Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Keadaan Di Stadium Batu Kawan
- Terkini! Umno Tutup Jalan Sebab Kalah Di Bachok? Zalim!
- Kerana UMNO , BN DITIMPA TANGGA ?
- Gambar Terkini Ustaz Azizan Razak Selepas Pembedahan. Sayunya Ya Allah!
Terkini! Keadaan Di Stadium Batu Kawan Posted: 11 May 2013 07:18 AM PDT masuk utusan ialah 1000 orang. |
Terkini! Umno Tutup Jalan Sebab Kalah Di Bachok? Zalim! Posted: 11 May 2013 05:57 AM PDT |
Kerana UMNO , BN DITIMPA TANGGA ? Posted: 11 May 2013 05:52 AM PDT ISU cuaca mendung dan ribut petir MCA makin hangat diperbincangkan, tsunami MCA yang bakal melanda politik BN seolah tiada dapat dielakkan lagi. 1. Kegagalan MCA dalam PRU-13 adalah lebih teruk berbanding sebelumnya. MCA yang mengambil langkah menolak semua jawatan dalam kerajaan serta menutup pusat khidmat berikutan prestasi teruk dalam pilihan raya umum lepas telah mula mendapat komen ramai. 2. Kekuatan undi MCA jelas selama ini banyak bergantung kepada kesopanan rakan sekutu mereka ; UMNO dalam menyentuh soal bangsa lain. Apabila DAP mula 'diserang' bermula sebelum kempen PRU-13, MCA juga terkena tempias kuatnya sekali. Rata-rata orang Malaysia berbangsa Cina memang terkilan. 3. MCA dilaporkan akan segera mengadakan post-mortem kekalahan mereka lebih kepada mahu menyalahkan 'fitnah' DAP berbanding menyalahkan UMNO yang menjadi punca sebenar. 4. Veteran MCA pula mendesak Presiden MCA letak jawatan serta merta untuk memberi laluan kepada orang lain memimpin parti. Namun desakan supaya Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek meletak jawatan serta-merta disifatkan tidak wajar oleh para pengikut setia CSL termasuk setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha. Kelihatannya pertembungan lama dan baru ini juga akan menambah lagi masalah dalam MCA. 5. Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mahu kepimpinan parti itu mempercepatkan proses pemilihan parti berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lepas. Namun ada pula yang memberi isyarat MCA boleh mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebelum mesyuarat agung tahunannya jika ia mahu membincangkan isu penting mengenai perwakilan orang Cina dalam kerajaan. Isyarat ini lebih kepada konsep membujuk orang Cina yang semakin hilang kepercayaan terhadap kemampuan MCA. 6.MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah dalam erti kata belum apa-apa lagi sudah menyatakan mereka tidak akan menyertai Kabinet, kata pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim. Melalui media sosial, segelintir ahli MCA dari kalangan generasi muda mula menunjukkan sikap tidak senang dengan mengutuk campurtangan Rais Yatim atau 'orang UMNO' dalam parti mereka. 7. Gerakan pula seolah menunjukkan contoh mereka adalah yang terbaik buat orang Cina untuk kekal dalam BN apabila mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan menurut jejak langkah MCA yang mengambil langkah menolak semua jawatan dalam kerajaan serta menutup pusat khidmat walau berprestasi buruk. Namun Gerakan juga hujan di tengahari , bila tengahari tadi dilaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan dan dilaporkan juga GERAKAN takkan menyertai kabinet. 8. Pemimpin MCA mula mengeluarkan kenyataan merayu ahli mereka terutama dari kalangan generasi muda supaya tidak meninggalkan parti di saat parti dalam keadaan sangat bermasalah. Tapi nampaknya keadaan ini tidak dapat dielakkan lagi. Generasi muda MCA telah memberi kepercayaan terakhir mereka pada PRU yang berlangsung baru-baru ini. Kini harapan mereka telah punah. 9. Kini UMNO pula dilihat beberapa pihak seolah cuba berpaling tadah dalam diam kepada MCA, pengkhianatan UMNO terhadap PAS sewaktu bersama dahulu dalam PERIKATAN mungkin akan berulang. Kali ini UMNO dilihat cuba bermesra dengan DAP melalui kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang masih setia kepada UMNO yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. APAPUN DAP telah menolak mentah. 10. Para pemerhati 'cuaca' politik MCA menjangka hayat MCA akan berakhir sebelum PRU 14 dan seawalnya sebelum pemilihan akan datang. TSUNAMI MCA pasti akan membenam lagi kekuatan BN. 11. MCA dan Gerakan dituduh cetus suasana kekalahan BN. "Percakaran dalaman dan tiadanya persefahaman ataupun pendirian kolektif sehingga beberapa kawasan telah hilang (kalah) ke tangan musuh politik BN," kata bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan ; RAIS YATIM p/s - UMNO harus berubah sebelum parah. Perkauman bukan hanya merugi BN malah negara. [Admin 'TM] |
Gambar Terkini Ustaz Azizan Razak Selepas Pembedahan. Sayunya Ya Allah! Posted: 10 May 2013 04:49 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan