Muslimeen United |
- [BERGAMBAR] Puluhan Ribu Di Himpunan Black505 Melaka, Rakyat Terus Bangkit!
- Petisyen salah satu cara, debat pun perlu juga
- Mahkamah Tolak Permohonan Polis, Tian Chua, Haris & Tamrin Dibebaskan
[BERGAMBAR] Puluhan Ribu Di Himpunan Black505 Melaka, Rakyat Terus Bangkit! Posted: 24 May 2013 08:48 PM PDT Nampaknya rakyat semakin bangkit seaklipun pihak polis telah menggunakan kuasanya menangkap beberapa aktivis Pakatan sebelum ini. Puluhan ribu rakyat berhimpun di Perhimpunan Black5050 yang diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil malam tadi. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim. Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti." |
Petisyen salah satu cara, debat pun perlu juga Posted: 24 May 2013 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia kecewa dengan jawapan yang dikemukakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengelak untuk berdebat berhubung dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, alasan bahawa sebarang ketidakpuasan hati boleh dibawa melalui petisyen di mahkamah adalah betul, tetapi terlalu bayak dakwaan penipuan yang memerlukan penjelasan sendiri dari SPR melalui medium selain petisyen tersebut. "Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu Pru ke 13. Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlau banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU ke 13. "Mengelakkan diri bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Riduan, memfailkan petisyen di mahkamah adalah suatu mekanisme yang akan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Namun selain itu, banyak kaedah lagi yang akan dibuat termasuk bersidang di Parlimen, perhimpunan aman, memorandum dan lain-lain lagi kerana penipuan ini terlalu ketara dan perlu diketahui umum. Tambahnya lagi, alasan kononnya tidak mahu memberi publisiti percuma kepada Pakatan Rakyat dengan debat itu merupakan alasan tidak boleh diterima, dan hanya mempamerkan sikap angkuh dan sombong Wan Ahmad. "Sudahlah tidak mahu bertemu, diajak debat juga tidak mampu. Jika Datuk Wan Ahmad takut bertemu dengan pelbagai alasan yang beliau kemukakan, sebaiknya beliau meletakkan jawatan. "Pemimpin atau pengadil perlu berani menanggung risikonya serta bersedia bertemu dengan sesiapa sahaja, bukan berselindung di sebalik media dan kuasa undang-undang," katanya. -Hrkh |
Mahkamah Tolak Permohonan Polis, Tian Chua, Haris & Tamrin Dibebaskan Posted: 24 May 2013 08:46 PM PDT Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman. Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang. Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. "Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas," kata Chua semasa berjalan keluar daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret Norashikin Sahat. "Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat" tambah naib presiden PKR tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih dahulu keluar daripada lokap. Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Adam, 24, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Walaupun ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini, Chua mendakwa mempunyai maklumat akan lebih ramai yang mungkin akan ditangkap selepas ini. "Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang," kata Ahli Parlimen Batu itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan