Nuffnang

Pengikut

Muslimeen United

sumber :-

Muslimeen United

Khairy Jamaludin tibai Mat Said kerana mengamalkan politik bebal?

Posted: 13 May 2013 02:22 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/942038_378905875561902_1603834297_n.jpg
Apa kata Mat Said?

18 Mei: Rakyat Turun Ke Jalanraya Jika Pengerusi & Timb SPR Tak Turun

Posted: 13 May 2013 01:54 AM PDT

Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.

"Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

"Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini," kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.

Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai 'pengadil'.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.

"Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat," kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan, beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.

Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang (14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).

Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. -KD

Presiden PAS minta TG Nik Aziz kekal pesuruhjaya

Posted: 13 May 2013 01:50 AM PDT

KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.

Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Sehubungan itu katanya, Tuan Guru Nik Aziz yang kini sudah melepaskan jawatan mneteri besar, dinasihatkan menggunakan ruang masa yang ada untuk menjaga kesihatan.

"Kena banyak rehat. InsyaAllah kerana perjuangan Islam ini memerlukan orang sepertinya.

Dua hari lalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat bersedia untuk melepaskan jawatan pesuruhjaya PAS negeri kerana berpendapat lebih wajar jawatan tersebut dipimpin menteri besar. Hrkh

Kerjasama Erat PAS-PKR-DAP Bolehkan PR Tawan Bukit Baru, Duyong & Tumbangkan Ali Rustam

Posted: 12 May 2013 06:25 PM PDT

Ikatan PR buka laluan 'anak sulung' PAS di Melaka Oleh LanH14

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan: "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya.

'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi.

Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.
Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'.

Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan. Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP.
br> Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus. Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah.

Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad.

Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama.

Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah. Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong.

Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi), Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus.

Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang!

Top 20 Majoriti Tertinggi Pada PRU 13

Posted: 12 May 2013 06:21 PM PDT

Jom lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU 13 yang lalu.Yang sebelah sana hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan.
Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana,'orang tu' hanya mampu berada di kedudukan ke 9 je ~ Tinta Hijau DKB

Giliran Shahrir Samad Bidas Pemimpin Umno

Posted: 12 May 2013 06:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Keputusan Pilihan Raya 2013 sebenarnya menunjukkan refleksi kawasan bandar dan luar bandar dan bukannya berdasarkan kepada pecahan kaum, kata Tan Sri Shahrir Samad dipetik laporan akhbar Cina.

Kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilihat tidak selari dengan partinya, iaitu beberapa hari selepas bekas timbalan menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, turut menepis keputusan pilihan raya baru-baru ini adalah disebabkan "tsunami Cina".

"Umno menang di 88 kerusi dalam pilihan raya kali ini yang kebanyakannya daripada kawasan pendalaman di Sabah, Kedah dan Kelantan," kata Shahrir dipetik laporan Sin Chew Daily hari ini.

"Daripada keputusan itu, selain mengatakan perpindahan pengundi Cina, ia seharusnya dinilai dari aspek berbeza, iaitu perbandingan bandar dan luar Bandar."Shahrir turut berkata kehendak komuniti Cina juga serupa seperti pengundi kumpulan lain, apabila berkata pilihan raya perkara pokoknya adalah pertandingan antara BN dan PR.

"Ada pihak mengatakan apa lagi Cina mahukan, apa yang Cina mahu sama seperti pengundi mahu, kerajaan dengan prestasi dan tata kelola yang baik."Ramai pengundi Cina memilih calon PAS tidak bermakna mereka sokong PAS nak laksana hudud, tapi kerana mereka yakin Pakatan Rakyat, kerana pilihan raya adalah masa untuk memilih antara BN ataupun PR," katanya.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah "tsunami Cina" selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.Saifuddin dalam kenyataannya juga berkata tajuk itu tidak seharusnya dikeluarkan, kerana Najib telah bercakap mengenai "pembaikan negara dalam ucapan kemenangannya".

Shahrir turut bercakap mengenai cadangan pengerusi BN untuk perkara itu, sambil menambah keutamaan harus diberikan kepada pemisahan bandar dan luar bandar."Bila bercakap soal pemulihan negara, adakah ia antara kumpulan etnik, komuniti, bandar luar bandar ataupun Malaysia Barat dan Timur? Bagaimana ia akan dilaksanakan?" katanya dipetik Sin Chew.

"Bagi saya, apa yang perlu dilakukan bukan pemulihan perkauman, namun masalah bandar luar bandar, terutamanya dengan kumpulan berpendapatan rendah sederhana di kawasan bandar terus meningkat, walaupun kumpulan berpendapatan rendah dijaga rapi, kumpulan berpendapatan sederhana tidak menerimanya, mungkin menyebabkan kumpulan ini tidak gembira.

Giliran Shahrir Samad Bidas Pemimpin Umno

Posted: 12 May 2013 06:18 PM PDT

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT