Biaqpila |
- GEMPAQ!!! NAJIB SEDIA BERTANDING LAWAN ANWAR TAPI...ACAH JE
- LIVE: BLACKOUT 505 AMCORP MALL
- KU SANGKA ORANG GILA
- AYOYO SPR...MACAMANA BOLEH JADI LAGU NI !!!?
GEMPAQ!!! NAJIB SEDIA BERTANDING LAWAN ANWAR TAPI...ACAH JE Posted: 25 May 2013 09:40 AM PDT DEY MACHA!!! NAJIB DAH BERANI ACAH ANWAR AJAK BERTANDING SISTEM UNDI POPULAR TAPI ADA NAMUN PULAK KAH! KAH! KAH! GUA NAK TERGELAK BEB ANWAR AJAK DEBAT PUN TAKUT LAGI MAU ACAH ANWAR KAH! KAH! KAH! Najib sedia tanding Anwar jika ada undi popular PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika negara mengamalkan sistem undi popular seperti yang dicanangkan Ketua Pembangkang itu. Namun beliau menegaskan, semua pihak perlu menghormati keputusan rakyat dan mematuhi proses pemilihan kerajaan malalui demokrasi berperlembagaan. "Kalau ada Presidential Election (Pilihan Raya Presiden), saya boleh bertanding dengan Anwar Ibrahim, tidak ada masalah. Tapi sistem kita sendiri telah memilih Barisan Nasional muncul parti yang bilangan kerusi nya lebih daripada pembangkang," kata Najib. Tambah Najib, untuk itu, belia hari ini perlu menilai semua sumber berita yang disebarkan melalui internet mahupun media baru dengan lebih bijak. "Kita kena berfikir secara waras. Bukan semua perkara di internet adalah betul. Dan bukan apa yang dikeluarkan media utama propaganda kerajaan," katanya. Untuk itu, belia perlu menggunakan akal dan fikiran untuk tentukan apa yang benar dan apa yang tidak seterusya menggesa rakyat dan belia supaya tidak menilai kerajaan melalui kepalsuan. "Mereka (pembangkang) kata kerajaan tipu dalam (Pilihan Raya Umum). Tunjukkan kepada saya mana Bangla yang jadi sebagai pengundi. Buktikan siapa Bangla yang datang mengundi. "Sampai sekarang ni tak ada. Kata 40 ribu turun di lapangan terbang. Tunjuk kapal terbang. Mana? Pas imegresen. Kalau kebetulan pengundi itu gelap mereka kata mat Bangla," kata Najib dengan disambut tertawa oleh pengunjung. Setakat ini kata Najib beliau belum menerima sebarang aduan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, jika aduan bersifatkan dasar kerajaan yang tidak kena, beliau masih boleh menerimanya namun bukan kepalsuan. "Kita belum ada komplen lagi. Ada gambar Bangla tengah undi. Kata kita beri kad pengenalan palsu kepada mereka. Ini kepalsuan yang saya cakapkan," katanya. abnxcess NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
LIVE: BLACKOUT 505 AMCORP MALL Posted: 25 May 2013 07:27 AM PDT |
Posted: 25 May 2013 02:55 AM PDT ......26 May 2011..... Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi. Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu. Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu. Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik? Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah... Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan. Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2. Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu. Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan... Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati) ***Gambar hiasan semata-mata.. Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt.. NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
AYOYO SPR...MACAMANA BOLEH JADI LAGU NI !!!? Posted: 24 May 2013 06:00 PM PDT Rafizi : Kertas Undi Lebih Daripada Jumlah SebenarPETALING JAYA 24 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu dengan dakwaan undi melebihi kertas undi dikeluarkan dalam peti undi sepertimana terjadi di kawasan Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bagi pengundian di saluran 2 di SRJK(C) Yu Chye tercatat perbezaan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian dijalankan. "Borang 13 iaitu Penyata Kertas Undi bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. "Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 iaitu penyata pengundian selepas pengiraan undi, keputusan menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi iaitu 138 undi melebihi daripada jumlah kertas undi yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jumlah undi di dalam peti undi yang lebih menyeleweng keputusan bagi parlimen dan DUN di antara 138 hingga 318 undi. Katanya, dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 itu sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan bagi peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang. "Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi daripada kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. "Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat lain," katanya. Sementara itu, PR juga mendakwa mempunyai bukti berlaku insiden membeli undi sepertimana di Pulau Pinang dalam PRU13 lalu. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa wang tunai diberikan kepada pengundi selepas keputusan tidak memihak kepada PR dengan penukaran baucer yang diberikan sebelum itu. "Ia berlaku di DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Tanjung Bungah. Mereka memberi wang secara tunai di tiga tempat iaitu selama tiga hari beroperasi iaitu pada 10, 11 dan 12 Mei lepas. "Kita telah melakukan pemeriksaan ke tempat itu dan laporan polis telah dibuat mengenainya," ujarnya. selangorku NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan