Addin |
- Calon BN Merampas Kertas Undi Pos Untuk Pangkah Sendiri
- Apabila Pencacai Bertaraf Macai Bersuara..
- Debaran Sidang Parlimen Ke 13 Makin Hangat
- Rupanya Sebab Ni Azmin Dan Pegawainya Di Siasatan Oleh SKMM, Polis
- Pakatan Rakyat Akan Terbitkan Utusan Rakyat
- Punca Saifuddin Di Pilih Sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor Tersebar
- Ezam Dedah Punca Anwar Anjur Himpunan 'Black 505'
- Lim Guan Eng Buat Hal Lagi..
- Suruhanjaya Bangla Cakap Tak Boleh Undi Tapi PM Bangla Cakap Boleh.. Saksikanlah!!
Calon BN Merampas Kertas Undi Pos Untuk Pangkah Sendiri Posted: 04 Jun 2013 04:00 PM PDT Dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara. Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan. Selama ini pun, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain. Bersama-sama ini saya tampilkan satu laporan polis yang jelas menunjukkan bahawa seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa: 1. Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci; 2. Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang; 3. Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain; 4. Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah; 5. Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan 6 Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya. Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya. Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi 4 Jun 2013 |
Apabila Pencacai Bertaraf Macai Bersuara.. Posted: 04 Jun 2013 09:15 AM PDT KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini. Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial. Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara. "Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan. Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat. Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan. Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini."Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak," jelas beliau. – Bernama ~bernama |
Debaran Sidang Parlimen Ke 13 Makin Hangat Posted: 04 Jun 2013 06:30 AM PDT Melihat pada senarai anggota Parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini, perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung semula "pertarungan belum tamat" semasa pilihan raya umum yang sudah berlalu. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi berbanding 89 kerusi oleh pakatan pembangkang, perbezaan 44 kerusi.Jika ditolak 55 wakil BN yang dilantik dalam Kabinet dan mengisi jawatan timbalan menteri, barisan penyokong kerajaan hanya tinggal 78 orang. Antara muka baru yang dijangka menjadi 'ayam sabung' pembangkang ialah Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Mohamed Hanifa Maidin (Pas-Sepang), Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu), Mohamad Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil). Bagi pihak BN pula, tiada lagi suara lantang Datuk Mohamad Aziz, bekas anggota Parlimen Seri Gading (tidak bertanding) atau Datuk Abdul Rahman Dahalan yang sebelum ini lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Begitu juga Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Khairy Jamaluddin yang kini Menteri Belia dan Sukan, dan penyelaras sayap Putera MIC, P. Kamalanathan yang dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua. Bagaimanapun beberapa nama seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Rompin), Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Noh Omar (Tanjong Karang), Chua Tee Yong (Labis), Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dijangka memainkan peranan sebagai pertahanan BN di Dewan Rakyat.Berbeza sebelumnya, tidak ada anggota Parlimen 'tidak berparti' (Bebas) dipilih sebagai wakil rakyat dalam Parlimen ke-13. Pertama kali dalam sejarah Selain itu buat pertama kali dalam sejarah, barisan kabinet tidak mempunyai penyertaan daripada MCA dan Gerakan, selepas kedua-dua parti itu menolak jawatan dalam kerajaan setelah dibadai kekalahan teruk pada PRU13. Manakala MIC mengisi empat portfolio kementerian dengan dua menteri penuh iaitu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, timbalannya Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), naib presiden Datuk M. Saravanan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan P. Kamalanathan (Timbalan Menteri).Dengan ketiadaan wakil MCA, G.Palanivel dijangka akan mengisi kerusi bersebelahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat. Bagaimanapun menurut sumber Parlimen, susunan kerusi di Dewan Rakyat belum muktamad.Tumpuan juga diberi kepada beberapa muka baru dalam kabinet transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, antaranya tokoh berpengalaman seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Halimah Mohd Saddique manakala muka baharu ialah Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Datuk Paul LowSeng Kuan, P. Kamalanathan, Datuk Mary Yap Kain Cheng dan P. Waythamoorthy serta yang muda seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Abdul Wahid, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (UPE); dan Low, presiden Transparency International Malaysia, juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mengetuai Biro Pengaduan Awam, selain menguruskan hal-hal berhubung rasuah dan integriti. Sabah dan SarawakSelain itu seramai 17 wakil Sabah dan Sarawak turut dipilih menganggotai kerajaan pusat dengan jawatan menteri dan timbalan menteri, mengambil kira sumbangan mereka dalam PRU13.Sebelum Parlimen dibubarkan untuk PRU13, barisan kabinet dianggotai 11 wakil Sarawak dan Sabah.Selain itu, tujuh anggota Parlimen wanita turut diiktiraf apabila dua orang dinamakan sebagai menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dan muka baru Nancy Shukri, dan lima sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Noriah Kasnon, Datuk Halimah Mohamad Sadique, Datuk Azizah Mohamad Dun dan pendatang baru dalam arena politik iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching. Senator Low dan Mary Yap merupakan wakil masyarakat Cina dalam kabinet setelah MCA dan Gerakan memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.Berdasarkan Peraturan 1 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat selepas pilihan raya akan melaksanakan urusan-urusan utama padpertama. Urusan utama itu termasuk memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Yang di-Pertua mengangkat sumpah; anggota mesyuarat mengangkat sumpah dan memilih timbalan-timbalan Yang di-Pertua.Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan. Pada penggal lepas jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat disandang Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dibantu dua timbalan Yang di-Pertua iaitu Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee.Wan Junaidi, 66, bagaimanapun telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun depan. ~inikalilah |
Rupanya Sebab Ni Azmin Dan Pegawainya Di Siasatan Oleh SKMM, Polis Posted: 04 Jun 2013 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR 4 JUN: Siasatan terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Pegawai Multimedianya, Saiful Asraf Idris adalah atas arahan Jabatan Peguam Negara (AG) serta berunsur politik, kata Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.Saiful (kiri) bersama Hilman. Saiful hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan siasatan lanjut berhubung isu pemberian kad pengenalan di Sabah dan sebuah video di Youtube bertajuk "Program Tukar Orang Melayu (Projek IC by Mahathir)". Pada 13 Mac lalu, Azmin turut dipanggil berhubung kenyataannya terhadap isu tersebut yang dikeluarkan melalui pejabat beliau pada 18 Januari lalu."Kami diberitahu siasatan ini dibuat atas arahan Jabatan Peguam Negara. Jelas ia berunsur politik yang digunakan untuk menakut-nakutkan kita demi menutup kesalahan pemberian kad pengenalan," kata Hilman ketika ditemui selepas siasatan. Siasatan selama kira-kira dua jam itu bermula 10.30 pagi tadi oleh pegawai penyiasat, Mohammad Iqbal Iswandi."Kita telah beri kerjasama cukup baik. Semua siasatan ini tidak akan berjaya menakutkan kita untuk terus membongkar perkara sebenar," kata Hilman. ~keadilandaily |
Pakatan Rakyat Akan Terbitkan Utusan Rakyat Posted: 04 Jun 2013 01:06 AM PDT BANGSAR 2 Jun - Pakatan Rakyat akan terus mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan permit kepada mereka bagi mencetak dan menerbitkan Utusan Rakyat. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan ke Putrajaya bagi bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan permit penerbitan. "Minggu depan, warga Bangsar nantikan pengumuman dari kami. Kami akan ke Putrajaya untuk mendesak KDN berikan permit kepada Utusan Rakyat. Kalau Zahid tak nak berjumpa dengan kita, kita akan jumpa dengan ketua setiausahanya. "Akhbar berbahasa Melayu ini adalah untuk menjelaskan kepada penduduk pedalaman khususnya, bagi menjawab segala fitnah yang terjadi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penduduk di Majlis Rumah Terbuka Terima Kasih Lembah Pantai,di Lucky Garden di sini. [VIDEO DI SINI] Tambahnya, beliau pasti ketidakhadiran media seperti The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia tidak hadir ke majlis tersebut hanya akan menjadi punca pemimpin PR difitnah. "The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia tidak hadir. Maka, berita fitnah dan mencaci pemimpin Pakatan yang hanya akan dilakukan oleh mereka. "Oleh itu, agenda kita adalah untuk mendapatkan permit akhbar Utusan Rakyat ini dan menjelaskan segala fitnah yang terjadi," katanya. ~klpos |
Punca Saifuddin Di Pilih Sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor Tersebar Posted: 03 Jun 2013 10:30 PM PDT SHAH ALAM - Pemilihan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor dianggap tepat berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik dan tidak perlu dipertikaikan. Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, peranan Saifuddin juga mampu menyatukan komponen Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. "Saifuddin ialah individu yang rapat dengan ketiga-tiga komponen PR (PKR, Pas dan DAP) oleh yang demikian posisi beliau sebagai 'political liaison' di Selangor adalah pilihan tepat. "Walaupun bukan anak jati Selangor tetapi beliau mampu menyelesaikan pergeseran antara komponen PR Selangor atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PKR," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR Selangor mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, MPN mahu tahu terlebih dahulu mengenai skop jawatan kerja itu dan mengapa orang politik seperti Saifuddin boleh dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Pelantikan Saifuddin diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu. Sementara itu Abdul Khalid dalam ucapan ketika kongres itu mengakui kelemahan tidak bijak dalam berpolitik, justeru mengumumkan penubuhan satu 'political liaison' di pejabat menteri besar. Menteri besar itu berkata, penubuhan 'political liaison' akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang dilantik akan terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut. Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin berkata, pakatan pembangkang berdepan beberapa isu dan pertikaian antara beberapa pemimpin mereka yang boleh menjejaskan kepimpinan sejak Selangor sejak memenangi negeri itu pada PRU13 yang lepas. Beliau turut tidak menolak kenyataan bahawa posisi yang digalas Saifuddin ini agak berat kerana perlu menjadi orang tengah yang neutral. "Sewajarnya tidak perlu wujud persoalan mengapa bukan anak tempatan atau kenapa jawatan ini dipilih daripada PKR bukan parti lain. "Pada saya, figura ini (Saifuddin) adalah individu yang paling layak dan mereka perlu menghormati beliau sebagai 'orang tengah'," katanya. ~sinar harian |
Ezam Dedah Punca Anwar Anjur Himpunan 'Black 505' Posted: 03 Jun 2013 09:25 PM PDT Ezam Mohd Noor, Senator Ezam masih ada rupanya, ingatkan dah menyepi terus. Sepanjang kempen pilihanraya baru-baru ini Ezam senyap-sunyi, mungkin kerana tak dapat jadi calon. Entah kenapa kini dia nak bersuara semula. Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Senator ini berkata 3 perkara yang paling ditakuti Anwar. Kerana itulah Anwar menganjurkan siri perhimpunan di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara tersebut. Anwar nak pastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara, kata Ezam. Tiga perkara tersebut ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berkaitan seks. Itulah modal Ezam untuk bersuara kali ini setelah kebas punggungnya hilang setelah tak dicalonkan baru-baru ini. Ini modal Ezam setiap kali bersuara. Zahid Hamidi belum mendedahkan sesiapa terlibat dengan pencerobohan Lahad Datu tetapi Ezam mampu mendedahkan Anwar terlibat. ~lagi.my |
Posted: 03 Jun 2013 07:54 PM PDT PERMATANG PAUH 3 JUN: Suri rumah di Pulau Pinang akan menerima RM100 seorang mulai 2014 hasil sumbangan kerajaan negeri. Ketua Menteri, Lim Guang Eng berkata, program 'Ibu Emas' itu diberikan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik. "Walaupun suri rumah tersebut adalah penyokong Umno atau BN, mereka dialu-alukan untuk mendaftar bagi mendapatkan pemberian wang tersebut selagi mereka adalah suri rumah yang tidak bekerja," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis menaik taraf Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh, semalam. Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubok, Lee Khai Loon. Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga menyediakan pemeriksaan memogram percuma kepada semua wanita yang tinggal di Pulau Pinang. "Pemeriksaan memogram percuma ini juga tidak mengambil kira fahaman dan ideologi politik wanita-wanita tersebut," katanya sambil menegaskan, Pulau Pinang tidak mengamalkan prejudis seperti amalan pemimpin BN Terengganu dalam memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat. Katanya, menjadi tanggungjawab mana-mana pihak yang menjadi kerajaan samada di peringkat negeri mahupun Pusat untuk membela semua golongan miskin. ~keadilandaily |
Suruhanjaya Bangla Cakap Tak Boleh Undi Tapi PM Bangla Cakap Boleh.. Saksikanlah!! Posted: 03 Jun 2013 06:06 PM PDT Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei di sini Tapi bagaimana bila Perdana Menteri sendiri yang membuat pengakuan sendiri? Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sendiri telah membuat akuan mengenainya di suatu ketika dulu. Menurut laman web NGO Biro Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri , Perdana Menteri Sheikh Hasina bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia itu Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu di mana mereka membincangkan "isu-isu lama terbengkalai , termasuk menghalalkan pekerja Bangladesh di Malaysia". Kedua-dua bertemu ketika menghadiri Forum Dunia ke-66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada Mei 2010. Ia berkata sumber-sumber yang sangat dipercayai mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Najib memberi jaminan Sheikh Hasina menimbangkan isu mengesahkan pekerja Bangladesh ke negara Malaysia dengan ikhlas sekali. "Hari ini, pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia. Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang. "Satu lagi sumber yang sangat dipercayai dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa," lapor laman web itu. Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina menggesa rakyatnya "mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara sejajar dengan inisiatif kerajaan dan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". Laman web tersebut ditutup apabila isu ini kecuh. Tapi alhusseyn sempat buat screenshot entri tersebut : ~al-husseyn |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan