke? |
Ceh!! Tak ada muka lain dah ke dalam Wanita UMNO ni? Posted: 27 Jun 2013 11:00 PM PDT Betullah apa yang dikatakan beberapa pemimpin veteran UMNO.. dalam UMNO ni dah tak ada pemimpin pelapis dah, semua muka yang tua dan nak mamxxx.. kata mereka kepada aku dalam satu pertemuan.. Jadi tak hairanlah jika ada gerakan dari GEN Y untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin dari golongan veteran ini.. Alasan dari GEN Y ni simple saja.."Cukup-cukuplah buat harta tu.. dah berpuluh tahun pegang jawatan bagi lah orang lain merasa pulak.." Tindakan Azalina untuk mencabar Sharizat untuk jawatan Ketua Wanita UMNO ini membuktikan bahawa memang benar UMNO kini ketandusan pemimpin... Azalina akan cabar Shahrizat untuk Ketua Wanita Umno Pertembungan bagi jawatan Ketua Wanita Umno akan berlaku akhir tahun ini apabila bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said menyatakan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini. Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012 sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya. "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," kata Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang dipetik dari The Star Online. Walau bagaimanapun, Shahrizat yakin akan terus kekal memimpin Wanita Umno berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap Umno itu. "Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau dipetik dari The Star Online. Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian ~ The Malaysian Insider Dalam hal ini mungkin koleksi kereta mewahnya masih belum cukup dengan sebab itu dia nak bertanding Ketua Wanita UMNO pulak... katalah dapat projek RM500 Juta boleh tambah koleksi kereta lagi.. Ni salah sebuah dari beberapa buah kereta mewah yang dikatakan milik dia.. Lain-lain kereta sila lihat di SINI |
PANAS!! 3 Penjuru di Kuala Besut.. PKR sedia ketengah calonnya.. Posted: 27 Jun 2013 08:03 PM PDT Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding. Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu. Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail. "Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ," katanya. Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu. BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR. Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi. Azan berkata, perkara itu perlu segera agar urusan pentadbiran portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri disandang Allahyarham Dr A Rahman tidak tertangguh. "Urusan pentadbiran berkaitan portfolio akan tergendala. Jadi, kerajaan negeri dan SPR perlu ambil tindakan segera untuk selesaikan kerana kedudukan sekarang 16-15," katanya ~ SinarHarian Hmmm.. bagus juga cadangan ni.. Kalau nak teruskan juga aku cadangkan semasa penamaan calon tu calon PKR gunakan AMK untuk menghalang calon PAS dari masuk kedewan untuk penamaan calon macam yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh hari tu.. Calon PKR datang lewat sikit masa hari penamaan calon tu.. dah tu wakil PKR yang ada dalam dewan tu pura-pura terkejutla bila calon PKR masuk ke dewan.. Lepas tu semasa tempoh berkempen gerakkan semua Wanita PKR untuk turun berkempen dari rumah kerumah sama macam yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh.. Semasa Wanita berkempen tu, Pengerusi Perhubungan Negeri duduk dalam kereta perhatikan mereka.. Billboard kempen buat besar-besar dah tu dirikan sebelah Billboad Barisan Nasional biar semua pengundi keliru.. ini pun belajar dari apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh juga.. Kalau Presiden larangpun redah saja larangan tu.. teruskan juga sebab gaji bagi ADUN ni leh dari RM4000.00.. banyak tu.. kalau takut nak redah, tak apa.. aku boleh tolong bercakap dengan Presiden.. Takkan kita langgar arahan Presiden tu dikira salah kot??.. Yusni Mat Piah boleh takkan kita tak boleh? Jika semua tindakan di atas dianggap bertentangan dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat mengapa hingga kini PAS Pulau Pinang masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Pemuda nya si Yusni Mat Piah???? Kalau dah lupa apa mamat tu dah buat di Sungai Acheh sila baca di SINI dan berapa harganya lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan