Ahad, 5 Mei 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pertembungan PAS Dan PKR Pada PRU13 'Makan Diri'

Posted: 05 May 2013 08:54 PM PDT



E-mailPrint
alt
KUALA LUMPUR 6 May - Pergelutan antara parti komponen pakatan pembangkang dalam perebutan dibeberapa kerusi yang dipertandingkan pada PRU13 dilihat seperti 'memakan' diri sendiri.

Menurut keputusan rasmi yang diperoleh, pertembungan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di lima kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor, Terennganu dan Kedah menyaksikan keputusan kalah di semua kawasan.

DUN Sungai Acheh, kerusi paling panas dalam pergelutan PKR dan PAS menyaksikan Badrul Hisham Shaharin (PKR) memperoleh 6,083 undi manakala Mohd Yusni Mat Piah dari PAS mendapat 690 undi sekaligus hilang wang deposit.

Kedua-dua calon tersebut tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Mahmud Zakaria dengan 6,891 undi.

Di Selangor, pembangkang boleh mendapat majoriti mudah DUN Kota Damansara sekiranya PAS dan PKR bergabung, walaubagaimanapun kedua-duanya tewas kepada Halimaton Saadiah dari BN dengan jumlah 16,860 undi.

PAS meletakkan Ridzuan Ismai dengan perolehan undi sebanyak 7,312 manakala Mohd Nizar Hashim mendapat 14,860 undi di DUN tersebut serta tiga calon Bebas lain hilang deposit ekoran kekutangan undi.

DUN Panti di Johor pula menyaksikan Datuk Baderi Dasuki (BN) mendapat 12,174 undi manakala Azlisham Azahar dari PAS dan Moh Annuar Mohd Salleh dari PKR masing-masing memperoleh 2,004 dan 758 undi.

Dua kerusi DUN di Terengganu, Bukit Besi dan Kota Putera turut memperlihatkan keputusan yang sama dengan kedua-duanya dimenangi BN.

Sementara itu, Rozman Isli dari BN memperoleh 12,694 undi mengalahkan calon PAS, Ridzuan Ismail dengan 336 undi dan Tan Sri Ibrahim Menudin dari PKR dengan 6,069 undi di Parlimen Labuan

Tiada ulasan: