Ahad, 5 Mei 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Cerita Lawak...Mengundi Guna Dakwat Kekal...ha..ha..ha..

Posted: 05 May 2013 12:51 AM PDT

Payah nak citer nie...ha..ha..ha..aku nak gelak dulu...hi..hi...ha...ha..ha..hu..hu...Tu ler pasai...tak tahu tak nak bertanya.Sebabnya semasa mengundi ni,ada sorang mamat..pegi menguindi...jadi dia gamaknya  baru kali pertama mengundi..apabila masuk ke pusat mengundi..diapun berilah I.C untuk buat pengesahan..jadi jari telunjuknya disapukan dengan dakwat kekal..

Mamat nie diberi kertas undi.Lalu Mamat nie masuklah ke kandang pengundi.Ade si brader Rock ni lalu dibelakang..sementara tu di intainya sikit kelaku si Mamat nie.Jadi nak dibuatkan citer..ternampak ler cap jari di petak yang sepatutnya dipangkah.Si brader berkata secara spontan nak dipangkah ke nak di cop jari?..satu dewan le ke dengor..udah ngulin ketawa...ha..ha...rope ropenye Mamat ni dicopnya jari yang ditanda dakwat tu kepada tempat yang sepatutnya dipangkah....tu..ler pasainye orang suruh sekolah,mengendap..lompat pagor...

Tu ler pasai...tolong koba tangkap rima..

Gambar Sekitar Hari Mengundi Di Telok Bakong ( Part 3 )

Posted: 05 May 2013 12:30 AM PDT












Gambar Suasana Pengundian Di Telok Bakong ( Part 2 )

Posted: 04 May 2013 11:06 PM PDT






Gambar Suasana Hari Mengundi Di Telok Bakong ( Part 1)

Posted: 04 May 2013 10:54 PM PDT



Gambar Malam persiapan Terakhir Menjelang PRU 13 di Telok Bakong

Posted: 04 May 2013 10:50 PM PDT



Jangan Subahat Musnahkan Dokumen Kerajaan

Posted: 04 May 2013 10:15 PM PDT

Anwar: Jangan subahat musnahkan dokumen k'jaan

Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi.

Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.

NONEBercakap dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan membantu melancarkan perjalanan kerajaan.

Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok.

"Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar

Ustaz Zulkifly Ibrahim Calun N 39 Melakukan Lawatan Ke Pusat Mengundi Telok Bakong.

Posted: 04 May 2013 09:26 PM PDT


Tepat pada pukul 11.00am,Ustaz Zulkifly Ibrahim telah melakukan lawatan dari tempat mengundi di seluruh Dun Bota.Di Telok Bakong rombongan beliau telah disambut dengan begitu meriah oleh masyarakat tempatan.Mereka telah mengambil kesempatan ini untuk bertemu secara terus dengan pemimpin mereka.

Dalam teruramah secara ringkas Ustaz Zulkifly telah meminta kepada sesiapa yang masih belum membuat pilihan,supaya memilih calun calun dari Pakatan Rakyat kerana dari sumber sumber kajian terkini,BN sedang mengalami keruntuhan dan para para pengundi di seluruh negara telah bersatu hati untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru.Sepatutnya pengundi pengundi dari Bota mengambil kesempatan ini turut bersama sama mengikut arus menaikkan pimpinan Pakatan Rakyat

Halang pengundi hantu tapi jangan sampai guna kekerasan – Anwar

Posted: 04 May 2013 08:44 PM PDT

pauh

PULAU PINANG 5 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak melanggar undang-undang apabila mengesan kehadiran pengundi hantu kerana dikhuatiri Umno BN menjadikannya alasan menghalang kemaraan ke Putrajaya.


"Kita tak boleh ambil tindakan undang-undang di tangan kita, kita kena tunduk kepada proses. Kita boleh halang, kita boleh tanya tapi kalau langgar peraturan – gopoh dan marah, ini akan digunakan untuk menentang kita.

"Jadi, saya beri nasihat tegas kepada kawan-kawan di seluruh negara supaya pastikan kita ikut peraturan. Jangan izinkan mana-mana kawan ambil tindakan keras dan langgar undang-undang.

"Kalau ini dilakukan, ia akan digunakan sebagai alasan untuk mempersulit proses. Kita boleh halang, kita boleh tanya. Ikut landasan supaya jangan dijadikan alasan untuk ganggu gugat kemenangan kita menawan Putrajaya.

"Boleh saya dapat jaminan?" katanya sebelum dibalas laungan 'Boleh' dari puluhan ribu rakyat pada ceramah Grand Finale di Tapak Expo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

 
Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana kerajaan Umno BN bukan sahaja menipu dan merompak kekayaan negara, malah hak rakyat untuk memilih pemimpin turut diganggu gugat.
Selain itu, Anwar juga meminta petugas datang awal bagi mengelakkan masalah manakala penyokong membantu memantau keadaan sekitar termasuk kemungkinan samseng Umno mengganggu kelancaran proses PRU 13.

"Lepas undi jangan balik. Mengundi kemudian pantau kawasan supaya jangan ada gangguan lain. Jangan ada samseng sebelah sana ganggu mana-mana petugas kita," katanya.

Mendedahkan maklumat terbaru betapa Umno semakin hilang sokongan hingga terpaksa meminta pertolongan daripada Tun Dr Mahatir Mohamad dalam kempen mereka, beliau menyifatkan Pakatan memiliki peluang baik untuk menawan Putrajaya pada PRU 13.

"Yakinlah, Ini peluang terbaik," katanya.
Untuk tonton rakaman, KLIK INI.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51664

Pantun Mengundi

Posted: 04 May 2013 08:38 PM PDT

Hujan Pergi,Keluar Matahari,
Rakyat Semua,Bersatu Hati,
56 Tahun,Bukan 56 Hari,
Apa Salah,Tukar Satu Kali..

Makan Sana Makan Sini
Hati Rakyat,Tidak Boleh Beli,

5 Bulan 5 Hari,
Pakatan Mari BN Pergi

Pakatan Naik,Kroni Mati,
Tak Jadi Tukar, Negara Mati


Sudah baca,jangan ragu ragu lagi,INI KALI LAH,Kasi keadilan naik tinggi dan Bulan terang lagi...

HIJRAH BOTA,               .....Rakyat Bangkit...Bota Berubah...

Suasana Pengundian Di Telok Bakong.

Posted: 04 May 2013 08:07 PM PDT

Pengundian di Telok Bakong berjalan dengan lancar dan tenang.Pengikut dan penyokong parti bekerja dengan bersemangat dan disiplin.Nampaknya tiada provokasi dari ketiga tiga parti.Pastinya penyokong PAS dan PKR berkerja secara bersama sama demi memenangkan calon calon dari pihak masing masing.

Kenderaan juga di sediakan untuk kemudahan pengundi.Dari parti PKR telah disediakan 5 buah kenderaan untuk mengangkut pengundi.Oleh itu kepada para pengundi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk mengundi bolehlah menghubungi Tuan Haji Bakar untuk mendapatkan kemudahan ini.

Pengundian berjalan lancar dan tenang di sekitar DUN Bota dan Parlimen Parit.

Posted: 04 May 2013 07:54 PM PDT

Pusat pengundian dibuka sejak dari pukul 8 pagi tadi.kedatangan pengundi pengundi adalah lurang di awal pagi.Tetapi keadaan nya bertambah sebok sejak dari pukul 9 pagi.Rata rata pengundian berjalan lancar tanpa adanya petunjuk pertunjuk berlakunya kekacauan.

Dipusat pengundian keadaan nampaknya teratu.Kenderaan pengangkut pengundi tidak dibenar pasang bendera kecuali stiker sticker kecil.

Di Bota Kiri semalam terdapat pihak pihak yang mendakwa sebagai pihak yang berkuasa cuba untuk merobohkan barong PAS.Namun dengan adanya bangkang dari penyokong PAS.Pihak tersebut terpaksa beralah.

Persembahan Libang Libu Di Tumbuh Hangat Dapat Sambutan Hangat..Masyarakat Orang Asal Akan Buat Perubahan Besar..

Posted: 04 May 2013 07:41 PM PDT

Kumpulan Libang Libu Sedang Sound Check Sebelum Persembahan
Ketua Kampung Batin Itam Sedang Menunjukkan Bakat Bermain Drum

Orang Asal Sememangnya Berbakat Dalam Bidang Muzik

Kumpulan Muzik Orang Asal Menunjukkan Bakat
Ini Group Orang Orang Lama

Ini Drummer Orang Telok Bakong...Gee Usop
Ustaz Ismi Beri Ucapan
Ustaz Zul Menyampai Cenderahati Kepada Pak Itam
TBO...Jangan Tangkap Gambarr Sssaya...Sssaya Malu...

Tiada ulasan: