Komentar Kini |
Posted: 08 May 2013 04:06 PM PDT Yang peliknya penyokong Husam Musa keluar beramai ramai melakukan protes atas nama sedih dan kecewa. Inilah yang membuat penulis rasa sedih sikit,kerana ianya ada persamaan dengan apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Idris Jusoh yang dapat watikah menteri besar Terengganu tetapi ditolak Al Sultan. Atas sebab itu orang Idris jusoh mengadakan perarakan secara besar besaran membantah malahan tertertera perkataan "nantang" dalam beberapa helai kain rentang. Isu Husam Musa tidak dilantik sebagai exco semacam ada persamaan dan dibawa sependuk dengan pelbagai perkataan tanda marah dan kecewa. Dengan kata lain perangai orang PAS Kelantan dah sama dengan perangai orang umno yang pada penulis sangat biadap dengan Al Sutlan Terengganu suatu ketika dahulu. Barangkali inilah dia PAS ganti umno yang telah dijadikan slogan dan disebarkan seluruh pelosok tanahair sebagai isu kempen PRU 13 untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah selama lebih 50 tahun itu. Jika benar begitu, maka amat malangnya nasib PAS, kerana perangai orangnya sudah jadi macam perangai orang umno yang memang berakhlak yang sangat buruk. Penulis ingat pas ganti umno, bermakna umno hancur dan PAS jadi parti nombor satu ganti tempat umno dalam langskap politik tanahair. Rupa rupa tidak. Yang jadi gantinya ialah perangai buruk orang umno dah berjangkit kat orang PAS Kelantan. Penulis tak kisah jika ia berlaku keatas orang PKR, kerana mereka adalah orang umno yang hingga hari ada masih ahli umno, tetapi mengapa berlaku pada orang pas Penulis bimbang ia akan rugi dan hina. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Memang setengah ahli pas dah jadi mcm perangai umno. Lihat apa yg berlaku kat kota damansara. Ada ahli yg sanggup turun berdemo maki SUAGUNG sendiri. Perangai biadap yg tak terfikir berlaku. Pimpinan kawasan diam seribu bahasa. Seolah olah menghalal kan nya. Jadi lah pas ganti umno. Perangai buruk umno tu la yg di ambil...
Catat Ulasan