Tukar Tiub |
- TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA
- PERJUANGAN ANAK MUDA DI TERUSKAN
- RADIO BANGSAR SIARAN LANGSUNG
- JUMPA DI STADIUM KELANA JAYA
- PERKEMBANGAN MENAKUTKAN GEROMBOLAN
- KENYATAAN RESMI TENTANG MALAM INI
- SIAPA AKAN BERADA DI KELANA JAYA MALAM INI
- MUHYIDDIN SUDAH BERSEDIA
- SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA Posted: 08 May 2013 06:00 PM PDT TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA LEBIH 51% UNDI POPULAR: PAKATAN RAKYAT PILIHAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan kerajaan baru yang dibentuk semalam bukanlah pilihan majoriti rakyat Malaysia. Barisan Nasional hanya memperolehi 46% sokongan dalam sebuah pilihanraya yang penuh penipuan, berapa peratuskah yang sebenarnya sokong Bn jika pilihanraya umum ke-13 berlangsung tanpa penipuan? Malah, 46% 'markah rakyat' yang diperoleh Barisan Nasional berlaku dalam keadaan dibantu SPR, dibantu RTM, dibantu KTM, dibantu KEMAS, dan hampir semua agensi kerajaan. Angka pencapaian 46% juga dibantu oleh pengundi warga asing, dibantu calitan dakwat kekal yang tidak kekal. Turut membantu perolehan 46% sokongan Bn termasuk perbelanjaan berbilion dalam bentuk iklan-iklan berbayar di media sosial dan iklan di youtube, dan merata-rata iklan berbayar (yang besar) di internet. Walaupun penyalahgunaan logo 1Malaysia juga turut berlaku, hanya 46% sahaja sokongan diperolehi. SAMM yakin dan percaya, jika tiada penipuan pilihanraya, pastinya jumlah undi popular yang diperolehi Bn tidak mampu mencecah 30%. SAMM gesa supaya barisan Najib akui kekalahan ini, seterusnya mengiktiraf Pakatan Rakyat yang memperolehi lebih 51% undi popular sebagai sebuah gagasan pilihan MAJORITI rakyat Malaysia. CHE'GUBARD Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia --------- | ||
PERJUANGAN ANAK MUDA DI TERUSKAN Posted: 08 May 2013 06:00 AM PDT JUMAAT PETANG ANAK MUDA PELAJAR TURUN BERDEMO Himpunan Hitam Tolak Penipuan SPR Perjalanan dan Keputusan PIlihanraya Umum 13 baru-baru ini memberi gambaran kematian demokrasi di Malaysia. Pelbagai penyelewengan, penipuan dan konspirasi untuk memenangkan sesetengah pihak adalah tidak perbuatan yang amat memalukan nama baik negara di mata dunia. Konspirasi pendaftaran kewarganegaraan sementara, dakwat kekal yang tidak berkualiti, 'blackout' dan pelbagai lagi penyelewengan menjadi penanda aras bahawa PRU 13 adalah paling tidak bersih. Namun sehingga kini tiada lagi kenyataan yang bertanggungjawab dari pihak SPR. Justeru mahasiswa akan mengadakan satu himpunan serta serahah memorandum sebagai tanda bantahan terhadap sikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab pihak SPR dalam mengendali pilihanraya. Selain memberi kerakyatan sementara kepada warga asing untuk mengundi, perjalanan pilihanraya yang tidak bersih ini mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Ini sangat memalukan imej serta mencalar kedaulatan negara. Ini bukan persoalan tidak terima Pakatan Rakyat kalah sekadar sentimen tidak suka kepada BN. Tapi ini adalah bantahan terhadap penyelewengan SPR. Sekiranya PR menang dengan cara yang tidak demokratik, kita akan bantah juga. Kami menyeru seluruh aktivis dan rakyat yang cintakan keadilan untuk bersama dalam himpunan di Pejabat SPR, Putrajaya pada 10 Mei ini. Himpunan akan bermula kira-kira jam 2 petang. Datang dengan pakaian hitam sebagai tanda berkabung di atas kematian demokrasi di Malaysia. Safwan Anang Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) --------- | ||
Posted: 08 May 2013 04:30 AM PDT | ||
Posted: 08 May 2013 01:37 AM PDT TETAP BERLANGSUNG Anwar's rally legal, no need for 10-day notice, says Ambiga KUALA LUMPUR, May 8 — Pakatan Rakyat (PR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's rally at the Kelana Jaya stadium tonight is legal as a 10-day notification to the police is not required under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012, senior lawyer Datuk Ambiga Sreenevasan said today. Ambiga pointed out that the state-owned Kelana Jaya stadium was a "designated place of assembly", which would not require a 10-day notice under Section 9(2)(a), and not a "public place" as defined in Section 3 because the stadium is not currently open to or is being used by the public. "My reading is that this is an assembly at a designated place, so the 10-day notification doesn't apply," Ambiga told The Malaysian Insider today TERUSKAN LAGI TERUSKAN LAGI ------- | ||
PERKEMBANGAN MENAKUTKAN GEROMBOLAN Posted: 08 May 2013 01:26 AM PDT ANAK MUDA TIDAK DAPAT DI TAKUT TAKUTKAN KOMENTAR TUKAR TIUBLAGI sokongan melayu terhadap dap kini mengancam united malays national organisation justeru di tohmah justeru di heboh hebohkan garis rasis untuk menakut nakutkan bani melayu tetapi semua telah berubah semenjak pru 2008 semenjak bersih 2 semenjak bersih 3 semenjak himpunan kebangkitan rakyat 112 hantu yang menakutkan melayu telah dimasukkan ke dalam botol ini hakikat Melayu DAP menang, pecah tembok perkauman
KUALA LUMPUR: Momokan perkauman sempit dan jahat Umno Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi. Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi. ----------- | ||
KENYATAAN RESMI TENTANG MALAM INI Posted: 07 May 2013 09:09 PM PDT PERHIMPUNAN "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" 8 MEI 2013 DITERUSKAN SEPERTI BIASA Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam. Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis. Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam. Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat. Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi ---------- | ||
SIAPA AKAN BERADA DI KELANA JAYA MALAM INI Posted: 07 May 2013 08:47 PM PDT MALAM INI KITA BERHIMPUN PENGUMUMAN UNTUK SEMUA adalah diberitahu bahawa puck pimpinan pakatan akan turun ke stadium kelana jaya pada malam ini jam 8:30 AKAN HADIR anwar ibrahim mat sabu lim kit siang TURUT BERSAMA ambiga pak samad maria chin abdullah AKAN BERSAMA pucuk pimpinan pakatan rakyat dari seluruh negara PAK SAMAD kana baca puisi NGO BERSAMA abu mama bersih kerabat teoh beng hock royalti paksi kampong warisan dewan china kuala lumpur universiti bangsar utama samm smm warga himpuan hijau dan dan dan.... DARI SELURUH NEGARA warga malaysia anak semua bangsa INGATAN ini musim hujan sila bawa payung sila bawa baju hujan | ||
Posted: 07 May 2013 08:00 PM PDT TIKAM DALAM GELAP KOMENTAR TUKAR TIUB kpi mat najib ialah 1 - ambil selangor 2 - dapat kan 2/3 sokongan parlimen dua dua kantoi malah lebih terok dari dolah badawi lagi pun mat najib ialah ketua perhubungan selangor nak rampas selangor gagal segagal gagalnya NOTA muhyiddin tersenyum simpul kah kah kah bukan senang mulut sembab muka dibalut daging nak senyum kah kah kah Najib perlu buka laluan untuk Muhyiddin KOTA BHARU: Husam Musa berkata Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya TMuhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 mengecewakan. Lagi... JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG kah kah kah.... KAH KAH KAH.... kah kah kah.. kah kah kah.... PERANG DAH MULA.... kah kah kah ------ | ||
Posted: 07 May 2013 07:49 PM PDT
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..UNTUK SEMENTARA WAKTU PEROGOL AMAH SELAMAT...kah kah kah.. kah kah kah ...TAPI KAPAL KOREK AKAN TERUS MENGOREK.... kah kah kah.. ----- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan