RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Bersama 20,000 Di Kulim Kedah
- PRU13: Flash Mob Paling Gempak!!! (Bulatan Pahang KL) - 3/5/2013
- MAY 6: A new dawn for Malaysia or a new reign of TERROR?
- PRU13: Anwar PM, dua TPM jika Pakatan ambil alih Putrajaya, kata Karpal
- PRU13: Letupan kecil bukan bom berhampiran ibu pejabat PKR
- PRU13: Peti Undi Awal boleh ditukar sewaktu Lokap di buka hari ni.
- Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di Kulim Bandar Baru
- GE 13-Penang ready for UBAH@Padang Kota Lama 3 MEI 2013
- PRU13: Flashmob geng PeraKite
- Tips for voters - Datin Anne
- TAN FAMLY CHANT: May 5 - the day to change govt!
- Anwar Ibrahim: Kempen PRU13 Langkap Perak
- Anwar Ibrahim: Kempen PRU13 Hutan Melintang Perak
- Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di Sg Petani Kedah - 3-5-2013
- STOPA : Menyekat Kelantan Dari Kemajuan
- PRU13: Pakatan tunjuk kekuatan dengan ceramah...Kutipan derma melebihi RM 1/2 juta...!!!
- PRU13: Harakah palsu diedar di seluruh Selangor
- PRU13: 'Tawar RM100,000 beli petugas DAP di Labis'
- PRU13: Pembongkaran Skandal di Tingkat 4 Putrajaya
- PRU13: Hari ini rakyat lawan BN - Salahudin
- PRU13: INI KALI LAH!!!.. PEMANDANGAN DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR
- PRU13: PAS DITERIMA DI MANA-MANA!!
- PRU13: UMNO WAJAR BIMBANG SEBAB JOHOR DAH NAK TUMBANG!!!!
- PRU13: BAKAL PM MALAYSIA YANG KE 7
- PRU13: Husam bos Putrajaya
Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Bersama 20,000 Di Kulim Kedah Posted: 03 May 2013 07:29 PM PDT |
PRU13: Flash Mob Paling Gempak!!! (Bulatan Pahang KL) - 3/5/2013 Posted: 03 May 2013 07:28 PM PDT |
MAY 6: A new dawn for Malaysia or a new reign of TERROR? Posted: 03 May 2013 07:20 PM PDT Indeed, we need no rocket scientist to tell us what the 6th day of May will bring us – for all Malaysians. If anything, we will sing in unison for the first time since the early days of Merdeka, the very song of Cat Stevens – the lyrics by Eleanor Farjeon: Read More / Baca Lagi >>Morning has broken, like the first morning Blackbird has spoken, like the first bird Praise for the singing, praise for the morning Praise for the springing fresh from the word. And the word is, 'We won the long and hard battle for justice and peace, harmony and progress for all Malaysians. So we need no cynical skeptic and recalcitrant politician to preach that a new dawn will not be for all Malaysians. We need no paid blogger to be the mouthpieces of sore losers as much as we need no patronizing media to spell doom. For the spirit of all Malaysians – blind to color and creed, but respectful of our unity in diversity, will jubilantly light a new dawn in the history pages of this nation. Sweet the rain's new fall, sunlit from heaven Like the first dew fall, on the first grass Praise for the sweetness of the wet gardens Sprung in completeness where his feet pass. |
PRU13: Anwar PM, dua TPM jika Pakatan ambil alih Putrajaya, kata Karpal Posted: 03 May 2013 07:16 PM PDT GEORGE TOWN, 4 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri ketujuh sementara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang akan menjadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya pada Ahad, kata Karpal Singh dari DAP dihadapan ribuan hadirin di Pulau Pinang malam tadi. "Sudah tentu orang yang layak untuk menjadi perdana menteri negara ini, dan kami dari DAP cadangkan dan sokong adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia," kata pengerusi kebangsaan DAP itu kepada hadirin yang bersemangat dan memakai baju merah, kuning dan hijau. "Hadi Awang boleh jadi timbalan perdana menteri. Lim Kit Siang boleh jadi TPM II dan menteri dalam negeri." |
PRU13: Letupan kecil bukan bom berhampiran ibu pejabat PKR Posted: 03 May 2013 07:14 PM PDT Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian jam 9.35 malam itu walau bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan serius dan kecederaan. Menurutnya hasil siasatan ditempat kejadian , pihaknya menemui sebuah telefon bimbit bersama bateri serta beberapa peralatan seperti spanar berhampiran kotak janakuasa eletrik milik TNB yang terletak 50 meter dari pejabat parti itu. "Beberapa saksi mendakwa terdengar bunyi satu letupan ketika kejadian, namun bahan letupan yang digunakan tidak menyebabkan letupan besar dan berkemungkinan suspek hanya menggunakan mercun ,"katanya ketika ditemui dilokasi kejadian,semalam. |
PRU13: Peti Undi Awal boleh ditukar sewaktu Lokap di buka hari ni. Posted: 03 May 2013 07:04 PM PDT Hari ini semua lokap yg menempatkan peti undi awal akan di buka diatas keperluan mengeluarkan kertas-kertas undi serta dakwat kekal yang juga di tempatkan didalam lokap. Sewaktu aktiviti ini berlaku peti-peti undi awal didalam keadaan tidak selamat. Didalam keadaan UMNO dan BN merasa terdesak sekarang ini. Apa sahaja boleh berlaku. Di Kuantan arahan OCPD Kuantan bertentangan sama sekali dari arahan pengerusi SPR yang menjanjikan bahawa peti-peti undi awal boleh di jaga sepanjang waktu dari 30april 2013 pada hari mengundi awal sehingga kertas undi di kira. Akan tetapi arahan pengerusi SPR tidak di endahkan dan wakil calon di arahkan pulang oleh OCPD. Kini saya di balai polis Kuantan. Pengawai SPR sudah hadir untuk buka lokap. OCPD tidak membenarkan saya masuk. Saya pula bertegas, lokap tidak boleh di buka tanpa saya. Keselamatan peti undi awal tergugat. Tahanan boleh mati didalam lokap.Ini kan pula peti undi yang tidak boleh melawan. Saya sudah hilang kepercayaan dengan institusi Polis. Adakah UMNO @ BN akan mencuri keputusan undi awal melalui institusi polis? Kemungkinan ini tidak mustahil berlaku. Fuziah Salleh. Naib Presiden PKR |
Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di Kulim Bandar Baru Posted: 03 May 2013 05:43 PM PDT |
GE 13-Penang ready for UBAH@Padang Kota Lama 3 MEI 2013 Posted: 03 May 2013 05:41 PM PDT |
Posted: 03 May 2013 05:41 PM PDT |
Posted: 03 May 2013 05:40 PM PDT |
TAN FAMLY CHANT: May 5 - the day to change govt! Posted: 03 May 2013 05:39 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Kempen PRU13 Langkap Perak Posted: 03 May 2013 05:38 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Kempen PRU13 Hutan Melintang Perak Posted: 03 May 2013 05:37 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di Sg Petani Kedah - 3-5-2013 Posted: 03 May 2013 05:37 PM PDT |
STOPA : Menyekat Kelantan Dari Kemajuan Posted: 03 May 2013 05:35 PM PDT |
PRU13: Pakatan tunjuk kekuatan dengan ceramah...Kutipan derma melebihi RM 1/2 juta...!!! Posted: 03 May 2013 09:46 AM PDT Di Esplanade, Pulau Pinang lautan manusia memenuhi kawasan itu bagi mendengar ceramah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Bagaimanapun, mood di situ lebih ceria apabila Lim terlebih dahulu menyanyikan lagu yang liriknya menyentuh isu politik wang yang didakwa berlaku di beberapa kawasan. Malah, kehadiran Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih menceriakan keadaan dengan cerita-cerita pendeknya yang lucu. Beliau kemudiannya meninggalkan Esplanade untuk ke satu lagi majlis di Tasek Gelugor. Ceramah di Pulau Pinang itu dipercayai terbesar di Malaysia sepanjang tempoh berkempen ini. Setakat jam 12.26 tengah malam, kutipan derma dipercayai sudah mencecah angka lebih RM500,000 dan ia masih belum habis dikira. Di Johor, beberapa ceramah besar berlangsung yang menyaksikan 4,000 orang hadir di Gelang Patah, 2,000 di Ayer Hitam dan 3,000 di Pasir Gudang. |
PRU13: Harakah palsu diedar di seluruh Selangor Posted: 03 May 2013 09:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Pencetak rasmi akhbar Harakah, Angkatan Edaran Sdn. Bhd hari ini membuat laporan polis berhubung Harakah palsu yang dipercayai diedar di seluruh Selangor hari ini. Pengarah Urusan Angkatan Edaran, Azlan Jan membuat laporan polis tersebut di balai polis seksyen 15, Shah Alam hari ini. Menurut laporan, dipercayai penyebaran Harakah palsu itu hari ini mensasarkan seluruh masjid di Selangor sempena solat Jumaat hari ini. Naskah palsu itu turut dijumpai para petugas PAS sebelum memaklumkannya kepada Azlan untuk membuat laporan polis. Sehubungan itu juga, semua pihak diseru tidak termakan propaganda murahan yang dimuat dalam Harakah palsu terbabit khusuanya menjelang pilihan raya umum 5 Mei ini. |
PRU13: 'Tawar RM100,000 beli petugas DAP di Labis' Posted: 03 May 2013 09:42 AM PDT "Petugas kempen saya menerima beberapa panggilan dari nombor- nombor peribadi meminta mereka supaya tidak membantu saya. "Mereka berkata, anda tidak perlu untuk menyertai MIC atau IPF (Barisan Progresif India), hanya tubuhkan sebuah NGO dan kami boleh membantu anda dalam apa jua cara yang anda mahu," kata Ramakrishnan (kiri) dalam satu sidang akhbar di Labis, Johor hari ini. Beliau menambah bahawa terdapat tiga insiden seumpama itu, dan dua petugas yang dihubungi berkaitan tawaran tersebut, telah melaporkan perkaranya di balai polis Tenang pagi ini. Salah seorang daripada mereka, N Genash (kiri), berkata panggilan pertama ialah pada 29 April yang menawar kepadanya RM50,000 dan jumlah itu dinaikkan kepada RM70,000 dan kemudian menjadi RM100,000. "Dia adalah seorang lelaki Cina yang tidak memperkenalkan dirinya, dia minta saya berhenti bekerja untuk Ramakrishnan.Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Pembongkaran Skandal di Tingkat 4 Putrajaya Posted: 03 May 2013 09:39 AM PDT |
PRU13: Hari ini rakyat lawan BN - Salahudin Posted: 03 May 2013 09:37 AM PDT KUALA LUMPUR: "Hari ni people vs Umno Barisan Nasional (BN)," demikian reaksi spontan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas tentang "tsunami dari Johor" yang kini melanda seluruh negara. "Hari ni sudah sudah sampai ke tahap yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. "Hari ni bukan lagi Pakatan Rakyat mencabar cengkaman kuasa BN. "Hari ni people vs Umno BN. Rakyat sendiri yang berlawan dengan Umno BN!" kata calon PAS bagi Parlimen Pulai itu. Salahuddin berkata, ribuan rakyat yang hadir sehingga ada yang mencecah jumlah puluhan ribu membuktikan satu tahap semangat. "Tahap semangat itulah yang menyatakan dengan jelas kepada kita bahawa apa yang berlaku kini adalah people vs Umno BN," katanya. Ketika di tanya apakah yang menyebabkan beliau begitu bersyukur sepanjang kempen beliau, Salahuddin terus berkata: "Peningkatan sokongan pengundi Melayu yang tidak disangka-sangka setelah sokongan pengundi Cina menjadi gelombang raksaksa yang luar biasa hebat." Beliau memberitahu, ramai orang kuat Umno di peringkat akar umbi di Pulai dan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya yang turut ditandinginya yang sebelum ini langsung tidak boleh didekati kini menjadi penyokong PAS malah ada yang menjadikan rumah mereka sebagai pusat operasi kempen PAS. "Kita juga menerima sokongan dari penduduk-penduduk di kawasan setinggan. Malah banyak perkara tidak disangka yang berlaku yang kesemuanya saya sifatkan sebagai pertolongan Allah," kata beliau. |
PRU13: INI KALI LAH!!!.. PEMANDANGAN DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR Posted: 03 May 2013 09:34 AM PDT Macam mana Najib tak panik dan gelabah.....Sesiapa pun akan rasa gentar dan cuak apabila melihat pemandangan seperti ini di pihak parti lawan. Pemandangan Ceramah anjuran PR sejak nak tiba PRU seperti ini sudah perkara lazim dan biasa. Lagi dekat nak tarikh mengundi lagi mengila rakyat turun sokong ceramah PR. Kehadiran puluhan ribu tanpa di angkut... tidak disediakan makanan dan minuman.. tidak di beri duit saku.. tiada Baju T percuma... sebaliknya terpaksa berjalan kai berkilo meter dan sampai ditempat ceramah kena keluar duit dari kocek sendiri untuk derma dana parti. Inilah Kebangkitan Rakyat yang mau tekad melakukan perubahan. |
PRU13: PAS DITERIMA DI MANA-MANA!! Posted: 03 May 2013 09:33 AM PDT Penerimaan PAS dari kalangan warga kita yang berada diluar negara terutamanya anak-anak muda dan pelajar cukup hebat dan memberangsangkan sekali... KENYATAAN BUKAN REKAAN. Bukan saja warga Melayu/Islam menerima perjuangan PAS malahan disokong padu oleh yang bukan beragama Islam. Itulah PAS for All... Pas untuk Semua...TAKBIR!!!!! |
PRU13: UMNO WAJAR BIMBANG SEBAB JOHOR DAH NAK TUMBANG!!!! Posted: 03 May 2013 09:32 AM PDT Rangkuman gambar ceramah Pakatan Rakyat di sekitar Johor, negeri kelahiran UMNO. Sambutan diberikan amat menggerunkan UMNO sekali, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk UMNO. Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup UMNO/BN pimpinan Najib Razak diperingkat pusat. Ramalan para pemimpin UMNO/BN yang UMNO/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya. Tidak mustahil dan menghairankan jika Pakatan Rakyat memerintah Johor jika mood rakyat ini diambil kira.. Ayuh!!! rakyat Johor bersama-sama dengan rakyat mau melakukan perubahan...PRU 13 ini adalah peluang terbaik...Peluang terbaik bukan datang selalu. INI KALI LAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA. |
PRU13: BAKAL PM MALAYSIA YANG KE 7 Posted: 03 May 2013 09:31 AM PDT Nostalgia, ceria dan bahagia... Rakaman gambar DSAI beberapa tahun sebelum dizalimi, difitnah, diaibkan dan dihumban ke dalam penjara. Beliau tidak gentar, mengalah dan terus bangkit semula untuk rampas kembali takhta kuasa dari parti yang gila kuasa. Pemimpin UMNO pecat tapi rakyat angkat!!! Kuasa rakyat kuasa keramat...PRU 13 ini riwayat UMNO akan tamat. |
Posted: 03 May 2013 09:24 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan