RAKYAT MARHAEN |
- Lensa : Blackout 505 - Kuala Ibai Terengganu - Part 2
- Lensa : Blackout 505 - Kuala Ibai Terengganu - Part 1
- PC on arrest of Tamrin Ghafar, Tian Chua and Haris Ibrahim under Sedition Act 1948
- KT folk thumb their noses at Najib: 50,000 at Black 505 rally
- 30 nama dalam senarai tangkapan polis?
- Tangkapan untuk tutup penipuan pru 13
- The youth are not scared of you - Chegubard tells Najib, Umno
- Help us to help you - Anwar tells M'sians at Black 505 KT
- Mat Sabu's speech at Black 505, Kuala Terengganu
- WHO'S UMNO? KT folk sing Negaraku with Anwar & PR
- Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan semalaman di Lokap Jinjang
- Detainee died from blunt force trauma,hospital confirms
- Zahid warns against rally as three more leaders arrested
- PR : Jangan Tunduk Kepada Umno-BN, Rakyat Terus Pertahankan Hak Berhimpun, Bersuara - BULETIN 13
- Adam Adli vigil at Jingjang descend into chaos
- Dendam Politik: Kerajaan 47% ajak Rakyat bermain api
- Kerajaan BN tak kreatif, GST zalimi rakyat
- Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
- Zahid, hentikan tangkapan ‘rakus’ pemimpin Pakatan, NGO
- Dendam Politik: KDN rampas ribuan naskhah Harakah, Suara Keadilan, The Rocket
- Kegemilangan sebuah negara boleh berakhir jika pemerintah lupa dan alpa, kata Raja Nazrin
- Chegubard: Himpunan Sabtu ini tetap diteruskan
- Pengkhianat Negara: Rakyat asing dakwa perolehi kad pengenalan melalui Projek IC
- BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga
- Four arrested under Sedition Act
Lensa : Blackout 505 - Kuala Ibai Terengganu - Part 2 Posted: 23 May 2013 01:12 PM PDT |
Lensa : Blackout 505 - Kuala Ibai Terengganu - Part 1 Posted: 23 May 2013 01:09 PM PDT |
PC on arrest of Tamrin Ghafar, Tian Chua and Haris Ibrahim under Sedition Act 1948 Posted: 23 May 2013 01:00 PM PDT |
KT folk thumb their noses at Najib: 50,000 at Black 505 rally Posted: 23 May 2013 12:59 PM PDT |
30 nama dalam senarai tangkapan polis? Posted: 23 May 2013 12:57 PM PDT |
Tangkapan untuk tutup penipuan pru 13 Posted: 23 May 2013 12:57 PM PDT |
The youth are not scared of you - Chegubard tells Najib, Umno Posted: 23 May 2013 12:56 PM PDT |
Help us to help you - Anwar tells M'sians at Black 505 KT Posted: 23 May 2013 12:56 PM PDT |
Mat Sabu's speech at Black 505, Kuala Terengganu Posted: 23 May 2013 12:55 PM PDT |
WHO'S UMNO? KT folk sing Negaraku with Anwar & PR Posted: 23 May 2013 12:55 PM PDT |
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan semalaman di Lokap Jinjang Posted: 23 May 2013 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini. Ketiga-tiga mereka yang ditahan sekitar tengahari tadi dimasukkan ke lokap berkenaan sekitar jam 5 petang tadi. Ketika sidang media, peguam mewakili Haris, Gobin Singh Deo berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dimaklumkan "kenyataan menghasut" bagaimana yang telah dikeluarkan kesemua pemimpin pembangkang berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan. "Mereka telah ditahan dan akan di bawa ke lokap untuk permohonan reman ... kita baru dimaklumkan ketiga-tiga mereka akan ditahan, untuk siasatan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. "Polis akan bawa mereka esok jam 11 pagi untuk permohonan reman, kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya," katanya. Individu pertama yang ditahan dan didakwa di bawah akta berkenaan adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu. Read More / Baca Lagi >> |
Detainee died from blunt force trauma,hospital confirms Posted: 23 May 2013 04:02 AM PDT |
Zahid warns against rally as three more leaders arrested Posted: 23 May 2013 03:51 AM PDT |
PR : Jangan Tunduk Kepada Umno-BN, Rakyat Terus Pertahankan Hak Berhimpun, Bersuara - BULETIN 13 Posted: 23 May 2013 03:50 AM PDT |
Adam Adli vigil at Jingjang descend into chaos Posted: 23 May 2013 03:49 AM PDT |
Dendam Politik: Kerajaan 47% ajak Rakyat bermain api Posted: 23 May 2013 03:31 AM PDT Bermula dengan penahanan King Jason Ori, Nik Nazmi dan Adam, sekarang KDN lebih berani menahan pemimoin-pemimpin utama Pakatan Rakyat pula.Kerajaan minoriti 47% semakin hilang kewarasan dan pertimbangan... Undang-undang Rimba mula mengganas... Terbukti sekarang, siapakah yang mula mewujudkan keadaan huru-hara.... Kerajaan minoriti 47% yang dipimpin Najib Razak, yang telah hilang sokongan majoriti Rakyat, yang berusaha untuk mencetuskan huru-hara... Tindakan keras terhadap 'hasutan' bermula hari ini KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan. Read More / Baca Lagi >>Difahamkan kesemuanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei. Sementara itu, akhbar milik PAS Harakah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kawasan pagi ini di seluruh negara. Sebelum ini Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini. "Tian Chua ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu," kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. "Pukul 12.35 dia hubungi kami beritahu kena tangkap. "Sekarang dia sedang dalam perjalanan di bawa ke Balai Polis Jinjang oleh polis." Menurut Bernard Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah. |
Kerajaan BN tak kreatif, GST zalimi rakyat Posted: 23 May 2013 03:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan mengenakan Good Service Tax (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman. Ini kerana, tindakan itu hanya akan membebankan rakyat ketika mana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita. "Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam. "Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura. Katanya mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang. |
Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib Posted: 23 May 2013 03:20 AM PDT BELUM pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang. Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Read More / Baca Lagi >>Rakyat Malaysia telah bangun daripada tidur panjang. Kesedaran politik yang tersemai, putiknya sudah menjadi bunga. Sebab itu, BN hanya sekadar mampu senyum terpaksa menduduki semula Putrajaya. Mereka sedar bahawa kemenangan tipis mereka kali ini diselamatkan oleh sempadan kawasan pilihan raya dan kesaktian tangan-tangan ghaib. Merai dan memanfaat jaminan Perlembagaan tetapi… BN tidak lagi berhadapan dengan PR semata-mata. PR pula tidak akan sekuat sekarang tanpa dokongan pelbagai peringkat lapisan masyarakat berbilang kaum termasuk golongan masyarakat siswa yang baru keluar daripada bungkaman suara mereka. Mahasiswa sedar, mahasiswa bangkit, mahasiswa yang ditunjangi anak-anak muda sudah tidak kekok untuk turun ke jalan berdemonstrasi menuntut hak mereka. Inilah suasana baru demokrasi di Malaysia. Hak berhimpun secara aman sebaik mungkin dimanfaat seperti yang dijamin Perlembagaan. Bagaimanapun, suara rakyat, suara anak muda diperlakukan seperti dahulu. Saling tak tumpah seperti zaman Mahathir dan 1001 hikayat Melayunya. Demokrasi masih pra-matang di Malaysia, transformasi yang diwar-warkan pemerintah BN hanya sekadar transformasi tong sampah. Suara rakyat, suara anak muda terus diperleceh. Kita tidak perlu hairan mengapa Adam Adli ditahan mengikut Akta Hasutan lantaran beliau bangun melawan tirani kuasa pemerintah BN yang mahu agar demokrasi negara ini berdaulat. Bermulanya era Aerosmith dan AUKU |
Zahid, hentikan tangkapan ‘rakus’ pemimpin Pakatan, NGO Posted: 23 May 2013 03:19 AM PDT Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu. Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah. AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya. Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini. Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak. Read More / Baca Lagi >> |
Dendam Politik: KDN rampas ribuan naskhah Harakah, Suara Keadilan, The Rocket Posted: 23 May 2013 03:16 AM PDT Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini. KDN dalam kenyataannya petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012. Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja. "Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak KDN sebelum ini. "Operasi ini akan dilakukan secara berterusan dengan bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 bagi memastikan semua pihak tidak melanggar Akta tersebut," kenyataan itu dipetik. Menurut KDN lagi, sejumlah 1,408 naskhah Suara Keadilan, 1,062 naskhah Harakah dan 70 naskhah The Rocket dirampas dalam operasi itu. Pengurus pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dijalankan ke atas pengedar mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, kedah dan Perak hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Kegemilangan sebuah negara boleh berakhir jika pemerintah lupa dan alpa, kata Raja Nazrin Posted: 23 May 2013 03:12 AM PDT IPOH, 23 Mei — Kegemilangan sesebuah negara Islam boleh berakhir jika pemerintahnya terlupa dan alpa terhadap nilai-nilai asas yang menjadi instrumen penting kepada kegemilangan negara itu, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah. Baginda bertitah pemerhatian terhadap dua lokasi yang pernah mencipta sejarah kegemilangan Islam iaitu Kota Samarkand, Uzbekistan dan Empayar Ottoman, Istanbul memberi peringatan bahawa kealpaan pemimpin membawa kepada berakhirnya kegemilangan negara berkenaan. "Kegemilangan kota sejarah yang terkenal sebagai pusat dan laluan perdagangan utama, pusat perkembangan pelbagai ilmu dan amalan pelbagai agama itu berakhir apabila berlakunya konflik dalaman pimpinan negara itu yang mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan politik. Raja Nazrin (gambar) bertitah era keagungan Empayar Ottoman mula berhadapan pelbagai cabaran dan membawanya ke ambang kejatuhan apabila berlakunya stagnasi ekonomi dan politik berpunca daripada kualiti pimpinan yang lemah kerana terlalu selesa dengan kejayaan yang dicapai. "Pimpinan empayar itu secara berterusan gagal melakukan pengubahsuaian, selaras dengan tuntutan realiti pemodenan, khususnya yang sedang berkembang di Benua Eropah dari segi inovasi teknologi baharu, reformasi politik dan kebangkitan intelek. "Sebarang usaha untuk melakukan pemodenan dalam Empayar Ottoman, berhadapan dengan tentangan hebat dari para pemimpin, angkatan tentera dan rakyat yang berfikiran konservatif," titah baginda. Raja Dr Nazrin bertitah senario sebegini adalah antara pemerhatian yang pernah dicatatkan oleh cendekiawan dan sosiologis kurun ke-14 iaitu Abdul Rahman Ibn Khaldun bahawa apabila masyarakat mendapat kemewahan, perwatakan mereka sering menjadi lemah. Baginda bertitah bagi membina benteng daripada ditembusi oleh budaya yang boleh memusnahkan, rakyat perlu kembali kepada peringatan Ilahi melalui wahyu yang terkandung dalam Al-Quran serta mengamalkan budaya nasihat-menasihati. Read More / Baca Lagi >> |
Chegubard: Himpunan Sabtu ini tetap diteruskan Posted: 23 May 2013 03:11 AM PDT Di sebalik tangkapan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Sabtu ini di Petaling Jaya akan tetap diteruskan, kata penggerak utamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan "SuaraRakyat505" itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan. "Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Dalam kenyataan hari ini, Badrul juga mengutuk keras "tindakan tidak bertamadun" pihak berkuasa membuat tangkapan demi tangkapan bermula sejak aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dicekup minggu lalu. "Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan. "Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya. |
Pengkhianat Negara: Rakyat asing dakwa perolehi kad pengenalan melalui Projek IC Posted: 23 May 2013 03:10 AM PDT KOTA KINABALU, 23 Mei — Keluarga rakyat asing mengatakan mereka menerima kad pengenalan biru di Sabah melalui "Projek IC" sebelum memohon untuk pendaftaran lewat bagi anak-anak mereka," kata seorang pegawai mahkamah kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin di sini hari ini. Melissa Chia, pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi keterangan hari ini bahawa rakyat asing, kebanyakkannya warga Filipina dan Indonesia tanpa surat beranak Malaysia, membuat permohonan seperti itu untuk anak-anak mereka apabila beliau bekerja sebagai magistret di Tawau dan Semporna semenjak 2008. "Mereka kata, 'Saya tidak mempunyai surat beranak kerana dapat IC melalui Projek IC,'" kata Chia semasa RCI hari ini. |
BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga Posted: 23 May 2013 03:03 AM PDT KUALA LUMPUR, May 23 — Putrajaya will only face more wrath from right-thinking Malaysians if it continues its nationwide crackdown on opposition supporters, Datuk Ambiga Sreenavasan said today. The civil rights activist and renowned lawyer said the sudden series of arrests and court charges exposes the new government's true face and intentions, which contradicts its earlier promise for national reconciliation. "It reflects very badly on the new government. Let them never again try to use the word liberal," she told The Malaysian Insider over the phone this afternoon. "National reconciliation? To me, they only know how to use words that they do not even understand. "My own view is that they have no moral standing to claim of efforts for national reconciliation or to be more liberal... not after all these arrests," she added. Ambiga was speaking to this news portal during her wait at the Jinjang police station where PKR and PAS MPs Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, as well as Anything But Umno (ABU) chief Haris Ibrahim, were brought to after they were arrested separately this afternoon. Earlier this morning, Ambiga, who is also the co-chairman of Bersih 2.0, a coalition of NGOs fighting for a free and fair electoral system, accompanied student activist Adam Adli to the Sessions Court where the youth was charged with sedition for allegedly attempting to topple the Barisan Nasional (BN) government through street protests. Read More / Baca Lagi >> |
Four arrested under Sedition Act Posted: 23 May 2013 03:02 AM PDT Four politicians and activists have been arrested, on top of the prosecution of another activist earlier today, for questioning the conduct of the GE. As of 5pm, the police have arrested four people under the Sedition Act. The arrests come on a day when student activist Adam Ali was charged under the Sedition Act for calling for the toppling of the BN government during a forum on May 13. First to be arrested today was Anything But Umno (ABU) leader Haris Ibrahim who was nabbed while having his lunch, followed by PKR vice-president Tian Chua at the LCCT and PAS member Thamrin Ghaffar, arrested at a popular kopitiam restaurant in Bangsar. At about 5pm, the latest to be arrested was PKR leader and Solidariti Anak Muda Malaysia founder Badrul Hisham Shaharin. All four have been detained under the Sedition Act. "Haris was approached by five police officers during lunch [in Segambut] just now and was arrested. He has been taken to the Jinjang police detention centre," said activist A Jayanath of Saya Anak Bangsa Malaysia, who was having lunch with Haris. He told FMT that Haris was arrested in relation to his speech during a May 13 forum, the same forum where Adam made his call to topple the BN government. Haris too had said something similar in the forum. He had called upon the public to take to the streets to bring down the BN-led government due to alleged cheating in the recently concluded 13th general election. Meanwhile, Tian Chua, who also spoke at the forum, was arrested at the LCCT. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan