RAKYAT MARHAEN |
- Tian, 3 others plead not guilty amid talk of an Umno 'hatchet job' to bring Najib down
- Akta Hasutan: Tertuduh mengaku tidak bersalah
- "Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup"...Jelas dan Nyata Kenyataan TGNA..Puak UG Bye..Bye...!!!
- Zunar's Cartoon Exhibition at Amcorp Mall
- Tipu PRU: SPR perlu berani sahut cabaran berdebat
- Pakatan elok boikot Parlimen dan DUN-DUN seluruh negara
- Polls over, new battle starts
- Dr Agus : Himpunan 505 Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat
- Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA - Separuh Akhir Di Kuantan..!!!
- Mereka yang memadamkan Umno adalah ‘pengkhianat’, kata Perkasa
- Wan Ahmad: Kami tidak akan lepaskan jawatan
- Mat Sabu: Siapa Yang Turut Mengundi? CIMB - Cambodia Indonesia Myanmar Bangladesh
- Shamsul Iskandar: Najib, Ini Adalah Kebangkitan Rakyat, Kamu Tipu Rakyat, Rakyat Bangkit Lawan Kamu
- Pak Samad: Awak Mahu Bersih, Tapi Ada Orang Mahu Kotor
- Tian, Tamrin and Haris re-arrested after four days
- The Unsung Heroes of GE13
- Rodziah : PM Puji Rosmah Berdasarkan KPI Atau Sebagai Suami Isteri
- Tian Chua, Tamrin, Haris rearrested in renewed crackdown
- Takpe,tak kisah jika 100 tahun lagi kena tipu oleh Umno/BN dan SPR.?
- Pasca PRU13: Muhasabah langkah berikutnya.....
- Kebangkitan Rakyat: Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih
- Tangkapan Politik: Tian Chua baru ditahan semula termasuk Tamrin, Haris dan Safwan Anang
- Tangkapan Politik: KPN pertahan tindakan tahan aktivis pembangkang
- Tangkapan Politik: Tamrin, Haris ditahan semula termasuk Safwan Anang
- Police to bolster safety for detainees
Tian, 3 others plead not guilty amid talk of an Umno 'hatchet job' to bring Najib down Posted: 28 May 2013 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR - MP for Batu Tian Chua, PAS politician Tamrin Ghafar, lawyer-activist Haris Ibrahim are now in the Sessions Court in Jalan Duta, Kuala Lumpur, where charges under the Sedition Act 1948 are being read to them. Read More / Baca Lagi >>The trio were arrested in a dramatic manner late yesterday and then rather oddly, released after giving their statements. All 3 men are due to be charged under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948 over speeches they made between 8.55pm and 11.15pm at the KL Selangor Chinese Assembly Hall on May 13, 2013. Student activist Muhammad Safwan Anang, who was also at the same forum, is also due to be charged for the same purported offense. All four men pleaded not guilty. Tian, Tamrin and Haris posted bail and were free. However Safwan, after consulting his wife, will remain under remand until Friday. No wonder Umno lost the popular vote Human rights activist Hishamuddin Rais, whom the police are believed to have issued a warrant of arrest for, is due to 'surrender himself' at 10.30am according to sources. Hishammuddin had also given a speech at the forum. Outside the courtroom are a crowd of supporters from the activists and NGO community including Auntie Bersih. The media is also out in full force. "To me, this is a stupid move by a regime that proves why it failed to win the popular vote. For the first time since 1969, Umno-BN lost the popular and it still doesn't learn its lesson," MP for Wangsa Maju Tan Kee Kwong told Malaysia Chronicle. He had come to show his support for his "comrades". Also present is MP for Lembah Pantai Nurul Izzah. Are 'they' trying to push Najib out |
Akta Hasutan: Tertuduh mengaku tidak bersalah Posted: 28 May 2013 09:13 PM PDT Tertuduh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, aktivis mahasiswa, Safwan Anang@Talib, dan dua aktivis pembangkang Hariz Fathillah Mohamed Ibrahim dan Mohd Tamrin Abdul Ghafar mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Norsharidah Awang di kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 1. Pertuduhan dibacakan dihadapan keempat-empat tertuduh kira-kira jam 10.10 pagi tadi. Keempat-empat tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah yang diadakan pada 13 Mei lalu dengan menyebut kata-kata menghasut dan mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan rakyat mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah. |
Posted: 28 May 2013 09:05 PM PDT KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup. Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar. "Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. "Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam. Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka. "Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. |
Zunar's Cartoon Exhibition at Amcorp Mall Posted: 28 May 2013 08:43 PM PDT |
Tipu PRU: SPR perlu berani sahut cabaran berdebat Posted: 28 May 2013 05:37 PM PDT Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor berkata, Wan Ahmad telah menunjukkan tahap kecenderungan dan berat sebelahnya dan menuduh PR mahu mencari publisiti melalui debat. Menurutnya, soalnya adalah mengapa beliau tidak bersedia bertemu di atas pentas debat atau dialog bagi membuktikan pihaknya telah melakukan yang betul. "Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu PRU13. "Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlalu banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU13," katanya. Riduan berkata, mengelak dari bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah. |
Pakatan elok boikot Parlimen dan DUN-DUN seluruh negara Posted: 28 May 2013 05:33 PM PDT Aspan Alias29 MEI — SPR hari ini mencabar Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memboikot Parlimen jika benar-benar yakin ada penipuan dalam pilihanraya 13 yang baru lalu ini. Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad mencabar Anwar untuk memboikot Parlimen. SPR seterusnya mempersoalkan Pakatan Rakyat kenapa menerima keputusan yang memihak kepadanya (PR) di Selangor dan Pulau Pinang.Cabaran SPR ini wajar diterima oleh Anwar kerana sememangnya tidak bermoral jika Anwar dan PKR menerima keputusan itu jika berkeyakinan ada penipuan besar dalam PRU yang lepas ini. Tetapi bagaimana pula penerimaan PR terhadap kemenangannya di Pulau Pinang dan Selangor? Kata Wan Ahmad, mereka yang menyertai perhimpunan itu adalah orang yang sama yang menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor. Adakah perlu Pakatan Rakyat menolak kemenangan di kedua-dua negeri itu kerana penipuan tentunya berlaku di negeri-negeri ini juga. Jika Anwar benar-benar jujur dengan tuduhan itu maka beliau sepatutnya memulakan "initiative" untuk membubarkan Dewan-Dewan Undangan negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana berkeyakinan berlaku penipuan yang besar-besaran dalam pilihanraya yang lalu. Kita tunggu reaksi Anwar terhadap cabaran SPR ini dan reaksi dari Anwar merupakan satu perkara yang sangat "interesting" untuk disaksikan bersama-sama. Bagi saya dan tidak kurang ramainya di bawah ini, bukan tidak bersetuju dengan "rally" itu, tetapi perhimpunan itu elok dilakukan setelah Mahkamah memutuskan kesahihan ada berlakunya penipuan itu. Bukan sedikit jumlah orang yang akan turut bersama dalam perhimpunan itu jika benar SPR telah melakukan kecuaian dengan penipuan besar-besaran itu. Tetapi jika Anwar tidak menerima cabaran untuk memboikot Parlimen dan menolak keputusan pilihanraya termasuk di Selangor dan Pulau Pinang itu maka Anwar akan dipersoalkan keluhuran niatnya mengadakan perhimpunan-perhimpunan itu. Bukan tidak ada cara bagi sesiapa untuk memaksa SPR dibubarkan setelah didapati benar-benar penipuan itu dilakukan oleh badan yang menguruskan pilihanraya negara ini. Tetapi biarlah penipuan itu disahkan oleh pihak Mahkamah dahulu. Apabila selesai semua kes yang dibawa ke Mahkamah itu barulah kita tahu di mana penipuan berlaku dan di mana penipuan tidak berlaku. Maka jika tidak terdapat penipuan itu di Pulau Pnang dan Selangor maka tidak payahlah mengadakan pilihanraya di kedua-dua negeri itu. Tetapi jika Mahkamah pun tidak diyakini boleh memihak pada yang benar, maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Anwar ini juga jangan menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 28 May 2013 05:27 PM PDT Just imagine in a democratic country where 51% of the voters who voted the opposition are prevented from obtaining the opposition's newspapers. The evidence is found in a local English daily dated May 22, 2013 in an article with the title 'DAP squandering support of Chinese' which reported thus: "The DAP is squandering the overwhelming support of the Chinese community that the party gained in the recently-concluded 13th general election by using it as a platform to unseat the Barisan Nasional (BN) government, said Dr Chua Soi Lek. "Instead, their support for the DAP was only used as a platform by the opposition pact to continue its campaign to topple the government which was rightfully elected by the people".' Chua must realise that MCA should focus on revamping itself instead of attacking DAP as MCA had suffered a serious setback in the hustings. But then, not only is MCA but BN parties' leaders as well as the BN federal government leaders are using the mainstream papers to incessantly attack Pakatan Rakyat (PR). This attack is non-stop and it started right after the 2008 general election until the present day. The mainstream papers have been used as a weapon to undermine the leadership of Pakatan in the PR-helmed states and to portray all the PR leaders in bad light. In fact there is no reason at all for BN to whack PR now as BN has already won the 13th general election. Although PR will be filing election petitions in June for 27 parliamentary seats to challenge the polls results, it is very, very difficult to win the petitions. Read More / Baca Lagi >> |
Dr Agus : Himpunan 505 Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat Posted: 28 May 2013 05:27 PM PDT SHAH ALAM, 29 MEI : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan. Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata. "Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat. "Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita," katanya. Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012. Read More / Baca Lagi >> |
Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA - Separuh Akhir Di Kuantan..!!! Posted: 28 May 2013 05:26 PM PDT Berita dari Sinar Harian Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain. Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk. Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT. Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian Seorang penonton terkena objek terbang Nasib baik bukannya berlaku semasa Himpunan Suara Rakyat 505, kalau tidak tak cukup masa TV3 dan RTM belasah!! |
Mereka yang memadamkan Umno adalah ‘pengkhianat’, kata Perkasa Posted: 28 May 2013 05:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perkasa telah menggelar mereka yang cuba untuk memadamkan Umno sebagai "pengkhianat", walaupun Barisan Nasional (BN) memikirkan untuk mengubah menjadi sebuah parti politik berbilang kaum tunggal selepas suramnya prestasi dalam Pilihan Raya 2013. Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Bakar juga mengatakan Perkasa akan "lawan sehingga ke akhirnya" terhadap penjenamaan semula parti pemerintah, yang terdiri daripada berasaskan kaum Umno, MCA, MIC dan parti-parti komponen lain, sebagai sebuah parti tunggal di negara ini majoriti Melayu. "Siapa yang memadamkan Umno atau mengubah dari tujuan asal penubuhan Umno — mereka adalah pengkhianat Umno," kata Abd Rahman dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider. "Umno mesti memimpin. Mereka mesti kekal seperti sedia ada," tambah Abd Rahman. Akan tetapi BN masih lagi akan dipimpin oleh Melayu walaupun dijadikan sebagai satu parti kerana sokongan majoriti Melayu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Malaysian Insider. BN hanya menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, kurang daripada 140 yang mereka menang dalam Pilihan Raya 2008, oleh kerana pengundi bandar dan kelas menengah menolak gabungan itu, membenarkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi undi popular dan mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang — dua negeri paling maju di Malaysia. Kali terakhir BN kehilangan undi popular adalah pada tahun 1969 apabila mereka bertanding sebagai Perikatan yang terdiri daripada parti berasaskan kaum Umno, MCA dan MIC yang mewakili komuniti Melayu, Cina dan India. Read More / Baca Lagi >> |
Wan Ahmad: Kami tidak akan lepaskan jawatan Posted: 28 May 2013 08:04 AM PDT |
Mat Sabu: Siapa Yang Turut Mengundi? CIMB - Cambodia Indonesia Myanmar Bangladesh Posted: 28 May 2013 07:59 AM PDT |
Shamsul Iskandar: Najib, Ini Adalah Kebangkitan Rakyat, Kamu Tipu Rakyat, Rakyat Bangkit Lawan Kamu Posted: 28 May 2013 07:58 AM PDT |
Pak Samad: Awak Mahu Bersih, Tapi Ada Orang Mahu Kotor Posted: 28 May 2013 07:54 AM PDT |
Tian, Tamrin and Haris re-arrested after four days Posted: 28 May 2013 07:31 AM PDT |
Posted: 28 May 2013 07:25 AM PDT Thomas Fann (Towards A New Malaysia) The 13th General Election is over and the result showed that majority of Malaysians wanted to "Ubah", that is, to see change. Many who have worked hard for it are disappointed with the outcome but we realise that we must move on and prepare ourselves for GE14. We salute the tireless efforts of politicians and civil society leaders at the forefront of this push for change. Many of them travelled the length and breadth of this country, keeping an insane schedule for the past few months just to make themselves heard at the hundreds of ceramahs or rallies across this nation. It was almost a superhuman effort. Though they have lost the battle to take Putrajaya this time, they are still heroes of this struggle for a better Malaysia. But this struggle is not theirs alone. Throughout these last few years and especially in the last few months in the run-up to the 5th of May, it has been my absolute privilege to have served together and to have known ordinary Malaysians from all walks of life who shares a common passion for this country. To me they are no less heroic in their efforts and their sacrifices are no less significant. I want to sing the praises of some of these unsung heroes of GE13.
There were probably thousands of folks just like Felicia and Boon, Malaysians who live and work overseas who came back to vote. Some thoughtless individuals might have considered these overseas Malaysians unpatriotic but I challenge them to find me more committed people than these, who came home at great personal expense to cast their one vote. For them it was more than a vote but a stake in the future of this country, a country they love. |
Rodziah : PM Puji Rosmah Berdasarkan KPI Atau Sebagai Suami Isteri Posted: 28 May 2013 07:07 AM PDT SHAH ALAM 28 MEI : Tidak pasti apakah pujian pujian Perdana Menteri terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung Projek Permata Negara berlandaskan hubungan suami isteri atau berdasarkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) projek tersebut. Demikian respon Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail ketika diminta mengulas pujian Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Women Deliver 2013, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Najib dalam ucapannya menyanjung tinggi kerja-kerja kebajikan yang dijalankan isterinya selain mendakwa usaha Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara. Bagaimanapun, Rodziah merasakan Projek Permata yang dicetuskan Rosmah itu tidak mencapai sasaran yang sewajarnya kerana ia hanya tertumpu pada segelintir kumpulan kanak-kanak. "Saya lebih menggesa Perdana Menteri untuk melihat kebajikan kanak-kanak kepada hak yang lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang mereka samada daripada kawasan kampung atau bandar, untuk mendapat pendidikan awal. "Isu pendidikan awal kanak-kanak ini sepatutnya dilihat secara lebih menyeluruh sedangkan Projek Permata seolah-olah hanya mensasarkan golongan tertentu dan elit untuk beroleh manfaaat," ujar Rodziah yang dihubungi melalui panggilan telefon. Seharusnya, tegas Adun Batu Tiga ini, Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan insentif tertentu untuk disalurkan secara terus kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Read More / Baca Lagi >> |
Tian Chua, Tamrin, Haris rearrested in renewed crackdown Posted: 28 May 2013 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR, May 28 — Politicians Tamrin Ghafar, Chua Tian Chang and political activist Haris Ibrahim were re-arrested today, four days after a magistrate rejected a police application for their remand under the Sedition Act 1948 and the Penal Code. At least one other student activist was also detained as police widened their crackdown against anti-Barisan Nasional (BN) and opposition activists which started last week. Haris's lawyer Gobind Singh Deo said tonight that the "suspects" were being questioned at the Dang Wangi police station. According to other reports on Twitter, student activist Muhammad Safwan Anang has also been detained by police. It is understood that more activists are facing arrests. "They are now in the Dang Wangi district police headquarters. They have been rearrested under the Sedition Act. "We don't really know much about the situation and we are going there now," Gobind told The Star Online after Haris and Tamrin had been detained. Speaking to The Malaysian Insider later Gobind said: "The police have obtained a warrant of arrest so now they are arrested. We are still short of details at the moment but we believe they are arrested for sedition. Pursuant to the warrant they should be brought to court as soon as possible which is tomorrow morning. "We are still trying to get details as to where and what time will they be charged. I don't understand why they need to be detained overnight if they are to be charged. They can just be brought to court tomorrow but a warrant has been issued and we have to respect that". On May 24, Tamrin, Haris and Tian Chua were freed after their initial detention by police. Pakatan Rakyat (PR) had earlier described the arrests as part of a national crackdown on the federal opposition. Read More / Baca Lagi >> |
Takpe,tak kisah jika 100 tahun lagi kena tipu oleh Umno/BN dan SPR.? Posted: 28 May 2013 07:00 AM PDT Ada yang kata Pakatan Rakyat tak menerima Qada' dan Qadhar Allah di dalam kekalahan PRU-13. Penjelasannya, Pertama, Jika anak anda di rogol dan hamil... Adakah anda akan membiarkan nya sahaja tanpa membuat report kepada penguatkuasa undang-undang? Dan di situ adakah anda akan berkata, "Takpe la....nak buat macam mana...buat apa nak report polis...benda dah jadi.." Jika kalau anda mendiamkan diri., Dengan Automatik nya anda terjatuh di dalam masalah mental. Yang kedua, Jika anda di samun dan di tipu,adakah anda tidak mahu melaporkan pada pihak berkuasa? Sudah tentu anda akan membuat laporan. Jadi di sini,bila rakyat hendak membuat laporan dan protes... Jangan lah nak mengatakan rakyat itu tak menerima qadha' dan qadar. Qadha' dan Qadhar itu berlaku... Tetapi respon pada qadha dan qadar itu yang perlu kita faham. Menyalahkan qada' itu berbeza dengan menyalahkan manusia atas kezaliman manusia pada kita. Ini lah yang ada mereka Claim diri agamawan tetapi Qadarriyyah tak habis mengaji lagi. |
Pasca PRU13: Muhasabah langkah berikutnya..... Posted: 28 May 2013 06:53 AM PDT SEJAK selepas PRU13, saya mengikuti banyak perbincangan dan tulisan tentang keputusannya. Saya turut diundang menyampaikan pandangan, antaranya, di forum-forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Pusat Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (Kita-UKM)/Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Komas/Pusat Wartawan Bebas (CIJ), UndiMalaysia, Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS), Citibank, Analisis Awani dan Wacana Sinar Harian, serta temu bual media, contohnya, Sinar Harian, Sin Chew, Oriental Daily, China Press, Reuters, Bloomberg, Channel News Asia dan Aljazeera. Perbincangan-perbincangan ini amat mustahak. Bukan sangat berkaitan dengan menang dan kalah. Sebaliknya, ia menunjukkan perkara-perkara penting melewati angka-angka. Ia satu proses muhasabah. Di samping itu, ia adalah proses menentukan langkah-langkah berikutnya. Bukan untuk PRU14 semata-mata, tetapi lebih penting lagi, langkah-langkah untuk memenangkan kepentingan seluruh rakyat dengan matlamat, nilai dan makna sebenar. PRU13 berlaku dalam beberapa realiti baru yang sedang berkembang dalam masyarakat. Tiga daripadanya adalah universal, iaitu ICT/media sosial, kesedaran/gerakan baru sosial dan tahap ketiga demokrasi. Ia memperkukuhkan realiti-realiti baru tempatan, contohnya, urbanisasi, masyarakat berpendidikan tinggi dan kelas menengah. Dari segi pengundi, kumpulan yang telah memainkan peranan penentu digelar penyelidik sebagai "atas pagar", atau yang saya namakan "golongan pertengahan". Mereka ialah mahasiswa/belia, guru/pensyarah, profesional, teknokrat, usahawan dan aktivis masyarakat sivil. Mereka membentuk kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi. PRU13 menyaksikan dua perkara strategik. Pertama, ia melonjakkan barisan kepemimpinan pelapis yang jelas di Parlimen. Di pihak BN, pelantikan Khairy Jamaluddin, Datuk Abd Rahman Dahlan dan P Kamalanathan ke Kabinet mewakili golongan itu. Manakala di pihak PR, ia diwakili oleh Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Zairil Khir Johari, Dr Ong Kian Ming, Liew Chin Tong dan Tony Pua Kiam Wee. |
Kebangkitan Rakyat: Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih Posted: 28 May 2013 06:50 AM PDT |
Tangkapan Politik: Tian Chua baru ditahan semula termasuk Tamrin, Haris dan Safwan Anang Posted: 28 May 2013 06:42 AM PDT Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis Pas Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan. Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali tiga individu terbabit. "Safwan Anang turut ditahan," tulis beliau. Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam. "Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," Tamrin dipetik sebagai berkata. Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman. |
Tangkapan Politik: KPN pertahan tindakan tahan aktivis pembangkang Posted: 28 May 2013 05:40 AM PDT Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. "Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa. "Polis tidak memilih sesiapa untuk kuatkuasakan undang-undang, jadi bila berlaku sesuatu pelanggaran undang-undang kami akan ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa anggota exconya di Bukit Aman, di sini. Dalam pada itu Khalid menyambut baik langkah yang dibuat MCPF terutama dalam menyumbangkan idea serta cadangan bernas kepada polis melalui kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah. |
Tangkapan Politik: Tamrin, Haris ditahan semula termasuk Safwan Anang Posted: 28 May 2013 05:36 AM PDT Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan. "Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang. "Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi. Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi. "Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman. |
Police to bolster safety for detainees Posted: 28 May 2013 04:58 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Michaelis was astonished; they had been neighbors
for four years and!
My blog - Payday Loans Online :: Http://tr.im/44dpj ::
Catat Ulasan