Isnin, 13 Mei 2013

Addin

Addin


Bukti Pembelian Undi Di Segamat Di Dedahkan

Posted: 13 May 2013 09:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 MEI: Calon KEADILAN bagi Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, terdapat pembelian undi yang menyebabkan kehadiran pengundi sehingga 85 peratus pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Menurutnya, daftar pemilih di Segamat mencatatkan 47,115 pengundi, dan kehadiran lebih 85 peratus pada hari mengundi menimbulkan keraguan.

"Pengundi dari kawasan Felda Palong Timur sahaja mencatatkan 90 peratus jumlah pengundi. Ia berlaku ekoran kes pembelian undi," katanya kepada Keadilan Daily.

Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, separuh daripada jumlah 90 peratus tersebut melibatkan pengundi anak muda iaitu dari saluran 5 dan 6.

"Kita ada bukti berkenaan perkara itu, dan kita tidak menolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun terlibat," katanya yang enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.

"Sememangnya Segamat ada penipuan. Ia perlu disiasat dan setakat ini semua bukti sudah pun kita serahkan kepada Rafizi (Ramli) untuk tindakan selanjutnya," jelas Jui Meng yang juga Pengerusi KEADILAN Johor.

Parlimen Segamat merupakan antara 27 kawasan yang disenaraipendek untuk siasatan lanjut berhubung isu penipuan pilihan raya. 

Rafizi yang mengetuai pasukan Siasat PRU 13 hari ini memaklumkan, 237 laporan diterima berhubung isu itu sepanjang minggu ini. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

 



Lagi Penipuan PRU 13 Di Bongkar

Posted: 13 May 2013 07:46 AM PDT

BAYAN BARU 13 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit.

Katanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya.

Katanya, sejak Jumaat lalu, pengundi di beberapa kawasan dikesan membawa voucher tersebut untuk mendapat bayaran. Antaranya di DUN Sungai Dua di Bayan Baru, DUN Pulau Betong di Balik Pulau dan DUN Tanjung Bungah.

"Masa PRU, pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang," ujarnya kepada keadilan daily.

Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil.

Malah ketika beliau melawat tempat berkenaan semalam dan kelmarin, pemberian tunai tersebut masih terus berjalan.

"Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan.


"Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional," ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit.

"Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?" Soalnya.

Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Mereka ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (DUN Pulau Betong) Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) Roshidi Hussein (DUN Penaga), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar) dan Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman (DUN Pinang Tunggal).


Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. ~keadilandaily





Iklan C (ii)

 


Ketua Pemuda MIC Lebih Bijak Dari Profesor Kangkung

Posted: 13 May 2013 06:48 AM PDT

Pemuda MIC hari ini menegaskan pandangan mereka bahawa sikap yang ditunjukkan oleh pengundi bukan Melayu tidak mempunyai hubungan dengan perpaduan antara kaum mahupun jenis sekolah yang dihadiri.

Oleh itu, tuntutan agar sekolah vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan tidak sepatutnya dibincangkan sama sekali, kata ketua pergerakan itu, T Mohan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan pro-canselor UiTM Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang mengesyorkan agar sekolah vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Abdul Rahman mengesyorkan demikian dalam satu seminar semalam, dengan merujuk kepada trend yang ditunjukkan oleh pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Mohan bagaiamanapun berkata, trend yang disebut sebagai 'tsunami Cina' oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak itu tiada kaitan sama sekali dengan sekolah vernakular.

"Pada PRU 13 ini, kita dapati bahawa walaupun sebahagian besar pengundi berbangsa Cina adalah mendapat pendidikan dari sekolah aliran Cina, namun begitu mereka telah mengundi dan memenangkan ramai calon dari PAS.

"Pengundi-pengundi Melayu terutamanya di kawasan bandar juga didapati telah mengundi calon bukan Melayu dari PKR dan DAP. Ini jelas menunjukkan bahawa trend pengundian telah melepasi benteng perkauman dan juga kegamaan.

"Walaupun DAP dan juga PAS didapati sering bertelagah berkenaan dengen perlaksanaan hukum hudud, namun begitu ianya tidak memberi kesan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dari mengundi PAS.

"Maka itu cadangan sesetengah pihak supaya sekolah vernakular hendaklah dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan anatara kaum bukan sahaja tidak tepat malah tidak seharusnya menjadi tajuk perbincangan malah semua pihak termasuk media perdana tidak seharusnya menggunakan isu perkauman dan juga perpaduan sebagai modal politik," kata Mohan. ~mkini



Iklan C (ii)

 


18 Mei, Himpunan Desak Pengerusi,Timbalan SPR Letak Jawatan

Posted: 13 May 2013 05:28 AM PDT

Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.

"Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

"Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini," kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.

Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai 'pengadil'.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.

"Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat," kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan, beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.

Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang (14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).

Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. ~keadilandaily





Iklan C (ii)

 

Adik Najib Di Lantik Menteri Kewangan?

Posted: 13 May 2013 01:57 AM PDT


Khabar angin mendakwa adik Najib, Nazir akan meletakkan jawatan sebagai CEO CIMB dan menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Najib.

Adakah khabar angin ini benar dan Najib merelakan dirinya dikaitkan dengan amalan nepotisme? Sama-sama kita tunggu..





Iklan C (ii)

 

Johan Raja Lawak Sindir Umno BN..

Posted: 12 May 2013 11:29 PM PDT



Johan Raja Lawak sindir BN menerusi laman Twitternya. Harap Johan hati-hati ler nanti kena gam pulak.. he... he..





Iklan C (ii)

 

Cara Pakatan Rakyat Tumbangkan BN Tersebar

Posted: 12 May 2013 08:23 PM PDT

JOHOR BAHRU - Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya. "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam.

Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.  "BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.

Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran." ~sinar harian



Iklan C (ii)

 

Top 20 Majoriti Tertinggi PRU13, Najib Pun Tersungkur..

Posted: 12 May 2013 07:16 PM PDT


Mari  lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU 13 yang lalu.Umno BN hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan yang di wakili oleh Najib.

Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana,Umno BN hanya mampu berada di kedudukan ke 9.

Ini membuktikan lambat laun, BN akan tersungkur akhirnya..



Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: