Ahad, 5 Mei 2013

Addin

Addin


(Kemaskini) LIVE!! Ketua Pemuda PAS, Ust. Nasrudin Tantawi Menang Di Parlimen

Posted: 05 May 2013 09:56 AM PDT


Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.

LAPORAN LANGSUNG

11.43: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.DAP - 33,863BN - 26,499DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:DAP - 28,058 BN - 16,192 Bebas - 137Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.DAP - 29,942BN - 19,3659.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).PKR - 23,125BN - 19,580 Bebas - 126Undi yang dijumlahkan: 59.55% 9.38pm: Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP.

9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih.

9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.DAP - 22,312BN - 15,007
8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

Jumlah pengundi: 37,787

7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN).

PKR – 9, 845
BN – 4,117 

7.59pm: Di Air Putih, penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut.

DAP - 3,180
BN - 655

Jumlah pengundi: 13,848

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor:

Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN). 

PKR - 5,855 
BN – 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369 
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914


7.47pm: TAK RASMI: Tengku Adnan menang di Putrajaya

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor;

Di Segamat, Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914

7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN).

PKR - 5,131
BN - 3731

Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804 
PAS - 4366

Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.

7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642 

7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan "Pakatan Rakyat telah menang".

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.

Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

7.24pm: Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.

DAP - 3,567
BN - 3,422

7.22pm: Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor, Perak.

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai. 
DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini.

7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.
BN - 1,783
PKR - 76
Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.

7.07pm: Chong Chieng Jen (DAP) sedang mendahului calon BN Tan Kai (BN) di Bandar Kuching, Sarawak.
BN - 3,328
DAP - 6,247

Sementara itu, Julian Tan Kok Ping (DAP) juga mendahului Yong Koon Seng (BN) dan Soo Lina (Star) di Stampin.
BN - 3,565
DAP - 6,115
Bintang-3

7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.
BN - 1,354
DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.
DAP - 1,499
BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Air Putih dalam kiraan awal.
DAP - 820
BN - 171

Terdapat 13,848 pengundi di DUN ini.

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di kerusi Parlimen Kulai di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)
DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).
BN - 1,532
DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).
6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.

~mkini



Iklan C (ii)

 

Gambar Helikopter Di Naiki Hishamuddin Dan Keluarga Terbalik

Posted: 05 May 2013 05:11 AM PDT


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik. Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor. ~sinar harian

Addin :

Petanda BN nak terbalik..




Iklan C (ii)

 

Perjumlahan Bermula - PKR Di Jangka Rampas Seratok

Posted: 05 May 2013 03:43 AM PDT


Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.

LAPORAN LANGSUNG

6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.



Iklan C (ii)

 

(Video) Hantu Kantoi Tak Pandai Nyanyi Lagu Negaraku

Posted: 05 May 2013 02:51 AM PDT


Seorang pengundi yang mencurigakan dari Sabah disoal oleh petugas Pakatan Rakyat di Pandan, Selangor, apabila dia cuba untuk menuntut wang di pondok mereka selepas mengundi.

Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu pemberita bahawa pengundi tersebut, Mazlan Zulkiflee, datang ke pondok parti itu di luar pusat mengundi di Taski Abim Taman Mawar untuk menuntut RM700 pada kira-kira 1 tengahari ini.

Beliau menunjukkan dokumen termasuk kad pengenalan dengan alamat di Taman Mawar, dan tiket penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia tidak boleh menyanyi lagi Negaraku apabila diminta berbuat demikian dan tidak ingat alamat yang tertera pada kad pengenalannya.

"Jika anda tanya kepada saya, saya mengesyaki dia rakyat Indonesia," kata Rafizi samil menambah percakapan lelaki itu bunyai seperti orang Indonesia dari Sabah.

Lihat video di SINI.



Iklan C (ii)

 



Gambar Terbaru Pengundi Hantu Di PRU13

Posted: 05 May 2013 01:48 AM PDT








Kesemua gambar-gambar di atas berjaya membuktikan bahawa pengundi hantu sememangnya wujud dalam pilihan raya umum kali ini.

Beberapa keping gambar termasuk yang kedua dan ketiga berjaya dikesan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana, Petaling Jaya.

Ada di antara mereka nampak selamba seolah-olah negara ini mak bapak dia punya.

Persoalannya, siapakah yang telah memberikan MyKad ini kepada pendatang asing ini?

Bagaimana dengan keputusan pengundian yang akan dibuat malam ini?



Admin mendapat maklumat bahawa sebuah van penuh dengan Bangla juga berjaya ditangkap di Sekolah Menengah Sri Pantai, di parlimen Lembah Pantai yang menyaksikan pertarungan sengit antara Nurul Izzah Anwar dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Kartunis Zunar memberitahu Bangla yang berjaya ditahan cuba membuang undi tetapi nasib baik skuad AMK Lembah Pantai berjaya mengkantoikan kerja jahat mereka.

Bukan setakat Bangla, warga Myanmar, Nepal dan semestinya Indonesia juga dikesan di beberapa pusat mengundi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) tergamak menggadai kedaulatan negara hanya kerana mahu terus berkuasa lima tahun lagi?

Bangla yang ditangkap di Kota Kemuning, Shah Alam sebentar tadi

Apakah penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam isu ini?

Mengapa sehingga kini warga asing tanpa izin yang kononnya diberi peluang pemutihan tergamak mencampuri urusan masa depan negara?




Tidak lain tidak bukan, segala persoalan dan petualang negara ini hanya akan boleh diambil tindakan apabila rakyat mengundi Pakatan Rakyat dalam tempoh beberapa jam lagi.








Iklan C (ii)

 

Pakatan Rakyat Di Jangka Kembali Menguasai Perak Dengan Lebihan Kerusi.. Ini Buktinya

Posted: 04 May 2013 11:18 PM PDT

Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti muda di samping menambah beberapa kerusi Parlimen. Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, Pakatan memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31kerusi DUN di negeri itu. Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama.

Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering ( 899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya.

Di Changkat Jering, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (lihat gambar, kanan sekali) sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu Malim Nawar dan Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).

Di Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia (kiri) yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas.

Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan askar Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM.

Untuk kerusi Parlimen Bagan Datok, Padang Rengas, Grik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan.

Di Sungai Siput, walaupun PKR menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu Datuk Seri S Samy Vellu (kiri Devamany, kanan Samy Vellu) .

Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari PKR dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu.

Di Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasat jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu.

Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen.



Iklan C (ii)

 

Kerusi Ini Bakal Di Menangi Pakatan Rakyat Johor

Posted: 04 May 2013 07:25 PM PDT


Menurut kedudukan terbaru yang dikeluarkan setakat jam 8 malam tadi, Johor dijangka akan menyumbang sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen daripada 26 keseluruhan bagi mencerahkan peluang ke Putrajaya.

Analisis dari sumber maklumat dalaman Umno memberitahu lapan kerusi berkenaan ialah Kulai, Kluang, Tanjong Piai, Labis selain mempertahankan parlimen Bakri.

Paling mengejutkan, parlimen Gelang Patah turut tersenarai antara kerusi yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat melalui Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Kit Siang dijangka menewaskan BEKAS menteri besar, Abdul Ghani Othman dengan majoriti sekitar 2100 hingga 2400 undi.

Dua lagi kerusi yang dijangka boleh ditumbangkan ialah parlimen Pulai dan Segamat.

Ini berdasarkan kepada peralihan sokongan orang Melayu yang agak perlahan sekitar 20 ke 25 peratus setakat semalam.

Jika undi swing orang Melayu malam ini meningkat sehingga 35 peratus dengan syarat undi Cina kekal 80 peratus dan India 50 peratus, lima lagi kerusi parlimen BN dalam bahaya.

Kerusi tersebut adalah Muar, Ledang, Tebrau, Sekijang dan Batu Pahat.

Malangnya, Pakatan Rakyat hampir pasti gagal menawan parlimen Johor Bharu dan Ayer Hitam kerana sentimen pengundi terhadap calon BN masih menebal.

Johor Bharu ditandingi Shahir Samad manakala BN Ayer Hitam meletakkan Wee Ka Siong.

Peluang cerah dilihat di parlimen Pulai apabila graf Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kini meningkat hingga 49.6 peratus dan menjelang esok, ia pasti akan meningkat mengatasi calon BN, Nur Jazlan Mohamed.

Sementara di Segamat pula, kedudukan timbalan presiden MIC, S Subramaniam untuk mempertahankan kerusinya makin sukar selepas demonstrasi besar-besaran pekerja bank NUBE semalam sudah cukup mencalar reputasinya selama ini.

Chua Jui Meng kini cuma ketinggalan sekitar 0.8 peratus atau 49.2 peratus untuk menyamakan kedudukan 50:50 dengan Subramaniam.

Kerusi-kerusi lain BN sedang mendahului Pakatan Rakyat kurang dari lima peratus antaranya parlimen Sembrong (BN 52.7 peratus), Parit Sulong (BN 53.1 peratus) dan Kota Tinggi (BN 54.3 peratus).

Sekiranya kedudukan ini kekal, Pakatan Rakyat cuma mengharapkan sekitar 20 kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk melepasi angka 112 bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Angka tersebut jelas tidak mustahil kerana sumber dari negeri Borneo juga memaklumkan sekitar enam hingga 10 kerusi bakal dirampas di Sabah manakala lima hingga 10 kerusi juga disumbang dari Sarawak.




Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: