MIMPI SENJA |
- Ceramah terbesar PR di Pulau Pinang - kutipan derma mencecah RM500 ribu
- Hari ini Rakyat lawan BN, bukan lagi PR lawan BN - Salahuddin
- Kisah Zahid Hamidi ...
Ceramah terbesar PR di Pulau Pinang - kutipan derma mencecah RM500 ribu Posted: 03 May 2013 10:31 AM PDT Tinggal 36 jam sebelum mengundi, Pakatan Rakyat malam ini terus menunjukkan kekuatan melalui jumlah kehadiran ceramah di pelbagai tempat di seluruh negara yang mendapat sambutan hangat. Di Esplanade, Pulau Pinang lautan manusia memenuhi kawasan itu bagi mendengar ceramah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.Bagaimanapun, mood di situ lebih ceria apabila Lim terlebih dahulu menyanyikan lagu yang liriknya menyentuh isu politik wang yang didakwa berlaku di beberapa kawasan. Malah, kehadiran Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih menceriakan keadaan dengan cerita-cerita pendeknya yang lucu. Beliau kemudiannya meninggalkan Esplanade untuk ke satu lagi majlis di Tasek Gelugor. Ceramah di Pulau Pinang itu dipercayai terbesar di Malaysia sepanjang tempoh berkempen ini. Setakat jam 12.26 tengah malam, kutipan derma dipercayai sudah mencecah angka lebih RM500,000 dan ia masih belum habis dikira. Di Johor, beberapa ceramah besar berlangsung yang menyaksikan 4,000 orang hadir di Gelang Patah, 2,000 di Ayer Hitam dan 3,000 di Pasir Gudang. |
Hari ini Rakyat lawan BN, bukan lagi PR lawan BN - Salahuddin Posted: 03 May 2013 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR: "Hari ni people vs Umno Barisan Nasional (BN)," demikian reaksi spontan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas tentang "tsunami dari Johor" yang kini melanda seluruh negara. "Hari ni sudah sudah sampai ke tahap yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. "Hari ni bukan lagi Pakatan Rakyat mencabar cengkaman kuasa BN. "Hari ni people vs Umno BN. Rakyat sendiri yang berlawan dengan Umno BN!" kata calon PAS bagi Parlimen Pulai itu. Salahuddin berkata, ribuan rakyat yang hadir sehingga ada yang mencecah jumlah puluhan ribu membuktikan satu tahap semangat. "Tahap semangat itulah yang menyatakan dengan jelas kepada kita bahawa apa yang berlaku kini adalah people vs Umno BN," katanya. Ketika di tanya apakah yang menyebabkan beliau begitu bersyukur sepanjang kempen beliau, Salahuddin terus berkata: "Peningkatan sokongan pengundi Melayu yang tidak disangka-sangka setelah sokongan pengundi Cina menjadi gelombang raksaksa yang luar biasa hebat." Beliau memberitahu, ramai orang kuat Umno di peringkat akar umbi di Pulai dan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya yang turut ditandinginya yang sebelum ini langsung tidak boleh didekati kini menjadi penyokong PAS malah ada yang menjadikan rumah mereka sebagai pusat operasi kempen PAS. "Kita juga menerima sokongan dari penduduk-penduduk di kawasan setinggan. Malah banyak perkara tidak disangka yang berlaku yang kesemuanya saya sifatkan sebagai pertolongan Allah," kata beliau. Salahuddin juga yakin kesedaran semakin ramai pengundi Melayu tidak boleh dibendung lagi oleh pelbagai risalah perkauman yang diedarkan bagi membantu BN menghadapi arus kebangkitan rakyat kini. "Saya mengajak para pengundi Melayu supaya menyedari bahawa kita di dalam Pakatan hendak membebaskan mereka dari penipuan Umno yang hanya memperdayakan orang-orang Melayu dengan api perkauman, sentimen dan emosi," katanya. PAS, kata Salahuddin, hendak membawa orang-orang Melayu kepada era baru di bawah Pakatan di mana peruntukan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang menjamin kedudukan orang-orang Melayu akan diolah untuk menggerakkan usaha pemantapan pendidikan besar-besaran yang berteraskan usaha meningkat dan mengukuhkan pegangan mereka kepada agama Islam. "Kita hendak mengajak Melayu berpindah dari politik hasutan perkauman yang ditaja oleh Umno kepada politik membina kualiti bangsa Melayu berasaskan pendidikan dan keimanan kepada Allah. "Kita mengemukakan janji yang realistik iaitu pemantapan pendidikan dan keimanan yang menjadi senjata terbaik orang-orang Melayu. "Kita tidak janjikan ekuiti yang tidak pernah pun dapat dicapai, kita tidak janjikan angan-angan tidak kesampaian," tegas beliau. |
Posted: 02 May 2013 11:11 PM PDT Kisah Anak Zahid Hamidi . Dalam kempennya kepada pengundi Zahid Hamidi berpesan "Kalau muslimat PAS datang merayu undi ke rumah tuan2 dan puan2, jangan bukak pintu, jangan jawab salam!" Selepas kejadian eksiden yang menimpa anaknya sehingga koma, keadaan dah terbalik! Dalam satu majlis perjumpaan ahli majlis amanah ikhtiar di Bagan Datoh, Zahid Hamidi sambil menitiskan airmata merayu muslimat PAS mendoakan anak beliau yang masih dalam keadaan koma walaupun telah dibedah tempurung kepala kelmarin. Kejadian kemalangan yang berlaku depan mata anak sahabat aku (nama dirahsiakan). Alkisahnya, sebelum kejadian si Hafiz ni (anak Zahid Hamidi) menaburkan risalah2 memburukan Mursyidul Am PAS TGNA di sekitar kampung2 dalam parlimen Bagan Datoh. Apabila melintasi kawasan petugas Pakatan Rakyat sedang membuat kerja2 menggantung bendera kempen, beliau dengan angkuh menunjukkan isyarat thumb down kepada petugas2 tersebut. Akibat perbuatan itu motosikal berkuasa tinggi yang sedang ditunggangi (Motosikal Zahid Hamidi punya) tergelincir lalu berlakulah kemalangan. Melihat kejadian tersebut, petugas2 Pakatan Rakyat yang telah di 'thumb down' tadi lah yang menolong menyelamatkan beliau seterusnya menguruskan penghantaran ke hospital! http://thecybersniper.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan