Kelab Greenboc |
- ROS Belum Luluskan Pendaftaran PR, AMK Gesa PR Bertindak
- [Off-Politik] Amalia Dilarikan Perompak Berseluar Dalam
- Akhirnya Parti-parti Berasaskan Kaum, UMNO, MCA, MIC Bakal Berkubur!
- [BERGAMBAR] Puluhan Ribu Di Himpunan Black505 Melaka, Rakyat Terus Bangkit!
- Mahkamah Tolak Permohonan Polis, Tian Chua, Haris & Tamrin Dibebaskan
- PR : Rakyat Jangan Tunduk Pada Umno-BN, Terus Perjuangkan Hak Berhimpun, Bersuara
ROS Belum Luluskan Pendaftaran PR, AMK Gesa PR Bertindak Posted: 25 May 2013 01:25 AM PDT Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa agar Pakatan Rakyat (PR) mengasak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya segera meluluskan pendaftaran PR sebagai sebuah entiti. Ini kerana menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kegagalan berbuat demikian hanya menyukarkan untuk PR bergerak sebagai sebuah entiti sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. "Ia masih menunjukkan kelemahan PR untuk menjamin kesatuan dan kerjasama dalam memfokuskan sasaran dengan menumbangkan satu sahaja musuh; BN. "Sehubungan itu, sudah sampai masanya, bagi PR terus menggasak ROS bagi meluluskan PR sebagai sebuah entiti dengan fokus 'satu parti, satu bendera, satu pengerusi dan satu manifesto," ujar Shamsul dalam ucapan dasarnya dalam Kongres AMK di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini. Sebelum ini, PR mengemukakan permohonan pendaftarannya pada 2010 namun menghadapi halangan yang mana ROS mengkehendaki ia didaftar sebagai 'Pakatan Rakyat Malaysia'. ROS turut menolak pendaftaran PR dengan alasan Datuk Zaid Ibrahim yang ketika itu bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran tersebut sudah keluar dari PR. PR selepas itu memasukan pendaftaran baru dengan menamakan Datuk Kamaruddin Jaffar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja PR yang baru. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media pada 3 Januari lalu, sehingga kini RoS masih tidak memberikan sebarang jawapan terhadap permohonan tersebut. Ulasan GB GB dah acapkali suarakan hal ini. Sepatutnya pimpinan PR sudah heret ROS ke mahkamah kerana gagal mendaftarkan Pakatan Rakyat dengan memberikan PR pelbagai alasan yang karut-marut. Petikan ulasan GB sebelum ini: Melambat-lambatkan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah strategi jahat yang digunakan oleh RoS supaya Pakatan Rakyat tidak dapat menggunakan nama parti itu untuk bertanding di dalam pilihanraya. |
[Off-Politik] Amalia Dilarikan Perompak Berseluar Dalam Posted: 24 May 2013 11:01 PM PDT Pontian - Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu. Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan. Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya. "Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka. "Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok. Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah. "Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera," katanya. Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit. Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya. "Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut," katanya. Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian. |
Akhirnya Parti-parti Berasaskan Kaum, UMNO, MCA, MIC Bakal Berkubur! Posted: 24 May 2013 08:00 PM PDT Cadangan BN parti tunggal adalah rasional PHUKET: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. "Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN. "Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik," katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas. Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya. Mekanisme pelaksanaan Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera. "Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik," katanya. Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan. "Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan. "Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan," katanya. Struktur BN Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: "di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan. Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum. Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini. Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas. "Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. – Bernama |
[BERGAMBAR] Puluhan Ribu Di Himpunan Black505 Melaka, Rakyat Terus Bangkit! Posted: 24 May 2013 05:04 PM PDT Nampaknya rakyat semakin bangkit seaklipun pihak polis telah menggunakan kuasanya menangkap beberapa aktivis Pakatan sebelum ini. Puluhan ribu rakyat berhimpun di Perhimpunan Black5050 yang diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil malam tadi. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim. Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti." |
Mahkamah Tolak Permohonan Polis, Tian Chua, Haris & Tamrin Dibebaskan Posted: 24 May 2013 07:47 AM PDT Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman. Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang. Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. "Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas," kata Chua semasa berjalan keluar daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret Norashikin Sahat. "Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat" tambah naib presiden PKR tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih dahulu keluar daripada lokap. Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Adam, 24, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Walaupun ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini, Chua mendakwa mempunyai maklumat akan lebih ramai yang mungkin akan ditangkap selepas ini. "Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang," kata Ahli Parlimen Batu itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua. |
PR : Rakyat Jangan Tunduk Pada Umno-BN, Terus Perjuangkan Hak Berhimpun, Bersuara Posted: 24 May 2013 05:00 AM PDT Pakatan Rakyat hari ini mengutuk penahanan tiga aktivis dan pemimpin mereka yang mengkritik Kerajaan Persekutuan dan mempersoalkan keputusan pilihanraya ke-13, sambil menyifatkan tindakan itu adalah petanda buruk pentadbiran baru Umno-BN. Mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya meneliti bantahan terhadap keputusan PRU 13 dan mengambil langkah untuk memperbaiki kepincangan sistem pilihanraya. Najib juga dikatakan harus terbuka terhadap saranan bagi mengadakan pilihanraya semula di dalam kerusi-kerusi di mana terbukti berlaku penipuan seperti pembelian undi dan kemasukkan pengundi hantu. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penahanan tersebut bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri yang sebelum ini mahukan pendamaian nasional bagi menenangkan emosi "Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya di dalam satu kenyataan media. Hari ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim dan aktivis Pas Tamrin Ghafar telah ditahan dibawah Akta Hasutan 1948. Ketiga-tiga pemimpin itu ditahan selepas aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim didakwa di mahkamah hari ini atas dakwaan di bawah Akta yang sama. Timbalan presiden PKR Azmin Ali pula menyeru agar rakyat berdiri teguh dan tidak gentar untuk terus memperjuangkan hak mereka untuk berhimpun secara aman. "Hak-hak ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan polis menahan aktivis-aktivis tersebut adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat. "Mereka cuba menakutkan kita. Kita mesti terus memperjuangkan hak dan maruah kita." Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu pula berkata kerajaan yang berkuasa sewajarnya bertindak lebih telus dalam menjawab persoalan rakyat dan bukannya menggunakan kuasa untuk menutup suara rakyat. "Mereka sepatutnya menumpukan kepada penjelasan hal kepincangan yang berlaku dalam pilihanraya. Tentang pendedahan yang dibuat oleh orang ramai. "Sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai segala kuasa menunjukkkan kuasa menghadapi rakyat itu sebenarnya kerajaan yang yang berada dalam keadaan yang panik," katanya. Manakala presiden Parti Socialis Malaysia Dr Nasir Hashim berpendapat penahanan tersebut dikhuatiri mencetuskan lagi kemarahan rakyat. "Kalaulah mereka tahan lebih ramai lagi pucuk pimpinan mereka juga sudah sedia untuk lebih kejam lagi," kata Dr Nasir yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin Pakatan yang akan ditahan dalam masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan