Khamis, 2 Mei 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Tumbangkah Pakatan Rakyat Selangor PRU 13 ini?

Posted: 01 May 2013 10:14 PM PDT

Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika turun berkempen di negeri Selangor yakin Barisan Nasional dapat rampas semula pada PRU 13 5 Mei ini.

Hujjah perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah ketidakpuasan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah selama lima tahun itu.

Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim orang yang dikatakan tidak layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini yakin menang dan dapat lawan Putrajaya.

Hujjah Penasihat pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sudah muak dengan kerajaan BN yang banyak melakukan penyeleweangan dan salahgunakuasa, termasuk rakus dengan rasuah  selama lima puluh tahun lebih itu.

Namun begitu,  penulis fokuskan tulisan ini sepertimana judul diatas iaitu cuba buat analisis pasal kerusi milik BN di Selangor yang kemungkinan besar tidak selamat pada PRU 13 ini.

Sekarang ini 9 kerusi DUN yang dimiliki BN tidak selamat kerana majoritinya dibawah angka satu ribu, manakala parti keadilan rakyat hanya satu kerusi sahaja, itu N 10, DUN Bukit Melawati milik Muthiah Maria Pillay yang majoritinya  608 undi.

Satu kerusi milik DAP turut tidak selamat iaitu N 4 Dun Sekincahan miliki Ng Suee Lim yang majoritinya hanya 190 undi sahaja.

Lapan Kerusi dun yang dimiliki PAS boleh dikatakan hampir semuanya selamat, Cuma kerusi DUN  N. 45 Selat Klang miliki Dr Halimah Ali kerana majoritinya 1,459 undi berbanding dengan lain lain majoriti lebih dua ribu keatas.

Mari sama sama kita lihat 9 kerusi milik BN dari 20 kerusi yang dikatakan sangat tidak selamat bagi membalas hujah Najib yang yakin Selangor dapat dirampas dan diperintah semula BN pada PRU 13  5 Mei ini.

Lihat N 1, Sungai Air Tawar, kerusi miliki Raja Ideris@ Raja Idris Raja Ahmad yang majoritinya 123 undi sahaja. N2, Sabak,kerusi  milik Dr Warno Dogol yang majoritinya 117 undi. N6 Kuala Kubu Bahru kerusi milik Koon Mun yang majoritinya 448 undi.

N9, Permatang, kerusi milik  Sulaiman Abdul Razak yang marojitinya 608. N13 Kuang kerusi milik Abdul Shukur Idrus yang majoritinya 517 undi.

N15, Taman Templer kerusi milik Datuk Sei Subahan Kamal yang majoritinya 613 undi. N38 Paya Jaras kerusi milik Datuk Muhamad Bushro Mat Johor yang majoritinya 642 undi. N29 Seri Serdang kerusi milik Datuk Dr. Mohamad Satim Diman yang majoritinya 45 undi sahaja. N53 Morib kerusi milik Hasiman Sidom yang majoritinya 286 undi.

Bagaimana pun tumbangkan kerajaan BN Selangor pada PRU 12 dahulu atas sebab ketidakpuasan rakyat Selangor atas sebab kerakusan seorang menteri besar.

Atas sebab itu, Najib telah mencanangkan bahawa menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang penipu. Oleh itu, orang Selangor hari ini, cukuplah sekali di tipu, agar jangan sampai kena tipu lagi pada PRU 13 ini.

Siapakah yang menipu dan siapakah pula yang kena tipu. Pada penulis rakyat jelata Malaysia ini sudah 50 lebih kena tipu BN. Oleh itu, jangan sekali kali ditipu dan tertipu lagi pada PRU 13 5 mei ini.

Tukar kerajaan, rakyat tak rugi

Jangan takutlah, kerana kerajaan bertukar rakyat tidak rugi apa apa pun. Yang rugi, ialah para menteri dan para timbalan menteri.

Yang paling rugi dan merugikan ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka takut yang amat sangat apabila rakyat nak tukar kerajaan sekarang dengan kerajaan baru.

Bukan setkat itu shaja malahan mereka sangat takut dan menjadi trauma apabila dengar kata kata ubah sekali.

Rakyat tidak perlu takut, kerana kerajaan baru, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri orang tidak ada pengalaman kononya boleh memerintah sama macam mereka juga.

Yang melaksanakan tugas pentadbiran kerajaan baru bukan perdana menteri, dan bukan timbalan perdna menteri atau bukan menteri menteri yang baru dilantik.

Oleh itu, jangan sekali kali takut dengan dakyah yang mengatakan Negara akan hancur jika Malaysia berperdanakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Atau Malaysia berperdana menterikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana yang akan menjalankan tugas adalah penjawat awam yang ada pengalaman puluhan tahun sebagai pentadbir.

Jadi janganlah takut untuk ubah kerajaan yang ada, kerana kerajaan yang ada telah diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan banyak melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa.

Disebalik salahgunakuasa mereka jelas dan nyata sah sudah menjadi pengkhianat bangsa melayu, agama Islam dan Negara.

Maka ada lebih baik kita tukar dan ubah sekali agar parti pakatan rakyat pula mengambil alih kerajaan setelah 50 tahun lebih parti umno/BN memerintah.

Kita rasa dahulu. Jika kerajaan baru tidak boleh cipta rekod yang baik boleh buat keputusan tukar dan ubah lagi. Atau dengan kata lain dapatlah kita buat perbandingan mana lebih baik antara kerajaan baru dengan kerajaan lama.

Kalau kerajaan lama lebih baik berbanding dengan kerajaan baru, ubah dan tukar lagi. Rakyat sebagai pengundi tidak rugi apa apa.Yang rugi, perdana menteri dan timbalan perdana, kerana tak dapat kumpul harta.

Oleh itu, jangan takut dan ragu ragu nak tukar kerajaan. Undilah parti baru pada Ahad 5 Mei 2013 ini.Tengok lima tahun Malaysia kerajaan baru dibawah parti baru.

Najib pening kepala dan panas punggong

Penulis tidak tahu kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak sehari dua ini kelihatan resah gelisah yang amat sangat.
Pasti ada perkara yang buruk akan berlaku selepas PRU 13 5 Mei ini. Atas sebab itulah dia kelihatan buat itu dan buat ini serba serbi tidak kena. Buat apa pun tidak kena.Seolah olah segala palnnya tak menjadi.

Kemungkinan besar ada kaitan dengan kajian pilihanraya yang dibuat oleh Universiti Malaysia oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang mengatakan Anwar Ibrahim lebih popular berbanding Najib Razak iaitu lebih 7 peratus.

Pusat kajian tersebut mengumunkan kajian mereka bahawa 43 peratus pengundi di negara ini memilih Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak yang banyak melakukan tranformasi.

Penulis tidak tahu apakah kajian yang dibuat oleh pusat kajian university Malaya suatu kajian yang saintifik dan sebaliknya.

Jika kajian tersebut kajian saintifik maka sah pakatan rakyat boleh menang pada PRU 13 5 Mei 2013 ini dan inilah yang membuat Najib resah gelisah. Bukan itu sahaja malahan sering pening kepala dan panas punggong.

Bayangkan, dikatakan RM 58 bilion wang rakyat dihabiskan untuk tujuan menang PRU 13 disamping RM 5.6 bilion untuk beli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM).

Yang menghairankan semacam mustahil rakyat jelata tidak memberi sokongan padu pada kerajaan yang diterajui Najib, sedangkan janji itu dan janji ini sudah ditepati berbanding pakatan rakyat yang hanya buat janji kosong konon. Tidak lebih daripada itu.

Bagaimana mungkin boleh terjadi demikian, sedangkan 4.3 juta rakyat diberi wang sebanyak RM 500 satu kepala kepada isi rumah.Mustahil tidak memberi iampak untuk meraih sokongan rakyat.

Pelik juga mengapa rakyat boleh percaya dengan janji kosong pakatan rakyat seperti pendidikan percuma harga kereta murah, minyak petro turun berbanding janji yang telah ditepati oleh kerajaan yang aman dan makmur itu.

Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim calon popular untuk menjadi perdana menteri, tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi.

.

Tiada ulasan: