Addin |
- (Kemaskini) Mangsa Runtuhan Jambatan Kedua Penang Adalah Bekas Polis
- Najib!! Hang Ada 48 Jam Je Lagi..
- Ahli Parlimen Pakatan Akan Boikot Taklimat Parlimen
- Utusan Malaysia Di Nobatkan Juara Dunia..
- Jambatan Runtuh Di Penang, Lengan Tidak Bergerak Di Kesan Dalam Kereta
- Zainuddin Maidin Belasah Siapa Pulak Ni?
- Penafian Kementerian Kesihatan Sahkan Pengerusi SPR Seorang Pembohong
(Kemaskini) Mangsa Runtuhan Jambatan Kedua Penang Adalah Bekas Polis Posted: 07 Jun 2013 10:03 AM PDT GEORGETOWN - Polis mengesahkan seorang mayat lelaki ditemui dalam keadaan terlangkup pada papan pemuka di dalam sebuah kereta jenis kelisa dalam runtuhan jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu sebentar tadi. Menurutnya, polis sedang menunggu waris mangsa ke lokasi kejadian untuk mengecam mayat mangsa berikutan keluarganya ada membuat laporan polis berhubung mangsa tidak pulang ke rumahnya sejak petang semalam. Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak Jumaat. Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu. "Pada sebelah petang tadi, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya," katanya pada sidang media di sini. Abdul Rahim berkata bagaimanapun pengecaman bagi mengenal pasti identiti mangsa akan dibuat di bilik mayat HPP dan bedah siasat dijalankan pada pukul 10.30 malam ini. Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan berikutan beberapa maklumat yang di perolehi memaklumkan ada mangsa lain terlibat dalam kejadian runtuhan berkenaan. "Kita tidak pasti sama ada maklumat (ada beberapa mangsa lain terlibat)yang dapat itu tepat atau tidak tetapi operasi akan diteruskan.
Iklan C (ii) |
Najib!! Hang Ada 48 Jam Je Lagi.. Posted: 07 Jun 2013 08:18 AM PDT PETALING JAYA 7 Jun: Peguam dan keluarga mangsa keganasan polis, C Sugumar memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak agar membenarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat mendiang. Selain perdana menteri, desakan turut dibuat terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam agar membenarkan bedah siasat berkenaan dan bagi membolehkan keluarga Sugumar menguruskan mayat mendiang. Peguam N Surendran berkata, kerajaan sebelum ini menafikan hak keluarga Sugumar apabila enggan membenarkan pakar patalogi Thailand, Dr Ponthip Rojanasunand mengendalikan bedah siasat kedua. Beliau berkata, minggu lalu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur memaklumkan kepada keluarga mangsa bahawa mereka juga tidak boleh menjalankan bedah siasat itu, melainkan mendapat perintah mahkamah. "Saya yakin tuntutan seperti ini hanyalah cubaan untuk melengah-lengahkan keluarga mangsa daripada mendapat keadilan yang sewajarnya," ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini. Katanya tindakan itu bertentangan dengan surat yang dikeluarkan Menteri Kesihatan bertarikh 5 Februari lalu yang menyebut bedah siasat kedua boleh dilaksanakan tanpa memerlukan perintah mahkamah. Hingga kini mayat Sugumar diletak di bilik mayat Hospital Serdang selama 136 hari sejak kematiannya pada 23 Januari lalu. Justeru katanya, Najib dan kerajaan diberikan dua pilihan iaitu samada membenarkan bedah siasat berkenaan dikendalikan Dr Pornthip atau menarik balik perintah mahkamah dan membenarkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau pakar dari PPUM mengendalikan bedah siasat itu. Sementara itu, bapa saudara mangsa, A Kuppusamy menegaskan sekiranya kerajaan gagal memberi kebenaran bedah siasat tersebut, keluarganya akan mengebumikan mayat tanpa mengikut upacara agama Hindu. "Saya akan kebumikan mayat mangsa sekiranya Najib gagal mengizinkan bedah siasat dilakukan. Adakah Perdana Menteri dahagakan darah? Biarkan dia ambil darah saya," ujarnya.Turut hadir Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas; ibu dan keluarga mangsa. Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan mati selepas dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis.Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit. ~keadilandaily |
Ahli Parlimen Pakatan Akan Boikot Taklimat Parlimen Posted: 07 Jun 2013 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya. Anthony Loke (gambar) dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013. Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan. "Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya. "Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu," katanya apabila dihubungi di sini. Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib. Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang Standing Order dan urusan pentadbiran lain. Apabila ditanya apakah kepimpinan PR merancang untuk melanjutkan boikot mereka sehingga sidang Parlimen pertama pada 26 Jun ini walau bagaimanapun, Loke berkata, "Saya tidak fikir begitu." Ahli Parlimen Pandan PKR Rafizi Ramli juga mengesahkan beliau telah dimaklumkan mengenai boikot taklimat tetapi mengatakan ia tidak bermaksud untuk menjadi langkah publisiti oleh pakatan pembangkang persekutuan. Pendangan beliau senada dengan Loke, mengatakan PR masih lagi di tengah-tengah kempen menentang penyelewengan didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa dalam Pilihan Raya 2013. "Kita juga tidak mahu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah maksud dan berkata PR menentang penipuan dan membawa bukti kepada orang awam, kami juga bersemangat untuk menjadi ahli Parlimen. "Tetapi bagaimanapun, ia hanyalah taklimat pentadbiran… tumpuan kami adalah melawan penipuan untuk reformasi sebenar dalam sistem," katanya. Pemimpin PR telah mendakwa Pilihan Raya 2013 dipenuhi dengan kecurangan, bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal sehingga percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara terang-terangan pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan penggunaan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus. Sebaik sahaja pilihan raya 5 Mei berakhir, Rafizi membuat beberapa siri pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya untuk melakukan reformasi pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Strategi PKR juga mendedahkan baru-baru ini ketiga-tiga parti PR mengesahkan untuk memfailkan 41 petisyen pilihan raya — tiga oleh DAP, 20 oleh PKR dan 18 oleh PAS — sebelum tarikh akhir 12 Jun. Menurut Rafizi, sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu diadakan pilihan raya semula kerana terdapat manipulasi undi yang tinggi di kawasan-kawasan pilihan raya ini. PR telah menang 89 kerusi berbanding BN 133 dalam pilihan raya 5 Mei. Akan tetapi selain daripada petisyen di mahkamah, PR dan kumpulan masyarakat sivil lain telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran selepas 5 Mei untuk mendesak agenda reformasi, meletakkan tiga syarat utama dengan pertama mensyaratkan peletakkan jawatan semua anggota SPR kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil. Perhimpunan "Black 505" seperti yang digelar, juga dikhaskan sebagai gerakan untuk membantah kecurangan seperti didakwa PR semasa pilihan raya, menyaksikan BN terus berkuasa walaupun kehilangan undi popular. ~the malaysian insider |
Utusan Malaysia Di Nobatkan Juara Dunia.. Posted: 07 Jun 2013 03:22 AM PDT Utusan Malaysia juara dunia akhbar pembohong Saya perlu mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua editor Utusan Malaysia – lidah rasmi UMNO – kerana telah mencapai sesuatu yang tidak akan mampu dicapai oleh media lain di Malaysia. Malah, tidak mudah untuk mencari pesaing Utusan Malaysia dalam dunia kewartawanan di seluruh dunia. Tidak syak lagi, Utusan Malaysia adalah pembohong bersiri juara yang paling ulung bukan saja di Malaysia, malah juga di peringkat dunia, dan merupakan peneraju "Briged Penghapus/Pemusnah DAP" atau juga dikenali sebagai DDD (Demolish/Destroy DAP) dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Selama ia menjadi alat utama Briged DDD sejak lapan bulan yang lalu, Utusan Malaysia telah membuat pencapaian luar biasa dari segi jumlah serta tahap pembohongan yang telah dihasilkannya, misalnya laporan muka depan Utusan Malaysia pada Mei 2011 yang menyebut bahawa DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Utusan Malaysia sebagai peneraju Briged DDD telah memecahkan semua rekod pembohongan dengan memenuhkan halaman akhbar itu (dan juga New Straits Times, Berita Harian dan Star) dengan cerita-cerita bohong sejak lapan bulan lalu. Untuk tujuan jahat ini, Utusan telah merekrut dan melatih sepasukan pembohong bersiri – termasuk dari golongan aristokrat – yang sanggup berbohong tanpa teragak-agak! Modus operandi Utusan dalam Briged DDD agak unik. Sebelum ini Utusan mungkin secara tidak disengajakan telah menerbitkan pembohongan para pembohong bersiri. Namun, dalam operasi DDD ini para perancang utama Utusan telah mengadun dan menentukan pembohongan dan kepalsuan yang akan diterbitkan atas nama para penggerak yang menjadi anggota pasukan pembohong bersirinya. Anggota pasukan pembohong bersiri Utusan boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat kategori:
Hari ini, Utusan Malaysia terang-terangan berbohong tentang DAP di muka depan akhbar itu dengan menyebut bahawa DAP sedang mengadakan pemilihan di peringkat cawangan untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Pendaftar Pertubuhan. Seperti yang telah dijelaskan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, pemilihan di peringkat cawangan diadakan secara tahunan dan pemilihan untuk tahun ini ditunda dari April/Mei ke Jun disebabkan oleh pilihanraya umum. Antara pembohongan yang telah disebarkan oleh Utusan Malaysia dan Briged DDD sejak lapan bulan lalu ialah:
Tidak ada logik pada kempen Briged DDD ini – yang ada hanya kegilaan untuk mencemar dan membusukkan nama DAP. Tetapi Bilik Gerakan Perang Umno/BN yang menempatkan Briged DDD telah gagal sepenuhnya. Pelaburan besar untuk Briged DDD Umno/BN, dengan Utusan Malaysia sebagai penerajunya, adalah satu pembaziran total kerana ia terbukti tidak berkesan dan malah merugikan jika dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-13. Ini menggambarkan kedegilan para penggerak Briged DDD di Utusan Malaysia yang tetap mahu mempertahankan pembohongan mereka tentang "Red Bean Army" yang kononnya didanai oleh DAP dan dianggotai oleh 3,000 orang cybertrooper, dengan peruntukan sebanyak RM108 hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu. Pembohongan ini diteruskan kerana ia dapat digunakan sebagai alasan bagi kegagalan besar mereka dari segi taktik dan strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. ~Lim Kit Siang |
Jambatan Runtuh Di Penang, Lengan Tidak Bergerak Di Kesan Dalam Kereta Posted: 07 Jun 2013 01:05 AM PDT GEORGE TOWN - Sebuah peralatan kamera pencari yang digunakan dalam kerja-kerja pencarian dapat mengesan satu lengan yang tidak bergerak di dalam sebuah kereta yang remuk ditimpa runtuhan konkrit dan keluli di dalam kejadian runtuhan struktur penyambung Jabatan Kedua Pulau Pinang berhampiran Batu Maung di Lebuhraya Tun Dr. Lum Chong Eu petang semalam.Penyelamat turut menemui sebahagian daripada nombor plat kereta berkenaan dengan nombor "437" dari dalam runtuhan tersebut. Pihak polis percaya ia adalah tiga digit pertama nombor plat kenderaan berkenaan. Timbalan Ketua Polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bahawa kamera carian yang digunakan penyelamat dapat mengesan lengan mangsa tetapi tiada pergerakan atau tindak balas. "Kita tidak dapat menentukan berapa ramai mangsa berada di sana tetapi dapat mengesan sekurang-kurangnya seorang."Mangsa berada di dalam kereta hijau Perodua Kelisa," katanya. Abdul Rahim berkata pihak polis belum dapat mengenal pasti mangsa dan menggesa sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang hilang sejak malam Khamis semalam untuk menghubungi polis.Kerja-kerja menyelamat telah berterusan selama lebih daripada 14 jam. "Beratus-ratus tan konkrit dan keluli telah runtuh dan kita bergantung kepada jentera berat untuk membantu kerja-kerja pembersihan.Lebih 300 anggota penyelamat daripada pihak Polis, Jabatan Bomba, JPAM dan kontraktor berusaha untuk mengeluarkan kereta yang hancur itu. Beliau berkata kerja-kerja pembersihan dijangka selesai petang ini."Kami berharap orang ramai dapat bersabar," tambahnyanya. ~the star |
Zainuddin Maidin Belasah Siapa Pulak Ni? Posted: 06 Jun 2013 10:06 PM PDT Michelle Yeoh dapat Tan Sri sebab sokong BN dalam PRU13? Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam pada 1 Jun lalu. Orang bergembira bercerita tentang Michelle dilimpah rahmat bertalu-talu dengan kurniaan di raja. Beliau sudah pun mendapat gelaran Datuk (DPMP dan SPMP) dan dikurniakan pula PSM. Kurniaan Tan Sri mungkin kerana seruannya menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini. Oleh kerana dekatnya jarak masa kurniaan dengan masa beliau berkempen pilihanraya untuk BN maka itulah konklusi yang dibuat umum. Bagitu cepat sekali dibalas budinya. Ketika saya turut berbangga dengan kurniaan kepada Michelle Yeoh kerana perhetongan diatas meritnya yang lain lain seperti mengharomkan nama negara sebagai di antara 50 orang tercantik di dunia dan kerana lakonan hebat dalam filem-filem Barat termasuk filem James Bond, saya terkenang pula kepada penyanyi Alleycats, David Arumugam yang pernah saya cadangkan diberikan gelaran Datuk Persekutuan semasa saya menjadi Menteri Penerangan, tetapi telah "disepikan." Bagaimanapun beliau kemudiannya dikurniakan Dato atas ingatan baik Duli Yang Maha Muia Sultan Pahang. Sumbangan Alleycats dan khususnya penyanyinya David Arumugam kepada seni muzik negara sangat besar sejak tahun 1970,antaranya mempopularkan lagu-lagu Melayu melampaui batas kaum dan negara sehingga ke Hong Kong, Singapura dan Indonesia. Bandnya di jangka bermain hanya tiga bulan di Hong Kong, tetapi kerana menjadi hit di pulau itu terutamanya lagu-lagu Melayunya maka kontrak mereka dengan Mocambo Club telah disambung kepada lebih tiga tahun. Alleycats yang ditubuhkan pada tahun 1969 telah menjadi Legenda Pop Muzik Malaysia dan populariti penyanyinya David Arumugam bertahan hingga sekarang.Lagu lagunya "Sekuntum Mawar Merah", "Sampaikan Salam" ,"Suara Kekasih". Disamping itu dalam" seronok gile" ( meminjam bahasa anak muda sekarang) kerana kurniaan tertinggi yang setaraf dengan P. Ramlee kepada Michelle Yeoh anak Malaysia yang berjaya di dunia Barat itu, saya juga terkenang kepada seorang dramatis yang menitiskan air matanya apabila menemui saya di sebuah komplek membeli belah di Damansara tidak lama selepas saya bersara dari jawatan menteri. Beliau ialah Fauziah Nawi sebuah nama besar dalam dunia drama negara di radio, pentas dan TV sejak lebih 25 tahun lalu. Beliau pernah juga berlakon dalam drama sejarah " Malam Haram" (kisah pengharaman Umno) sempena malam 50 tahun Utusan Melayu. Skripnya di tulis bersama oleh saya dan Ku Seman. Saya tidak tahu kenapa Fauziah menangis tetapi melihatnya saya sedih mengenangkan sebagai seorang yang aktif dan terus menerus gigih dalam dunia seni tanah air tetapi sehingga sekarang ini tidak diberikan sebarang penghargaan atau pengiktirafan yang sewajarnya oleh negara. Sebagai anak seni Fauziah tidak pernah merasa sedih dalam hal ini, tetapi beliau menyuarakan dalam sebuah blog tentang penghargaan masyarakat Singapura kepadanya apabila tidak lama dahulu, beliau membuat pementasan solo berjudul "Cinta Julia" di Esplanade Singapura. Seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual. "Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam," katanya. "Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya kepada para wartawan di Singapura. Saya terkenangkan lagu P. Ramlee: Dunia ini hanya palsu.. Zainuddin Maidin |
Penafian Kementerian Kesihatan Sahkan Pengerusi SPR Seorang Pembohong Posted: 06 Jun 2013 06:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13. Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi. Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan. Ditanya sama ada memang terdapat alasan perubatan untuk mengurangkan silver nitrate, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: "Saya tidak pasti, anda perlu bertanya SPR soalan tersebut. Jika anda tanya sama ada mereka tanya kita untuk sebarang laporan, saya rasa tidak". Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan. "Jika mereka ada bertanya pada kita dan kita diberikan laporan, maka ia amat berlainan, tapi saya tidak rasa begitu…" tambah Subramaniam lagi. Sebelum ini, Aziz mendakwa SPR telah mendapat satu surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberikan amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser. Ahmad pula mendakwa keputusan ditukar pada saat-saat akhir untuk merendahkan kandungan silver nitrate adalah untuk tujuan kesihatan. "Ini adalah kali pertama saya mendengarnya," kata Subramaniam ketika ditanya mengenai dakwaan Abdul Aziz dan Ahmad. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan