Jumaat, 28 Jun 2013

Addin

Addin


Pekung Najib Terbongkar Lagi..

Posted: 28 Jun 2013 09:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.

"Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.

"Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan" kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.

Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam."Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil. 

Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib."Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya.

Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar 'kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. ~keadlandaily





Iklan C (ii)
 


BN Tetap Berkuasa Walaupun Seri.. Ini Buktinya

Posted: 28 Jun 2013 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR - Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?

Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.   Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu.

Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (Pas 14, PKR satu).

Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.   Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw berkata undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.   "Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus.

Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.   Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.

Naib presiden PKR Tian Chua mempunyai pendapat serupa apabila beliau berkata sekiranya Pas memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya tidak perlu diadakan semula. 

"Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri.

Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa," katanya.   Beliau berkata pertukaran kerajaan hanya akan berlaku jika Adun daripada parti pemerintah berpaling tadah.  ~bernama




Iklan C (ii)
 


Musa Aman Elak Soalan Isytihar Harta

Posted: 28 Jun 2013 03:45 AM PDT

KOTA KINABALU, 28 JUN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengelak menjawab soalan Adun Pakatan Rakyat Sabah berhubung amalan mengisytiharkan harta.

Soalan tersebut antara diajukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun lalu sempena mesyuarat pertama penggal pertama DUN Sabah ke-14.

Musa dalam jawapannya memberi alasan semua Exco kerajaan negeri mengisytihar harta kepadanya dan tidak menjawab soalan lain melibatkan beliau.

"Pengisytiharan ini penting bagi memastikan tiada berlakunya salah guna kuasa dan rasuah," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang yang juga Penasihat DAP negeri, Dr Hiew King Cheu.

Kata Dr Hiew, amalan mengisytihar harta bagi mengelakkan Ahle Dean Undangan Negeri 'menjadi orang kaya segera' sepanjang menjawat jawatan.

"Perlembagaan negeri tidak membenarkan mereka yang memegang jawatan penting memperoleh pendapatan dari sumber mencurigakan.

"Di Pulau Pinang, kabinet Pakatan Rakyat sudah membuat perisytiharan secara terbuka dan mendapat liputan meluas dalam media," katanya.

Pada 13 Disember 2012, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan Musa terlibat dalam pengubahan wang haram seperti dinyatakan Naib Pengerusi panel Penyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 


Hakim Letak Jawatan Secara Mengejut Selepas Umum Ketua Polis Negara Bertanggungjawab Kematian A.Kugan

Posted: 28 Jun 2013 02:48 AM PDT


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, 65, telah menyerahkan surat peletakan jawatan suatu keputusan yang mewujudkan gelombang kejutan dalam kelompok profesyen pengamal undang-undang.

Ianya datang dua hari selepas beliau menyampaikan penghakiman menyabitkan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa menjadi Ketua Polis Negeri Selangor atas kematian tahanan A. Kugan tiga tahun lalu.

Singham, sarjana muda, adalah hakim Mahkamah Tinggi yang paling kanan. Dia adalah seorang pengamal undang-undang atau peguam sebelum dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2003.

Beliau telah berkhidmat di beberapa Mahkamah Tinggi Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan terakhir Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. ~harakahdaily



Iklan C (ii)
 


Punca Sarawak 'Blackout' Tersebar..

Posted: 28 Jun 2013 12:19 AM PDT

Penurunan frekuensi pada sistem tenaga yang mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di Sarawak petang semalam mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjøtveit. Beliau berkata sistem itu terpelantik yang membawa kepada kegagalan keseluruhan sistem SEB dan semua stesen SEB mengalami gangguan termasuk di Sejingkat di Kuching, Batang Ai, loji arang batu Mukah selain loji gas Bintulu dan Miri.

"Punca insiden yang bermula 5.36 petang masih belum diketahui sepenuhnya tetapi dengan fakta yang diperoleh setakat ini, kelihatan seperti penurunan frekuensi mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun," katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama di Kuching.

Sambil memohon maaf atas kesulitan dan kerugian yang dialami pengguna akibat gangguan bekalan elektrik itu, beliau memberi jaminan SEB akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keadaan itu seperti sedia kala pagi ini berikutan masalah luar jangka yang dialami bagi memulihkan sistem itu.

Beliau berkata semua sistem penghantaran SEB termasuk talian penghantaran Kemena-Bintulu, dipulihkan beberapa jam pertama selepas sistem itu terpelantik tetapi ia hanya mampu mendapatkan semula bekalan melalui dua daripada empat unit bekalan tenaga Bakun selepas 11 malam tadi.

"Sistem itu masih tidak stabil akibat impak besar itu tetapi buat masa ini, saya mempunyai satu pasukan lebih daripada 30 orang kami yang terbaik di Menara Sarawak Energy di sini bagi melihat dan memulihkan sistem itu peringkat demi peringkat," katanya.

Katanya ratusan petugas SEB juga digerakkkan di seluruh Sarawak di stesen-stesen janakuasa dan stesen kecil bagi menyokong dan memantau pemulihan sistem.

Beliau memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dijalankan dengan input pihak ketiga bagi memaksimumkan apa yang boleh dipelajari SEB daripada insiden yang sangat serius ini.

Bekalan tenaga hampir dapat dipulihkan sepenuhnya di bandaraya Kuching menjelang 10.45 malam tadi manakala bekalan tenaga di sebahagian kawasan di Miri dan Bintulu dapat dipulihkan dengan Sibu masih mengalami gangguan.

Di Lawas, pengguna tidak terjejas dengan insiden itu dan menikmati bekalan tenaga kerana kawasan itu tidak disambung dengan grid utama. ~bernama



Iklan C (ii)
 


Azalina Othman Cabar Shahrizat Jalil

Posted: 27 Jun 2013 09:54 PM PDT

PETALING JAYA: Persaingan utama dalam Umno akan menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bersedia untuk berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita Umno.

Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Parlimen Pengerang dan bekas Ketua Puteri Umno Azalina, ketika dihubungi, berkata: "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan."

Shahrizat, dengan kerjaya politiknya yang terjejas oleh skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lepas,
berkata keputusan beliau berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap wanita.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil kesempatan tetapi yakin para anggota Wanita Umno akan berdiri bersama beliau.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Persaingan antara kedua-dua wanita itu mungkin akan diberikan perhatian dalam pemilihan parti berikutan ia melibatkan dua personaliti besar dan berkepentingan.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lepas.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum dan walaupun masalah melanda beliau, sayap wanita itu terus berdiri di bawah pimpinan beliau seperti yang dibuktikan semasa perhimpunan secara besar-besaran di peringkat akar umbi Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak skandal itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai pesaing yang akan bertanding dalam jawatan itu, beliau berkata, beliau akan berbincang dengan penyokong beliau.

Beliau juga berkata, beliau belum lagi bertemu dengan Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Azalina, seorang bekas menteri dan anggota Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:

>Tarikh lahir: 15 Ogos 1953

>Pada masa ini merupakan Ketua Wanita Umno, dan merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

>Ahli Parlimen Lembah Pantai dari 1995 sehingga 2008. Senator dari 2008 sehingga 2012.

>Pernah terbabit dalam kontroversi yang melanda ahli keluarganya yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

>Isteri kepada Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan memperoleh tiga anak.

Datuk Seri Azalina Othman Said:

>Tarikh lahir: 31 Disember 1963

>Merupakan Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

>Pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika beliau ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan, dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

>Ahli Parlimen Pengerang dari 2004.

>Merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo.


~mStar



Iklan C (ii)
 


Ini Contoh Persempadanan Semula SPR Yang Menguntungkan Umno BN

Posted: 27 Jun 2013 07:42 PM PDT


SPR jika membuat persempadanan kawasan pilihanraya selalunya menguntungkan BN.Kawasan Kerajaan PAS yang kuat seperti di Kelantan tidak ditambah kerusi,begitu juga di Terengganu.Kedah PAS kuat juga tidak ditambah kerusi.

Persempadanan pula dilukis tidak mengikut negeri atau wilayah.Persempadanannya pelik-pelik. Contohnya Kawasan Parlimen Titiwangsa yang meliputi Kampung Baru di Kuala Lumpur hingga ke Taman Chempaka yang sebenarnya sudah masuk negeri Selangor.

Begitu juga kawasan pilihanraya parlimen Batu,dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula di Jalan Ipoh,KL dan dilanjutkan ke Taman Selayang Jaya di negeri Selangor. ~sisi bukit



Iklan C (ii)
 


Hakim Mahkamah Rayuan Sound Zahid Hamidi?

Posted: 27 Jun 2013 06:01 PM PDT

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab satu saman sivil yang dikemukakan seorang ahli perniagaan terhadapnya berhubung tuduhan melakukan serangan. Beliau perlu berbuat demikian kerana gagal mengetepikan saman berkenaan.
 
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff, yang mempengerusikan panel lima anggota, tidak membenarkan Ahmad Zahid merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya (Ahmad Zahid) untuk mengetepikan saman itu.
   
"Perkara ini belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan kamu juga tidak dinafikan proses membuat rayuan. Selepas perbicaraan nanti, kamu boleh merayu. Biarlah perbicaraan diadakan dulu Mahkamah Tinggi," katanya.
 
Beliau berkata sekiranya mahkamah melayan setiap rayuan interlokutori, kes lain akan tertangguh.

Hakim Md Raus, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zainun Ali, memerintahkan Ahmad Zahid membayar kos guaman RM5,000 kepada Amir Bazli Abdullah.
 
Terdahulu, peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid memohon kepada mahkamah supaya memberi kebenaran kepada anak guamnya untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dengan berkata lima persoalan undang-undang telah dikemukakan untuk dipertimbangkan mahkamah itu.
 
Raus berkata oleh kerana isu yang ditimbulkan Shamsul Bahrain berbentuk fakta, maka ia perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Tarikh bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 26 dan 27 Ogos.
 
Dalam saman yang difailkannya pada 4 Julai 2007 untuk menuntut ganti rugi, Amir Bazli, 42, mendakwa pada 16 Jan 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.

Pada 29 Ogos 2006, Ahmad Zahid memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya mengetepikan saman itu atas alasan ia adalah perkara remeh.
 
Permohonan beliau ditolak Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010. Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan beliau itu.
 
Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli untuk menuntut ganti rugi bagi distres teruk, malu dan keresahan yang dialaminya, di samping ganti rugi fitnah berhubung penyiaran kejadian yang didakwa berlaku itu selepas Amir Bazli menemui media.
 
Dalam penyata bela dirinya, Ahmad Zahid, yang ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, menafikan beliau pernah menumbuk Amir Bazli hingga mencederakan mukanya dan mendakwa perkara itu sengaja direka Amir Bazli. ~bernama




Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: