Sabtu, 8 Jun 2013

Addin

Addin


(Video) Presiden Morsi Laungkan Azan Ketika Sedang Berucap

Posted: 08 Jun 2013 10:30 AM PDT


Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah.

Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini... 

Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ??? 

Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi. ~kacipemas






Iklan C (ii)
  


Sarjan Polis Di Bogelkan Oleh Perompak, Pistol Di Rampas

Posted: 08 Jun 2013 08:38 AM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas. Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.

Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.

"Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.

"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.

"Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.

"Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000," katanya.

Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. ~klpost



Iklan C (ii)
  



Fakta Yang Memeranjatkan Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!

Posted: 08 Jun 2013 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 JUN: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan kehilangan 62,286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamerkan.

Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun."Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. 

Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya.

Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).

"Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang (berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi Parlimen dan DUN berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.

"Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/," katanya.

"Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013) DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013," kata Azlan dalam suratnya seperti dilapor Harakah Daily.

Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  

Rahsia BN Menang PRU 13 Tersebar..

Posted: 08 Jun 2013 02:22 AM PDT

'BN menang majoriti mudah dengan hanya 20% undi PRU13'BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah  pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
  

Berita Panas Yang Tak Mahu Di Siarkan Oleh Najib Dan Rosmah..

Posted: 07 Jun 2013 10:48 PM PDT


Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren, MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~ Malaysiakini






Iklan C (ii)
  

Kantoi!! Papagomo Bukan Bersara Tapi Buka Blog Baru..

Posted: 07 Jun 2013 07:04 PM PDT

Sebenarnya aku tak percaya blogger pencacai Umno BN no. 1, yang paling hebat memfitnah ni betul-betul nak bersara. Mungkin ni sebahagian dari usaha dia untuk selamatkan diri dari saman RM100juta Anwar Ibrahim. Kes saman dia RM10juta dengan Husam pun difail semula.

Hari ni tembelang lawak Papagomo dah kantoi. Rupa-rupanya dia bukan nak bersara betul-betul tapi cuma nak buat blog baru. 

Blog baru tu bukan lagi guna nama papagomo tapi guna nama dia yang sebenar, Wan Muhammad Azri.Bukan saja blog baru tapi cara penulisan pun berbeza, takdak lagi maki hamun macam blog Papagomo.

Berapa lama sangat dia boleh bertahan cara penulisan macam tu. Harap dia tak tersasul terlalu awal pasai tentu punya ada yang pantau blog dia ni.


Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. 

Pasainya bukti cukup jelas untuk kaitkan nama Wan Muhammad Azri dengan blog papagomo.com. Malah ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com.




Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: