RAKYAT MARHAEN |
- 505: Penduduk setempat di Sabah belasah pengundi ‘hantu’
- SPR: 80% keluar megundi, paling tertinggi
- PRU13: Pengundian tamat, pengiraan bermula
- 505 : Jumlah Keluar Mengundi Di Parlimen Tanah Merah
- 505: Sidang media Pakatan di One World Hotel
- 505: Voting ends, counting begins
- 505: 3 cedera dalam pergaduhan di Air Putih
- 505: Haron Din, Karpal Singh lapor polis/SPR berhubung dakwat kekal
- THE MOMENT OF TRUTH: Najib has failed as a leader and BN as a government
- 505: Pengundi pos undi dua kali?
- 505: Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing
- 505: 12 Myanmar dan Bangladesh ditahan di Lembah Pantai
- Dakwat Tidak Kekal: Haron Din buat aduan rasmi kepada SPR, polis
- 505: CEO Mkini mangsa undi hantu?
- GE13 Polling: Anwar and Azizah vote at Permatang Pauh P44
- 505: Perkembangan PRU13 di Penanti, P.Pinang 1 petang
- 505: Suasana mengundi di Parlimen Pandan, Ampang dan Titiwangsa
- 505: Lensa Parlimen Pandan
- 505: Lensa Parlimen Titiwangsa
- Phantom voters: Rafizi lodges report
- 505: SPR tidak bimbang ‘dakwat kekal’ tidak kekal
- 505: Close to 60pc have voted - EC
- 505: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Di Selangor, Negeri Sembilan Setakat 1 Tengah Hari
505: Penduduk setempat di Sabah belasah pengundi ‘hantu’ Posted: 05 May 2013 03:21 AM PDT Dalam Laporan yang dihantar saksi ditempat kejadian, insiden belasah tersebut berlaku di Inobong, manakala dalam satu insiden berasingan di Moyog, kerusi dewan undangan negeri (DUN di Parlimen Penampang pula pengundi "hantu" dikatakan telah ditahan anggota polis hasil aduan penduduk tempatan. Disamping itu, beberapa pengundi dalam keadaan mencurigakan turut dikesan penyokong PKR yang membuat pemantauan di Sekolah Chung Hwa, namun apabila didekat mereka cuba melarikan diri dan didapati tergesa-gesa semasa mengundi di pusat pengundiaan. Pihak polis walaubagaimanapun tidak membuat sebarang pengesahan tentang dua pengundi "hantu" yang ditahan pada awal tadi di Inobong dan Moyog. Dalam perkembangan terkini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak menafikan penglibatan terhadap tuduhan pengundi "hantu" pagi tadi. Perdana menteri sementara yang mengetuai gabungan pemerintah itu dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah menulis di akaun Twitternya @najibrazak BN komited untuk pilihan raya adil. "Pertuduhan mengatakan parti mesra BN membawa pekerja asing untuk mengundi adalah tidak benar. Kami komited untuk pilihan raya adil," tulis beliau. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media juga berkata pihak polis akan memastikan tiada pengundi hantu atau warga asing mengundi pada Pilihan Raya 2013. Read More / Baca Lagi >> |
SPR: 80% keluar megundi, paling tertinggi Posted: 05 May 2013 03:19 AM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini. Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya. Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang. Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu. Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. - Bernama |
PRU13: Pengundian tamat, pengiraan bermula Posted: 05 May 2013 03:16 AM PDT Selepas 15 hari tempoh berkempen dan ratusan bantahan berkenaan dengan penyelewengan pilihan raya hari ini, Malaysia akan mengetahui dalam beberapa jam lagi siapa yang akan memerintah negara, meletakkan titik noktah kepada ketidaktentuan. Tinjauan awal menyaksikan pertarungan sengit diantara pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), pembangkang persekutuan yang mensasarkan untuk menamatkan penguasaan BN selama lebih separuh abad. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Center for Opinion Research 42 peratus pengundi mengakui PR perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara berbanding 41 peratus yang mengatakan hanya BN yang boleh mentadbir negara. Akan tetapi empat peratus pengundi enggan memberikan maklum balas sedangkan 13 peratus pengundi mengatakan "tidak tahu" membuktikan pertarungan sengit diantara kedua-dua gabungan itu. Read More / Baca Lagi >> |
505 : Jumlah Keluar Mengundi Di Parlimen Tanah Merah Posted: 05 May 2013 03:04 AM PDT |
505: Sidang media Pakatan di One World Hotel Posted: 05 May 2013 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyambut kemenangan pilihan raya ke 13 dan akan membuat pengumuman mengenainya seawal jam 9 malam ini. Read More / Baca Lagi >>Sebuah dewan telah di tempat di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut. Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini. Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat. Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini. Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini. |
505: Voting ends, counting begins Posted: 05 May 2013 02:26 AM PDT According to the Election Commission the first results are expected after 7pm. After 15 days of hectic campaigning that ended with hundreds of complaints of polling irregularities today, Malaysia will find out within hours who will be the next to helm their nation, finally putting an end to more than a year of uncertainty. The acrimonious campaigning also culminated in violence today, when a crowd swarmed a police van in Ayer Hitam following allegations that two youths were assaulted by men inside. Penang caretaker chief minister Lim Guan Eng was forced to the scene to defuse the situation. Three men were reported hurt, while one was arrested. Blasts had also been reported at several locations during campaigning last week, forcing police to come out repeatedly to publicly reassure voters of safety measures at polling stations. Election 2013 saw the introduction of indelible ink by the Election Commission, but the move has left a stain on the regulators after voters complained en masse of the ease with which the supposedly-permanent markings were removed. Early ground surveys had reported a neck-and-neck race between the ruling Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR), the fledgling federal opposition pact that is gunning to break BN's half-a-century hold over Malaysia. According to a poll by Merdeka Center for Opinion Research released on Friday, PR is ahead of BN by a hair's breadth, with 42 per cent of those surveyed backing the opposition pact and 41 per cent batting for BN. Read More / Baca Lagi >> |
505: 3 cedera dalam pergaduhan di Air Putih Posted: 05 May 2013 02:25 AM PDT Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang. Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah. Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah - manakala BN mentadbir di sembilan negeri. Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia. LAPORAN LANGSUNG 5pm: Tempoh pengundian secara rasminya berakhir. SPR menjangkakan keputusan dapat diketahui seawal jam 7 malam. 4.44pm: Segamat, Johor - Satu pusat pengundian di Dewan Serbaguna Jementah yang hanya mempunyai satu saluran pengundi terputus bekalan elektrik. "Orang-orang kami sedang berkawal. Kami berharap kertas undi dapat dikira menjelang jam 6 atau 7 petang," kata calon DAP Jementah Tan Chen Choon yang bimbang perkara tidak diingini berlaku sebelum pengiraan tersebut. 4.50 pm: Seremban - Secara umumnya pengundian di seluruh Negeri Sembilan secara umumnya dilihat berjalan lancar. Petugas-petugas di bilik gerakan PKR negeri yang ditemui juga berkata mereka tidak menerima sebarang aduan insiden luar biasa sepanjang pengundian berlangsung hari ini. 4.40pm: Alor Setar, Kedah - Di sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani melalui kawasan Pengkalan Kundor, anak-anak muda bermotosikal membawa bendera PAS seolah-olah meraikan kemenangan. Read More / Baca Lagi >> |
505: Haron Din, Karpal Singh lapor polis/SPR berhubung dakwat kekal Posted: 05 May 2013 01:52 AM PDT KANGAR, 5 Mei — Dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membuat laporan masing-masing kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa dakwat kekal yang digunakan semasa pengundian pilihan raya umum ke-13 hari ini boleh tanggal bila dibasuh dengan sabun. Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membuat laporan polis di Balai Polis Kangar di sini mengatakan dakwat yang disapu di jarinya tidak kekal apabila beliau membasuh calitan dakwat itu dengan air dan sabun biasa untuk melihat sejauh mana dakwat itu kekal. Calon PAS bagi kerusi parlimen Arau itu mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Empat pada pukul 8.25 pagi. Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata laporan polis yang dibuat Haron itu ialah antara 28 kes berkaitan pilihan raya umum yang dilaporkan kepada polis sejak tempoh berkempen sehingga hari mengundi. Sementara itu di GEORGE TOWN, Pulau Pinang Pengerusi DAP Karpal Singh membuat laporan kepada SPR mendakwa dakwat di jarinya hilang selepas dicuci dengan sabun dan air selama 10 minit. Beliau berpatah balik ke pusat pengundian di Penang Free School bagi kawasan parlimen Jelutong selepas kira-kira dua jam mengundi. Read More / Baca Lagi >> |
THE MOMENT OF TRUTH: Najib has failed as a leader and BN as a government Posted: 05 May 2013 01:39 AM PDT The prodigious prophecy now is that the next prime minister of Malaysia will be Anwar Ibrahim. This is the opinion of majority Malaysians, according to many surveys done by local independent bodies. And with this development UMNO together with Barisan Nasional (BN) may lose many more seats in the 2013 general election as compared to what they encountered in the 2008 general election. Many opinion surveys have also shown that the fate of UMNO and BN in the coming general election will be shoddier than that of 2008. The general expectation is that Pakatan Rakyat (PR) will form the next government. Anwar has now become more popular Najib Abdul Razak's – the caretaker prime minister – popularity has plunged significantly and Anwar's fame has ominously increased. Surprisingly, in one of the surveys it was also found that Khalid Ibrahim the caretaker Menteri Besar (MB) of Selangor has come out to be more popular than both Anwar and Najib. This further approves Khalid's efficacious performance as MB of Selangor for the past five years. The observable finding implies that Anwar has now become more popular than Najib to become the next prime minister and of Khalid – the most popular MB Selangor has ever had in history – is set to win big in Selangor. Caretaker leaders of the other three states – Penang, Kelantan and even Kedah – have also been rated positively in the many surveys done in the past few months. Lim Guan Eng of Penang has been appraised as the best Penang Chief Minister (CM) the state has ever had since independence. With his fair-mindedness, honesty, popularity and competence the people of Penang will naturally reinstate him as the CM of the state. Nik Aziz Nik Mat – the caretaker MB of Kelantan – will always remain as the most 'revered' MB the county has ever had. He is always mobbed by huge crowds where ever he presents himself in the country and this was evident in his recent visit to Putrajaya to endorse Husam Musa's candidacy at the precinct. A humble and simple man who does not have any flavour for any posh lifestyle Nik Aziz gets the support of all the races in the country. According to surveys, PAS led government of Kedah under the unpretentious stewardship of Azizan Abdul Razak still has the edge over BN and the state will remain under PR. The political tsunami has now swept almost all states in the country and this time around it's predicted that many more states will be flounced by PR. Most Malaysians are optimistic now that Putrajaya will be captured by PR in the 13th general election. Hudud backfires on UMNO |
505: Pengundi pos undi dua kali? Posted: 05 May 2013 01:37 AM PDT Ini bermakna semua pengundi pos dan pengundi awal berpotensi untuk menjadi pengundi hantu. PETALING JAYA: PKR mendedahkan seorang pengundi yang dikenali telah mengundi dua kali di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh hari ini dan sekaligus mengesahkan wujudnya pengundi hantu.Pengundi tersebut ialah seorang petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengundi secara pos namun apabila beliau pergi ke Pusat Mengundi Tanjung Berembang dalam kawasan Sungai Acheh, beliau dibenarkan mengundi sekali lagi. "Ini bermakna semua pengundi pos dan pengundi awal berpotensi untuk menjadi pengundi hantu," kata Edy Noor Reduan, pengarah media calon PKR N21 Sungai Acheh. Dalam pada itu katanya, dua orang pengundi disyaki warga asing ditahan di perkampungan Cina Sungai Udang. Menurut beliau, pegawai PACA (Polling Agent Counting Agent) PKR telah membuat bantahan kerana kampung tersebut hampir 100 peratus orang Cina dan mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain. |
505: Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing Posted: 05 May 2013 01:32 AM PDT SHAH ALAM 5 MEI : Beberapa warga asing Myanmar dan Indonesia berjaya ditahan di pusat pembuangan undi di sini hari ini dipercayai pengundi hantu. Petugas Pakatan Rakyat berjaya mengesan mereka berdasarkan perwatakan mereka yang meragukan. Calon PR DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu dan berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengabaikan isu berkenaan. "Di Padang Jawa, kita telah menangkap dua tiga pengundi hantu warga Myanmar dan Indonesia pagi ini di pusat mengundi. "Kerisauan kita selama ini berasas. Saya sebagai calon berharap SPR jangan defensif, dia kena jawab secara benar. "Kenapa masih ada daftar yang tidak bersih," katanya kepada TVSelangor hari ini. Calon PR Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata penangkapan hari ini membuktikan bahawa apa yang didakwa Pakatan selama ini adalah benar. "Pengundi hantu dikesan dan ditahan di Seksyen 7 dan 24. Tahniah kepada petugas yang menahan mereka," katanya. Isu pengundi hantu menjadi hangat di Selangor dengan laporan mengatakan terdapat usaha membawa sekumpulan warga asing dengan penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA menjelang hari mengundi. |
505: 12 Myanmar dan Bangladesh ditahan di Lembah Pantai Posted: 05 May 2013 01:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Enam warga Myanmar dan sebuah van yang dipenuhi enam warga Bangladesh di'ajak minum teh' oleh orang ramai setelah cuba memasuki tempat mengundi. Read More / Baca Lagi >>Mereka dibawa keluar dari kawasan itu untuk diajak minum teh dan tidak dibenarkan oleh orang ramai pergi ke pusat pengundi. 12 mereka itu didapati cuba memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Pantai Dalam dalam Parlimen Lembah Pantai. Di Sekolah Kebangsaan Sri Suria, Bangsar pula Harakahdaily diberitahu, beberapa buah kenderaan bercermin gelap memasuki kawasan pengundian itu melalui pintu belakang. Tidak diketahui apa tujuan tetapi kejadian yang berlaku ketika pengundian sedang berjalan menimbulkan kekecohan di sekolah itu. |
Dakwat Tidak Kekal: Haron Din buat aduan rasmi kepada SPR, polis Posted: 05 May 2013 01:00 AM PDT (Dr Haron menunjukkan kesan dakwat pada jarinya...dari ada dakwat kepada bersih sebersihnya) KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memberikan penjelasan bagaimana dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal. Beliau yang merupakan calon PAS di Arau, Perlis membuat laporan rasmi kepada Pengarah SPR Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Taib di Pejabat SPR Perlis jam 2.30 petang ini. Sebelum itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kira-kira jam 12. 15 tengahari tadi. "Pegawai SPR itu gagal menjawab segala persoalan yang saya kemukakan walaupun dia berjanji untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasannya. "Sehingga sekarang saya tidak mendapat jawapan itu," kata Dr Haron kepada Harakahdaily. Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK (C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal. Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang "solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya. "Kalau begini saya ingin satu, siapa yang menipu siapa," kata Dr Haron ketika menghubungi Harakahdaily. |
505: CEO Mkini mangsa undi hantu? Posted: 05 May 2013 12:54 AM PDT Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran hari ini mengalami pengalaman mengejutkan apabila agen tempat mengundi daripada tiga pihak berbeza cuba menghalangnya daripada mengundi. Mereka mendakwa, seseorang dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengannya sudah pun selesai membuang undi. Premesh berkata, kejadian itu berlaku di pusat pengundian di Sekolah Alam Shah di Seksyen 12 Petaling Jaya tengah hari ini. Bagaimanapun, ketika berada di bilik mengundi, kata Premesh lagi, semakan kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau memang belum mengundi. "Dia mengumumkan nama dan nombor pengundian saya. "Tetapi ketika saya hendak mengundi, kesemua tiga pemantau daripada BN, PKR dan DAP semua membantah, mereka menegaskan nama saya sudah dipangkah pada senarai mereka," katanya. Bagaimanapun kerani SPR mempertahankan bahawa nama Premesh ada dalam senarainya. |
GE13 Polling: Anwar and Azizah vote at Permatang Pauh P44 Posted: 04 May 2013 11:43 PM PDT |
505: Perkembangan PRU13 di Penanti, P.Pinang 1 petang Posted: 04 May 2013 11:42 PM PDT |
505: Suasana mengundi di Parlimen Pandan, Ampang dan Titiwangsa Posted: 04 May 2013 11:42 PM PDT |
Posted: 04 May 2013 11:41 PM PDT |
505: Lensa Parlimen Titiwangsa Posted: 04 May 2013 11:33 PM PDT |
Phantom voters: Rafizi lodges report Posted: 04 May 2013 11:27 PM PDT The Pandan PKR candidate lodged the report over some Chinese 'voters' living in an Indian voter's house. KUALA LUMPUR: PKR's candidate for Pandan, Rafizi Ramli, today lodged a report at the Ampang Jaya district police headquarters over suspected phantom voters in his constituency. With him were Pandan voters Seok Leong Yew and Sivaprakasam a/l S N Karuppiah, who today complained of unknown individuals being registered as voters at their respective homes in Taman Dagang. "I received these slips of voter information in my post box early this morning. I don't know who they are so I straight away complained to the polling agents," said Sivaprakasam. The three voter slips Sivaprakasam received had the BN logo and contained details of Chinese voters with his home address, despite the fact that he had lived in the house since 1999. Meanwhile, Seok had received similar slips of four Chinese strangers apparently living under his roof without his knowledge, and immediately lodged a complaint to polling agents earlier this morning. "Our polling agents were immediately on alert, so when one of the men addressed to Seok's house went to vote, our agents quickly objected to it," Rafizi told reporters here before lodging the report. "This guy — Chen Yew Fai — ran away without voting. We were unable to catch him." Rafizi said he strongly suspected the strangers registered to the two voters' house were phantom voters, and wondered aloud how many houses they were registered to. "We are highly suspicious that these are phantom voters. "How can you have multiple people registered under the same address? How were they registered to these houses in the first place?" |
505: SPR tidak bimbang ‘dakwat kekal’ tidak kekal Posted: 04 May 2013 11:25 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan hari ini mereka tidak bimbang dengan dakwat kekal yang boleh dibasuh, mengatakan pengundi tidak boleh mengundi dengan satu nombor kad pengenalan. Beberapa pengundi dilaporkan berjaya menghilangkan dakwat kekal dijari mereka yang bertujuan untuk mengelakkan pengundian berulang selepas mengundi, dengan hanya menggunakan sabun dan air. "Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada pemberita di pusat mengundi SMK Bukit Bandaraya, Bangsar di sini hari ini. "Bagaimana dia boleh mengundi tanpa MyKad atau nombor IC? Satu nama hanya ditulis sekali," tambah beliau. Apabila ditanya tentang kualiti dakwat kekal, dakwat untuk mencegah penipuan, Wan Ahmad berkata: "Pembekal menghantar kualiti yang macam mana, kita tidak tahu." Apabila dibangkitkan tentang SPR mempunyai satu tahun untuk memilih dakwat berkualiti, Wan Ahmad mengatakan ia merupakan proses yang "rumit." Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Lee menujukkan jari yang sudah dibersihkan kepada pemberita di sini, ditanda dengan dakwat kekal selepas mengundi di Bukit Gasing di Petaling Jaya. "Saya tidak fikir dakwat ini kekal. Saya gunakan sabun pencuci dari dapur. Salah satu dari jenama murah," kata Lee dan menambah beliau datang ke sini untuk berjumpa kawan. Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara, dicemarkan dengan laporan dakwat kekal boleh dihilangkan mudah, pembelian undi dan pengundi hantu. Read More / Baca Lagi >> |
505: Close to 60pc have voted - EC Posted: 04 May 2013 11:23 PM PDT Not counting early and postal voters, 7,600,499 or 58.99 per cent of registered voters have gone to the polls today. Voters in Kelantan lead the numbers, with 560,274 or 61.82 per cent already out to vote. The Federal Territory of Labuan had the lowest voter turnout so far, at 10,162 voters or just 44.2 per cent. |
505: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Di Selangor, Negeri Sembilan Setakat 1 Tengah Hari Posted: 04 May 2013 11:22 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Peratus keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 setakat 1 tengah hari ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar. Di Perak, SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi. Di Pahang, seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi juga telah mengundi sehingga 11 pagi. Kelantan pula mencatat 13.19 peratus daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi. Sementara itu, pusat pengundian di kawasan terpencil di Sabah iaitu di Kampung Mangkasulap, Beluran dan beberapa tempat di Penampang dan Kudat ditutup pada pukul 11 pagi. -- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan