Ahad, 16 Jun 2013

Addin

Addin


Lagi Artis Mendapat Hidayah Allah SWT

Posted: 16 Jun 2013 09:22 AM PDT

Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi tiga minggu lalu dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.

Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat.Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.

Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir. "Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.

"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.

"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve."Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu.

Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi."Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu," kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.Mengenai lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin pada Jun ini kata Fiza, tak ada jodoh.

Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan.

Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya. ~berita harian



Iklan C (ii)
 
  

Bongkar!! Cybertroopers Dakwa BN Layan Seperti Kelas Kedua

Posted: 16 Jun 2013 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang."Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain.

Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB."Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya tunfaisal.blogspot.com tetapi tidak merujuk secara khusus terhadap individu yang dimaksudkannya.

Tun Faisal juga mendedahkan UMB sering dijadikan "kambing hitam" oleh blogger upahan apabila berlaku sesuatu kegagalan dalam sesuatu misi walhal kumpulan tersebut menerima arahan dan peruntukkan daripada pihak atasan."UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka," kata beliau."Mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata kami bukan jentera parti, apa jentera parti buat?

Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti," tambahnya lagi.Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.

"Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.Terdapat kira-kira 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, dengan 64 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.Malahan,  "Tsunami Politik" pada Pilihan Raya 2008 lalu juga dikatakan berpunca daripada peranan media baru yang terdiri daripada Facebook, Twitter, blog dan banyak lagi, dimana menyaksikan BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009.Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.

Susulan keputusan mengejutkan tersebut, pemimpin atasan kerajaan pemerintah mula menyedari tentang peranan media baru tersebut dan telah membelanjakan jutaan wang untuk memperkuatkan jentera siber mereka pada pilihan raya 5 Mei lalu.Walaubagaimanapun, keputusan sebaliknya yang berlaku apabila BN masih gagal menyaingi kekuatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang lebih ke depan dalam perang siber dimana ia sendiri diakui oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum Pilihan Raya 2013 lalu.

Selepas pilihan raya 5 Mei lalu, BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89.Buat pertama kali BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara.Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
 
  

Gerakan Pecat 3 Ahlinya

Posted: 16 Jun 2013 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR - Gerakan memecat seorang anggotanya dan menggantung keanggotaan dua yang lain kerana melanggar peraturan, termasuk menentang calon yang dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn hari ini berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.

"Sebelum ini, lima anggota mengambil keputusan mengundur diri...sebabnya, ada daripada mereka bertanding sebagai calon bebas dan sesetengahnya pula menentang calon kami. 

Terdapat juga beberapa aduan lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sesi percambahan fikiran parti itu di ibu pejabatnya di sini.

Bagaimanapun, Chang tidak menyatakan nama tiga anggota terbabit dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap aduan lain yang diterima parti itu.

Mengenai sesi percambahan fikiran itu, beliau berkata ia diadakan untuk untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan parti berkenaan dan Barisan Nasional pada PRU13.

"Kami ada kira-kira empat atau lima tahun lagi untuk mendapatkan kembali keyakinan pengundi, kami perlu susun rancangan yang konkrit," katanya. ~bernama



Iklan C (ii)
 
  

Dendam Kaum Sulu?

Posted: 15 Jun 2013 10:08 PM PDT

SHAH ALAM - "Saya menafikan sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki ini ada kaitan dengan dendam yang dibuat oleh kaum Sulu." Itulah kenyataan yang dibuat Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat mengenai kes kematian seorang lelaki di Felda Sahabat 10 di Lahad Datu, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berumur 27 tahun ditemui mati oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Fajering di atas jalan raya, kira-kira 1.5 kilometer daripada Balai Polis Cenderawasih.

Katanya, daripada laporan tersebut, sepasukan anggota forensik daripada Balai Polis Cenderawasih bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan forensik mendapati kepala mangsa pecah dan terdapat kesan lubang di bahagian perut sebelah kanan.

"Kami percaya bahawa mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Susulan kes tersebut, seorang lelaki yang berumur 39 tahun dipercayai suspek kes ini ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek dipercayai orang terakhir bersama mangsa kerana suspek dipercayai datang ke rumah suspek di Felda Sahabat 42 untuk mengajak suspek keluar ke kedai untuk minum.

"Selain itu, terdapat kesan darah di bawah kenderaan suspek dan pihak polis merampas kenderaan milik suspek," katanya.

Shamsudin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Katanya, pihak polis masih lagi menyiasat motif kes ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. ~sinar harian



Iklan C (ii)
  


Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Petisyen Pilihanraya BN

Posted: 15 Jun 2013 08:22 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung 'Haram jatuhkan kerajaan Islam' yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

"Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.

Tidak boleh," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

"Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata 'jangan jatuhkan kerajaan Kelantan' tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. ~sinar harian



Iklan C (ii)
  



Nik Amar Melenting Ucapan Husam Di Black505 Ketereh?

Posted: 15 Jun 2013 06:50 PM PDT


Antara Petikan Ucapan Dato' Paduka Haji Husam Musa dalam Perhimpunan #Blackout505 Ketereh.

"Sebab apa kita berhimpun..? Pada saya ada 2 sebab utama... Pertama meraikan kekecewaan orang ramai terhadap Perjalanan Pilihanraya... Yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Kenapa mereka kecewa..? Mereka 100% yakin Pakatan Rakyat harus ataupun telah memenangi Pilihanraya PRU ke-13 dan mentadbir Putrajaya... 
Kenapa kita kalah..? Dari segi undi, undi kita lebih besar daripada undi Barisan Nasional... Kenapa kita tak boleh tadbir Putrajaya..? Kerana penipuan Pilihanraya. Jadi yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) tidak boleh membentuk Kerajaan bagi mem, mahu Malaysia yang lebih baik. 
Bila mereka kecewa... Apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan berikan ucapan dan berhimpun bersama..?
Kalau ada mana-mana Pemimpin kita bawa "suara sumbang" nak berhimpun macam ni pun x boleh... Saya yakin dan percaya orang ini bawak suara UMNO dalam PAS dan PKR dan DAP. 
Malam ini saya nak bercakap terus-terang... Berterus-terang dengan semua Pimpinan kita...
Saya ucap Tahniah pada Kerajaan Kelantan... Kepada Rakyat Kelantan yang berhimpun malam ini... Walaupun di Kelantan antara Negeri terakhir yang berhimpun... Kita tidak ketinggalan dalam arus kebangkitan anak muda dan kekecewaan masyarakat berbagai kaum seluruh Negara untuk sama-sama menyatakan pendirian kita, Penipuan Pilihanraya telah berlaku dalam PRU ke-13. 
Bayangkan kalau Kelantan tak buat... Kita akan dianggap sebagai "angkuh", membelakangkan saudara-saudara kita. Kalau dalam Perang saudara-saudara kita telah berlumuran darah hasil penipuan ini dan kita hanya berdiam diri kerana kita telah menang dan menguasai Kerajaan, kita Pengkhianat pada perjuangan ini. 
Alhamdulillah kita berhimpun, Dato' MB hadir... Saya ucap Tahniah, Terima Kasih pada semua Pimpinan PAS Kelantan dan Rakyat Negeri Kelantan. 
Kita yang mencetuskan perubahan Politik Negara... Jangan kerana kita baru menang Kerusi Parlimen, baru mentadbir Negeri, kita telah lupa pada asal-usul Perjuangan kita."


Merujuk pada Petikan Ucapan Dato' Haji Husam Musa diatas yang dirakam di Ketereh dan menjadi rujukan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan yang baru Dato' Haji Nik Amar... 

Pada bahagian manakah dalam Ucapan tersebut yang buat Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru; Dato' Haji Nik Amar berasa TIDAK SELESA sehingga keluarnya kenyataan dalam Akhbar Utusan Malaysia yang mana Beliau meminta supaya Dato' Haji Husam Musa berhenti menyindir Pimpinan PAS Negeri Kelantan..?






Iklan C (ii)
  



Tiada ulasan: