Isnin, 17 Jun 2013

Addin

Addin


Khairy Jamaluddin Makan Hati

Posted: 17 Jun 2013 09:41 AM PDT

PUTRAJAYA - Kemelut terbaru yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang ternyata 'patah hati' dengan badan induk bola sepak negara itu.

Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.

"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini hari ini.

"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya.

Khairy, bagaimanapun berkata FAM sepatutnya mendengar pendapat ramai, khususnya peminat bola sepak tempatan.

Baru-baru ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mempersoal FAM mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.

Beliau berkata FAM sepatutnya menyalurkan wang berkenaan bagi membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan.

Namun, sehingga kini, FAM mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. ~bernama



Iklan C (ii)
 
  

Bekas Ketua JSJ Saran Anwar Usulkan Undi Tidak Percaya Pada Najib

Posted: 17 Jun 2013 07:32 AM PDT

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sumpah, lafaz dan tindak-tanduk beliau [Datuk Seri Najib] semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan lagi justifikasi untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang ini.

"Usul yang dicadangkan adalah di atas pertimbangan salah laku dan ketidakpatuhan kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan di atas pertimbangan politik," katanya dalam surat terbuka kepada Anwar.

Surat sama dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan "tsunami Cina" yang diutarakan Najib selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang Perdana Menteri berbilang kaum.

Tambah Mat Zain, Najib telah menghina Yang di-Pertuan Agong [Tuanku Mizan Zainal Abidin] ketika upacara majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 3 April 2009 dengan menggunakan sumpah yang direka sendiri.

'Membelakangkan Perlembagaan'

"Tindakan Datuk Seri Najib sedemikian itu bukan sahaja membelakangkan peruntukan Perlembagaan, bahkan beliau turut menghina kepercayaan YDP Agong terhadap beliau," katanya.

Menurut beliau, sekiranya di hari pertama memegang jawatan tersebut Najib telah sanggup berbohong di hadapan YDP Agong dan rakyat Malaysia, maka apatah lagi, di hari-hari yang berikutnya.

"Justeru itu, beliau tidak layak melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri semenjak 3 April 2009 lagi. Sebarang perkara yang beliau lakukan atas sifat seorang Perdana Menteri boleh dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mengikut sepertimana peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menambah burukkan lagi, tambah Mat Zain, ialah apabila Najib mengikrarkan dua afidavit di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah pada 21 dan 23 Sept 2011, yang difailkan dan dikemukakan dalam Mahkamah Tinggi berkaitan kes liwat yang kini berada di peringkat rayuan.

"Dalam affidavit-affidavit berkenaan, Datuk Seri Najib telah mengikrarkan nama seperti yang terkandung dalam kad pengenalan beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Nama ini adalah bercanggah dengan nama yang beliau lafazkan di hadapan YDP Agong ketika mengangkat sumpah jawatan iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak," katanya.

Tambah beliau, selain daripada percanggahan nama, Najib telah mengikrarkan dua kenyataan mustahak berasingan yang boleh dibuktikan sebagai kenyataan yang tidak benar atau palsu.

'Keterangan palsu'

"Membuat kenyataan secara bersumpah yang tidak benar adalah sama dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

"Bukan sahaja beliau telah melakukan kesalahan jenayah terhadap keadilan awam kerana membuat kenyataan bersumpah palsu, malahan beliau turut boleh disifatkan sebagai telah mengingkari atau membelakangkan hukum Islam," katanya.

Tambah Mat Zain, keengganan Najib menjadi saksi dalam perbicaraan yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kedua-dua pihak yang menuduh dan tertuduh tidak mendapat pembicaraan yang adil dan sempurna.

"Mengikut kefahaman saya, dengan sengaja mengelakkan diri daripada menjadi seorang saksi yang adil adalah dosa besar, kerana boleh membawa kezaliman kepada orang dituduh melakukan kesalahan," katanya. ~free malaysia today



Iklan C (ii)
 
  


Najib Pasti Terkedu Baca Berita Ni..

Posted: 17 Jun 2013 07:17 AM PDT

Bekas hakim mahkamah Persekutuan yang cukup terkenal dengan penghakiman yang bernas dan berasas, Dato' Gopal Sri Ram diberitakan akan bertindak bagi pihak Pakatan Rakyat Perak dalam petisyen Pilhanraya yang difailkan semalam.

Nama besar dalam perundangan ini sudah pasti akan memberi gegaran dan kesan mendalam dalam perbicaraan nanti.Sri Ram, 69. bersara daripada mahkamah tertinggi itu pada bulan Februari 2010.

Sri Ram adalah seorang peguam yang kemudiannya menjadi orang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.

Nama Sri Ram dicatat dalam beberapa permohonan petisyen Pakatan Perak, dan beliau dijangka hadir di mahkamah.

Jawatankuasa PAS pusat, Mohd Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang penasihat undang-undang parti itu mengesahkan bahawa Sri Ram adalah salah seorang peguam kanan yang akan mewakili parti itu dalam tiga kes di Perak.

"Semuanya, terdapat enam petisyen pilihan raya yang difailkan di Perak - semuanya melibatkan kerusi DUN negeri."Tiga daripadanya dikendalikan oleh pasukan peguam parti itu dan tiga lagi dikendalikan peguam sukarela yang termasuk Gopal (Sri Ram)," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

PAS telah memfailkan enam petisyen pilihan raya di Perak, iaitu Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup, Selama dan Manong.

Sementara itu, PKR telah memfailkan satu petisyen yang melibatkan kerusi Parlimen Tapah.Petisyen pilihan raya Pakatan Perak dilihat sebagai penting, kerana jika Pakatan berjaya, ia boleh menukar kerajaan negeri.

BN memenangi 31 kerusi negeri, manakala Pakatan mempunyai 28 kerusi. Perubahan keputusan dua daripada enam kes petisyen tersebut akan membawa kepada perubahan kerajaan negeri.




Iklan C (ii)
 
  

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup Walaupun Badan Rentung

Posted: 17 Jun 2013 02:24 AM PDT


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

"Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak," katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

"Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

"Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi," katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

"Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam)," katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

"Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup," katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. ~sinar harian



Iklan C (ii)
 
  

Hebat!! Lukisan Simple Ini Di Jual Dengan Harga USD44 Juta

Posted: 17 Jun 2013 12:20 AM PDT


Lazimnya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi. Namun, siapa sangka dengan lukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan 'simple' ini, di mana ia akan dijual pada harga setinggi USD$44 juta.

Nak tahu apa yang menariknya pasal lukisan tu, mari tengok di bawah ni. Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini betul-betul gila!

Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan "Onement VI" yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu "Onement V" telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.

Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.











Iklan C (ii)
 
  


Umno 'Haramkan' Malaysiakini

Posted: 16 Jun 2013 10:47 PM PDT


Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) di Kuala Lumpur.

Walaupun dibenarkan menunggu di bilik lounge bersama pengamal media lain yang sedang menunggu Ahmad, pemberita kemudian dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak dibenarkan menyertai sidang media itu.

Sidang media itu dijadual berlangsung selepas lawatan kerja Ahmad di ibu pejabat KWSP. Langkah ini bukan kali pertama. Malaysiakini sebelum ini tidak dibenarkan menyertai sebarang acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat Umno.

Di ibu pejabat Umno, portal berita ini dilarang memasuki bilik pemantauan pilihan raya pada 5 Mei. Malaysiakini juga pernah dilarang menyertai perayaan ulang tahun Umno di PWTC tidak berapa lama selepas pilihan raya umum. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
 
  

Artis Fobia Dengan Ustaz Azhar Idrus?

Posted: 16 Jun 2013 09:45 PM PDT

Sekarang tengah heboh orang bercerita mengenai pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah.

Mungkin Erra terlupa untuk menyebut nama Ustaz Azhar, yelah kata pun rancangan bual bicara Primadona disiarkan secara langsung.

Semasa rancangan 'live' apa pun boleh jadi, biar berapa banyak kali hafal skrip pun, kita mesti tak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Janganlah cepat menghukum Erra dengan mengatakan dirinya tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar kerana ustaz tersebut merupakan pro kepada parti Pas.

Harap-harapnya minda orang kita ni lebih terbuka dan tidak sewenang-wenangnya menghukum orang lain tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu.

Tak gitu?

~informasi.my




Iklan C (ii)
 
  

Pengerusi SPR Kecewa Dengan Dakwat Kekal

Posted: 16 Jun 2013 07:30 PM PDT

"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu.

Baca selanjutnya di sini.




Iklan C (ii)
 
  

Mustapa Mohamed Tawar Jadi Orang Tengah Untuk Kerajaan Perpaduan Di Kelantan

Posted: 16 Jun 2013 07:30 PM PDT

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menyatakan persediaan menjadi orang tengah untuk menjalinkan kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan Kelantan.
    
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahukan jalinan kerjasama yang lebih erat di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diberi perhatian serius.
    
"Ucapan Tuanku perlu diambil berat oleh kerajaan pusat. Kerjasama ini (juga) kehendak akar umbi dan kita (pusat) memang ada hasrat untuk tingkat kerjasama (dengan Kelantan).
    
"Kita juga perlu kerjasama kerajaan negeri untuk laksanakan beberapa projek yang dinyatakan Tuanku," katanya selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri (Dun) Kelantan Ke-13 di Kota Darul Naim di sini hari ini.
    
Sultan Muhammad V semasa bertitah merasmikan istiadat pembukaan penggal pertama Dun Kelantan itu menyarankan agar kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kemudahan rakyat Kelantan.
    
Baginda bertitah antara kerjasama itu adalah pembinaan jalan Central Spine Road', laluan menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai serta kemudahan bekalan air bersih, selain beberapa projek yang membabitkan pengambilan tanah seluas 8,800 hektar oleh kerajaan Persekutuan di negeri itu.
    
Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan Pas Kelantan tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu Kuala Krai.
    
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata ia bergantung kepada keadaan semasa dan kerajaan negeri kini sedang memperincikan kaedah terbaik bagi merealisasikan projek tersebut. ~bernama





Iklan C (ii)
 
  

Punca Tahanan Polis Mati Dalam Lokap Akhirnya Terjawab..

Posted: 16 Jun 2013 05:52 PM PDT


PUTRAJAYA: Kematian tahanan ketika berada dalam lokap polis bukan semata-mata disebabkan kesilapan atau kecuaian anggota polis, namun ada kemungkinan tahanan terbabit berniat membunuh diri, termasuk menghantukkan kepala ke dinding akibat tekanan emosi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, ketika di dalam lokap, tahanan menghadapi tekanan dari dalam dan luar sehingga boleh menjejaskan emosi dan mendorong mereka melakukan tindakan sedemikian.

"Kita tidak boleh melihat keadaan itu (membunuh diri) tidak boleh berlaku kerana mereka yang ditahan mempunyai emosi, kita tahan dan letak di dalam lokap untuk memastikan dia tak melakukan sesuatu perbuatan membatasi undang-undang.

"Jadi kematian itu kadangkala bukan daripada kesilapan atau kecuaian anggota polis, ada penyebab sesuatu kematian dalam lokap.

"(Justeru) kita merangka strategi berdasarkan peraturan sedia ada dan memperbaiki kelemahan daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkenaan untuk memastikan perkara itu (kematian dalam tahanan) dapat dikurangkan.

"Kita tak boleh menyalahkan (polis), kalau orang berkenaan (tahanan) ingin membunuh diri dalam lokap seperti menghantuk kepala ke dinding, kita tak boleh menahannya (tetapi) kita cuba sedaya upaya kalau boleh dapat mengurangkan perbuatan sedemikian untuk memastikan lokap selamat digunakan," katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media sebelum menghadiri Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek (PIIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. ~harian metro


Addin :

Dulu Anwar pukul diri sendiri, kini tahanan polis pulak pukul diri sendiri. Jawapan orang hilang akal..



 
Iklan C (ii)
 
  

Tiada ulasan: