Anak Sungai Derhaka |
- AJK Unit Media Baru dedahkan senarai Bloggers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor
- "Peruntukan beri pada orang lain bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik..." Tun Faisal bedal siapa nih?
- Petisyen BN Kelakar kata Ustaz Azhar Idrus
- Kerana Fitnah, Pemimpin UMNO nak saman Blogger Pro UMNO..
- Pengerusi Ulama Asia Sindir Ketua Dewan Ulama PAS ke ni?
AJK Unit Media Baru dedahkan senarai Bloggers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor Posted: 16 Jun 2013 08:28 AM PDT Senarai bloggers/cybertroopers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor ini didedahkan sendiri oleh seorang Blogger Pro UMNO yang dipercayai dari Unit Media Baru.. Ianya secara tidak langsung mendedahkan dalam masa Media-media tunggangan UMNO sibuk menjaja cerita kononnya DAP membayar puluhan juta ringgit untuk membiayai 'Red Bean Army' yang entah dari mana datangnya, UMNO sendiri mempunyai Bloggers/cybertroopers yang dibayar.. Ianya didedahkan oleh seorang Blogger Pro UMNO yang merupakan AJK UMB yang mencabar sorang cybertrooper yang aktif dalam Twitter dikenali sebagai Shook. Menurut AJK UMB, Shook yang mengadap twitter 24 jam, bukan saja tidak membantu BN mengurus persepsi malah gagal di twitter tetapi menyalahkan Najib. "Oklah! Shook bukan dibayar gaji untuk bantu BN, jadi Shook layak menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi kenapa UMB yang difokuskan oleh Shook sedangkan ada banyak pasukan media baru yang diberikan bajet tertentu?" tulisnya.
Aku yakin.. kalau kita sabar menanti akhirnya akan terdedah juga berapakah jumlah imbuhan yang mereka perolehi untuk membantu UMNO/BN.. Kerana ada pihak mendakwa imbuhan yang berbeza yang telah diterima oleh mereka adalah punca sengketa.. Bagaimanapun biar berapa besar jumlahnya ianya terbukti satu pelaburan yang sia-sia kerana UMNO/BN gagal merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.. Ini juga membuktikan mereka bermati-matian mempertahankan Pemimpin UMNO yang ada sekarang bukanlah kerana Bangsa, Agama dan Negara.. Tetapi kerana DUIT sahaja.... | ||
Posted: 16 Jun 2013 03:00 AM PDT Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu. Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang. "Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB. "Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya tunfaisal.blogspot.com tetapi tidak merujuk secara khusus terhadap individu yang dimaksudkannya. Tun Faisal juga mendedahkan UMB sering dijadikan "kambing hitam" oleh blogger upahan apabila berlaku sesuatu kegagalan dalam sesuatu misi walhal kumpulan tersebut menerima arahan dan peruntukkan daripada pihak atasan. "UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka," kata beliau. "Mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata kami bukan jentera parti, apa jentera parti buat? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti," tambahnya lagi. Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya. "Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan. Terdapat kira-kira 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, dengan 64 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial. Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun. Malahan, "Tsunami Politik" pada Pilihan Raya 2008 lalu juga dikatakan berpunca daripada peranan media baru yang terdiri daripada Facebook, Twitter, blog dan banyak lagi, dimana menyaksikan BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009. Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah. Susulan keputusan mengejutkan tersebut, pemimpin atasan kerajaan pemerintah mula menyedari tentang peranan media baru tersebut dan telah membelanjakan jutaan wang untuk memperkuatkan jentera siber mereka pada pilihan raya 5 Mei lalu. Walaubagaimanapun, keputusan sebaliknya yang berlaku apabila BN masih gagal menyaingi kekuatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang lebih ke depan dalam perang siber dimana ia sendiri diakui oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum Pilihan Raya 2013 lalu. Selepas pilian raya 5 Mei lalu, BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89. Buat pertama kali BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara. Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan ~ The Malaysian Insider | ||
Petisyen BN Kelakar kata Ustaz Azhar Idrus Posted: 16 Jun 2013 01:07 AM PDT Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar. Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung 'Haram jatuhkan kerajaan Islam' yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran. "Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam. Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan. "Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata 'jangan jatuhkan kerajaan Kelantan' tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam," katanya. Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. | ||
Kerana Fitnah, Pemimpin UMNO nak saman Blogger Pro UMNO.. Posted: 15 Jun 2013 07:30 PM PDT Ini sudah jadi kes senjata makan tuan.. senjata atau blogger yang selama ini digunakan untuk menyerang dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat akhirnya dikatakan memfitnah pemimpin sendiri pula.. Laporan Polis dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor bagi menafikan tuduhan yang dilempar oleh blogger INIGOBLOGPOLITIK dalam entri bertajuk "Zin Badak dibayar Anwar Untuk Pastikan UMNO Kalah di Selangor - Ungku Salleh"
Menurut Ku Salleh beliau telah dinasihat oleh DS Noh Omar untuk membuat laporan Polis keatas penulis blog tersebut. Namun beliau mengambil masa dua hari kerana menunggu sekiranya DS Ir Zin akan membuat laporan Polis kerana tuduhan tersebut dibuat keatas beliau. Maka dengan itu meracaulah seorang macai UMNO.. Ini apa yang ditulisnya.. Hari ini akan menjadi sejarah buat UMNO apabila Ketua Pemuda UMNO Selangor membuat laporan polis dan akan menyaman seorang Blogger UMNO yang mempertahankan parti UMNO itu dengan sendiri tanpa menjadikan wang ringgit sebagai TUHAN-Nya... Kah.. Kah.. Kah... Apa sudah jadi?? | ||
Pengerusi Ulama Asia Sindir Ketua Dewan Ulama PAS ke ni? Posted: 15 Jun 2013 09:05 AM PDT Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang. "Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan. "Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya," katanya. Justeru,, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini. Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan. "Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah," kata Aziz. Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat. "Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan," tegasnya. ~ Keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan