RAKYAT MARHAEN |
- PRU13: Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras
- PRU13: Berbelit-belit SPR menjawab isu dakwat kekal
- PRU13: Husam yakin Pas boleh menang 54 kerusi Parlimen
- PRU13: SPR bazir RM5 juta beli dakwat kekal boleh ‘tanggal’
- PRU13: Awas rayuan terakhir Najib Sabtu ini
- PRU13: Khalid Ibrahim dihalang masuk Pelabuhan Miri, dipercayai arahan Taib Mahmud
- PRU13: Balik pangkah PAS, hati-hati memandu - Nik Aziz
- PRU13: Nik Aziz kecewa sikap pemimpin Umno-BN
- PRU13: Deklarasi Putrajaya Angkat Taraf Hidup Penjawat Awam
- AWAS! AWAS! CHECKLIST FOR MAY 5 - don't let them steal your vote away
- PRU13: Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya
- Politik Rasis : Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN
- Harapan Rakyat: Kos Keseluruhan Manifesto
- PRU13: Anwar Ibrahim Di Malim Nawar
- PRU13: Kualiti Pendidikan Terjunam, Masa Depan Anak Cucu Kita Terancam
PRU13: Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras Posted: 02 May 2013 12:57 PM PDT KLANG 2 MEI : Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa terdapat usaha membeli undi melibatkan calon dan jentera Barisan Nasional di kawasan itu. Beliau mendakwa menerima aduan semalam bahawa sekumpulan petugas BN memberi beras dengan bungkusan yang tertera dengan gambar calon BN dan mesej supaya mengundi gagasan itu. Petugas itu menaiki trak ke taman perumahan dan mengagihkan bungkusan-bungkusan tersebut kepada penduduk. "Kes ini berlaku di Pandamaran kira-kira jam 9.30 pagi hingga 10 pagi. Bungkusan itu tertera gambar calon dan slogan undilah BN serta logo 1Malaysia dan BN. "Antara gambar calon itu ialah Datuk Azman Ching dan Datuk TehKim Poo," katanya dalam sidang media, di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini. Charles mengutuk tindakan tersebut dan berkata ia mencemar proses demokrasi dan ikrar integriti yang ditandatangani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sendiri. Beliau berkata terdapat aduan bahawa perkara sedemikian berlaku sebelum hari pernamaan calon tetapi pihaknya tidak mendapat bukti. "Dalam kejadian semalam kita ada bukti, kita ada gambar BN membeli undi," katanya. Charles juga tidak menolak perkara sedemikian berlaku di seluruh Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Berbelit-belit SPR menjawab isu dakwat kekal Posted: 02 May 2013 12:56 PM PDT Pada 30/4/2013 suatu sejarah baru telah tercipta di dalam negara Malaysia. Itulah julung kalinya, dakwat kekal digunakan dalam suatu pengundian pilihan raya. Read More / Baca Lagi >>Perkara 19(4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 {"PPP"] menyatakan, "...ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal ..." Tan Sri Aziz selaku Pengerusi SPR banyak kali memberikan jaminan bahawa dakwat ini akan tahan lama sehingga 7 hari, iaitu sehingga 5 Mei 2013. Tujuan dakwat kekal ini digunakan adalah untuk mengelakkan kebarangkalian orang boleh mengundi 2 kali. Ini kerana sudah menjadi rahsia yang diketahui ramai, berlaku banyak pertindihan nama dalam daftar pemilih dan berlaku penyamaran yang mana ada pihak yang keluar mengundi bagi pihak orang lain. Namun, harapan umum untuk melihat ketelusan SPR dalam penggunaan dakwat kekal ini akhirnya pecah bersepai. Menurut laporan yang diberikan oleh saksi yang berwibawa, dakwat kekal ini hanya tahan 30 minit sahaja dan sangat mudah ditanggalkan. Laporan daripada petugas di Shah Alam menyatakan dakwat itu boleh tanggal hanya dengan digosok dengan tisu. Ada yang memberitahu, dengan tiga kali basuhan semua dakwat kekal itu hilang sepenuhnya. |
PRU13: Husam yakin Pas boleh menang 54 kerusi Parlimen Posted: 02 May 2013 12:54 PM PDT Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang. Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu. "Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun. |
PRU13: SPR bazir RM5 juta beli dakwat kekal boleh ‘tanggal’ Posted: 02 May 2013 12:46 PM PDT KUALA LUMPUR 2 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membazirkan RM5 juta untuk pembelian dakwat kekal tetapi boleh ditanggalkan dalam masa singkat, selepas dicalit di jari pengundi pada pengundian awal Selasa lalu. Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty mempersoal jaminan SPR yang mendakwa dakwat itu tahan seminggu. "Jaminan SPR sangat bercanggah dengan apa yang berlaku pada hari pengundian awal kerana calitan dakwat kekal boleh ditanggalkan dalam masa sekejap sahaja. "Ini hanya membazirkan duit rakyat kerana kita tahu untuk menempah dakwat kekal melibatkan kos yang tinggi berdasarkan pengakuan SPR sebelum ini. Mana jaminan SPR?" katanya ketika dihubungi. Terdahulu, SPR melalui pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui pembelian dakwat kekal melibatkan kos yang besar tetapi tidak mendedahkan amaun sebenar. Bagaimanapun, Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, SPR membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat kekal baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU 2008 sudah dilupuskan kerana tamat tempoh. Pada 2008, SPR bercadang menggunakan dakwat kekal, tetapi membatalkan seminggu sebelum pilihan raya atas faktor keselamatan. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Awas rayuan terakhir Najib Sabtu ini Posted: 02 May 2013 12:45 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada semua rakyat Malaysia Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan membuat rayuan kepada mereka Sabtu ini. Read More / Baca Lagi >>Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar). Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan. "Sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat sangat luar luar biasa," kata beliau kepada Harakahdaily. Beliau yakin, Pakatan akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya ini. |
PRU13: Khalid Ibrahim dihalang masuk Pelabuhan Miri, dipercayai arahan Taib Mahmud Posted: 02 May 2013 12:44 PM PDT SARAWAK 2 MEI: Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut pagi tadi. Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat di pelabuhan tersebut. Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut. Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi. "Masa kami semua sampai di pintu utama, lima 'pengawal' berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Balik pangkah PAS, hati-hati memandu - Nik Aziz Posted: 02 May 2013 12:43 PM PDT Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi menangani jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai. Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat. Veteran PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' Ghazali. Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam. "Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya. |
PRU13: Nik Aziz kecewa sikap pemimpin Umno-BN Posted: 02 May 2013 12:34 PM PDT KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai tidak mempercayai hari kiamat hingga sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menteri Besar Kelantan mendakwa pemimpin Umno-BN semakin tidak mengendahkan dosa dan pahala sehingga sanggup menggunakan kad pengenalan klon bagi rakyat Kelantan yang tidak balik mengundi. "Siapa ajar Umno, agama lain, politik lain, dia (Umno) tak fikir langusng soal mati. "Bila orang (Umno) lupa akhirat, dia juga akan lupa dosa, perkara pokok kena fikir melalui islam bukan demokrasi. "Tiap-tiap orang mati akan dibalas semula baik dia mengaji, minta rasuah, minta kad pengenalan palsu atau pengundi hantu. "Tak rasa (rakyat Kelantan) payah balik kelantan nak undi nanti," kata pemimpin Pas ini di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam program Munajat Perdana PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Deklarasi Putrajaya Angkat Taraf Hidup Penjawat Awam Posted: 02 May 2013 12:22 PM PDT PUTRAJAYA 02 MEI : Pembayaran gaji berasaskan 52 minggu setahun untuk penjawat awam berbanding 48 minggu yang dipraktikan sekarang, adalah antara perubahan yang akan dibawa Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat mentadbir Putrajaya. Langkah itu adalah antara 13 cadangan Deklarasi Putrajaya yang dilancarkan semalam oleh calon parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam disamping menjaga kebajikan mereka secara menyeluruh. Menurut Husam, deklarasi tersebut dibentuk dengan mengambil respon dari penjawat awam menerusi laman sosial. Cadangan pembayaran gaji 52 minggu itu diutarakan oleh bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Nordin Abdul Hamid. "Dalam Deklarasi Putrajaya ini, 13 perkara tersebut meliputi membina potensi penjawat awam, sebagai contoh gaji penuh semasa cuti belajar. "Dalam feedback Facebook didapati sesetengah penjawat awam tidak dibenarkan mengambil PHD kerana ketua jawatan tidak mempunyai PHD," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
AWAS! AWAS! CHECKLIST FOR MAY 5 - don't let them steal your vote away Posted: 02 May 2013 12:21 PM PDT I have just completed my training to be a Polling Agent/Counting Agent/Barung Agent for this 13th GE to be held this coming 5th May 2013. I hope to be assigned to the Kota Kemuning voting centre but due to needs and other factors, I may be moved somewhere else. Read More / Baca Lagi >>Personally, I am voting at Khee Beng school in Jln Bkt Kemuning and I suspect most of us who registered using our Permai address will be voting there. This can be checked on line at http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx. I am writing this email becos of the many things you must be aware of before you go to the polling center. I 'll try my best to list them down here. WHAT TO DO & WATCH OUT FOR 1. Be at the polling center real early, as I m suspecting that there may be a long queue due to the new polling process. Many will be sick of waiting and waste their vote. Don't be a fool to do that. Polling center opens at 8am till 5pm. If queue is long, hang in there, do not leave even after 5pm once you entered. Polling center gate closes at 5:00pm sharp RTM time. Polling continues till all in queue is done, regardless of time. 2. Check on-line first (http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx) and print out your details before going to the voting center. You may be able to by-pass the Barung counter since you have a printout and know where to go and thus short cut your time. |
PRU13: Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya Posted: 02 May 2013 12:18 PM PDT Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu (kiri) berkata kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006. "Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun. Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan. Read More / Baca Lagi >> |
Politik Rasis : Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN Posted: 02 May 2013 12:15 PM PDT Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider. "Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada matlamat ini. Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu," tulis risalah tersebut. "Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia." Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang ditulis dalam bahasa Cina. Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina. Risalah itu diakhiri dengan amaran, "Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat menentang kafir itu demi agama suci Islam kita." DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN. Read More / Baca Lagi >> |
Harapan Rakyat: Kos Keseluruhan Manifesto Posted: 02 May 2013 05:43 AM PDT |
PRU13: Anwar Ibrahim Di Malim Nawar Posted: 02 May 2013 05:40 AM PDT |
PRU13: Kualiti Pendidikan Terjunam, Masa Depan Anak Cucu Kita Terancam Posted: 02 May 2013 05:38 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan