Khamis, 13 Jun 2013

Addin

Addin


Betul Ke Kata-Kata Mamat Ni?

Posted: 13 Jun 2013 10:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu diantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai "operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir. Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

"Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius," kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk "Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas".

"Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

"Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka," tambah beliau lagi.

Kepemimpinan PAS Terengganu oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu di Terengganu.

Kedah juga jelasnya mempunyai cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

"Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai "operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

"Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam," katanya lagi.

Beliau berkata walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah dari segi ekonomi dan keputusan Pilihan Raya 2013 menyebabkan mereka lemah juga dari segi politik akibat perpecahan.

"Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' di Selangor, Terengganu dan Kedah," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
  


(Video) Punca Zahid Hamidi Menang PRU13 Tersebar

Posted: 13 Jun 2013 07:27 AM PDT

PKR sasar batalkan kemenangan Zahid dengan bukti video rasuah

PETALING JAYA, 12 Jun — PKR berusaha untuk membatalkan kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) di Bagan Datoh pada dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi oleh menteri tersebut, kata pemimpin parti hari ini.

Ketiga-tiga video tersebut yang boleh didapati di internet, kononnya menunjukkan Menteri Dalam Negeri tersebut mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang dan 5kg beras dengan "pelekat" untuk diberikan kepada pekerja kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Klip tersebut merupakan bukti utama ke atas kedua-dua petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan pilihan raya di Bagan Datoh yang menyaksikan Zahid menewaskan calon PKR Madhi Hassan dengan majoriti tipis 2,108 undi.

"Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.

"Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini.

Dalam salah satu video yang boleh didapati laman perkongsian video popular Youtube, Ahmad Zahid dilihat "melantik" pengundi yang beliau label sebagai penyokong "BN tegar"di dalam dewan semasa tempoh kempen Pilihan Raya 2013 bulan April lalu.

Semasa berucap kepada penyokongnya itu, naib presiden Umno itu berkata: "Tidak ada keperluan untuk membeli beras Anda tidak perlu untuk membeli beras, BN akan memberinya kerana anda adalah pekerja parti".

Dalam satu video yang lain, Ahmad Zahid sekali lagi dilihat bercakap mengulangi ucapannya itu, tetapi kali ini menafikan tindakan memberi wang dan beras kepada pengundi adalah satu bentuk rasuah.

"Mereka mengatakan bahawa kita memberi wang dan beras dan itu adalah rasuah. Kami memberi kerana kita telah melantik mereka sebagai jentera, kerana mereka adalah jentera BN. Adakah itu rasuah?" Katanya.

Menurut Edmund Bon, peguam yang mengetuai tindakan mahkamah terhadap Menteri Dalam Negeri tersebut, menyifatkan perbuatan itu jelas satu bentuk rasuah dan melanggar Akta Pilihan Raya.

"Ini sudah menjadi bukti kukuh untuk membatalkan keputusan pilihan raya," kata Bon dalam sidang akhbar yang sama.

Dalam petisyen kedua yang telah difailkan seorang pengundi bernama Azmi Sulaiman, beliau membuat petisyen bagi membatalkan keputusan dengan memetik Seksyen 19 dan 21 Akta Pilihan Raya yang melarang calon daripada menggunakan sejumlah pekerja kempen.

Pengakuan Ahmad Zahid yang mengatakan parti telah melantik 23,000 pekerja kempen didakwa oleh beliau telah melanggar dua undang-undang.

Kedua-dua petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini dan ia adalah antara antara 35 petisyen lain yang difailkan oleh pembangkang dalam usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya di 24 kerusi parlimen dan 10 kerusi negeri.

Walaubagaimanapun, pemimpin pembangkang tersebut mengakui bantahan yang terbesar dalam sejarah pilihan raya di Malaysia mungkin akan menjadi sia-sia.

"Secara umumnya, undang-undang tidak menyebelahi pihak yang membuat petisyen," kata Bon sambil menambah banyak petisyen tidak mungkin dapat melalui perbicaraan penuh kerana ianya akan ditolak atas alasan teknikal.

Pemimpin-pemimpin PR mendakwa Pilihan Raya 2013 keputusan adalah telah dirancang untuk memihak kepada BN.

Rancangan seterusnya adalah mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah, yang mungkin merupakan tindakan sivil terbesar terhadap pengendali pilihan raya dalam sejarah Malaysia, pembangkang juga telah menggerakkan "Black 505" dan menganjurkan beberapa perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk meningkatkan tekanan pembaharuan dalam pilihan raya.

Sejurus selepas pilihan raya 5 Mei 5, pasukan PKR #siasatPRU13 membuat satu siri pendedahan mengenai apa yang didakwanya bukti penipuan pilihan raya.

Langkah tersebut dilihat bertujuan memberi tekanan kepada Putrajaya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya, bermula dengan menambah baik SPR.

Namun, SPR telah menafikan dakwaan tersebut.

Rafizi juga berkata, PR akan meneruskan bantahan sehingga semua syarat bagi pembaharuan pilihan raya dipenuhi walaupun terdapat segelintir pemimpin pembangkang berkata sebaliknya dan mahu "pandang ke depan" dan melawan melalui saluran lain. ~the malaysian insider












Iklan C (ii)
  



Hayat BN Semakin Hampir.? Ini Buktinya

Posted: 13 Jun 2013 06:02 AM PDT

KETEREH , 13 JUN: Pilihan raya umum ke-13 masih belum selesai dan pemilihan semula perlu dibuat di kawasan berlaku penyelewengan dan salah laku, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

"Tak selesai pilihan raya yang lalu. SPR perlu letak jawatan. Yang jelas tipu, yang khianat mesti dibetulkan. Walau apa alasan pun, (kita perlu) pilihan raya semula."Kita tidak akan tolak ansur.

Kay (mereka) padam lampu, hilangkan peti undi, (kita) betulkan, itu tuntutan kita," katanya di hadapan lebih 15 ribu hadirin di Himpunan Black 505 Kelantan malam tadi.

Lebih 15,000 hadirin di himpunan 'Black 505′ Kelantan di Padang Majlis Daerah KeterehAnwar berkata, selagi SPR belum dihukum, rakyat tidak akan bertolak ansur dan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 22 Jun depan sebagai manifestasi kemarahan rakyat."

"Rakyat bukan hamba, rakyat punya hak, bagaimana nak suarakan? Najib takkan dengar, Umno juga tak nak dengar, bekeng (ganas), agah (sombong) tak tentu pasal."Sebab itu 22 haribulan ini kita berhimpun. Ini peluang terbaik untuk rakyat suarakan secara aman dan teratur. Kita nak betulkan keputusan pilihan raya di Padang Merbok," tegas Anwar. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  

Kantoi!! Ketua JSJ Bagi Kenyataan Palsu

Posted: 13 Jun 2013 01:56 AM PDT

Satu aduan terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah oleh peguam dan keluarga N Dharmendran di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Isteri mangsa, M S Marry berkata, kenyataan Ku Chin Wah 22 Mei lalu bercanggah dengan laporan bedah siasat dikeluarkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa mangsa mati akibat pukulan teruk."Kenyataan itu jelas palsu. 

Kerana pagi esoknya, saya dan keluarga telah memeriksa mayat suami dan mendapati terdapat kesan pukulan yang teruk diseluruh badannya selain kedua telinganya di-staple."Tetapi Chin Wah mendakwa suami saya mengadu sakit dada dan mengalami kesesakan nafas pada malam itu sebelum meninggal dunia sebaik tiba di HKL.

"Laporan HKL mengesahkan punca kematian kerana pukulan ini," katanya kepada pemberita dihadapan balai polis Bukit Aman.

Terdahulu, aduan diserahkan kepada ASP Ramia Kanapathi, wakil Unit Rekod Pengaduan, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Tatatertib Bukit Aman.Turut hadir, peguam, G. Sivamalar dan Michelle; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas serta bapa mangsa.Balu Dhamendran, M S Marry mahu 'pembunuh' suaminya dihadap ke muka pengadilanMarry turut mendesak Polis menjelaskan sama ada seorang anggotanya yang didakwa terlibat masih bebas dan belum ditangkap"Polis mendakwa beliau sudah menghilangkan diri.

Itu bukan alasan, kerana polis boleh mengedarkan gambar sebagai seorang paling dikehendaki," katanya sambil menambah beliau mengenali anggota polis yang masih bebas itu.5 Jun lalu, tiga daripada empat anggota polis itu didakwa atas pertuduhan membunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Ketiga-tiga mereka ialah Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  

Najib Makin Goyah.. Ahli Parlimen BN Rancang Singkir Najib Melalui Undi Tak Percaya?

Posted: 13 Jun 2013 12:18 AM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri.

Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

"Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan," kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

"Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga," tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

"Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

"Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13.

Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi "bilik perang" kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)
  

PKR Buat U-Turn?

Posted: 12 Jun 2013 10:18 PM PDT


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan 'U' terhadap cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.

"Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

"Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.

Sebelum itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.

Tegas Zuraida, semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pada 7 Jun lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu membuat pendirian yang sama dengan DAP dan Ahli Parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa. ~mStar





Iklan C (ii)
  

Rupanya Ini Punca BN Selangor Failkan Petisyen..

Posted: 12 Jun 2013 08:25 PM PDT

SHAH ALAM - Soal kelayakan bertanding calon PKR di Parlimen Batu, Tian Chua antara 21 kandungan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh BN, kelmarin. Pasukan petugas khas undang-undang, yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Tian Chua yang pernah didenda kerana mengasari anggota polis telah dibenarkan bertanding oleh SPR pada pilihan raya lalu.

Menerusi petisyen tersebut, calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, 46, mendakwa Tian Chua tidak berkelayakan bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.

Katanya, Dominic turut menamakan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.

Selain itu, ujar Hafarizam, BN turut memfailkan petisyen terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di atas kenyataannya mengganggu pengundi supaya tidak mengundi calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di dalam sebuah laman portal berita.

"Kenyataan beliau itu antara petisyen yang difailkan BN kelmarin," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Hafarizam berkata, tiada tambahan lain buat masa ini untuk BN bagi mengemukakan petisyen baru memandangkan tarikh akhir memfailkan petisyen tamat semalam.

Katanya, beliau yakin petisyen difailkan BN mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar dipertimbangkan.

"Setelah mempertimbangkan dan menyaring 50 petisyen pada awalnya serta adanya bukti-bukti kukuh, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada kami," katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Masa Jahat Dalam UMNO Tidak Tangkap, Bila Buat Baik Balam PAS Kena Pula - Tamrin Ghafar Baba

Posted: 12 Jun 2013 07:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Masa saya buat jahat dalam Umno dulu tidak pun kena tindakan tetapi bila saya nak buat baik dalam PAS ni kena tindakan pula," kata Tamrin Tun Ghafar (gambar) yang buat pertama kalinya ditangkap polis baru-baru ini.

Bukan sekali tetapi beliau telah dua kali ditangkap secara yang agak kasar oleh polis berhubung dengan kenyataannya tentang pilihan raya umum lalu.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya apabila buat pertama kalinya ditangkap pada 23 Mei lalu.

Ketika itu Tamrin bersama seorang rakannya sudah memesan makanan untuk makan tengahari di sebuah restoran dekat Bangsar.

Seorang yang mengaku sebagai pegawai polis datang meminta beliau mengikutnya ke balai polis.

Oleh kerana beliau sudah memesan makanan untuk makan tengahari, beliau memohon supaya beliau makan dulu serta mengajak polis berkenaan untuk makan sama.

Namun, pegawai polis itu berkata, beliau kena pergi ke balai sekarang juga atas arahan pegawai atasannya.

Setelah bertengkar, polis itu membiarkannya makan.

Sekali lagi pertengkaran belaku apabila beliau sedang membuat bayaran dan menunggu bayaran baki dari tuan restoran tersebut.

"Sedang saya tunggu bayaran baki, sekali lagi dia paksa saya ke balai. Saya kata tunggu bayar baki sekejap. Namun pegawai polis itu berkeras.

"Sekali lagi saya naik berang dan menjerit kepada polis itu dan diperhatikan oleh semua yang ada di kedai itu," cerita Tamrin mengenang kembali saat beliau di tahan polis buat pertama kalinya.

Tamrin kemudiannya di bawa ke balai polis Jinjang. Sesampai di sana, sehingga lewat petang, pegawai penyiasat kes itu belum ada.

Beliau naik berang kerana ketika hendak di tahan mereka menggunakan alasan hendak cepat sehingga tidak boleh makan dan tidak boleh tunggu untuk mengambil baki bayaran.

Tetapi apabila sampai ke balai, masa di habiskan begitu sahaja kerana menunggu pegawai penyiasat kes yang entah ke mana.

Malam itu, Tamrin serta dua lagi tahanan iaitu Haris Ibrahim dan Tian Chua tidur di lokap balai polis Jinjang.

Mereka diberikan pakaian oren sebagai orang tahanan sambil menunggu di bawa ke mahkamah dalam masa 24 jam untuk mendapatkan perintah tahanan reman dari mahkamah.

"Dapatlah saya merasa buat pertama kalinya tidur di lokap yang dalamnya ada pangkin kayu keras, makan berlauk kaki ayam dan mandi serta berak dengan diperhatikan orang melalui CCTV," kata Tamrin.

Tamrin dan Tian Chua berpakaian orang tahanan di Balai Polis Jinjang

Apabila di bawa ke mahkamah, dengan pembelaan pasukan peguam yang membela secara sukarela, Tamrin, Haris dan Tian Chua dibebaskan tanpa mendapat kebenaran tahanan reman oleh mahkamah.

Ini kerana, dalam tempoh 24 jam mereka ditahan di lokap, tidak ada sebarang penyiasatan dibuat oleh polis.

"Hujjah para peguam yang diketuai Datuk Ambiga (Sreenevasan), kalau 24 jam tidak ada sebarang penyiasatan, apa guna tahanan reman lebih lama lagi," beritahu Tamrin.

Selepas bebas dan merasai tidur di lokap dan berpakaian sebagai orang tahanan, masing-masing pulang ke rumah tanpa sebarang rasa takut atau bimbang.

Mereka penuh keyakinan mereka tidak bersalah dan apa yang dibuat hanyalah untuk menakutkan orang ramai agar jangan bercakap dan berhimpun membantah pilihan raya ke 13.

"Bagi saya, (Datuk Seri) Zahid Hamidi mahu tunjuk dia lebih tegas dari menteri dalam negeri yang sebelum ini saja. Ini penting untuk pemilihan Umno akan datang," kata Tamrin walaupun Zahid dengan tegas menyatakan beliau tidak ada kena mengena dengan semua tangkapan yang dibuat oleh polis ini.

Tamrin adalah bekas Exco Pemuda Umno bersama Zahid. Beliau pernah menjadi Pengerusi Mara dan mendapat kedudukan tersendiri dalam Umno kerana anak Tun Ghafar, bekas Timbalan Perdana Menteri.

Hujung tahun lalu, Tamrin mengisytiharkan dirinya menyertai PAS.

Selepas empat hari bebas, ada pula orang yang datang kepada beliau. Kali ini mereka mengetuk rumah beliau di waktu lewat petang.

"Ketika itu jam sudah 6.30 petang. Mereka tekan loceng rumah saya. Dengan memakai tuala saja, saya keluar dan mendapati polis yang sama juga datang mencari saya," cerita Tamrin lagi.

Kali ini, polis datang dengan waran untuk menangkap beliau berbanding tangkapan pertama yang dibuat tanpa sebarang waran.

Tamrin bersama Tian Chua dan Harris Ibrahim selepas dibebaskan dari Lokap Balai Polis Jinjang

Mereka meminta beliau pergi ke balai polis pada ketika itu juga.

"Saya kata, tunggulah sekejap, saya belum solat Asar lagi ni. Bagilah saya solat dulu. Mereka kata tak boleh, di balai pun ada surau.

"Saya kata, kalau pergi sekarang tidak ada jaminan saya sempat solat Asar di sana. Dengan jalannya yang jam pada waktu itu, biarlah saya solat Asar dulu.

"Mereka berkeras nak bawa masa itu juga. Sekali lagi saya bertekak dengan polis ini supaya tunggu saya solat dulu," cerita Tamrin.

Akhirnya, selepas solat Maghrib, Tamrin di bawa ke balai polis Dang Wangi. Ketika keluar dari rumahnya, Tamrin memohon maaf kepada polis berkenaan kerana berkasar tadi dan faham mereka hanya menjalankan tugas.

Di sana belum ada yang lain lagi. Selepas itu baru datang yang lain. Haris Ibrahim, Tian Chua yang di bawa dari Port Dickson dan turut kelihatan Safwan Anang yang turut ditangkap. Malam itu, Hishamudin Rais juga datang menyerahkan diri kerana beliau turut dikehendaki polis untuk kes itu.

Sementara mereka didalam berbincang dengan polis dan para peguam, beratus-ratus berhimpun di luar bagi mendesak mereka dibebaskan.

Akhirnya, kesemua mereka dibebaskan demgan jaminan polis sementara menunggu hari perbicaraan.

Apabila keluar, semua mengerumuni mereka. Bagi Tamrin, tidak terdetik sedikitpun ketakutan dan kebimbangan akibat tangkapan ini jika ini tujuan pihak berkuasa berbuat demikian.

"Saya rasa macam hero pula," kata beliau apabila di sambut ratusan orang penyokong yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa di luar penjara.

Kelima-lima mereka didakwa di bawah Akta Hasutan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.




Iklan C (ii)
  

Namewee Buat Hal Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 12 Jun 2013 07:05 PM PDT


Cari pasal lagi budak ni.. pasti akan riuh rendah 1Malaysia dengan demonstrasi oleh macai-macai UMNO jika usahanya untuk menerbitkan filem dengan tajuk 'Banglasia' menemui kejayaan..

Pelakon dan juga Pengarah paling kontroversi dan paling dibenci oleh kebanyakkan macai-macai UMNO, Namewee dilaporkan telah memulakan penggambaran filem terbarunya berjudul "Banglasia", yang akan dijalankan pengambarannya di Malaysia, Singapura dan Bangladesh.

Filem komedi terbaru ini akan dihasilkan oleh Fred Chong yang terkenal dengan "Nasi Lemak 2.0", "Hantu Gangster" dan "Kara King".

Ini laporan penuhnya..
Namewee's next film is "Banglasia"

12 Jun – Actor-director Namewee has started filming his latest movie titled "Banglasia", which will include a multinational cast from Malaysia, Singapore and Bangladesh.

The new action comedy is produced by Fred Chong who is noted for "Nasi Lemak 2.0", "Hantu Gangster" and "Kara King".

Yesterday, Executive Producer Fred Chong introduced the line-up of local and foreign talents, which include Nirab (Bangladeshi star), Saiful Apek (Malaysian star). Atikah Suhaime (Singaporean actress), Dato David Arumudam (veteran singer) and Lao Zha Bor (Singapore comedy actress).

According to Nirab, the reason that he accepted the offer to star in "Banglasia" was because he has seen some of Namewee's work and is very touched that Namewee flew all the way to Bangladesh to meet him.

"This will be Nirab's international film debut and he will be speaking Malay with the help of a Bengali translator," said Fred Chong.

When asked about the title of the film, Fred hurriedly explained, "The title of the film may sound very crude and racist, but we flew to Bangladesh to carry out our research beforehand, and we have been given the green light.

As such, we are not trying to create any racial stereotyping or hate with the title "Banglasia", because the people there do use the word "bangla", so we have that Malaysians do not jump to conclusions and take it out of context," said Namewee.

Along with Nirab, it will be Singaporean actress Atikah Suhaime's first time starring in an action comedy film. The actress is currently signed under the Malaysian production company Metrowealth.

"Banglasia" will be Namewee's first fully action-packed movie. Currently, all details about the movie are kept under wraps but it has already undergone a month's worth of filming in various districts of Kuala Lumpur.

The film is expected to be released during 2014's Chinese New Year ~ yahoo news
Ini adalah video Namewee yang bertajuk "Banglasia" yang telah dimuatnaik ke dalam YouTube sebelum PRU13.. ~anak sungai derhaka

Lihat video di SINI.




Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: