Rabu, 1 Mei 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


taktik baru SPR buat kerja menipu bantu UMNO-BN....taktik tidak goncangkan botol punca dakwat tidak kekal...mudah buat alasan untuk membenarkan pengundi mengundi lebih dari sekali.......penipuan di teruskan.....dasar penipu selamanya.....!!!!

Posted: 30 Apr 2013 07:39 PM PDT

SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa...ini bermakna penipuan tetap di teruskan....selamat menipuuuuuuuuuuuuu....!!!!!

Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

“Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.

Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.

Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.

Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari,” katanya. SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu. – Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

taktik baru untuk menipu di temui...banggang punya malaon....sepatutnya kalau SPR telus...dia dah uji dulu baru di gunakan...nampak sangat SPR dapat alasan baru nak menipu....dengan alasan botol dakwat tidak di goncang terlebih dahulu...kepada puak puak pakatan rakyat jaga jaga penipuan bentuk baru ini...dia akan sedia 2 jenis dakwat satu yang telah di goncang untuk orang awam atau orang macam kita satu lagi yang tidak di goncang untuk orang orang yang telah di kenalpasti oleh UMNO-BN untuk mengundi lebih dari sekali...awas...dengan taktik penipuan sebegini....!!!

setan yang dikenali tak tau yang dia di kencingkan penyedap altantuya kaw kaw punya...!!!!

Posted: 30 Apr 2013 07:15 PM PDT

 

Bayangkan apa akan jadi setan yang di kenali  si mahatahi  tahu Najib Razak meletakkan individu yang pernah menyembur matanya 7 tahun lalu sebagai calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil di Kelantan pada PRU 13 ini.

Individu berkenaan adalah  Nik Sapeia Nik Yusof bersama  Ibrahim Ali dan dua ahli Umno BN yang lain menyembur bahan pemedih mata ke arah mahatahi  di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

“Siapa calon BN DUN Guchil di Kuala Krai, Kelantan? Nama dia Nik Sapeia. Dia inilah yang sembur mata Mahatahi masa datang Kelantan dulu, sekarang jadi calon BN. Apa yang Najib buat ni? Kalau Mahathir tahu habislah kamu Najib.

Apakah pengalamannya? Seorang yang terkenal kerana pernah menyembur pemedih mata dekat muka Mahatahi..

mahatahi  pula sekarang tengah sibuk ceramah. Dia kata Anwar ini suruh orang mati, Anwar kaki jantan, Anwar kaki seleweng. Hei Mahathir, orang sembur mata awak dulu jadi calon BN, awak tahu ke tak?...

Tindakan Najib menyenaraikan calon BN yang menghina agama dan kaum lain membuktikan ketidakmampuan beliau mentadbir negara.Penyenaraian tersebut memperlihatkan kepada rakyat betapa kredibiliti Najib sebagai pemimpin semakin terhakis dan hilang arah.

mahatahi ! Kamu ni penakut, Ibrahim katak  pun kamu takut. Ugut orang Melayu, hina orang Melayu, ugut nak bakar Bible, kemudian lantik, sokong dia sebagai calon BN (Pasir Mas), tarik balik calon yang sepatutnya bertanding.

Di Shah Alam, zul kolom , seorang lagi ‘katak’ yang hina agama lain. Lalang pun tak teruk macam dia, kata-kata kesat, tidak ada akhlak, maki hamun dalam politik, hina orang agama Hindu. Yang ini pun boleh jadi calon.

Sebab apa dia jadi calon BN? Yang kita  tahu cuma dia pernah jadi peguam pertama dalam kes Altantuya Shaariibuu (sebelum beliau dipecat dari KEADILAN)..

pejuang jubor dan dubor phobia dengan lambang anti BN...seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpu dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN...phobia tahap gaban nih....!!!!

Posted: 30 Apr 2013 06:49 PM PDT

 

Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini.

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....

Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC.

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher.

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut.

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC.

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :

security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :

security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.

Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut.

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran.

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama.

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek

Tiada ulasan: