PENYAPU SIAL |
- tinggal slogan...nasib laaa...undi BN akujanji jadi tipujanji...rakyat di bahlulkan....janji entah ke mana kah kah kah...!!!!
- Dulu Kata PAS Sesat,Dulu Kata Haram Undi DAP...Sekarang Apa Sudah Jadi...Jilat Ludah Sendiri Nampakkk....!!!!
- undang undang 1 MALAYSIA memang dah BLACKOUT....!!!...lain kalilahh curik berjuta juta memang tak kena penjara punya...ini curi 2 ekor lembu kena penjara 6 bulan......tak berbaloi...tengok bintang glamor lembu kondo tambah bergaya lagi....!!!!
- khutbah jumaat di peralatkan LEMBU UMNO yang menyarankan umat islam perlu bersatu dengan parti yang mengamalkan rasis,rasuah dan menipu rakyat.....boleh jalan daaaaa....!!!!
- padan muka UMNO kunun kunun nak kencingkan DAP.......DAP tidak berminat langsung untuk sertai parti rasis ,rasuah dan penipu yang dah bangkapkan negara ( BN )....!!!!
Posted: 11 May 2013 02:37 AM PDT MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah depa ni yang dapat rumah....kah kah kah...!!! Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih. "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah. "Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini. Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri. "Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya. Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai. Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu). Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.
Bernama |
Posted: 11 May 2013 02:13 AM PDT fitnah2 yang di lemparkan kepada pakatan rakyat yang BN jilat balik
Muhyiddin: Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang 6 April 2013
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini. "Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri. Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu. "Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan. "Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini. - Bernama
Seperti sedia maklum, sebelum ini ramai diantara penyokong BN mahukan PAS bergabung semula dengan BN walaupun kita tahu sudah macam2 fitnah yang lemparkan oleh pemimpin BN dan ini yang terbaru ada pula pemimpin BN yang mahukan DAP pula bergabung dengan BN sedangkan kita tahu mereka juga berkata DAP ini perkauman,komunis,macam2 lg lah,, Sekarang tengok lah,kesian aku tgok orang2 bawahan BN sebelum ini termakan fitnah dengan fitnah macam2 kepada PAS dan DAP,akhir sekali bila BN sudah kehilangan undi popular mahu tarik pula PAS dan DAP sertai BN,dalam BN ada MCA dan MIC taw,kedua2 parti ini sudah lumpuh dan orang cina sendiri tak undi MCA malahan mengundi Pakatan Rakyat,begitu juga orang india,tidak lagi mengundi MIC dan mengundi Pakatan Rakyat. Kita rakyat ini duk nak tunjukan kan perkauman duk termakan fitnah pemimpin mengenai DAP dan PAS akhir sekali mereka ajak pula PAS dan DAP serta BN,apa kejadahnya pemimpin tidak tahu malu ni?dari dulu sampai sekarang kita dimomokan kalau DAP menang akan memerintah malaysia,nah pemimpim hangpa pulak ajak DAP sertai BN? Sia2 lah hangpa nak gunakan isu perkauman bila kami dah kuat hangpa nak kami sertai hangpa?bila kami lemah hangpa fitnah kami macam2,walaupun kami kalah PRU13 ni tapi kena ingat undi popular kepada kami Pakatan Rakyat dan kita ada banyak bukti pasal penipuan SPR serta BN tunggu sahaja bila dedahkan nanti Kita ada membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. Kita bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin UMNO yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini? Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN? Inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus! Daripada DAP masuk BN, lebih baik UMNO di kuburkan terus bersama BN . Sedarlah, ideologi perjuangan UMNO hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat yang telah menang! Sudah sampai masanya BN dan UMNO bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!
penyapu sial
|
Posted: 10 May 2013 07:51 PM PDT Mak Janda anak 6 curi 2 ekor lembu kena penjara 6 bulan....yang curi duit lembu (duit rakyat RM250 juta) beli kondo mewah, beli kereta mewah, apa citer? masih bebas semahunya....yang curi tak salah...yang dedah pula dipersalahkan...Oh UMNO-BN pembela rakyat rupanya kah kah kah......lain kali curi juta juta...bior boleh tumpang bergaya...tak apa apa....asal jadi ahli UMNO...!!!! Jika Hukum Hudud dilaksanakan pasti mak janda anak 6 ini akan dapat hukuman yang adil.... puhhh...menyesal aku ...kalau aku tau...aku curi juta juta boleh jugak tumpang glamor...untung ada UMNO sebagai pembela rakyat...kah kah kah !!! ko orang tengok aku....ikut cara aku....kita kena berani...jadi ahli UMNO lepas tu aku curi duit lembu rm 250 juta ...kan tak kena apa apa...bergaya tak aku...sekarang UMNO dan lembu lembunya aku punya....!!!! 10 Mei 2013 KUALA TERENGGANU - Seorang janda enam anak begitu selamba mengaku bersalah mencuri dua ekor lembu betina di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Susulan pengakuan bersalahnya itu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Che Wan Norsharinawati Che Wan Abdullah, 30, dari Kampung Paya Balai, Dungun. Che Wan Norsharinawati mengaku bersalah bersama-sama dengan tiga lagi rakan lelakinya iaitu Saadon Atan 49; Zamri Ismail @ Yunus, 46; dan Azhari Bidin, 32, mencuri dua ekor lembu betina di kandang lembu di belakang rumah di Jalan Pusara, di sini, antara jam 6 petang pada 23 Januari sehingga jam 4 pagi pada 24 Januari lalu. Berikutan itu, Che Wan Norsharinawati didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini, pada 27 Januari lalu rakannya, Azhari Bidin dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas turut mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka mengaku tidak bersalah. Che Wan Norsharinawati dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam |
Posted: 10 May 2013 07:21 PM PDT Umat Islam di negara ini diingatkan mereka bakal menempuh kesukaran di tanah air sendiri selepas keputusan Pilihan Raya 2013 diumumkan ekoran kuasa politik yang semakin terhakis akibat perbalahan sesama sendiri, kata khutbah Jumaat hari ini. Khutbah yang dibacakan sebelum Solat Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut mengingatkan nasib kaum Melayu untuk menghadapi kemungkinan menjadi “bangsa hina di negara sendiri”. “Jangan kita merasa selesa di bumi sendiri sebagai pewaris kepada tanah air, kaum majoriti bersandarkan kepada kuaolitik yang disifatkan semakin terhakis di sebabkan perbalahan sesama sendiri. “Umat Islam dibimbangi sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib menjadi bangsa yang hina di negara sendiri,” kata khutbah berkenaan yang boleh diperolehi di laman web JAKIM. Barisan Nasional (BN) telah membentuk kerajaan selepas 5 Mei lalu apabila memenangi 133 kerusi Parlimen, berbanding 89 menjadi milik Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13. Bagaimanapun, undi popular di seluruh negara menjadi milik PR dengan lebih 50 peratus, sedangkan BN hanya menerima sekitar 47 peratus undi popular. “Selari dengan keputusan pilihan raya ini yang memberi ruang besar untuk kita berfikir dan bermuhasabah tentang masa depan umat Islam dan negara yang tercinta ini. “Justeru, mimbar menyeru umat Islam sekalian, marilah kita mengukuhkan perpaduan dengan memulihkan dan mengeratkan hubungan sesama kita serta mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua perkara dan tindakan,” kata khutbah tersebut. Khutbah Jumaat sejak beberapa bulan lalu menyaksikan beberapa perkara berkaitan politik termasuk tajuk manifesto pilihan raya ”Menepati Janji, Membawa Harapan” turut digunakan sebagai tajuk khutbah. Khutbah berkenaan bagaimanapun tidak menjurus kepada mana-mana parti politik. Pemimpin BN telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan pilihan raya menggambarkan sebagai “Tsunami Cina” apabila majorti pengundi Cina memilih PR berbanding BN. Malah, akhbar Umno turut menyiarkan berita muka hadapan yang bertajuk “Apa lagi Cina Mahu” yang menimbulkan respon negatif daripada pelbagai pihak di laman sosial.
penyapu sial
bila syaitan UMNO menguasai masjid....habis masjid masjid di peralatkan untuk menyebarkan fatwa songsang supaya umat islam kena bersatu dengan parti rasis yang perasuah dan penipu rakyat... jangan salah kan umat islam tidak bersatu padu bila hilang kuasa politik...punca utama jangan di kelabu asapkan....rasis ,rasuah dan penipuan itulah punca utama...amat bodoh tahap gampang kalau umat islam masih nak menyokong parti yang menyamar sebagai pembela islam dan orang melayu amnya... anggaplah khutbah jumaat yang songsang itu sebagai khutbah ayah pin kepada pengikut tersayang UMNOPORNO...tak batal iman kalau kita sebagai umat islam tidak ambil pot terhadapnya... |
Posted: 10 May 2013 07:05 PM PDT DAP tidak berminat langsung untuk menyertai Barisan Nasional (BN) kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng sebagai menempelak cadangan daripada bekas menteri penerangan dari Umno, Zainuddin Maidin baru-baru ini. Katanya , jika DAP mahu, mereka sudah boleh menyertai BN 40 tahun lalu akan tetapi parti itu berpegang teguh kepada idealisme, prinsip dan polisi ke arah Malaysia yang lebih adil, bebas dan demokratik. “DAP tidak berminat langsung untuk menyertai BN demi jawatan, kerana jika kami mahu, kami telah buat begitu 40 tahun lalu,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini. “Sekiranya pemimpin DAP boleh berpegang teguh dan bersatu hati di saat ia kalah dalam pilihan raya, tidak sangsi lagi bahawa DAP akan tetap bersatu hati sekarang ketika ia berjaya memenangi jumlah kerusi tertinggi dalam sejarah parti, iaitu sebanyak 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN,” tambah beliau lagi. Cadangan untuk menyertai BN ini dibuat oleh seorang Ahli Parlimen MCA dan seorang bekas menteri Umno yang rasis dan bertujuan melemahkan kempen PR menuntut reformasi pilihan raya dan memecahkan perpaduan gabungan tersebut. Keperluan reformasi pilihan raya ini adalah sorotan daripada ketidakadilan dalam keadaan Pakatan Rakyat menang undi popular di PRU ke 13 tetapi tidak berjaya mendapat kuasa pentadbiran daripada BN yang jelas rasuah dan menipu rakyat termasuk di dalam PRU 13 baru baru ini . Bagaimana mungkin BN menang kuasa di Perak padahal Pakatan Rakyat menang 55% undi popular? Sama juga bagaimana BN terus berkuasa di Kerajaan Persekutuan padahal Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular, peningkatan 3% undi tersebut yang mebolehkan Pakatan Rakyat menambah 7 kerusi Parlimen daripada 82 ke 89.. Semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan “tiada pertimbangan” untuk parti politik DAP menyertai musuh ketat mereka BN. “Saya tidak akan mempertimbangkan perkara itu tetapi kita menantikan cadangan seperti itu diutarakan,” kata Penasihat DAP itu .. Zainuddin baru-baru ini menyarankan DAP supaya menyertai BN bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina. Kunun katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara. “Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia,” katanya dalam blognya Zamkata. Kenyataan Zainuddin dikeluarkan selepas MCA gagal memperbaiki prestasi mereka berbanding Pilihan Raya 2008 yang memenangi 15 kerusi. Kali ini parti itu hanya menang tujuh kerusi, menyebabkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengotakan janjinya parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan. Gerakan, yang juga komponen BN turut mengalami nasib sama apabila prestasi mereka menurun, dan akan mengikut jejak langkah MCA. BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk Parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008. Daripada 89 kerusi dimenangi PR, DAP memperolehi kerusi terbesar iaitu 38 kerusi. BN turut hilang undi popular kepada PR, pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan